Anda di halaman 1dari 4

PERBEZAAN BERMUKIM DAN BERMASTAUTIN

Assalamualaikum para pembaca sekelian, pada ruangan kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan kekeliruan dan persoalan yang sering berlaku dan selalu diutarakan iaitu perbezaan antara bermukim dan bermusafir. Dalam kehidupan seharian kita, seringkali kita mengalami keadaan yang memerlukan kita bermusafir dan melalui ratusan malahan ribuan batu dan kilometer kerana urusan kehidupan dunia kita sama ada bekerja, menuntut ilmu mahupun melancong. Kerap timbul pertanyaan, Apakah beza bermukim dan bermastautin hingga

mengharuskan jamak dan qasar solat ketika bermusafir? BERMUKIM: ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada 3 hari. Dia tidak berniat untuk kekal selama-lamanya di situ. BERMASTAUTIN: ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir di tempat lain. Kesepakatan Ulama dan Perselisihan Ulama Secara umumnya Ulama bersepakat terhadap dua perkara yang menyebabkan samada seseorang itu mendapat Rukhsah (keringanan) atau pun tidak mendapatnya iaitu ; 1. Mereka yang bermastautin di sesuatu tempat, tidak lagi mendapat keringanan musafir di tempat tersebut. 2. Mereka yang bermusafir ke sesuatu tempat, dan dia sendiri tidak tahu bila dia akan pulang ke tempat asalnya, contohnya nak balik hari ini atau esok, atau selepas seminggu orang seperti ini, yang tidak pasti bila dia akan pulang, maka dia mendapat keringanan musafir walaupun panjang tempoh dia tinggal di tempat tersebut. Selain daripada dua masalah diatas, para ulama dan mazhab fiqh berselisih pendapat dalam menentukan tempoh hari seseorang boleh menjamak qasarkan solatnya ataupun tidak apabila bermusafir ke sesuatu tempat. Berikut adalah ringkasan perselisihan tersebut ; Pendapat pertama ; Mereka yang berniat untuk menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih, maka tidak lagi mendapat keringanan (Rukhsah).

Ia adalah pendapat mazhab Syafie, Malik dan Ahmad, 4 hari tidak termasuk hari pergi dan balik. Adapun mazhab Ahmad berpendapat ia termasuk hari pergi dan balik. Antara dalil bagi pendapat pertama ialah : 1- Nabi saw bersabda yang maksudnya : golongan Muhajirin bermukim di Makkah selama 3 hari selepas selesai menunaikan amalan haji [ Riwayat Muslim ] Keterangan Hadith : 3 hari adalah tempoh yang masih mengekalkan hukum musafir bagi seseorang. 2- Nabi saw masuk ke Makkah untuk menunaikan haji pada 4 zulhijah dan keluar darinya untuk ke Mina pada 8 zulhijjah. [ riwayat Bukhari ]. Keterangan Hadith : 4 hari adalah tempoh maksimum bari seseorang untuk mendapat keringanan ketika musafir. Pendapat kedua : tempoh maksimum ialah 15 hari. Ia adalah pendapat mazhab Hanafi. Antara dalil sandaran pendapat kedua ialah ; Kata Ibn Abbas yang maksudnya : jika kamu bermusafir ke sesuatu tempat, dan kamu berniat untuk bermukim selama 15 hari, maka sempurnakan solat( solat 4 rakaat, tidak mengqasarkan solat) tetapi jika kamu tidak tahu bila kamu hendak pulang, maka qasarkanlah solat [ riwayat at-Tahawi ] Pendapat ketiga : tempoh maksimum ialah 20 hari. Ia adalah pendapat Ibn Hazm. Antara sandaran pendapat ini ialah Nabi saw mengqasarkan solat di Tabuk selama 20 hari.[ riwayat Ahmad dan Abu Daud ] Pendapat keempat : sesiapa yang duduk di suatu tempat dan menghadkan tempoh dia duduk disitu dengan sesuatu had, seperti tamatnya belajar, atau selesainya kerja ; maka dia dikira musafir

Sebagai contoh ; pelajar yang belajar diluar Negara, dia dianggap sebagai musafir sepanjang dia berada di perantauan, kerana dia menghadkan tempoh menetap di tempat tersebut dengan tamatnya pengajian. Pendapat ini dinyatakan oleh Syeikh Ibn Uthaimin. Antara dalilnya : 1- Bermukimnya Nabi saw di Makkah untuk menunaikan haji. [ hadis Ibn 'Abbas riwayat Bukhari] Keterangan hadith ; nabi saw bermukim di Makkah untuk tujuan haji menunjukkan baginda mengikatnya dengan waktu yang tertentu iaitu selesainya amalan haji. 2- Nabi saw bermukim di Makkah pada hari pembukaan kota Makkah dan di Tabuk ketika Peperangan Tabuk, dan baginda mengqasarkan solat sepanjang tempoh itu. Keterangan hadith : baginda saw menghadkan tempoh berada di dua tempat ini dengan selesainya urusan; iaitu pembukaan kota Makkah dan selesainya peperangan. 3-Abdullah bin Umar berada di Ajebaizan selama 6 bulan berperang, beliau mengqasarkan solat [ riwayat Abd razzak] Pendapat kelima : seseorang itu dikira samada sebagai musafir atau bermukim dengan melihat urufnya( keadaannya). Dengan bahasa yang lebih mudah ; si fulan ni bukan orang sini, dia berpindah randah cari rezeki, bermusafir kesana sini. Maka orang ini dianggap musafir, walaupun dia menetap di satu-satu tempat itu berbulan lamanya. Ia adalah pendapat Syeikhul Islam Ibn Taimiyah. Antara dalilnya ialah ; 1- Ayat dalam surah an-Nisa;101, Allah menyebut perkataan safar secara umum, maka perlulah dilihat lafaz umum itu dari sudut syarak, jika tiada, dirujuk kepada maksub disudut bahasa, dan jika tiada juga, maka dilihat dari sudut uruf. Secara ringkas dan kesimpulannya, tiadanya dalil yang jelas menyebut tentang tempoh maksimum seseorang berada di suatu tempat untuk membolehkannya mendapat

keringanan musafir, juga tidak mungkin kita menghadkan tempoh seseorang berada di sesuatu tempat disudut bahasa, maka perkataan umum itu ditafsirkan dari sudut uruf. 2- Zahir hadis-hadis baginda saw tidak pun menunjukkan sebarang petanda baginda menghadkan tempoh-tempoh tertentu dalam menetapkan samada seseoran boleh ataupun tidak mendapat keringanan musafir. 3- Mengqasarkan solat adalah satu ibadah kepada Allah swt, jika ia adalah suatu ibadah yang terikat dengan tempoh-tempoh tertentu, maka pasti baginda saw akan menerangkan tempoh tersebut dengan jelas sebagaimana hukum hakam lain yang berkaitan dengan tempoh-tempoh tertentu ; seperti tempoh menyapu khuf, iddah mereka yang kematian suami, dan lain-lain lagi yang diterangkan secara jelas oleh baginda saw tentang tempohnya. Justeru, oleh kerana tiada tempoh yang jelas disebut oleh nabi saw, maka tempoh dan keadaan musafir itu dilihat dari sudut uruf. Kesimpulan ; Secara fitrahnya, kita semua tahu adakah kita dikira bermusafir atau bermukim, seorang askar yang pergi menjaga sempadan, yang tiada tempat tinggal, sekalipun berbulan lamanya didalam hutan, maka kita secara fitrahnya akan mengatakan mereka itu dikira musafir. Demikian Islam, agama yang sentiasa meraikan fitrah manusia, mampu diamal oleh semua penganutnya, dan `uruf(keadaan) seseorang itu berbeza-beza, maka oleh kerana itulah, tiadanya dalil jelas menetapkan tempoh bagi seseorang dikira musafir atau bermukim. Rujukan : 1. http://ahmadsabiq87.wordpress.com/2012/04/16/saya-bermukim-ataubermusafir/ 2. Sahih Bukhari Muslim 3. Al-Quran