Anda di halaman 1dari 3

A.

Tugasan 1 Ulasan Video Sinopsis filem Taare Zameen Par Video yang dipilih ialah filem dari negara India iaitu Taare Zameen Par yang diarah dan dilakonkan oleh Aamir Khan. Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Ishan Nandkishore Awasthi atau dipanggil Ishaan yang mempunyai masalah pembelajaran di sekolah iaitu Disleksia. Dia tidak memahami semua yang diajar oleh gurunya. Disebabkan itu, hampir setiap hari dia akan dimarahi dan didenda oleh gurugurunya samaada kerana tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh guru. Ishaan tidak boleh membaca seperti kanak-kanak lain. Setiap kali Ishaan melihat huruf atau nombor, dia akan melihat seolah-olah semua huruf dan nombor itu menari-nari dan terbang. Disebabkan itulah Ishaan tidak dapat mengeja, membaca dan mengira seperti rakannya yang lain. Semua guru menganggap Ishaan seperti budak nakal lain yang suka mengganggu rakan mereka dan tidak berminat untuk belajar jika dilihat daripada perangai Ishaan yang aktif dan suka bermain.. Kerana tidak mengetahui masalah sebenar yang dihadapi Ishaan, guru sering mendenda Ishaan di luar kelas. Sehinggalah satu hari, pihak sekolah telah memanggil kedua ibu bapa Ishaan datang ke sekolah untuk berjumpa guru besar. Guru-guru lain juga turut mengadu perihal Ishaan kepada ibu dan bapanya membuatkan mereka berasa sangat malu dengan sikap Ishaan di sekolah terutamanya bapa Ishaan. Bapanya menganggap Ishaan terlalu dimanjakan oleh ibunya sehingga menyebabkan Ishaan bersikap sedemikian seperti yang diadu oleh guruguru sekolahnya. Disebabkan malu dan tertekan, dengan bantuan seorang rakan, bapa Ishaan telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Ishaan daripada sekolah biasa dan dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama penuh yang jauh daripada rumahnya. Ishaan memberontak. Si Ibu pula mengharapkan agar suaminya dapat menunggu sekurang-kurangnya hingga hujung tahun supaya Ishaan dapat menghabiskan persekolahannya pada tahun tersebut. Namun, disebabkan ego si ayah yang kononnya ingin memastikan anaknya mendapat didikan yang sempurna, maka beliau tetap menghantar penuh di pertengahan penggal persekolahan. Ishaan ke sekolah berasrama

Buat pertama kalinya Ishaan berpisah

dengan keluarganya. Orang yang paling sedih adalah ibunya kerana Ishaan tidak pernah berjauhan dengannya sebelum ini. Walaupun berat hati, namun ibunya terpaksa

merelakannya. Maka bermulalah lembaran baru kehidupan Ishaan di sekolah tersebut.

Di sekolah asrama ini, Ishaan mula rapat dengan seorang rakan OKU iaitu Rajan. Walaupun OKU, Rajan merupakan murid paling pintar di dalam kelas mereka. Namun, ini tidak membantu Ishaan mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Jangkaan ayah

Ishaan yang anaknya akan menunjukkan peningkatan apabila disekolahkan di situ benarbenar meleset. Malah guru-guru di sekolah tersebut lebih bengis daripada guru sekolah Ishaan sebelum ini. Hal ini menyebabkan jiwa Ishaan tertekan. Minatnya dalam lukisan telah "dibunuh" oleh keadaan persekitarannya. Terlalu banyak konflik yang dihadapi oleh Ishaan semasa berada di sekolah ini, hinggalah pada suatu hari datang seorang guru ganti bagi mata pelajaran seni. Guru tersebut bernama Ram Shankar Nikumbh (yang dilakonkan oleh Aamir Khan). Ram Shankar ini menggunakan cara pengajaran yang lain daripada guru biasa. Beliau gemar menjalankan aktiviti yang melibatkan semua murid. Sehinggalah

beliau menyedari seorang muridnya yang tidak gembira untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan iaitu Ishaan. Jadi, sebagai guru yang prihatin dan bertanggungjawab,

beliau berusaha untuk mendalami masalah yang dialami Ishaan.

Sebagai seorang yang pernah mengalami disleksia sewaktu kecil, Ram Shankar cepat mengesan masalah yang di hadapi oleh Ishaan tanpa ada sesiapa memberitahunya. Maka bermulalah misi Nikumbh untuk mengeluarkan potensi yang terpendam dalam diri Ishaan yang tidak diambil peduli oleh orang lain sebelum ini termasuklah ibu bapanya. Dalam plot ini, jelas memaparkan pengorbanan seorang guru yang perlu bekerja lebih masa bagi memberi perhatian yang khusus untuk murid seperti Ishaan, malah usahanya turut diperlekehkan oleh guru-guru lain. Dan di akhir cerita ini ditonjolkan bakat sebenar Ishaan dalam seni lukisan sehingga berjaya memenangi pertandingan melukis dan mewarna yang disertai oleh seluruh warga sekolah tersebut termasuk murid dan guru. Malah, hasil usaha dan tunjuk ajar Nikumbh, Ishaan sudah menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajarannya serta menguasai sepenuhnya asas membaca, menulis dan mengira. Ulasan Cerita ini sebenarnya mengisahkan seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang mempunyai masalah disleksia. Disleksia bukanlah sejenis penyakit, tetapi merupakan salah satu bentuk gangguan pembelajaran yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak lelaki. Antara ciri kanak-kanak yang menghadapi disleksia ialah: a. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. b. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. c. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.

d. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. e. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Filem Taare Zameen Par

amat menyentuh jiwa terhadap keseluruhan jalan

ceritanya. Tambahan pula ia menceritakan kisah seorang pendidik yang begitu kuat semangat untuk mengubah kehidupan seorang kanak-kanak di kala guru-guru lain telah menghukum kanak-kanak tersebut sebagai tidak normal dan berpenyakit. Watak Ram

Shankar yang dibawa oleh Aamir Khan digambarkan sebagai seorang guru yang bukan sahaja berjaya mengubah siapa Ishaan sebelum kehadirannya, malah beliau berjaya mengubah persepsi warga sekolah dan ibu bapa Ishaan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai bakat yang istimewa dalam diri mereka. Setelah menonton dan menghayati filem ini, kami mencadangkan agar setiap guru dan bakal guru malah para ibu bapa dan bakal ibu bapa perlu menonton filem ini bagi mendapat gambaran jelas tentang apakah itu Disleksia serta cara-cara untuk mengatasinya. Walaupun plotnya agak perlahan, namun ia akan tetap membuat penonton terpaku bagi melihat perkembangan watak Ishaan dalam cerita ini. Tidak seperti filem-filem barat, filem ini hampir bersih daripada adegan-adegan yang tidak sopan dan memualkan. Jadi, siapa sahaja boleh menonton tanpa risau akan terlihat babak yang tidak sepatutnya. Sejujurnya, kami dapati filem ini berani menentang arus pada alaf 21 ini yang dibanjiri dengan karya filem tentang cinta yang terlalu bebas, thriller, mistik dan aksi. Semoga akan banyak lagi filem yang membuka mata hati masyarakat tentang golongan-golongan yang sering dipinggirkan dalam pendidikan arus perdana. Selepas menonton filem ini juga, kami mula tertanya-tanya, sebagai bakal guru, adakah kami mampu melakukan perkara seumpama yang dilakukan oleh Ram Shankar kepada Ishaan? Adakah kami tergolong dalam golongan guru yang cukup peka atas setiap masalah murid dalam kelas, atau kami akan bersikap sama seperti guru-guru Ishaan yang terlalu cepat memberi hukuman kepada murid? Hal ini membuatkan kami sentiasa sedar tentang tanggungjawab berat yang perlu dipikul sebagai seorang pendidik. Jika kami mengabaikan seorang murid dalam keadaan sengaja atau tidak disengajakan, terutama murid sekolah rendah, ia akan memberi impak negatif apabila dia semakin meningkat usia.