Anda di halaman 1dari 21

MOHD ALI BIN JEMALI

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU
Punca Kewangan
Sekolah

Kumpulan Kumpulan
Kumpulan Kumpulan
Wang Wang daripada
Wang Suwa Wang Asrama
Kerajaan Waran
Peruntukan
Kecil
KLASIFIKASI PUNCA/ SUMBER
Kumpulan Wang Peruntukan dan bantuan daripada kerajaan
Kerajaan Bantuan per kapita (Per Capita Grant – PCG)

Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan


Seni), peperiksaan dalaman, sewa kantin,
sewaan harta sekolah, derma & sumbangan
Kumpulan Wang
orang ramai, Insuran, Majlis Sukan Sekolah,
Suwa
majalah sekolah, lain-lain kutipan yang
diluluskan

LPBT asrama, bantuan makanan asrama, yuran


Kumpulan Wang makan asrama, yuran khas asrama, yuran
Asrama pendaftaran asrama, yuran dobi / pelbagai yang
diluluskan.
Bantuan dan pemberian kerajaan
 Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang
diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf
Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
 Pemberian bantuan per kapita satu kali setahun mulai tahun 2001.
Tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan kepada bilangan enrolmen murid
pada 1 Oktober tahun sebelumnya.
 Tiap-tiap kumpulan wang itu diselenggarakan secara berasingan.
 Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri akan memberi
bantuan PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran kepada
setiap sekolah berasaskan kepada jumlah bilangan murid pada 1 Oktober
setiap tahun.
Sambungan bantuan dan pemberian kerajaan

Punca kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan wang


kerajaan termasuk:
oPemberian bantuan pra sekolah
o Bantuan mata pelajaran dan bantuan bukan mata pelajaran.
o Bantuan Rancangan Makanan Tambahan atau Rancangan
Amalan Makanan dan Pemakanan.
o Bantuan gotong-royong
o Bantuan modal atau pembelian alat-alatan
o Geran pelancaran atau launching grant untuk sekolah-sekolah yang
baru dibuka sahaja.
o Bantuan biasiswa kerajaan (Yayasan Negeri / Petronas / Mara)
dan badan-badan kerajaan
o Yuran peperiksaan kerajaan (PTS / UPSR / PMR / SPM / STPM)
Procedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada 2 iaitu:
(ii) Sekolah yang Menyelenggara akaun kumpulan wang kerajaan
- Sekolah berkenaan perlu mengemukakan tuntutan bantuan PCG
masing-masing kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan
mengemukakan kepada Pejabat pembayar bagi urusan pembayaran.
- Sekolah akan menerima jumlah pemberian bantuan PCG dalam bentuk
tunai.
- Jumlah tersebut perlu diperakaunkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan mengikut ruangan bantuan yang ditetapkan.
- Urusan perolehan akan dibuat oleh sekolah sendiri mengikut peraturan
kewangan yang sedang berkuatkuasa.
(ii) Sekolah yang tidak menyelenggara akaun kumpulan wang kerajaan
a) Bagi sekolah yang bertaraf Pusat Kos, pemberian bantuan PCG akan
disalurkan kepada Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) melalui waran
peruntukan berdasarkan jumlah bantuan yang layak dipohon oleh
sekolah iaitu mengikut bilangan enrolmen murid. Semua perolehan
oleh PPB tidak boleh melebihi jumlah bantuan yang layak diberi
kepada setiap sekolah mengikut peraturan kewangan yang sedang
berkuatkuasa.
b) Bagi sekolah bertaraf PTJ, pemberian bantuan PCG akan disalurkan
kepada pengurusan sekolah melalui waran peruntukan berdasarkan
jumlah yang layak dipohon oleh sekolah. Semua urusan perolehan
dibuat oleh sekolah sendiri mengikut peraturan kewangan yang
sedang berkuatkuasa.
c) Peraturan dan tatacara tuntutan / pemberian bantuan PCG hendaklah
dipatuhi oleh semua sekolah dan PPB.
d) Mulai tahun 2001, tuntutan bantuan PCG ditetapkan sekali sahaja
setahun.
e) Tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan kepada bilangan enrolmen
murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Contohnya enrolmen murid
tahun 2001 merujuk kepada 1 Oktober 2000.
f) Menurut Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2000 yang bertarikh 23
November 2000 bagi sekolah yang dibuka selepas tarikh di atas,
tuntutan / pemberian hendaklah berdasarkan bilangan murid pada
tarikh sekolah tersebut dibuka / operasi dan peratus tuntutan /
pemberian daripada bantuan setahun yang dibenarkan. Sila rujuk
Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4
BULAN SEKOLAH MULA DIBUKA PERATUS TUNTUTAN
JANUARI - MAC 100 %
APRIL - JULAI 70 %
OGOS - DISEMBER 50%

Jadual 2: Tuntutan / Pemberian PCG


JENIS BANTUAN KUMPULAN MAKSUD PERBELANJAAN
PER KAPITA SASAR
Kemahiran Hidup Murid yang mengambil Untuk membeli bahan habis pakai
matapelajaran dan peralatan serta menyediakan
Kemahiran Hidup sahaja juga kemudahan asas yang
diperlukan bagi maksud P&P mata
pelajaran ini.

Rekacipta Murid yang mengambil Untuk membeli bahan habis pakai


matapelajaran Rekacipta dan peralatan serta menyediakan
sahaja juga kemudahan asas yang
diperlukan bagi maksud P&P
matapelajaran ini.

Matapelajaran Elektif Semua pelajar yang Untuk membeli alat / bahan yang
mengambil dapat membantu P&P matapelajaran
matapelajaran elektif berkenaan.
berkenaan sahaja iaitu:
Sains Rumahtangga,
Sains Pertanian,Teknik
(L.Kejuruteraan dan IT)
dan Perdagangan
(termasuk P.Akaun dan
Ekonomi Asas)
Jadual 3: Jenis bantuan per kapita dan maksud perbelanjaan
JENIS PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA BAGI
SEORANG MURID SETAHUN
A Mata Pelajaran Sekolah Menengah
Rendah (Ting 1 – 3)
* Teras
RM 21.00
* Wajib
RM41.00

B Mata Pelajaran Sekolah Menengah Atas


(Ting 4 – 5)
* Teras RM 38.00
* Wajib RM 8.00

C Elektif
1. Teknologi
- L.Kejuruteraan
- Teknologi Kejuruteraan RM 25.00
- Pengajian E & Elektronik RM 25.00
- Pengajian Kejuruteraan Awam RM25.00
- Pengajian Kejuruteraan Jentera
RM25.00
RM25.00
2. Vokasional
Semua Matapelajaran
RM 65.00
• Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang
diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada
pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang
asrama.

• Wang Suwa termasuk:


1. Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni)
2. Derma daripada orang ramai
3. Sewaan harta sekolah
4. Jualan daripada kedai buku sekolah
5. Yuran peperiksaan dalaman
6. Majalah Sekolah
7. Insuran
8. Majlis Sukan-sukan
9. Lain-lain kutipan yang diluluskan
Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut:

1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan


Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid-
murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan,
umpamanya yuran sukan ataupun permainan, wang
yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.

2.Wang dikutip secara am


Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipan
yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang
diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak
sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat memberi
manfaat secara langsung kepada murid-murid.
3. Kegunaan Wang Suwa yang lain
Wang suwa sekolah juga boleh digunakan bagi
menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain dengan
syarat:
a) Mendapat kelulusan daripada pihak ketua Pusat
Tangungjawab
b) Melalui pindaan peruntukan selepas mendapat
kelulusan daripada Pusat Tanggungjawab.
Kumpulan wang asrama ialah semua penerimaan yang
berkaitan dengan asrama, sama ada dalam bentuk
pemberian / bantuan daripada kerajaan ataupun kutipan yang
dibuat daripada murid - murid. Antara punca -
punca
kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan wang
asrama termasuk:

1. LPBT Asrama
2. Bantuan Makanan Asrama
3. Yuran Makan Asrama
4. Yuran Khas Asrama
5. Yuran pendaftaran Asrama
6. Yuran Dobi / Pelbagai yang diluluskan
• Bagi sekolah yang diberi kuasa sebagai PTJ, pengetua
bertangunggjawab ke atas perbelanjaan yang diberikan
berasaskan waran peruntukan kecil yang diluluskan oleh
bahagian masing-masing. Pihak sekolah akan
berbelanja mengikut objek, program dan keperluan
sekolah yang diluluskan berasaskan waran peruntukan
kecil yang diberikan.
• Sebarang pembayaran dibuat melalui Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (JANM) selaku
pejabat pembayaran dan perakaunan bagi
kerajaan. Pengetua perlu menyediakan baucar
bayaran, kelompok dan dokumen-dokumen
sokongan bagi proses pembayaran. Pengetua
juga perlu membuat laporan penyesuaian akaun
yang dikeluarkan oleh JANM dengan buku vot
yang dikendalikan pada peringkat sekolah.
• Buku Vot – Ialah satu buku rekod kewangan yang perlu
diselenggara oleh sekolah mengikut kehendak AP95. Buku
vot mengandungi maklumat-maklumat kewangan berhubung
peruntukan, tangunggan, perbelanjaan dan baki peruntukan.

• Tujuan buku vot adalah:


* Mengawal dan memastikan perbelanjaan & tangunggan
tidak melebihi peruntukan yang diluluskan.
* Sebagai satu punca maklumat bagi menyediakan laporan –
laporan berkenaan perbelanjaan, tanggungjawab
dan baki tanggungan.
• Penyesuaian buku vot adalah proses menyemak ketepatan
semua bayaran dan pungutan yang direkodkan di dalam
sesuatu “laporan terperinci perbelanjaan” berbanding
dengan apa yang direkodkan di dalam buku vot bagi bulan
berkenaan dan bulan-bulan sebelumnya.

• Penyesuaian buku vot dilaksanakan bagi memastikan:


1. Sebarang bayaran yang tidak dibenarkan dapat dikesan.
2. Kesilapan membuat akaun pada peringkat Akauntan
Negara ataupun wakilnya dapat dikesan.
3. Laporan pengurusan ke atas peruntukan, perbelanjaan
dan tangunggan yang disediakan daripada buku vot
adalah tepat dan lengkap
4. Akaun awam yang disediakan daripada rekod-rekod
Akauntan Negara menggambarkan perbelanjaan
kerajaan dengan tepat dan lengkap.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai