Anda di halaman 1dari 14

2. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.

t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat sayamenyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini.Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telahdilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran.Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya ,Encik Awang bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalammemberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasanini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan.Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini.Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya didalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segalakesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.2 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 /IPT 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa 1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan SekolahMenengah 1.3 Konsep Kemahiran Menulis 1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis 2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 2.1 Menulis Pendahuluan. 2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan 2.2 Menulis Bahagian Isi2. 2.1 Menulis perenggan isi. 2.3 Menulis Bahagian Penutup. 2.3.1 Aspek penting dalam penutup 2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta 2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita 2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa 3.1 Pendekatan Proses 3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan 3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan

3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat 3.1.2 Proses Penulisan Isi 3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif 3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan AMBA 3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup 3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup 3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup 3.2 Kaedah Peta Minda 3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda 3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan 3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup 4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP BIBLIOGRAFI

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yangdisampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepadapembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknikpenulisan yang sesuai.Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formalitiyang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.(Smith, 1969)Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yangmenggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan ideadan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihatpenulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat(Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasiberlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakanperaturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pulamemperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan.Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalamkurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti PeperiksaanMenengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif disekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalankebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa.Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir

pada peringkat yang tinggi sepertimenganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar5 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 6. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan ide dan perasaan danmemperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran.1.2 Konsep Pengajaran TatabahasaMenurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-muridberkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasiini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankandan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagimenghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajarantatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa jugahendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajardengan kemahiran bahasa yang lain.Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu,Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklahdigabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membacadan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajarantatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasaitatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn(Awang Sariyan, 2004:194).1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan SekolahMenengahKonsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281)mempunyai beberapa tujuan iaitu:6 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 7. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392i. Membolehkan pelajar Bercerita; dan Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan.ii. Membolehkan pelajar menulis Pengalaman sendiri; Cerita; Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan Surat kiriman formal dan tidak formal.1.3 Konsep Kemahiran MenulisKemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar.Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran BahasaMelayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapatmerakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumatdalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (KamarudinHj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997).Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula padatahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisanbahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir(Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurangmemuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negaramenjelang tahun 20207 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 8. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita

buat semasakita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;i. menggunakan pelbagai jenis ayatii. mencatat dan menyusun maklumatiii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatifiv. membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuandan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadappenggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas,cantik dan kemas.Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah ideasebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasaistruktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut :i. Perancangan menulis karanganii. Pemilihan tajukiii. Penulisan draf (rangka)iv. Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkanv. Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakanbeberapa perenggan yang sesuai.8 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 9. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392vi. Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dankhalayak.vii. Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknikpemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifikviii. Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspekkebahasaan..1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran MenulisAspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatianyang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnyadipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikutioleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasaayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasayang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru seringmenekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangandan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka.Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah AbdulHamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan9 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 10. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasadalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat)sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengahadalah untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yangmemerlukan pengetahuan tentang wacana.Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasaayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepadasatu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkansecara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupundengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat.Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segikebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaanpelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segikemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti

tanda bacaan,subject-verb agreement, dan susunan ayat.2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP.2.1 Menulis Pendahuluan.Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalamperenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayatpengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembacauntuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yangmerupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuanatau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalamkarangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan10 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 11. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruhtentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalamperenggan pendahuluan.2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluanRingkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut : Kehendak soalan yang dikemukakan. Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan)Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan,antaranya:(i) pendahuluan jenis definisi(ii) pendahuluan jenis pendapat(iii) pendahuluan jenis suasana(iv) pendahuluan jenis persoalan(v) pendahuluan jenis peribahasaPENDAHULUAN JENIS DEFINISI memberikan takrif makna definisiContoh :Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayahbukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis,jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes11 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 12. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa kesemasa.PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -menyatakan pendapat seseorang tokohContoh :Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alamsekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidakboleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapipada masa yang sama meneruskan pembangunan.PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.Contoh :Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahansekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yangmemandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempatmengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajukContoh:Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakahyang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorangitu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu bolehmencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.Contoh:12 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

13. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur dengan tebingamat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota anggotanyamengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuahkomuniti.2.2 Menulis Bahagian IsiIsi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isiyang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusundengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isipendek-pendek dan berkait rapat.Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebihpanjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan olehmurid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidakterkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk.Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yangbaik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan daripengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalamperenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.2.2.1 Menulis perenggan isi.Perenggan isi terdiri daripada :A1: Isi utamaA2: Huraian tentang isi utamaA3: Huraian tentang isi utamaA4: Bukti/contoh/ data/ statistik13 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 14. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan.Contoh isi karanganTajuk: Isu Buruh AsingSkop : kebaikan dan keburukanIsi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja. (A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerjayang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. (A2) Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhanekonomi negara ini akan terbantut, (A3) Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat danmenggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operatorpengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan,jurujual, dan sebagainya. (A4) Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan. (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung olehrakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunannegara dapat berjalan lancar.2.3 Menulis Bahagian PenutupSesetengah pelajar mengabaikan komponen penutup dalam sesebuah karangan kerana andaian bahawabahagian ini kurang penting. Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutupmerupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Sama adasesebuah karangan itu merupakan jenis fakta ataupun jenis cerita seharusnya disudahi dengan penutupyang tepat dan jelas dengan huraian yang ditulis sebelum itu.14 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 15. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392.2.3.1 Aspek penting dalam penutup1. Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isikarangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutupseperti di bawah.2. Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut : Ayat / Frasa memulakan penutup. Kesimpulannya Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa . Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa .. Ringkasnya, jelaslah bahawa . Kenyataan-

kenyataan tersebut menunjukkan bahawa. Natijahnya, jelaslah bahawa 3. Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut formatyang telah ditentukan dalam karangan berkenaan. Ayat / Frasa memulakan penutup berformat Sekian, terima kasih. Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun,Kalau ada sumur diladang,Boleh saya menumpang mandi,Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.4. Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalambahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan.Umpamanya, jika soalan berkehendakkan menceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan ,15 | S e m . J a n uari2011/IPT 16. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkanpenghujung cerita tergantung.5. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja.2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis faktaPenutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satuperenggan ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanyamengandungi perkara-perkara berikut :Nombor ayat Kandungan ayatAyat 1 Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang perbincanganisi.Ayat 2 Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuaiAyat 3 Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkanAyat 4 Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yangdikemukakanContoh-contoh penutup karangan jenis faktaSoalan : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripadaibu bapa. Berikan pendapat anda.(A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti danperlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak.(A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiappergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan.(A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasidengan mudah.(A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak16 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 17. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis ceritaPerenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yangdisampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan kesudahancerita. Jangan meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat menjejaskan kesudahancerita. Jangan timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yangkadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penontonberfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita.Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkaraberikut :Nombor ayat Kandungan ayatAyat 1 Peleraian cerita ataupun kesudahan ceritaAyat 2 Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilaluiAyat 3 Huraian ringkas pengalaman yang diperolehAyat 4 Harapan daripada cerita yang ditulisPerkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan,boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. Contoh-contoh penutup karangan jenis ceritaSoalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadianbanjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusatpemindahan banjir selama beberaqpa hari.Perenggan lengkap :Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan punteduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan

berdepan dengankerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada dipusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agarkami tidak akan terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa depan.17 | S e m . J a n u a ri2011/IPT 18. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN6908241053922.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasaPenutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis ceritaberdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukanpelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yangdisampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karanganyang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca.Nombor ayat Kandungan ayatAyat 1 Peleraian ceritaAyat 2 Ulasan peleraian / kesudahanceritaAyat 3 Pengajaran yang diperolehdaripada kisah yang berlakuAyat 4 Penegasan dan kaitan ceritadengan peribahasaPerkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh jugadidahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai.Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita peribahasaSoalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah sesal dahulu pendapatan, sesalkemudian tidak berguna. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.Perenggan lengkap :Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf denganperistiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengarnasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnyadaripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlakukepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidakberguna.18 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 19. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Terdapat pelbagai jenis perenggan penutup fakta, anataranya adalah penutup kesimpulan isi,cadangan dan harapan.Perenggan penutup jenis kesimpulan isi juga dikenali sebagai perengganpenutup rumusan. Perenggan penutup jenis ini menunjukkan pelajar membuat suatu kesimpulanatau rumusan berhubung dengan fakta atau pandangan yang telah dibincangkan. Perengganpenutup jenis kesimpulan ini ditandai dengan ayat-ayat yang menunjukkan suatu kesimpulanatau rumusan.Perenggan penutup jenis cadangan memerlukan pelajar mengemukakan cadangan-cadanganberhubung dengan topik perbincangan karangan. Oleh itu, perenggan penutup jenis cadanganakan ditandai dengan pelbagai cadangan daripada pelajar. Jumlah cadangan yang boleh diberikanoleh pelajar tidaklah terhad kepada satu atau dua cadangan. Sebaliknya, pelajar bolehmemberikan beberapa cadangan tetapi jumlah cadangan yang diberikan perlu sesuai dan tidakterlalu sedikit atau tidak terlalu banyak.Malah cadangan yang diberikan itu juga mesti ditautkan antara satu sama lain agar cadanganyang dikemukakan dalam perenggan penutup itu kelihatan sebagai suatu cadangan yangkomprehensif. Cadangan yang diberikan dalam perenggan penutup juga tidak bertindih-tindihdengan idea atau isi sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perenggan idea atauisi.Perenggan penutup jenis harapan membolehkan pelajar mengemukakan harapan masing-masing berhubung dengan topik perbincangan karangan. Jumlah harapan yang hendakdikemukaka dalam perenggan penutup jenis ini hendaklah tidak terlalu sedikit.3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN3.1 Pendekatan ProsesPendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasilpenulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf,menyemak dan membincangkannya. Dalam

pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dariaspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat,19 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 20. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulisyang menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentangformat atau model penulisan yang baik. Berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada prosesbagaimana ia dihasilkan. Menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan menulis draf terlebih dahulu. Draf akan disemak, dikritik dan ditulis semula. Semakan adalah secara berterusan sekiranya masih ada kesilapan dalam penulisan. Memakan masa yang panjang untuk menyiapkan penulisan. Member peluang kepada pelajar mempelajari setiapaspek penulisan. Prinsip-prinsip penulisan :i. Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolahdan menyusun idea.ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan penulisan semula.iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.3.1.1 Proses Penulisan PendahuluanPendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Sebaik-baiknya mengandungi empathingga tujuh ayat, dan satu ayat tidak lebih 15 perkataan. Panjang perenggan berpatutan.Karangan bermula dengan ayat pengenalan memadai dengan menulis dalam satu perenggan.Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti olehdua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan20 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 21. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus yang membawa pembacauntuk mengetahui tujuan atau persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.Terdapat 10 jenis pendahuluan karangan. Antara yang biasa digunakan; berbentuk takrif,gambaran, latar belakang, sejarah fakta, dan persoalan.Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, pelajar mesti mentakrif soalan dengan tepatdengan menggunakan strategi tertentu. Strategi dicadangkan ialah T, K, F, iaitu Tema (T), KataKunci Soalan (K), dan Format (F).3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincanganBermula dengan takrifan tajuk yang dipilih. Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraianatau perbahasan.Tajuk : Berjimat CermatSkop : Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat.Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemah atau manggunakanwang, makanan atau keperluan lain dengan secara tidak membazir3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapatSektor pelancongan di negara kita mampu untuk meningkatkan kemajuan negara. Padapendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sektorpelancongan di negara kita.Kehendak SoalanT Sektor pelanconganK Langkah-langkahF Pendapat- umumContoh Pengenalan21 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / IPT 22. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Sektor pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada kemajuanNegara kita. Melalui sektor ini, kerajaan telah memperoleh pendapatan yang tinggi. Selain itu,industry perhotelan yang berkembang maju telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyattempatan. Sektor ini juga telah menjadi salah satu sektor yang penting selain sektorperindustrian dan sektor pertanian. Oleh sebab sektor ini memberikan sumbangan yang besarkepada rakyat dan negara, semua pihak mestilah mengambil langkah-langkah yang wajar untukmemajukan sektor ini, iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk menarik kahadiran

pelancongke negara kita dengan lebih banyak lagi.3.1.2 Proses Penulisan IsiIsi karangan perlu cukup. Di peringkat PMR dan SPM jumlah minimum tiga isi, manakala diperingkat STPM jumlah minimum lima isi. Dalam setiap perenggan , satu isi sahaja perlu ditulisdan dihuraikan. Perenggan isi mestilah mempunyai ayat judul (AJ) atau ayat topic (AT). ATperlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa.Ayat ini dikenali sebagai Ayat huraian (AH). Ayat huraian dapat dibantu dengan kehadiranayat contoh (AC) iaitu ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat inidikenali ayat bukti (AB). Selepas itu perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melaluiayat penegas (AP). AP ialah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi.Berdasarkan huraian tentang perenggan isi, didapati isi karangan hendaklah menepati kehendaksoalan (tajuk). Biasanya dua perkara dinyatakan dalam pernyataan tajuk dan skop.3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptifPencapaian atlet Negara pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupunbiaya yang besar diperuntukkan dalam bidang sukan. Bincangkan beberapa langkah yang patutdilakukan untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini?Tajuk : Mutu sukan di negara ini22 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 23. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Skop : Beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negara iniIsi karangan dapat dibuat dalam bentuk catatan atau peta konsep. Contoh rangka karanganberbentuk catatan :1. Memberi ganjaran yang tinggi kepada atlet.2. Memberi pendedahan latihan di luar Negara.3. Menggunakan kepakaran jurulatih asing.4. Mengembangkan sukan di peringkat sekolah.3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan AMBAGejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihakdan membimbangkan ibu bapa serta masyarakatTajuk : Gejala samseng dalam kalangan pelajar.Skop : Punca gejala itu berlaku dan cara mengatasinyaAnda boleh memberi dua punca dan dua langkah, atau memberi tiga punca dan dua langkah.Walau bagaimanapun , pelajar digalakkan mengemukakan jumlah isi yang seimbang bagi puncadan langkah. Isi karangan perlu dikembangkan. Setiap perenggan isi perlu mempunyai :i. Isi yang diikuti huraian tentang isi itu.ii. Bukti atau contoh untuk mengukuhkan huraianiii. RumusanUntuk mengembangkan isi anda boleh menggunakan kriteria AMBA: iaitu apa,mengapabagaimana23 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 24. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Skop : Punca berlaku gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah.Isi (soalan) : Apakah punca pelajar sekolah menjadi samseng?Rangka karangan :Isi yang dicatatkan:1. Pengaruh rakan sebaya2. Kurang pengawasan ibu bapa3. Pengaruh media massa4. Desakan hidup kerana keluarga miskinHuraian empat isi di atas dengan menjawab soalan mengapa(why) dan bagaimana (how)Contoh huraian:Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar sekolah kerana pengaruhrakan sebaya. (mengapa?). Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebayakerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model atau idola dalam kehidupan remaja ini.(bagaimana) rakan sebaya boleh menyebabkan budaya samseng?3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutupPerenggan penutup perlu ada dalam setiap penulisan kerana ia penting, sebagai rumusankeseluruhan perbincangan. Ia berperanan untuk memberitahu pembaca, karangan tiba dipenghujung dan pendirian penulis berkaitan isu dibincangkan. Pelajar perlu menggabungkansemua isi/ idea itu ke dalam satu perenggan yang menggambarkan pendirian sendiri. Kemudian,nyatakan harapan anda, dan penegasan anda terhadap isi/tajukyang diperkatakan.Teknik

menulis Kesimpulani. Perenggan kesimpulan / rumusanii. Pandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahulu24 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 25. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392iii. Ditandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan karangan sudah tamat.Contoh : Oleh itu Kesimpulannya Rumusannya ialah Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan Dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan bahawaiv. dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan, iaitu :rumusan/kesimpulan, cadangan, harapan, pendirian tentang persoalan yangdibincangkaN.3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutupTajuk: Kemalangan Di Jalan RayaKesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperticuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undang-undang jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukardijangka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati,bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya berharappenguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakanterhadap pesalah. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalanraya dapatdikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan.3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutupTajuk : Kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah berpunca daripada murid-murid yang tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga.Berikan komen anda tentang hal ini25 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 26. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di sekolahdisebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga. Oleh itu ibu bapa haruslahmengawasi dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatangminyak yang penuh supaya tiada lagi masalah disiplin berlaku di sekolah. Disiplin yang merosotakan menyebabkan pencapaian murid-murid merosot. Oleh sebab murid-murid merupakanpewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka ibu bapa haruslah mengambil inisiatif danmengawasi anak-anak mereka supaya masalah disiplin di sekolah tidak lagi timbul3.2 Kaedah Peta MindaPeta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Teknikini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses ; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan prosespenulisan itu sendiri. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilanisi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isiserta huraian yang dihasilkan melaluiperbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda dipapan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta MindaLangkah-langkah p&p yang boleh digunakan adalah seperti berikut:Set induksi: Bersoal jawab tentang tajuk.Langkah 1: Perbincangan tentang peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting.Langkah 2: Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif (Binaan plot) danperenggan pendahuluan.Langkah 3: Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan petaminda yang dicadangkanLangkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup.26 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 27. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Langkah 5: Latihan mengarangPenutup : Rumusan tentang tajukSaya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitandengan tajuk

karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Sebagai langkah pertama,saya menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Selepas itu, sayamenerangkan tentang penggunaan peta minda (untuk p&p pertama kali menggunakan kaedahini) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.CARTA TULANG IKAN.RAJAH : 1Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentukseperti tulang ikan yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengantajuk.Untuk langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perengganpendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan,murid-murid boleh menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan tentang tajuk ataumengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yangbertajuk Ali budak malang. Seterusnya, saya telah membincangkan tentang struktur karangannaratif.27 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T Klimaks28 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T Permulaan28. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Struktur karangan naratif( Binaan plot):Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3peringkat seperti berikut.(a) Eksprosisi/Permulaan- Digunakan untuk memperkenalkan watakMemperkenalkan watak utama dan perwatakannya- Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat(b) Perkembangan- watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yangsemakin berkembang.- Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang.(c) Peleraian- Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya.- Cerita akan berakhir.Langkah ketiga ialah mencari isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan petaminda seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.Plot kronologis (Konvensional)- Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.- Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu: PenyelesaianSehari sebelum memulakan pengajaran, murid diberitahu tentang jenis karangan dan tajuk yangakan diajar supaya mereka membuat rujukan tentang format dan tajuk tersebut. Dengan ini,murid-murid sudah terdapat gambaran tentang apa yang akan dibincangkan nanti.3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik PenyoalanModel 5W+1H merangkumi Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila), What (Apa), Why(Kenapa) dan How (Bagaimana). Setiap pelajar perlulah mengolah atau mengembangkan idea-idea yang telah dijana berdasarkan skop perbincangan itu dalam satu ayat topik berserta denganayat-ayat huraian. Huraian idea atau isi hendaklah berdasarkan apa, mengapa, di mana, bila,siapa dan bagaimana. Ayat-ayat huraian yang dibina hendaklah ditautkan secara kemas dan betuldengan menggunakan penanda wacana, frasa atau kata sendi.Frasa tautan berperanan menautkan topik, idea, subjek atau ayat yang awal dengan ayat yangbaharu. Dengan ini, kepaduan makna untuk perenggan idea atau isi tersebut lebih padu danmantap.malah perenggan idea atau isi tersebut bukan terdiri daripada deretan ayat yang hanyabetul struktur binaan ayat dan ejaan sahaja.Kaedah 5W+1H ini memerlukan pelajar magnesia kemahiran menulis karangan yang mantap.Pelajar mesti mahir dan magnesia aspek wacana dan struktur binaan ayat. Jika tidak, pelajar akanlebih mudah melakukan kesalahan dalam aspek struktur binaan ayat dan dapat mengakibatkanwacana perenggan atau karangan kabur.Berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan Idea/Isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yangtelah dijana akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koherendan kohesif. Beberapa prinsip perlu diikuti untuk menggunakan kaedah ini, antaranya adalahpelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsurdalam lajur formula. Selain itu, pelajar hendaklah bermula dengan lajur formula, diikuti denganlajur idea atau isi dan lajur binaan ayat, iaitu

pada baris pertama. Kemudian, berpindah pula padabaris kedua dengan bermula padal ajur formula dan diikuti lajur idea atau isi serta lajur binaanayat. Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannyalajur demi lajur. Akhir sekali, setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur alattautan dilengkapkan.Setelah pelajar melengkapkan lajur binaan ayat, pelajar hendaklah menautkan ayat-ayat tersebutsama ada dengan penanda wacana, kata hubung,kata sendi atau frasa. Setelah siap semualajur,pelajar akan dapat satu perenggan idea/ atau si yang koheren dan kohesif. Perenggan yangsudah diolah atau dikembangkan hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau29 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T29. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392 30. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diluaskan denngan menambahkan frasa-frasa yangsesuai. Proses memperluas perenggan ini tidak akan mengganggu struktur binaan ayat.Proses pengolahan idea atau isi berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan dalam ModelWawasan ini mampu membina kemahiran secara sistematik. Setelah semua unsur dalam lajurlajur dan proses mengolah idea atau isi dapat diikuti dalam minda, proses mengarang bolehdilakukan secara bebas dengan menerapkan gaya penulisan masing-masing.Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi,ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarangmemerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya danmempunyai wacana yang berkesan.Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggantersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu:A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan)A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab)A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana?(dengan itu / dengan cara)Contoh:(A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalanraya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan.(A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba kedestinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap Masa Itu Emas.(A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun ditempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.3.3.1 Penulisan Bahagian PenutupPerenggan penutup dalam penulisan karangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penutup bagisemua fakta yang dikemukakan dalam karangan dan penutup bagi wacana komunikasi. Dalamkarangan jenis perbincangan, rencana, komen, ulasan, perbahasan tajuk dan lain-lain yangsepertinya, penutup bagi semua fakta juga dapat menjadi penutup karangan. Sebaliknya, dalamkarangan berformat seperti karangan surat kiriman, perbahasan pertandingan, wawancara danlain-lain yang sepertinya akan terdapat penutup untuk semua fakta yang dikemukakan dalam30 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 31. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392karangan dan penutup bagi wacana komunikasi.Penutup bagi semua fakta karangan adalah untukmembuat suatu rumusan, cadangan atau pernyataan harapan terhadap topik perbincangan. Hal iniberasaskan semua fakta yang dikemukakan dalam karangan.4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUPKarangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat seseorangyang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan personalitidan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu duga. Begitu juga halnyadengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka baiklah tafsiran pemeriksa terhadaphuraian isi karangan berkenaan. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan

karanganhendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.Penulisan baik dan berkesan ialah Clear writing is clear thinking (penulisan baik merupakanpemikiran yang jelas) kata Paul Fisher, ssouri, Amerika Syarikat (1981) Dalampembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu peganganpenulisanbaik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciribahasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras,tenang, jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan andaperlu berfikir sebelum berkata.Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi,ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarangmemerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya danmempunyai wacana yang berkesan.( 5694 patah perkataan )BIBLIOGRAFIJuriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasaMalaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.31 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T 32. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN690824105392Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.BhdAtas talian :http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran_Kemahiran_Menulis_Karangan_Bahasa_Melayu_di_S ekolah.pdf (tarikh muat turun : 12 FEB 2011 )http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciripenulisan-berkesan.html ( tarikh muat turun : 14 FEB2011)http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat turun : 17 FEB 2011)http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html ( tarikh muatturun : 2 FEB 2011 )http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2 MAC 2011)http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiranmenulis.html (tarikh muat turun : 3MAC 2011 )http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat turun : 4 MAC 2011)http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat (tarikh muat turun : 12MAC 2011 )http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penutup-karangan.html (tarikh muat turun : 12 MAC 2011)32 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

Anda mungkin juga menyukai