Anda di halaman 1dari 6

1

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

SEMESTER 1 SESI 2009/2010

Falsafah Sains dan Teknologi

(DLHW 1722)

TAJUK:

Ulasan Filem

GIGANTIC

DISEDIAKAN OLEH:

FARIZUL MUIZ BIN ALIAS

D050910021

DMF

DISEDIAKAN UNTUK:

EN AHMAD RIDZWAN BIN MOHD NOOR

Ulasan penuh
2

Filem ini dapat diulas sebagai perubahan golongan muda yang menganggap bahawa
dunia itu semuanya indah tidak perlu memikirkan sebarang masalah. Namun, setelah sekian
lama hidup bersenang-lenang mereka sedia menerima perubahan untuk lebih
bertanggungjawab sebagai persediaan hidup untuk ke alam dewasa. Antara perubahan yang
ingin dilakukan ialah seperti mengambil anak angkat dan mencari teman hidup yang sesuai.
Menurut Kamus Dewan, perubahan yang berasal daripada perkataan 'ubah' membawa
maksud lain, berbeza daripada sebelumnya. Perubahan membawa maksud peningkatan,
perkembangan atau peralihan dari suatu tahap ke tahap yang lain. Maka perubahan zaman
boleh dikatakan sebagai zaman yang berbeza dan mempunyai kelainan daripada zaman yang
sebelumnya. Seseorang itu akan mengalami polar perubahan pemikiran apa bila menjelang
dewasa dan perkara ini terjadi secara semulajadi dalam kehidupan setiap individu. “
Pendapat carzo dan yanouzas ; Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status
yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan
tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya”.( ms 46, Ainon Mohd & Abdullah Hassan
( 1994 ) , Teknik Berfikir : Konsep dan Proses , Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd, Kuala Lumpur).

Faktor- faktor seseorang itu berubah psikologi pemikiran adalah dirangsang melalui
tekanan dalam hidup. Hal ini kerana, dengan tekanan yang dihadapi menyebabkan setiap
individu melahirkan rasa ingin berubah. Contohnya apabila tertekan oleh desakan ibu bapa
yang mahu anak mereka berfikiran lebih matang. “Tekanan pula boleh didefnasikan satu
keadaan atau situasi dalaman atau persekitaran yang memerlukan penyesuaian ke atas
organisasi. Sebarang bentuk tekanan cenderung untuk membangkitkan usaha berlebihan dan
penerimaan aktiviti yang baru. ( goldenson, 1970 ). Appley dan Trumbull mendefinasikan
tekanan sebagai suatu yang mempengaruhi gerak balas fisiologi dan tingkah laku terhadap
ransangan yang tidak disukai. Setiap organisasi tidak boleh lari daripada tekanan kerja.
Tekanan kerja terbahagi kepada dua iaitu tekanan positif dan tekanan negatif. Kesan tekanan
kerja akan bertindak sebagai satu dorongan untuk meransang pekerja supaya berprestasi baik
( jaafar muhamad, 1997 ).”(www.wikipedia.com/perubahan).

Selain daripada tekan, perubahan juga berlaku akibat daripada pengaruh persekitaran.
Dalam konteks pengaruh persekitaran merangkumi aspek-aspek pengaruh rakan sebaya dan
sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya hidup. Perubahan ini
3

dapat dilihat sejak di bangku sekolah lagi. Boleh dikatakan hampir setiap manusia mengalami
perubahan persekitaran. Contohnya apabila sesuatu komuniti itu berubah maka orang yang
menyertai komuniti itu mengalami perubahan secara mendadak. “perubahan pemikiran secara
mendadak akan berlaku apabila persaingan melalui persekitaran berlaku”. (Ms66 Jaafar
Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala Lumpur ). Di samping
itu, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan
remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti
berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan
remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup
mereka.

Perubahan psikologi boleh merangkumi dalam aspek islam iaitu ‘hijrah’. Hijrah
bukan sahaja merangkumi perpindahan dari segi fizikal malah kita haruslah meluaskan
perspektif minda untuk perubahan akal dari segi mental. Perubahan berlaku sejak dahulu lagi
demi memajukan sesuatu perkara. Kita boleh lihat contoh terbaik untuk umat islam iaitu Nabi
Muhammad s.a.w. Dalam kehidupan remaja ke alam dewasa kehidupan Rasulullah s.a.w.
sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik sebagai rasul memperlihatkan kepada
umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak dan keimanan yang tinggi yang telah
membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja
dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya
yang bermaksud:“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang
sangat terpuji.”(Al-Qalam:ayat4).

Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu
memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan
pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang
yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka
inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di
mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif
yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan
dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah
sosial yang tidak mendatangkan faedah. Sekiranya perubahan yang diinginkan oleh remaja
ialah peningkatan ilmu dan kualiti pemikiran, bersikap terbuka untuk mematangkan
4

pergaulan dan menambah pengalaman yang berguna, perubahan yang bakal berlaku pada
remaja adalah perubahan yang berfaedah yang akan menjadikan remaja memiliki kualiti
tersendiri apabila remaja memasuki alam dewasa nanti.

Perubahan - perubahan akan melibatkan 3 proses iaitu pencairan, pergerakan atau


perubahan dan pembekuan semula. Peringkat pencairan adalah mencipta sebanyak mungkin
motivasi untuk perubahan. Jika wujud perasaan tidak selesa dengan situasi sekarang, kita
mungkin merasakan keperluan terhadap perubahan. Peringkat perubahan adalah peringkat
perubahan itu sendiri. Perubahan yang berlaku melibatkan penerimaan maklumat baru, semua
pihak didedahkan kepada konsep baru dan lebih telus atau melihat pada situasi dari sudut
pandangan yang berlainan. Peringkat pembekuan akan menstabilkan perubahan itu. Sebelum
ini berlaku pergolakan dan pergolakan itu perlu dibekukan atau dihapuskan. Perubahan
banyak melibatkan kelakuan manusia. Jika perubahan tidak sejajar dengan sikap dan
kelakuan orang lain, kemungkinan perubahan yang dibuat tidak menjadi atau tidak berkesan.
Oleh itu pengukuhan kelakuan baru amatlah penting.(ms255, Zurina Hassan ( 1994) ,
Cabaran Wawasan 2020. Malindo Printers Sdn. Bhd).

Tanggungjawab apabila psikologi berubah adalah bertitik tolak daripada


perkembangan individu itu dari segi fizikal dan psikologi yang mewujudkan pelbagai
desakan. Selain itu individu itu juga berhadapan dengan kehendak dan jangkaan masyarakat
terhadapnya. Desakan dalaman dan luaran ini mewujudkan satu situasi yang berkehendakkan
individu untuk mempunyai perasaan untuk terus berjaya dan berubah. Remaja perlu bangga
dengan dirinya, mengguna dan melindungi dirinya dengan berkesan dan memuaskan.
Masyarakat banyak mengutamakan rupa fizikal dan pertumbuhan sebagai pengukur sama ada
remaja itu cantik, lebih tinggi daripada rakannya atau adik beradiknya untuk mendapat
pujian. Kerana masyarakat mengajar remaja menilai diri berasaskan rupa fizikal, maka adalah
dijangkakan perkara ini menjadi punca kebanggaan, minat, keyakinan, keraguan, kegelisahan
dan perasaan rendah diri di kalangan remaja. Menerima diri seadanya akan membawa kepada
kebanggaan dan kepuasan diri. “jika seseorang itu merasa selesa dengan diri sendiri maka
perkara di sekelilingnya akan selesa”.( ms10, Jas Laile Suzana Jaafar,(2000), Psikologi
Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur).
5

Emosi pula merangkumi tekanan yang dihadapi namun ia merupakan satu titik tolak
untuk para remaja berubah setelah sekian lama kita lihat para remaja kelihatan amat hina di
mata pada zaman ini. Remaja yang berjaya mengawal emosi mampu mengawal emosi orang
yang berada di sekelilingnya. Dari perspektif islam sudah lama umat islam pada zaman
dahulu telah ditindas oleh orang-orang khurish namun ia merupakan satu semangat pada
mereka semua untuk terus berjuang dan tidak pernah mengalah walau apa pun yang terjadi.
Hal ini kerana cinta akan agama yang menyebabkan tekanan menjadikan perubahan untuk
berjuang.

Remaja harus mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa tetapi membina kasih
sayang yang erat serta hormat terhadap mereka dan orang dewasa lain. Remaja yang gagal
dalam tugas ini mempunyai tabiat bergantung kepada ibu bapa, tidak berupaya berfikir
sendiri tentang perkara penting dan tidak tahu berinteraksi dalam persekitaran orang dewasa
kerana masih lagi seperti kanak-kanak dari segi emosi. Hal ini kerana ibu bapa merupakan
medium terbaik untuk menunjukkan perkara-perkara baik dan elok. Ibu bapa menjadi contoh
sejak kecil lagi ibu bapa juga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada anak-anak.

Kesimpulan

Perubahan banyak berlaku di sekeliling kita namun untuk mencapainya memerlukan


pengorbanan. Hal ini, tidak dapat dielakkan melainkan kita terpaksa menerimanya dengan
hati yang terbuka. Cenderung untuk memilih jalan yang baik sentiasa terbuka dan diterima
umum hal ini kerana setiap orang pernah mengalami perubahan mahupun cepat atau lambat.
Jadi sama-samalah kita membuka minda dan berfikiran matang seperti minda kelas pertama
supaya hidup lebih bahagia.

Selain itu, seluruh manusia haruslah menghormati dan membantu kepada sesiapa
yang mempunyai rasa ingin berubah walaupun hanya niat yang terlintas di hati. Dorongan
dan bantuan haruslah diberi supaya mereka dapat terus mengekalkan perubahan yang
dialami .
6

Anda mungkin juga menyukai