Anda di halaman 1dari 4

Arahan:Tiap-tiap soalan diikuti oleh EMPAT pilihan jawapan. Pilih SATU jawapan terbaik bagi setiap soalan.

Jawab SEMUA soalan.

1. Pilih maksud yang sesuai bagi konsep daya tahan kardiovaskular: A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan. B. Kemampuan melakukan aktiviti berulang kali atau dalam jangka masa yang lama. C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum 2. Mana satukah aktiviti di bawah ini dapat membina daya tahan kardiovaskular? A. Tekan tubi B. Dekam lunjur C. Aktiviti senamrobik. D. Aktiviti bangkit tubi 3. Apakah faedah latihan fizikal? A. Menambahkan berat badan B. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah C. Mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi D. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah 4. Yang manakah di antara berikut perlu dilakukan semasa melakukan aktiviti latihan bagi mengelakkan kecederaan? A. Menggunakan kawasan berpokok untuk lakukan aktiviti B. Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan kecergasan C. Membuat aktiviti latihan tanpa melakukan teknik memanaskan badan D. Melakukan aktiviti mengikut apa sahaja teknik yang diketahui 5. Ahmad ingin membina otot di bahagian abdomen. Antara berikut, aktiviti latihan yang manakah sesuai dijalankan? A. Tekan tubi B. Bangkit tubi C. Berjalan pantas D. Berbasikal pantas 6. Apakah faedah latihan kekuatan otot? A. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis B. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah. C. Mendedahkan kepada penyakit diebetes dan tekanan darah tinggi D. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah

7.

Cikgu Ahmad telah mengarahkan pelajar dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk melakukan aktiviti naik turun bangku selama 10 minit tanpa henti. Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi kepada pelajar tersebut? A. Pelajar akan berasa seronok B. Pelajar akan bertambah mahir C. Pelajar akan mengalami kecederaan otot D. Pelajar berpuas hati dengan pencapaiannya Aktiviti yang manakah dapat dilakukan oleh individu yang mempunyai daya tahan otot? A. Ahmad berjaya menyelamatkan diri dari dikejar anjing. B. Fatimah menolak almari dengan mudah untuk mengubah kedudukan almari tersebut. C. Ali mampu mengayuh basikal pergi dan balik ke sekolah setiap hari tanpa merasa letih. D. Siti boleh melompat longkang seluas 2 meter di hadapan rumahnya Faedah memiliki kelenturan yang baik ialah I. menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis II. meningkatkan kualiti daya tahan, kekeuatan dan ketangkasan III. menambah keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah IV. mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II. III dan IV Naik turun bangku adalah satu aktiviti yang sesuai untuk kekuatan otot kaki. Apakah aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot tangan? A. Tekan tubi B. Bangkit tubi C. Ayun tangan D. Jangkauan melunjur Senamrobik ialah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan A. kuasa B. kekuatan otot C. daya tahan otot D. daya tahan kardiovaskular

8.

9.

10.

11.

12. Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kelajuan? A. Kecekapan jantung membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan B. Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat C. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligemen membenarkan anggota badan bergerak pada julat yang maksimum D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum 13. Prinsip latihan yang perlu untuk mendapatkan tahap kecergasan yang baik ialah I. kekerapan II. tempoh masa III. keseimbangan IV. tambah beban A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II. III dan IV 14. Apakah maksud yang sesuai bagi konsep kuasa? A. Kebolehan seseorang bergerak ke satu arah tertentu pada masa yang singkat B. Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen membenarkan anggota badan. bergerak pada julat yang maksimum C. Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang singkat dengan menggunakan daya yang maksimum D. Kemampuan untuk melakukan aktiviti untuk mengatasi rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum 15. Ahli sukan selalu mengamalkan aktiviti memanaskan badan ________ melakukan aktiviti. A. sebelum B. semasa C. selepas D. sepanjang 16. Langkah-langkah keselamatan yang boleh dilakukan semasa melakukan sesuatu aktiviti ialah I. pakaian dan kasut yang sesuai II. mengabaikan arahan dan peraturan III. memanas dan menyejukkan badan IV. mengikut kemampuan dan tahap kecergasan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II. III dan IV

17. Dua contoh aktiviti untuk meningkatkan kuasa kaki ialah.... I. tekan tubi II. bangkit tubi III. lompat dakap IV. ketinting dan lompat A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 18. Apakah faedah memiliki kuasa yang baik? A. Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis B. Mampu menyelamatkan diri jika berlaku sebarang kecemasan C. Meningkatkan kandungan kolesterol dan glukosa di dalam darah. D. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah 19. Semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, organ manakah yang membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan? A. Ginjal B. Hidung C. Jantung D. Paru-paru 20. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip ansur maju ? A. Jangka masa yang diperlukan untuk melakukan sesi latihan. B. Bilangan latihan yang perlu dilakukan dalam sehari, seminggu, sebulan atau setahun. C. Penambahan beban beransur-ansur dan menambah jarak sedidkit demi sedikit dan jangka masa tertentu. D. Latihan dilakukan secara berperingkat, menambah rintangan beban latihan sedikit demi sedikit dan aktiviti mudah kepada sukar

21. Kelenturan berubah mengikut A. usia B. kaum C. bangsa D. berat badan 22. Seseorang yang aktif dalam kegiatan fizikal mempunyai tahap kelenturan yang baik. Antara yang berikut, aktiviti manakah tidak dapat membantu membina kelenturan? A. Aktiviti angkat tumit untuk bahagian kaki B. Aktiviti kilas pinggang untuk kelenturan abdomen dan pinggang C. Aktiviti jangkauan melunjur untuk bahagian pinggang dan belakang badan D. Aktiviti bengkok sisi untuk bahagian abdomen, belakang badan, dan bahagian kaki

23. Prinsip Latihan yang perlu diambil kira untuk mendapatkan tahap kecergasan yang baik ialah... I. kuasa II. kekerapan III. ansur maju IV. tambah beban A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II. III dan IV 24.Malnutrisi bermaksud... A. keadaan kekurangan makanan B. keadaan kekurangan zat makanan C. keadaan kekurangan aktiviti mencari makanan D. keadaan kekurangan pengetahuan dalam penyediaan makanan 25. Langkah-langkah untuk mengatasi malnutrisi ialah I. sentiasa mengambil makanan yang segar II. mengamalkan pemakanan yang seimbang. III. mengamalkan pengambilan makanan ringan IV. mengambil makanan yang sesuai dengan keperluan umur. A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 26. Punca-punca malnutrisi ialah I. Kemiskinan II. Gaya hidup yang tidak sihat III. Pemakanan yang seimbang IV. Kekurangan sumber makanan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 27. Penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh malnutrisi. I. II. III. IV. A. B. C. D. Skurvi Denggi Diabetes Kwashiorkor I dan II II dan III III dan IV I dan IV

29.

Penyakit skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi A. vitamin A B. vitamin B C. vitamin C D. vitamin D Kemiskinan dan kekurangan sumber makanan boleh menyebabkan masalah malnutrisi kepada penduduk sesebuah negara. Pada pendapat anda, negara manakah yang mungkin menghadapi masalah ini? A. Sudan B. Kanada C. Malaysia D. New Zealand

30

Tulang menjadi lemah, rapuh dan mudah patah

31.

Gejala berikut menggambarkan sejenis penyakit yang berpunca daripada masalah malnutrisi. Penyakit tersebut ialah.... A. anemia B. maramus C. kwashiorkor D. osteomalasia

Soalan 32 dan 33 berdasarkan penyataan di bawah

Tan menghadapi kesukaran berjalan di waktu malam. Pandangannya sering kabur ketika berjawal di waktu malam. 32. Apakah kemungkinan penyakit yang dihidapi oleh Tan? A. Buta B. Mata juling C. Rabun warna D. Rabun malam Berdasarkan situasi di atas, kemungkinan Tan mengalami masalah kekurangan... A. karbohidrat B. kalsium C. vitamin A D. vitamin B Konflik berpunca daripada beberapa faktor di bawah kecuali A. Penceraian ibu bapa B. Kasih sayang yang cukup C. Perbezaan pendapat dan pandangan D. Perbezaan nilai dan budaya Sebuah keluarga yang normal terbentuk hasil daripada perkahwinan antara... A. Lelaki dan lelaki B. Lelaki dan wanita C. Abang dan adik lelaki D. Kakak dan adik perempuan

33.

34. 28. Malnutrisi boleh mengakibatkan seseorang itu I. mudah pitam II. tidak bermaya III. kelihatan pucat IV. kelihatan cergas A. I , II dan III B. I , II dan IV C. I , III dan IV D. II , III dan IV

35.

36. Warga tua terdiri daripada golongan yang telah mencapai umur... A. 60 tahun ke atas B. 50 tahun ke atas C. 40 tahun ke atas D. 60 tahun ke bawah 37. Apakah fungsi-fungsi utama makanan ? I. Membekalkan tenaga II. Mengawal metabolisme III. Merencatkan proses tumbesaran IV. Membina dan membaiki tisu badan A. I , II dan III B. I , II dan IV C. I , III dan IV D. II , III dan IV 38. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi? A. Sarapan pagi B. Minum petang C. Makan malam D. Makan tengah hari

39. Kumpulan makanan manakah yang perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak bagi diet harian kita? A. Kumpulan susu dan hasil tenusu. B. Kumpulan sayuran dan buah-buahan C. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi. D. Kumpulan daging, ayam, telur dan kekacang 40. Siti mengalami gejala kaki dan tangan mengecil serta perut buncit semasa berumur 9 tahun. Pilih penyakit yang dikaitkan dengan gejala ini. A. Anemia B. Maramus C. Beri-beri D. Kwashiokor

Anda mungkin juga menyukai