Anda di halaman 1dari 6

BAB 6 AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja , iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA, dan FS.

Contoh-contoh dalam ayat: Bil. 1 2 3 4 Subjek Ayah Ali Dia Pelumba lari Fatimah Predikat peguam. membaca akhbar itu. sangat letih. ke Melaka pagi tadi.

Walau bagaimanapun, bukan semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek, seperti yang terdapat dalam ayat songsang berikut: 1 (a) Fatimah ke Melaka pagi tadi. (b) Ke Melaka Fatimah pagi tadi.

(a) Buku itu di atas meja. (b) Di atas meja buku itu.

(a) Dia membaca akhbar. (b) Membaca akhbar dia.

(a) Anak itu dikucupnya. (b) Dikucupnya anak itu.

6.1 Subjek dalam Ayat Tunggal


6.1.1 (i) (ii) (iii) (iv) Frasa Nama Sebagai Subjek Tan Kong Joo pelajar sekolah. Buah itu masam. Ibunya sakit. Motosikalnya telah rosak.

Bahagian Dua: Ayat

28

(v)

Balai raya ini untuk orang ramai.

6.1.2 Kata Ganti Nama Diri Sebagai Subjek (i) (ii) (iii) (iv) (v) Dia anak bongsu. Beliau guru saya. Dia adik Ragunathan. Itu Bank Rakyat. Ini stesen bas. (*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102) Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk.

6.1.3 (i) (ii) (iii) (iv) (v) 6.1.4 (i) (ii) (iii) (iv)

Kata kerja sebagai subjek. Membaca buku ialah hobinya. Bersenam dapat menyihatkan badan. Menyanyi ialah kerjayanya. Mencuri perbuatan yang salah. Minum air boleh menghilangkan dahaga. Kata adjektif sebagai subjek. Cergas bermakna badan sihat. Hijau warna kesukaannya. Harum bau bunga melur itu. Tamak ialah amalan yang keji.

6.2 Predikat dalam Ayat Tunggal


6.2.1 (i) (ii) (iii) (iv) 6.2.2 (i) (ii)
Bahagian Dua: Ayat

Frasa Nama Sebagai Predikat Encik Zulkifli pegawai polis. Kakaknya doktor mata. Bangunan itu kediamannya. Bilik itu stor barang. Frasa Kerja Sebagai Predikat Dia makan mi goreng. Anjing itu menyalak musuh.

29

(iii) (iv)

Mereka tidur. Adiknya menangis.

6.2.3 (i) (ii) (iii) (iv) 6.2.4 (i) (ii) (iii) (iv)

Frasa Adjektif Sebagai Predikat Keropok ini sangat rangup. Rumah itu sangat besar. Abangnya sangat bijak. Budak itu baik sungguh. Frasa Sendi Nama Sebagai Predikat Buku ini untuk adik. Ayah ke Kuala Lumpur. Beliau dari Universiti Sains Malaysia. Wajahnya seperti bintang terkenal itu.

6.3 Kesalahan Lazim Ayat Tunggal


Apabila suatu bentuk ujaran tidak mempunyai subjek atau predikat, maka bentuk ujaran tersebut disebut ayat tergantung.

6.3.1 Menulis Ayat Tanpa Subjek 1 Komputer ialah hobinya. Sepatutnya : Bermain komputer ialah hobinya.

Terletak di Asia Tenggara. Sepatutnya : Malaysia terletak di Asia Tenggara.

Agak nyaring. Sepatutnya : Suaranya agak nyaring.

Dipecat kerana menyalahgunakan kuasanya. Sepatutnya : Pengurus itu dipecat kerana menyalahgunakan kuasanya.

Bahagian Dua: Ayat

30

6.3.2 Menulis Ayat Tanpa Predikat 1 Pelajar itu. Sepatutnya :Pelajar itu sangat rajin.

Yang berwarna putih itu. Sepatutnya : Kereta yang berwarna putih itu.

Untuk ibu saya. Sepatutnya : Hadiah itu untuk ibu saya.

Penulis novel cinta. Sepatutnya : Ahadiat penulis novel cinta.

6.4

Kesalahan Struktur Ayat Susunan kata dalam ayat atau struktur ayat mestilah lengkap, tepat, dan betul supaya maksudnya dapat difahami. Kesalahan struktur ayat sering didapati dalam ayat tanya, ayat majmuk gabungan, dan ayat majmuk pancangan.

6.4.1 Penggunaan Ayat Tanya Predikat kata tanya yang disertai partikel kah perlu diletakkan di hadapan subjek ayat. Predikat kata tanya yang disertakan dengan partikel kah perlu diletakkan di belakang subjek ayat. 6.4.2 Ayat Tanya dengan Partikel -kah (a) Dia / kawan kamukah? (Salah ) Ayat tanya ini salah strukturnya kerana predikat ayat yang bergabung dengan partikel kah diletakkan di belakang ayat.

Kawan kamukah / dia?( Betul ) Diakah / kawan kamu? Ayat ini betul kerana kata yang bergabung dengan partikel kah diletakkan di hadapan ayat.

Bahagian Dua: Ayat

31

(b)

Jualan murah itu / selama berapa harikah?(Salah)

Selama berapa harikah / jualan murah itu? 6.4.3 Ayat tanya tanpa partikel kah

( Betul)

(a)

Apa / barang itu? Barang itu / apa?

(Salah) (Betul)

(b)

Siapa / rumah itu? Itu / rumah siapa?

(Salah) (Betul)

6.5 Rumus
Ayat tunggal terdiri daripada semua jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah dan sebagainya. Jika ayat tunggal yang berbentuk ayat penyata itu mengalami perubahan seperti pertukaran kedudukan subjek predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar.

Selain itu, ayat tunggal boleh disertai oleh unsur keterangan. Contoh : 1 2 3 Dia memancing ikan pagi tadi. (Keterangan : pagi tadi) Saya akan bertemu dengan beliau esok. (Keterangan : esok) Pokok di hadapan sekolah itu tinggi. (keterangan : tinggi)

6.6 Latihan Pengukuhan


6.6.1 Mengenal pasti kesalahan (a) (b) (c) (d) (e) Di seluruh taman itu telah meraikan kedatangan beliau.(tidak ada subjek) Industri berat yang akan dimajukan di negara kita.(tidak ada predikat) Apakah dicari oleh mereka di padang itu?(tidak ada subjek) Siapakah datang ke rumahmu?(tidak ada subjek) Banyak pelajar perempuan dalam pertandingan itu.(tidak ada subjek)

Bahagian Dua: Ayat

32

6.6.2 Membetulkan kesalahan (a) (b) (c) (d) (e) Seluruh taman itu telah meraikan kedatangan beliau. Industri berat akan dimajukan di negara kita. Apakah yang dicari oleh mereka di padang itu? Siapakah yang datang ke rumahmu? Banyak pelajar perempuan yang terlibat dalam pertandingan itu.

6.6.3

Menentukan ayat yang betul atau salah Tandakan [ ] atau [ X ] bagi ayat-ayat di bawah. (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Di seluruh dunia telah mengalami cuaca panas. [ ] ]

Saya akan membukukan pengalaman saya merantau ke seluruh dunia. [ Menjaga kedaulatan negara merupakan tugas angkatan tentera. [ Sebab dia ingkar suruhan Allah. [ ] ] ]

Kesusahanlah yang menyebabkan dia rajin belajar. [ Apakah yang sedang kamu fikirkan? [ ]

Remaja layak sahaja mengikuti kursus kemahiran itu. [ Seluruh rakyat yang meratapi kemangkatan sultan ini. [ Sebagai kesan peperangan itu, rakyat menderita. [ Yang manakah yang tidak benar? [ ] ]

] ]

Bahagian Dua: Ayat

33

Anda mungkin juga menyukai