Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PERALATAN KURSUS BINA INSAN GURU PISMP SEMESTER 1 IPG TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA

LIPIS

Bagi kursus Bina Insan Guru kali ini, AJK Peralatan boleh dikatakan merupakan AJK yang paling penting. Hal ini demikian kerana segala peralatan yang berkaitan dengan mendirikan khemah tidur, khemah dapur untuk setiap setiap kumpulan, alat alat untuk malam kebudayaan, alat untuk memasak dan juga makan adalah dalam pengurusan AJK Peralatan. Sebelum perkhemahan, AJK AJK Peralatan perlu menyedia alat alat yang perlu digunakan semasa perkhemahan untuk cukupan semua peserta yang terlibat. Alat yang AJK Peralatan telah menyediakan untuk semua peserta sebelum perkhemahan ada : Lilin Askar ( Solid Fuel Tablets ) Lilin askar ini adalah digunakan untuk aktiviti luar kami pada kursus ini. Semasa kami menjalankan aktiviti luar, lilin askar ini akan digunakan oleh kami untuk memasak makanan kami semasa kami berehat. Tali Nylon Tali nylon adalah digunakan oleh kami untuk mendirikan gadget yang digunakan untuk meletakkan pinggan, kuali ataupun mangkuk yang kami telah cuci. Plastik Sampah Plastik sampah yang dibeli adalah untuk AJK Kebersihan yang memastikan tapak perkhemahan kami sebelum dan juga selepas dalam keadaan yang bersih dan selesa. Pemetik Api Pemetik api adalah untuk mendirikan api untuk memasak makanan dengan menggunakan lilin askar. Selain itu, tugas AJK Peralatan semasa perkhemahan juga amat memenatkan. Semasa perkhemahan, jika mempunyai apa apa tempat yang memerlukan peralatan, mereka akan

merujuk kepada AJK Peralatan. Fenomena ini telah menyebabkan AJK Peralatan tidak dapat berehat semasa perkhemahan. Terutamanya semasa mendirikan gadget, khemah dapur dan juga khemah, semua orang akan menanya kepada AJK Peralatan tentang posisi alat alat yang pelbagai jenis. Di samping itu, tugas AJK Peralatan selain daripada menyediakan peralatan, AJK Peralatan juga mempunyai peranan untuk memastikan peralatan yang digunakan oleh semua peserta dalam keadaan yang bersih dan juga selamat seperti PFD ( Personal Floating Device ) dan juga kayak. Kedua dua alat ini sangat membebankan AJK Perlatan kerana kedua dua alat ini jika tidak selamat, akan menyebabkan peserta ynag menggunakan dalam keadaan yang bahaya. Jadi, sebelum dan selepas menggunakannya, AJK Pealatan akan menyemak balik kuantiti, dan juga sama ada alat itu rosak. Selepas semua peserta menggunakan kayak, AJK Peralatan pula yang bertanggungjawab untuk membersihkan kayak itu. Tetapi hal ini tidak begitu meletihkan kami kerana semua peserta yang menggunakan telah turut membantu kami untuk mencuci kayak ini. Selepas perkhemahan, semua peserta yang terlibat telah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membersihkan alat alat yang digunakan sepanjang perkhemahan ini seperti PFD, khemah dan juga kayak. Melalui perkhemahan kali, semua AJK Peralatan walaupun anagat letih, tetapi kami sangat bersyukur dapat menjadi AJK Peralatan kerana kami telah banyak belajar cara cara untuk menggunakan alat alat yang tidak pernah kami guna dan juga cara ikatan untuk gadget dan lain lain. Melalui kursus ini, kami telah mempelajari banyak benda dan mendapat banyak pengalaman yang sangat begitu bernilai.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, _______________ ( CHUNG GEE YEE ) Ketua AJK Peralatan, Kursus Bina Insan Guru Fasa Pertama PISMP Semester 1