Anda di halaman 1dari 1

Kew Chun Hong N411 Blok Nuri, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala

Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tuan Haji Dzulkarnain bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Tuan,

13 JANUARI 2014.

MEMINTA KEBENARAN UNTUK KELUAR KAMPUS TERLEBIH AWAL Merujuk perkara di atas, saya, Chung Gee Yee dari PISMP Muzik Semester 1 Ambilan Januari 2014 ingin memohon jasa baik daripada tuan agar membenarkan saya untuk keluar kampus terlebih awal daripada tarikh yang ditetapkan. 2. Antara sebab terpaksa keluar kampus terlebih awal pada 28 Januari 2014 (Selasa) kerana saya telah membeli tiket bas pada pukul 1.00 petang 28 Januari 2014. Hal ini demikian kerana kuliah saya telah tamat pada 12.00 tengah hari 28 Januari 2014 dan saya akan menyambut Tahun Baru Cina pada 30 Januari 2014. Oleh itu, saya ingin meminta kebenaran untuk keluar kampus terlebih awal iaitu pada pukul 12.00 petang 28 Januari 2014. 3. Saya berharap agar pihak tuan tidak merekodkan saya sebagai kesalahan disiplin disebabkan oleh ketidakhadiran saya. Saya berjanji dan bertanggungjawab untuk menanggung segala risiko yang saya hadapi sepanjang perjalanan ini. 4. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan masalah saya dan seterusnya meluluskan permohonan ini. Segala kerjasama dan jasa baik tuan amat saya hargai dan dahului dengan jutaan terima kasih. Yang benar, __________________ (CHUNG GEE YEE) Diluluskan dengan kebenaran khas, ____________________________ ( )