Anda di halaman 1dari 5

RPH DSV TAHUN 1-Menbuat Corak dan Rekaan (Capan)

Dunia Seni Visual Tahun 1 Tahun Bidang Aktiviti Tema Tajuk Masa Tarikh Media 1 Harmon1 Membuat Corak dan Rekaan Capan Alam Semulajadi : Bunga : !020-11.20 (60 minit) : 22 Jun 2011 : Alatan : palet Bahan : Kertas lukisan, cat air Bahan bantu mengajar : Contoh-contoh corak teknik capan EMK : Elemen keusahawanan, kreativiti dan inovatif. STANDARD KANDUNGAN Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual . 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam karya seni. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal , menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 2.1.1.2 2.1.1.3 Rupa organik dan geometri Warna primer dan sekunder Jalinan tampak dan sentuhan : : : :

1.

2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni ulangan atau susunan yang seimbang 2.1.2.2 kesatuan dalam alam semulajadi 2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

2.2.1.1 Alat palet 2.2.1.2 Bahan kertas lukisan dan warna air. 2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik capan ( corak terancang) 2.3 Ekspresi Kreatif : kefahaman, Murid dapat menghasilkan pengetahuan,

dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. 2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif 2.3.2 Menghasilkan corak teknik capan.

2.4

Apresiasi seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya seni dan rakan berpandukan bahasa sen 2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan. 2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan. 2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi estetik (10 Minit) Guru menunjukkan kepada murid contohcontoh karya corak teknik capan Hasil karya kepada murid. Guru menghubungkaitka n contoh-contoh tersebut dengan pelajaran pada hari ini. Guru menunjukkan

contoh gambar atau lukisan gambar yang telah siap. Guru berinteraksi deng an murid tentang unsur warna, rupa dan jalinan. Aplikasi seni (10 Minit) Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat capan. Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan capan. Ekspresi kreatif (25 Minit) Guru menunjukkan cara menghasilkan capan bercorak bunga dengan menggunakan jari telunjuk. Langkah 1 Sediakan kertas lukisan dan cat air. Langkah 2

Guru menunjukkan cara-cara membuat capan dengan teknik yang betul. Langkah 3 Murid mula membuat aktiviti capan dengan bimbingan guru. Apresiasi Seni (15 Minit) Murid mempamerkan hasil karya. Murid menceritakan hasil karya sendiri dan rakan-rakan. Guru memberitahu murid harga sekuntum bunga (sekuntum bunga = RM 1). Guru meminta murid menyatakan harga bunga bunga yang mereka hasilkan dalam karya mereka.

Guru membuat rumusan .

Refleksi

Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Mereka sangat teruja dan tidak sabar untuk membuat capan. Semua murid telah berjaya menyiapkan hasil capan mereka dengan kemas. Standard pembelajaran tercapai.

Kekuatan:

Murid-murid sangat teruja dan seronok untuk membuat aktiviti ini. Murid-murid telah menghasilkan pelbagai corak yang menarik dan kreatif. Murid telah bekerjasama dengan guru dengan mendengar penerangan guru dengan teliti. Ini menyebabkan P&P berjalan dengan lancar.

Kelemahan:

Pengurusan masa kurang baik. Saya telah menghabiskan terlalu banyak masa membuat penerangan serta tunjuk ajar sedangkan kemahiran hari ini mudah sahaja. Saya terlalu asyik sehingga tidak memberi peluang kepada murid untuk menyoal saya atau meluahkan perasaan mereka di awalan P&P.

Pemanbahbaikan:

Untuk mengatasi masalah ini dari berulang, saya akan memastikan saya sentiasa peka kehendak murid dan tidak telalu asyik di masa hadapan.