Anda di halaman 1dari 2

1.

MAKLUMAT KLIEN DAN LATAR BELAKANG KES

1.1

Maklumat Klien

Nama Jantina Asal Umur Bangsa Agama BiCopotgan adik- beradik Pekerjaan bapa Tinggal bersama Pencapaian akademik

: Copot (bukan nama sebenar) : Lelaki : Kampung Benggali, Butterworth, Pulau Pinang : 10 tahun : Melayu : Islam : Anak tunggal :: Datuk : Lemah

1.2

Latar Belakang Kes

Copot (bukan nama sebenar) adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Copot tinggal bersama dengan datuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani. Copot amat membenci ibunya kerana dari kecil lagi Copot tidak pernah dijaga oleh ibu dan mendapat kasih sayang ibu. Copot juga benci dengan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya kerana meninggalkan ibu sewaktu Copot masih di dalam kandungan ibu. Copot juga tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara ibu dan ayahnya.

Copot gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk dengan keluarga sendiri tidak sama baginya. Copot amat cemburu dengan rakan-rakannya yang lain tinggal bersama dengan ibu bapa tetapi diri Copot pula sebaliknya. Copot hanya melihat wajah ibu setahun sekali dan Copot tidak pernah Copotgsung melihat wajah ayah. Oleh kerana kurangnya kasih sayang ibu dan ayah, Copot selalu sahaja memberontak. Copot mudah panas baran dan akan mengamuk jika sesuatu yang tidak kena. Datuk juga tidak berani memarahi Copot kerana amat menyayangi Copot dan mungkin kerana faktor usia datuk yang terlalu tua.

Di sekolah Copot dikenali dengan perangai samseng dan suka mengganggu kawan. Dia jarang mengambil bahagian dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Di dalam kelas Copot lebih suka bermain-main dengan apa yang ada di atas meja. Kadangkala dia leka dengan bermain alat tulis. Selain itu, dia juga sering keluar kelas tanpa sebab semasa guru sedang mengajar di hadapan. Sikap sebegini menyebabkan ramai guru tidak suka kepadanya dan dia sering dimarahi oleh kebanyakan guru.

2.0 CARA KUMPUL DATA DAN MAKLUMAT Data akan dikumpulkan seterusnya akan dinilai dengan menggunakan i. ii. iii. iv. v. soal selidik tingkah laku, temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian.

Soal selidik dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik tingkah laku dan emosi. Segala maklumat berkaitan klien dikumpul dalam borang ini. Borang soal selidik ini diisi oleh guru bimbingan sendiri berdasarkan pemerhatian yang dibuat ke atas murid tersebut. Seterusnya ialah menggunakan temubual

Anda mungkin juga menyukai