Anda di halaman 1dari 58

AHLI KUMPULAN

* ROSNIZAN BIN YAAKUB * WAN KHAIRUL ASRI BIN WAN IBRAHIM * MOHD HILMI BIN MD AMIN * NUR HELMI BIN NORDIN * AZZAIRUN BIN RAZAR * KHAIRUL RASHID BIN MOHAMMAD

KONSEP PERKEMBANGAN MORAL


Perkembangan ialah aspek perubahan yang dihadapi oleh individu dan bersifat kualitatif berubah menurut peredaran masa, contohnya kemahiran melukis. Moral berasal dari kata Latin mores yang bererti: tata cara, kebiasaan dan adat. Perilaku moral bererti perilaku yg sesuai dengan kod moral dalam kelompok masyarakat. Jadi perkembangan moral merujuk kpd perubahan tata cara, kebiasaan dan adat terhadap diri individu.

TEORI KOGNITIF PIAGET

TEORI HUMANIS WILSON

TEORI HUMANIS ROGERS

TEORI KOGNITIF KOHLBERG

TEORI PERKEMBAGA N MORAL KANAKKANAK


TEORI SOSIAL BANDURA

TEORI SOSIAL EMILE DURKHEIM

PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK:

TEORI PIAGET

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut piaget ada dua peringkat i. Peringkat heteronomus (4-7 thn) -Kanak-kanak memandang perundangan sebagai tidak dapat diubah. ii. Peringkat autonomus (10 thn ke atas) -Kanak-kanak sedar peraturan yg dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.

PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK


Ditentukan dalam tiga tahap > 1. Tahap Pramoral > 2. Heteronomous > 3. Autonomous

Tahap Pramoral
* Kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja.
* Kanak-kanak mengutamakan pandangan sendiri.

Tahap Heteronomous
* Kanak-kanak lebih berhati-hati dan berminat pada orang lain. * Perasaan hormat pada pihak yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. * Berupaya membuat pertimbangan moral. * Peneguhan dalam bentuk ganjaran dan hukuman diambil kira.

Tahap Autonomous
* Kanak-kanak ambil berat tentang kebajikan dan minat masing-masing. * Perasaan hormat pada orang lain dititik beratkan. * Anggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan kerjasama dan rasa hormat pada orang lain. * Keputusan moral tidak lagi pada kehendak undang-undang autoritarian.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRENCE KOHLBERG

Piaget merupakan tokoh pertama menerangkan


perkembangan moral. Akhir tahun 1950-an, Pelopor teori perkembangan moral ialah Lawrence Kohlberg. Perkembangan moral melibatkan perubahan

pemikiran,perasaan dan tingkah laku terhadap nilai


kebenaran atau kesilapan. Tiga tahap asas penaakulan isu-isu moral dalam perkembangan moral Kohlberg dan setiap satunya dibahagikan kepada dua.

TAHAP 1: PRA-KONVENSIONAL ( 0-9 TAHUN )


Pertimbangan berdasarkan keperluan individu dan peraturan orang lain.
Peringkat 1: Orientasi hukuman dan kepatuhan.

Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman.Perbuatan yang


baik buruk ditentukan oleh akibat fizikal. Peringkat 2:

Orientasi Ganjaran Individu.


Keperluan individu menentukan salah dan betul. Pertolongan adalah atas dasar mengharapkan balasan.

TAHAP 2 : KONVENSIONAL ( 9-20 TAHUN )


Pertimbangan berdasarkan persetujuan orang lain,harapan keluarga,nilai tradisional,undang-undang masyarakat dan kesetiaan kepada negara.
Peringkat 3: Orientasi kanak-kanak baik.

Ini berdasarkan apa yang baik,bantuan dan dipersetujui oleh


orang lain. Peringkat 4:

Orientasi mengekal susunan sosial.


Undang-undang adalah mutlak.Pihak berkuasa mesti dihormati dan susunan sosial dikekalkan.

TAHAP 3 : POS-KONVENSIONAL ( > 20 TAHUN )

Peringkat 5: Orientasi Kontrak sosial dan hak individu. Kebaikan dinilai dari standard hak individu yang ditentukan secara sosial. Peringkat 6: Orientasi prinsip Etika sejagat. Kebaikan dan betul adalah perkara-perkara melibatkan hati nurani seseorang individu dan melibatkan konsep abstrak seperti keadilan,maruah insan dan kesamaan.

TEORI PERMODELAN: BANDURA

Teori Perkembangan Sosial


Dipelopori oleh Miller dan Dollard tahun 1941. Albert bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian. Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa. Teori pemerhatian Bandura dikenali sebagai teori peniruan atau teori permodelan.

EKSPERIMEN 1 ALBERT BANDURA DAN WALTERS (1963)


Menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika ( 3-6 tahun). Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu;
Kumpulan A : Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerut patung besar. : Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar.

Kumpulan B

Hasilnya : Kumpulan A : Melakukan tindakan lebih agresif. Kumpulan B : Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif.

Bobo Doll

Kesimpulannya,
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan atau permodelan.

EKSEPERIMEN 2
Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan:
A: (Kumpulan Kajian) : kanak-kanak memerhati sekumpulan dewasa menumbuk patung besar, kemudian mendapat hadiah. B: (Kumpulan Kajian) : kanak-kanak memerhati sekumpulan orang dewasa menumbuk patung besar, kemudian mendapat denda. C: (Kumpulan Kawalan) : Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar.

Hasil kajian
Kumpulan A : Melakukan tingkah laku agresif berlipat ganda berbanding orang dewasa yang diperhatikan.
Kumpulan B dan kumpulan C tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif.

Kesimpulan eksperimen 2
Tingkah laku peniruan atau permodelan adalah hasil peneguhan.
Pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.

Jenis-Jenis Peniruan
Peniruan langsung: meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Cth- tiru gaya artis. Peniruan tak langsung : pembelajaran tidak langsung, biasanya melalui imaginasi atau pemerhatian secara tak langsung. Cth- meniru t/laku watak yang dibaca dalam novel.

Peniruan gabungan : meniru dan melakukan t/laku dengan menggabungkan t/laku modelmodel yang berlainan. Merangkumi peniruan langsung / tak langsung / kedua-duanya. Cth murid meniru cara guru melukis dan mewarna cara mewarna seorang pelukis yang disanjungi.

Peniruan sekat lakuan: meniru dalam suatu situasi tertentu sahaja. Cth- memakai pakaian mengikut fesyen dalam televisyen tetapi tidak dapat memakainya di sekolah.

Peniruan tak sekat lakuan : t/laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa jua situasi. Cth - murid meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

Ciri-Ciri Teori Permodelan Bandura


Unsur pembelajaran uatam ialah pemerhatian dan peniruan. T/laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan, dengan t/laku atau gerak balas yang sesuai diakahiri dengan peneguhan positif.

Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/Permodelan


1. Perhatian : Pembelajaran hanya berlaku apabila ada tumpuan perhatian. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian - ciri-ciri model termasuk niali, umur, jantina, status dan hubungan dengan pemerhati. - kegunaan dan faedahnya. - kemahiran pemerhati.

2. Mengingat : Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan. Menurut Bandura, butir-butir tingakh laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi. 3. Reproduksi : Pemerhati harus berupaya melakukan semula t/ laku yang ditirunya. Kecekapan bergantung kepada keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor serta kemahiran mengingat dengan cepat.

4. Peneguhan / Motivasi : Individu biasanya meniru dan melakukan semula tingkah laku yang diperhatikan sekiranya ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran. Pemerhati tidak melakukan semula tingkah laku yang diperhatikan sekira didenda atau ditegur. Jenis-jenis peneguhan - pujian - melihat orang lain mendapat hadiah - motivasi intrinsik.

Implikasi Teori Bandura


Di dalam bilik darjah, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara seperti: 1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oleh murid. 2. Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik supaya murid boleh meniru dengan tepat dan mudah.

3. Hasilan guru atau contoh-contoh seperti karangan, seni lukis dan sebagainya yang ditunjukkan mestilah mempunyai mutu yang tinggi. 4. Guru boleh menggunakan rakan sebaya sebagai role model di dalam kelas atau di luar kelas. 5. Guru boleh mengajar nilai murni dan watakwatak bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL SOSIAL EMILE DURKHEIM

BIOGRAFI EMILE DURKHEIM


Lahir : 15 April 1858 Asal : French Pencetus Sosiologi Moden

Masyarakat adalah fenomena moral


merupakan kumpulan individu yang menjalankan kehidupan sosial manusia individu dalam masyarakat saling bergantung antara satu sama lain untuk hidup

Unsur dalam Teori Moral Durkheim


Disiplin Keterikatan pada masyarakat Autonomi *Autonomi - kewajiban yang diberikan kepada masyarakat untuk mengatur dan mengurus sendiri urusan pemerintahan dan kepentingan menurut aspirasi sendiri

APLIKASI TEORI PERKEMBANGAN MORAL SOSIAL DURKHEIM

Ibu bapa dan guru memainkan peranan dalam perkembangan moral kanak-kanak Kesedaran mengenai moral muncul apabila dunia sosial kanak-kanak berkembang Moral mempunyai kuasa mengawal kelakuan individu Kerana individu yang mempunyai moral yang baik mampu mengekalkan hubungan sosial dalam masyarakat.

Kanak-kanak perlu memahami dan mematuhi peraturan


Disiplin boleh membentuk fikiran dan kelakuan moral Peraturan yang dikenakan ditetapkan oleh orang dewasa Akan mempunyai hubungan sosial yang baik Kanak-kanak akan tahu apa yang salah dan betul dalam sebuah kehidupan sosial Interaksi sosial positif meningkatkan nilai moral dalam diri kanak-kanak.

IBU BAPA VS GURU


Disiplin dapat dibentuk dengan efektif di sekolah berbanding di rumah. Kenapa?
Rumah : perasaan cepat mesra dan tidak pentingkan diri menghasilkan penekanan disiplin yang rendah. Sekolah : wujud sebagai institusi sosial yang formal dan kanak-kanak perlu patuh kepada peraturan.

KEKUATAN
Altruisme sebagai punca perkembangan organisma
setiap org berfungsi menggerakkan masyarakat. Kesimpulannya ia mengutamakan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri

Fungsi pendidikan solidariti sosial

adalah

untuk

meningkatkan

tak melanggar peraturan untuk mengekalkan peranan , ikut peraturan dalam sekolah untuk mengekalkan pembahagian kerja/tugas. Kesimpulannya ia menunjukkan perpaduan yang ditunjukkankan oleh sekumpulan masyarakat dalam interaksi sosial

KELEMAHAN
Kanak-kanak sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan peraturan baru Peraturan masyarakat tidak berkembang dengan perubahan masa Gap generation antara golongan muda dan tua agak besar

FIKIRKAN
Sistem kasta di India menggunakan konsep masyarakat sebagai peraturan yang menentukan tahap sosial dalam masyarakat. Apakah kesan positif dan negatif sistem kasta di India? Fikirkan.

TEORI PERKEMBANGAN HUMANIS

Memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral.

CARL ROGERS
Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai persepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat persepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah percaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.

Beliau berpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri yang positif.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku. Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih sayang dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral

a) Memberi galakan, bantuan dan sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kerja kanakkanak dan memberi pujian atau ganjaran. b) Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik di dalam jiwa kanakkanak sejak mereka masih kecil lagi.

JW berpendapat kanak-kanak perlu diberi pengajaran, pengetahuan dan kemahiran dalam mengatasi masalah moral.

Bagi mengenal seseorang yang berpendidikan moral, Wilson membahagikan kemoralan itu kepada 6 bahagian yang mempunyai nama Greek klasik.

1) PHIL : Percaya bahawa orang lain perlu dihormati, murah hati dengan orang lain,berupaya meletakkan diri ditempat org lain dan cuba berfikir dan merasa seperti org lain. PHIL 1 : Sikap seseorang melayan dan hormat org lain secara adil dan memberi kebebasan yang sama. PHIL 2 : Murah hati dan menjadikan minat orang lain sebagai minat sendiri.

2) EMP : kebolehan seseorang mentafsir dan memahami perasaan emosi dan kemahuan orang lain dan berupaya menghurai perasaan itu dengan tepat. EMP 1 : menyedari perasan orang lain EMP 2 : menyedari perasaan diri sendiri

3) GIG : pengetahuan seseorang mengenai isu-isu moral dan cara-cara mengatasi, membantu dan menjauhi isu itu. Untuk membuat tindakan bermoral perlu ada pengetahuan mengenai kesan sesuatu tindakan.

GIG 1 : Pengetahuan mengenai isu-isu moral GIG 2 : Pengetahuan moral mengenai kesan tindakan bagi membantu orang lain.

4) KRAT : keupayaan seseorang mengetahui dan memahami sesuatu keadaan. KRAT 1 : berfikir dan bertindak ke arah apa yang patut. KRAT 2 : menyatakan keputusan dengan rasional.

5) DIK : kebolehan seseorang itu membuat kesimpulan mengenai kemahuan-kemahuan orang lain. 6) PHRON : kebijaksanaan dan idea-idea seseorang itu dapat membuat keputusan moral yang tepat dan tegas.

Dengan menggunakan 6 bahagian ini, Wilson membentuk formula mengenai pendidikan moral iaitu:
Formula A :
(PHIL 1 & 2) + (EMP 1 & 2) + (GIG 1 & GIG 2) +KRAT 1= DIK/PHRON

Formula B:
(DIK + PHRON) + KRAT 2 = MORAL TINGGI

* Wilson menjelaskan bahawa orang yang berpendidikan moral akan mengambil kira kehendak orang lain, kebajikan dan peka terhadap perasaan orang lain. * Namun dirinya mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tahu mengatasi isu-isu moral dengan menggunakan kemahiran dan tindakan yang betul.

SEKIAN TERIMA KASIH