Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI TEKNIKAL

MALAYSIA MELAKA

FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN


SEMESTER 1 SESI 2009/2010
Falsafah Sains dan Teknologi
(DLHW 1722)

TAJUK:
Ulasan Artikal:HUKUM MEROKOK DARI PERSPEKTIF ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:
FARIZUL MUIZ BIN ALIAS
D050910021
DMF

NAMA PENSYARAH:
ENCIK AHMAD RIDZWAN BIN MOHD NOR

Rokok

1
Ulasan keseluruhan

Dari sudut sejarah merokok, ia boleh disingkap sehingga 4000 tahun dahulu.
Namun merokok sudah biasa di mata manusia yang telah diperkenalkan di Eropah oleh
Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492
lagi. Tabiat merokok berkembang pesat di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean,
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Bagi dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah
diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia
belum pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pada umumnya umat Islam
tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan sogokan Barat yang menjajah
mereka. Pada hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas
dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit
dan membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya
dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan-iklan media massa
pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang
kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat merokok, suka meniru dan
menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak
remaja kita tidak kira lelaki mahupun perempuan dewasa ini. Hal inin dapat dilihat, pola
pertumbuhan perokok semakin meningkat dari masa ke semasa dan sehingga kini ia
membimbangkan. “Tabiat merokok merupakan satu masalah yang amat serius di
Malaysia. Masalah ini dianggar melibatkan 3.6 juta perokok di dalam negara kita yang
mempunyai penduduk sebanyak 24 juta. Perkara yang dibimbangkan ialah tabiat rokok
boleh menarik seseorang terjebak ke dalam masalah yang lebih serius dadah.”(ms xiv,
cara mudah berhenti merokok, Rusli Hashim,(2005), utusan publication & distribution
Sdn Bhd, Cheras Kuala Lumpur ).

Kemudaratan dan Bahana

Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok
ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal
Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah

2
haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia
khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut.
Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.

Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepada


hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan,
alam sekitar, kewangan dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang
memakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dan
tinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yang
menyebabkan manusia rasa terganggu. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis di atas
boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau
busuk dan mengganggu bukan sahaja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi,
merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang suka
merokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalam
rumahnya.

Selain itu juga, kita dapat melihat perokok selalunya amat sukar untuk melakukan
ibadah puasa. Ini adalah kerana ketagihan rokok yang sukar ditinggalkan. Mereka mampu
untuk tidak minum dan makan tetapi gagal untuk tidak merokok. Kalau pun ia mampu
berpuasa penuh dengan tidak merokok, kebanyakan mereka akan berbuka puasa dengan
merokok dahulu daripada memilih sunah nabi menjamah buah tamar. Jelas sekali tabiat
merokok memberi kesan negatif kepada amalan keagamaan seseorang dengan memandu
nafsu supaya meninggalkan yang sunat dan mengejar yang haram. Apa yang lebih
ditakuti ialah merokok mungkin boleh menjadi titik tolak kepada ketagihan dadah, ganja
dan seumpamanya. Tetapi rokok juga salah satu medium yang berkesan untuk berhenti
rokok. “Justeru itu, bulan ramadhan adalah kesempatan yang besar yang dianugerahkan
kepada umat islam supaya berhenti daripada kebebasan merokok.” (ms 77,Puasa sebagai
Penyembuh Penyakit,(2006), Terbitan 1st Edisi Malaysia, Wangsa Melawati, Kuala
Lumpur).

Di samping itu, secara jelas merokok membawa kesan buruk kepada tubuh badan.
Merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, jantung, paru-paru
dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa setiap batang rokok yang
3
dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan
boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di
antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-
bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat
(naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen
cyanide) yang digunakan di `kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani hukuman
mati, dan banyak lagi. Bagaimana pun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan
karbon. “Bilangan kematian tahunan akibat merokok di seluruh dunia telah bertambah
daripada 1 juta dalam pertengahan tahun 1960an kepada 3 juta sekarang. Jumlah ini
dianggarkan meningkat lagi kepada 10 juta setahun menjelang tahun 2020. Jumlah
kematian yang dianggarkan ini hampir menyamai jumlah kematian orang awam dalam
Perang Dunia Pertama.”( http://www.who.int/topics/tobacco/en/)

Bahaya merokok bukan hanya membabitkan negara-negara Barat sahaja, malah


kian mengancam dan menjadi masalah kesihatan yang paling utama di negara-negara
membangun, termasuk di Malaysia. Kesedaran tentang bahaya merokok semakin
meningkat di Barat sehingga menyebabkan peratusan perokok semakin menurun. Namun
sebaliknya berlaku di Malaysia, peratusan perokok semakin meningkat akibat kurangnya
kesedaran dan kempen-kempen anti merokok.

Ironinya, ajaran Islam secara jelas mengharamkan manusia daripada


memusnahkan diri sendiri atau orang lain. Islam melarang kita melakukan sesuatu yang
boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancam kehidupan kita. Apa saja
yang dimasukkan ke dalam tubuh dan urat saraf kita hendaklah yang baik, bersih dan
yang menjamin keselamatan jasmani, akal dan rohani kita.

Firman Allah s.w.t. "Allah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan
mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk" (Al-A'raf : 157).

Allah s.w.t. juga berfirman : "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke
dalam bahaya kebinasaan" (Al-Baqarah : 195)

Rokok Dalam Perspektif Islam

Di tepi kotak rokok tertera ayat peringatan ``Amaran Kerajaan Malaysia Merokok
Membahayakan Kesihatan.'' Bersempena dengan penegasan Perdana Menteri tentang

4
bahaya merokok ini adalah wajar juga para perokok diberi peringatan yang sama tentang
pandangan Islam terhadap tabiat merokok.

Persoalan hukum merokok dalam Islam sering menjadi polemik para ulama antara
hukum makruh dan haram. Namun demikian, hukum sunat dan harus terkeluar daripada
perbincangan hukum mengenainya. Bagi perokok, mereka sebenarnya mengambil sikap
eskapisme dengan mengatakannya sebagai satu perkara yang makruh kerana perbuatan
yang makruh hanya dibenci oleh Allah s.w.t., tidak sampai kepada hukum haram atau
berdosa di sisi Allah s.w.t. Namun demikian, perlu diingatkan bahawa hukum makruh
dan haram itu adalah aksiologi negatif dalam perundangan Islam. Adakah wajar kita
mengambil nilai negatif dalam menghalalkan rokok kepada diri kita?

Lebih malang, ada juga yang mengambil teori sekular egoisme untuk mewajarkan
diri mereka untuk merokok. Kata mereka, merokok memberi kepuasan dan ketenangan
diri, lagi pun mereka tidak mengacau atau mengganggu orang lain. Ada juga muda mudi
yang beranggapan menghulurkan rokok kepada sahabat taulan sebagai budi yang baik
dan bersifat pemurah. Namun secara hakikatnya apa jua hujah yang diutarakan oleh
mereka, ia merupakan sejumlah alasan yang direka-reka akibat ketidakmampuan mereka
membebaskan diri daripada ketagihan merokok akibat bahana nikotin dalam rokok.
“islam melarang pengambilan sesuatu yang keji yang dapat menatangkan kemudaratan
dan rokok adalah termasuk”.(ms95, Perubahan Islam dan Sains Moden, Dr. Danial Zainal
Abidin,(2003), PTS Mellenium Sdn Bhd, Kuala Lumpur).

Kajian tambahan

Mengganggu

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari
Kiamat tidak akan menyakiti hati jirannya. (Riwayat Bukhari). Tabiat merokok kadang
kala turut mengganggu dan menyakiti hati orang di sekelilingnya. Kepulan asap yang
dihembuskan perokok menyebabkan orang di sekitarnya merasa tidak selesa dan lemas.
Alam sekitar yang terjejas juga merupakan pengkhianatan amanah Allah kepada umat
manusia untuk memelihara alam dengan baik. Kitab suci al-Quran berulang kali
menegaskan agar manusia menjaga keseimbangan alam dan melarang manusia
merosakkan alam sekitar sebagaimana firman Allah s.w.t. : Dan langit dijadikannya

5
(membumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca
keadilan. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (Ar-Rahman
: 7-8)

Membazir

Di samping itu, merokok diharamkan kerana ia merupakan suatu aktiviti yang


jelas mendatangkan pembaziran kewangan. Bagi mereka yang menghisap sekotak rokok
sehari yang harganya RM5.30, ia terpaksa membelanjakan sejumlah RM159 sebulan dan
RM1,908 setahun dan sejumlah RM19,080 bagi sepuluh tahun. Jumlah besar tersebut
sudah tentu dapat dimanfaatkan pada perkara yang lebih memberikan faedah kepada diri
perokok dan keluarganya. Firman Allah s.w.t.: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu
adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat
kufur kepada Tuhannya. (Al-Isra' : 27). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah
membenci tiga perkara iaitu mengumpat, berjudi dan membazirkan wang. (Riwayat
Bukhari dan Muslim).

Selain itu, kebanyakan syarikat pengeluar rokok adalah kepunyaan Yahudi.


Membeli rokok secara tidak langsung akan menyumbang kekayaan kepada bangsa
Yahudi yang sering ingin menghancurkan umat Islam. Seandainya segelintir di antara
kita berasa sensitif untuk tidak ke Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald tatkala bumi
Iraq di serang Amerika Syarikat, kenapa tidak kita mengambil langkah untuk berhenti
menghisap rokok yang dibuat oleh syarikat-syarikat Yahudi Amerika Syarikat?

Selain itu juga, Muhammad al-Jibaly mengatakan bahawa merokok merupakan


perbuatan yang hampir sama dengan orang yang berada di dalam api neraka, yang
meminum dari mata air yang panas menggelegak dan memakan makanan dari pokok-
pokok yang berduri sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surah al-Gasiyah : 5-6.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada sebab-sebab dan hujah-hujah yang dinyatakan, mudah-


mudahan para perokok menjadikan ini sebagai titik tolak untuk menghentikan tabiat
merokok. Tanamlah keazaman yang tinggi dalam diri untuk membuang tabiat buruk
merokok. Banyak cara yang boleh diusahakan untuk membuang tabiat merokok.

6
Ingatlah orang yang mahu kebaikan itu akan mencari jalan, manakala sebaliknya
mereka yang cenderung ke arah keburukan itu akan hanya mencari alasan. Marilah kita
sama-sama menghormati fatwa kebangsaan yang telah memutuskan bahawa menghisap
rokok itu adalah HARAM di sisi pandangan Islam.

"Hukum merokok pada asalnya adalah makruh. Yang boleh menjadikannya haram
adalah kerana anda terlalu banyak hisap yang membawa kepada bermacam
penyakit yang merbahaya yang menjejaskan kesihatan yang boleh membawa
kepada kematian”.

Anda mungkin juga menyukai