Anda di halaman 1dari 7

8 pendekatan pengurusan bilik darjah (selepas ini disebut pbd) yang dimuatkan dalam blog ini hanyalah menjurus

kepada kumpulan sasar utama, iaitu pelajar. Tetapi pbd tidak terhenti setakat itu. PBD adalah suatu tajuk yang sangat luas merangkumi pengurusan sumber manusia dan sumber bukan manusia. Ini termasuklah pelajar, bahan-bahan pengajaran, rancangan pengajaran harian seperti yang tertulis dalam buku rekod mengajar, mengurus papan hijau/putih, mengurus papan kenyataan, susun atur bangku dan meja, kedudukan pelajar, jadual tugasan pelajar, mengurus kaedah dan teknik pembelajaran seperti mastery learning dsbnya, kerja kumpulan, latihan dan mengurus masa. Teknik kawalan kelas seperti teknik kejutan, cara menyoal dan sebagainya hanyalah sebahagian daripada PDK itu.

1.Pendekatan Intimidation Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan. 2.Pendekatan Autoritarian Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan. 3.Pendekatan Cookbook Management Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber. 4.Pendekatan Sosioemosi Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan. 5.Pendekatan Permisif (Kebebasan) Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing. 6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini. 7.Pendekatan Pengajaran Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses Kumpulan Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah. PENGURUSAN BILIK DARJAH *Panduan ini berguna buat PK1, PK HEM, guru kelas, guru subjek dan Majlis Ketua Tingkatan KAJIAN BERKAITAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 1 Oleh Good & Brophy (1975) Guru-guru yang mengambil masa di awal tahun untuk mendengar pandangan pelajar dan menerangkan rasional di sebalik peraturan-peraturan yang dibuat sebenarnya membuat pelaburan yang bijak. Ini akan meningkatkan kredibiliti guru dan mengurangkan kecenderungan pelajar untuk menguji guru sepanjang tahun. 2 Oleh Senge(2000) Satu perkara yang saya tahu kebenaran adalah saya mesti secara berterusan memodelkan dan mengamalkan dalam kehidupan saya apa yang saya ajar. Tidak ada garis pemisah di antara apa yang saya sampaikan sebagai bahan pengajaran dengan apa yang saya amalkan dalam kehidupan seharian. Saya percaya pegangan ini mengkayakan diri saya sebagai seorang pendidik dan bukan merupakan tambahan kepada apa yang perlu saya lakukan SUASANA BILIK DARJAH DALAM P&P Suasana Fizikal (bersih, selamat, ceria & menggalakkan pembelajaran) Suasana Pembelajaran: - Aktiviti menarik & mengelakkan minat pelajar - Guru peka terhadap keperluan pelajar - Guru berminat dalam pengajarannya - Sahsiah guru memberi kesan yang baik - Perlakuan / gerakan pelajar mematuhi peraturan/rutin yang telah ditetapkan - Perhubungan guru-pelajar mesra - Sikap hormat-menghormati wujud di antara guru dan pelajar - Guru mewujudkan kesimbangan yang baik antara ketegasan dan kemesraan TUJUAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 1 Penggunaan masa, tenaga, kemudahan / alat pengajaran yang berkesan 2 Mengurangkan salahlaku pelajar yang menimbulkan gangguan 3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif ASPEK-ASPEK DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH 1 Keadaan fizikal bilik darjah (3K kebersihan, keselamatan, keceriaan) 2 Penggunaan masa (Jadual waktu) 3 Kerja mengurus bilik darjah 4 Peraturan-peraturan dalam bilik darjah

PENGURUSAN BILIK DARJAH 1 Perhubungan guru & pelajar yang positif (memperkenalkan diri, mengenali nama dan diri pelajar) 2 Susunan bilik darjah (kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan, sudut-sudut khas dll) 3 Menetapkan peraturan (keluar masuk kelas, kedatangan, jadual bertugas, kerja rumah, latihan kebakaran, respon kepada salah laku pelajar) 4 Mengurus sesi P & P ( cara memotivasikan pelajar, ganjaran, pujian, penggunaan isyarat(loceng), aktiviti menyerap masa / sponging activities) 5 Perhubungan dengan ibu bapa (perjumpaan dengan ibubapa pelajar, makluman kepada ibubapa pelajar) CARA MOTIVASIKAN PELAJAR 1 Menunjukkan sikap mengambil berat 2 Memodelkan tingkahlaku pelajar yang diingini 3 Memaklumkan kepada pelajar matlamat pengajaran serta tahap pencapaian yang diharapkan 4 Mengharapkan yang terbaik daripada pelajar -IF YOU EXPECT THE BEST, YOU WILL GET THE BEST 5 Melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P 6 Menggunakan minat pelajar sebaik mungkin 7 Menggunakan idea / pendapat pelajar 8 Menggunakan sifat ingin tahu pelajar sebaik yang mungkin 9 Menggunakan pengukuhan positif (kata-kata pujian, ganjaran dll) 10 Mengambil kira keperluan, kecenderungan dan tahap pembelajaran pelajar yang berbeza 11 Mengurangkan perasaan keresahan (anxiety) dalam diri pelajar HOW DO WE MOTIVATE PEOPLE? 1 Appreciate the power of motivation 2 Belief in your people and show them they are important in the organization 3 Give a person a reputation to uphold 4 Walk the talk 5 What gets rewarded gets done 5 Hold more celebrations 6 Set high standards Students begin to think only when they challenged Intellectually 7 Communicate effectively 8 Encourage participation from all levels PANDUAN MEMBERI KATA PUJIAN 1 Beri pada individu / pelajar secara keseluruhan 2 Beri dengan nada / ekspresi yang sesuai 3 Gunakan pelbagai kata-kata pujian (baik sahaja tidak memadai) 4 Kata-kata pujian perlu berkualiti & ikhlas 5 Sebutkan nama pelajar apabila memberi pujian PROCEDURES TO REHEARSE WITH STUDENT - Entering the classroom - End of period/school dismissal - Distributing and collecting books & handouts - Asking questions / getting attention - keeping desk and class clean etc.

(Harry K. Wong & Rosemary T. Wong - The First Days of Schools: How To Be An Effective teacher) MODEL-MODEL KAWALAN DISIPLIN A MODEL NEO-SKINNER Konsep disiplin melalui pemupukan tingkah laku yang diingini Pendekatan: - Merakamkan penghargaan -Peraturan Penyepian - Pujian - Sistem ekonomi token - Kontrak tingkah laku B MODEL KOUNIN Konsep disiplin melalui corak pengurusan bilik darjah yang baik dan berkesan Pendekatan: - Kepekaan - Kelancaran pengajaran - Pemberian pengajaran - Pemberitahuan secara kumpulan - Akauntabiliti - Menyediakan cabaran baru C MODEL DREIKURS Konsep disiplin melalui corak pengajaran demokratik Kesanggupan berhadapan dengan penyelewengan matlamat (confronting mistaken goals) Pendekatan: - Memberi tumpuan yang sewajarnya - Penglibatan pelajar secara lebih aktif - Memberi dorongan - Mengenakan konsekuens logikal - Memberi haluan baru kepada kelakuan bertujuan menarik perhatian - Menggalakkan tingkah laku pencarian kuasa (power-seeking bahaviour) D MODEL CANTER & CANTER Kawalan disiplin melalui tingkah laku secara tegas (assertive discipline) Pendekatan: - Pemfokusan kepada keperluan pelajar - Pembentukan peraturan bilik darjah yang jelas - Cara respons guru tegas - Memberi pengiktirafan positif - Mengenakan konsekuens/ tindakan kelakuan E MODEL GORDON Konsep disiplin yang memberi penekanan kepada pembentukan sifat tanggungjawab dan kawalan diri pelajar Pendekatan: - Menyediakan persekitaran yang kondusif - Respons guru kepada situasi dan bukan kepada individu tertentu - Menyelesaikan konflik tanpa menjejaskan kewibawaan mana-mana pihak

- Mengasah kemahiran mendengar - Mengelakkan halangan komunikasi - Penglibatan pelajar dalam penetapan peraturan

Pengurusan Bilik Darjah (Clasroom Management)


Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat bejalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku dan tidak semata -mata mengenakan hukuman kepada pelajar. Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalah mereka yang mengamalkan strategi preventif. Banyak lagi aspek pengurusan bilik darjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan. Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik dar jah itu sendiri. Mereka berpendapat

bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya memilih konsep ini kerana secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahan merupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagi guru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah.

vi) Rutin interaksi 5. Disiplin Bilik Darjah - kegagalan mengurus tingkah laku murid menimbulkan masalah yang menganggu proses P&P - ini mendorong terhasilnya murid yg tidak produktif dan memerlukan intervensi - sebab2 berlakunya masalah disiplin bosan, arahan tidak jelas dr guru, tugasan terlalu sukar dgn aras pelajar, pengurusan guru lemah, keliru dgn kehendak guru, gangguan dr persekitaran, kendiri akademik lemah - cara mengendalikan masalah disiplin dalam bilik darjah

amaran konstruktif

hukuman

mencegah salah laku

mengurus disiplin
SOALAN-SOALAN LATIHAN

1. Apakah agaknya penyebab masalah disiplin yang paling ketara dalam bilik darjah? 2. Seorang guru baru diberitahu jangan senyum dalam bilik darjah sehingga beliau telah dapat mengawal murid. Adakah nasihat ini

baik? Beri pendapat anda. 3. Apakah manfaat rutin bilik darjah? Berikan jawapan anda dalam bentuk peta minda yang mudah. 4. Bincangkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan salah laku murid dalam bilik darjah anda. 5. Cadangkan cara-cara untuk mengatasi setiap faktor yang anda berikan

Anda mungkin juga menyukai