Anda di halaman 1dari 5

waktu subur wanita

Oleh : Dr. Azwan Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama : 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat 2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal. Fahami Kitar Haid Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini. Hari 1-4 Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. Hari 5-13 Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. Hari 14 Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim. Hari 15-28 Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan

dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Waktu Terbaik Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya. Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya. Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur. Cara Lain Mengetahui Waktu Subur Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula. Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14. Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa. Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat. Amalan pertama. Selepas Fajar ataupun Solat Subuh - Baca Bismillah 1 kali - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. Amalan kedua. -Suami hendaklah membaca Ya Mutakabbir (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. -Isteri hendaklah membaca Ya Awwal (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. -Isteri hendaklah membaca setiap hari Ya Zaljalaali Wal Ikram 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Nasihat untuk tingkatkan kesuburan dari Dr Hamid Arshat doktor pakar perbidanan. 1. Jangan putus asa terus berdoa kepada Allah dan berusaha dapatkan rawatan 2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg. 3. Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan. 4. Minum teh hijau (dari uncang bukan botol dan tin)dan fresh juice . 5. Jauhkan fizzy/soft drink dan juice dalam botol dan kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah2 6. Makan lebih sayur2 hijau, ulam2, sup sayur, salad, pecal atau rojak. 7. Makan lebih buah2 . Mulakan setiap sajian makanan dengan buah2, diikuti sayur2 8. Kurangkan nasi , masak lauk2 - daging , ayam dan ikan yg segar. 9. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan. 10. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan2 yang diperoses yang mengandungi pengawet, perisa dan pewarna tiruan 11. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila ketika isteri subur. Boleh kesan kesuburan dengan ujian ovulation 12. Lakukan exercise dengan berjalan kaki, jogging, treadmill atau berenang 30 minit setiap hari 13. Supplemen2 - multivtamins, folic acid, vitamin E dan C, logam2 zinc, selenium ,fish oil dan habbatus sauda. 14. Berbagai2 kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation , D&C,Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2. 15. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.

Cara pengambilan Gla Complex untuk kesuburan : Pertama sekali, anda mesti tahu waktu subur anda. Untuk mengetahui waktu subur kita perlu tahu kitar period, sama ada 28 hari atau pun 30 hari. Kemudian bahagikan dengan 2. Contoh : jika kitar haid 28 hari bahagi dengan 2. Jawapannya ialah 14 hari. Inshaa Allah waktu subur anda ialah pada hari ke 14 selepas haid. Begitu juga sebaliknya jika kitar period kita 30 maka hari ke 15 selepas haid adalah waktu subur anda. Setelah mengetahui waktu subur, anda dikehendaki : Makan GLA COMPLEX sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur. Contoh jika waktu subur hari ke14, maka mkn GLA COMPLEX tu sehingga hari ke 13 sahaja. Hari ke 14 stop. Jangan ambik gla lagi. lepas tu anda boleh merancang untuk bersama suami pada hari subur tersebut. GLA COMP mesti ambil 1biji lepas sarapan pagi, dan 1biji lepas makan malam. ( atau sebelum tido kerana gla tidak digalakkn ambil bersama alfalfa kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.) Jika haid tidak datang mcm biasa, boleh buat ujian kehamilan. Jika tidak anda boleh ulang semula pengambilan GLA tu semasa hari pertama haid seterusnya. In shaa Allah kita hanya mencuba dan beriktiar, jgn mudah putus asa dan berdoa, selebihnya kita serah kepada yang maha berkuasa. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Satu lagi saya nasihat supaya anda tidak terlalu memikirkan masalah utk mendapatkan zuriat ini. Walaupun anda sedang berusaha( mkn supplemet) jgn terlalu fikir sgt masalah itu, buat seperti biasa dan tidak ada apa2.. jgn stresss2. Kerana ia akan mengganggu hormone kita. JANGAN SKIP TAU! Pengambilan Vit E dan Zinc untuk suami. Zink : 2biji sebelum sarapan. Iaitu semasa perut masih kosong.( senang citer lepas subuh@ bgn tido terus telan zinc.) Vitamin E : 1 bj sebelum tido. JANGAN LUPA MINUM AIR MASAK LEBIH 3L SEHARI. SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA.

Anda mungkin juga menyukai