Anda di halaman 1dari 10

KEPENTINGAN RPH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Dengan adanya pembinaan RPH, maka kita dapat merangka satu

pelan strategik dalam pengajaran kita di dalam bilik darjah. Perancangan kita itu nanti akan bersandarkan kepada pelbagai elemen dan faktor. Diantara nya ialah dari segi strategi,kaedah,pendekatan,penilaian dan juga teknik. Kesemua gabungan elemen ini akan menjadikan P&P lebih berkesan serta mempengaruhi pencapaian murid dan hasil pembelajaran yang optimum.

STRATEGI Strategi yang hendak dirangka haruslah mengikut beberapa konsep supaya ia dapat dijalankan dengan jayanya.

KONSEP STRATEGI Menurut kamus dewan (1998), strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.Ia juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara seperti : a) b) Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

c) Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. d) Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik mengajar yang telah disusun. e) f) Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Walaupun begitu, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan dan aras murid mereka sendiri. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seterusnya bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan BBM yang mampu merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, berfikir dan menaakul.

KAEDAH PENGGABUNGJALINAN a) Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. b) Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

PENYERAPAN Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini boleh mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti kajian tempatan,matematik, kemahiran hidup dan sebagainya.

PENGAYAAN Murid murid diberi bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.Ini selaras dengan tujuan pengayaan itu sendiri, iaitu memahami bahawa semua murid mempunyai aras kemahiran dan pengetahuan yang berbeza beza.Guru boleh memnggunakan bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti tersebut boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahirankemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Ia juga boleh mengelakkan mereka daripada merasa bosan apabila masih ada masa terluang.

PEMULIHAN Program pemulihan pula disediakan untuk membantu murid menguasai kemahirankemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Guru boleh menggunakan bahan-bahan untuk program ini seperti kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik atau sub topik.

PENILAIAN Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

PENDEKATAN Pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori tertentu. Dalam pengajaran Bahasa, kita sebagai guru boleh memilih beberapa pendekatan yang kita rasa sesuai serta mampu membuatkan sesuatu objektif itu tercapai dengan jayanya. Diantara pendekatan-pendekatan tersebut ialah : 1. Induktif 2. Deduktif 3. Eklektik 4. Komunikatif

1. Induktif Pendekatan induktif bermula daripada sesuatu yang spesifik kepada umum. Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru. Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan murid berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu,guru akan membimbing murid membuat kesimpulan dengan cara menyoal mereka beberapa soalan yang berkaitan.

2. DEDUKTIF Deduktif pula merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang dibentangkan. Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula dengan hukum yang umum dan sering digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus. Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran kepada murid-murid pada awal pengajaran. Akhir sekali barulah murid murid dibimbing untuk mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru.

3. EKLEKTIK Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara ketat atau khusus tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini hamper serupa dengan pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Mengikut kaedah ini, guru adalah fleksibel dan lebih kepada mengikut kemampuan serta kehendak murid. Ia sebenarnya dirangka dengan tujuan untuk mengatasi apa-apa kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.

4. KOMUNIKATIF Akhir sekali ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti berdialog, bercerita ataupun membuat laporan. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang

penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayatayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Ini menyebabkan ramai murid kurang mahir serta tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi sangat penting supaya murid dapat membuat pemilihan struktur ayat dan laras Bahasa yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Ia mestilah lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti dalam kehidupan harian murid.

KAEDAH Definisi Kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih. Menurut Mangantar Simanjuntak (1982:72), kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran .

1. Kaedah Natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.

2.Kaedah Nahu Tradisional Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga,

membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

3. Kaedah Terus Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun19201935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsipprinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.

4. Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.

5. Kaedah Linguistik Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lainlain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

6. Kaedah Kod Kognitif Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

7. Kaedah Bahasa Komuniti Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.

8. Kaedah Oral-Aural Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempatempat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

TEKNIK Teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa pula, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Ringkasnya teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Pemilihan sesuatu teknik haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang digunakan.

Tujuan Teknik : i) Menarik minat murid ii) Mengekalkan perhatian iii) Membangkitkan rasa ingin tahu

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa : 1. Teknik latih tubi 2. Teknik simulasi 3. Teknik main peranan 4. Teknik sumbangsaran 5. Teknik permainan bahasa 6. Teknik drama 7. Teknik bercerita

1. Teknik Latih - Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataanperkataan itu.Teknik ini sebenarnya berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

2. Teknik Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan sesuatu masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Ia dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Ia juga dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Teknik Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada muridmurid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

4. Teknik Sumbangsaran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Ia menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

5. Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

6. Teknik Drama Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utamanya adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.Ia juga dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.

7. Teknik Bercerita Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Menerusi teknik ini, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Ia juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Kawalan dan intonasi suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan kepada murid-murid.

PENUTUP

Bibliografi http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiqpresentation http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu