Anda di halaman 1dari 26

Mengatasi Kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran

Soalan 3 Anda telah ditugaskan untuk mencerap seorang rakan sejawat anda. Semasa pencerapan itu, anda dapati bahawa banyak kelemahan rakan sejawat anda semasa mengelolakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan tindakan anda bagi membantu rakan sejawat anda mengatasi kelemahan serta meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajarannya. Pendahuluan Pencerapan guru yang bersistematik dan profesional akan dapat menghasilkan satu dokumentasi yang berguna kepada guru dan warga pendidikan secara keseluruhan. Maklum balas dan respons bagi sesuatu aktiviti pencerapan di bilik darjah serta disusuli perbincangan akan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Pencerapan guru seharusnya akan menjadi wahana pengukuhan kepada pengajaran berkesan yang diamalkan oleh seseorang guru. Dalam konteks yang lebih luas, keberkesanan pengajaran guru di bilik darjah hendaklah saling melengkapi antara pencerapan guru, penilaian kendiri dan maklum balas daripada pelajar. Tugas mencerap rakan sejawat mengelolakan sesi pengajaran dan pembelajaran sebenarnya banyak manfaatnya untuk menambahbaikkan mutu pengajaran dan pembelajaran seseorang guru, sama ada guru yang mencerap dan juga rakan sejawat yang dicerap. Dari hasil proses pencerapan antara satu sama lain maka suatu penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dapat dirumuskan. Selain dari itu satu pelan tindakan dan cadangan yang lebih progresif dapat diperjelaskan. Bagi seorang guru, maksud pengajaran perlu dan wajib difahami sebelum mereka masuk ke dalam bilik darjah. Pengajaran merupakan satu proses aktiviti yang khususnya disusun untuk membawa perubahan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, banyak amalan perlu dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi berkesan dan bermakna kepada pelajar. Suasana pembelajaran dan pengajaran guru akan menjadi hambar dan tidak bermakna kepada pelajar sekiranya mutu pengajaran dan pembelajaran tidak berada pada tahap yang memuaskan. Ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan. Justeru, amalan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan meyakinkan perlu disi dengan mengutamakan objektif secara jelas, tepat serta mudah difahami. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan sebaik mungkin supaya matlamat pengajaran tercapai malah pelajar dan guru akan sama-sama berasakan puas setelah tamat satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala pembelajaran pula merupakan suatu proses pengenalpastian tentang sesuatu yang boleh memberikan kefahaman kepada pelajar melalui proses mempelajari sesuatu yang berlaku samada secara formal atau tidak formal. Marton & Booth menyatakan bahawa pembelajaran ialah learning is about how we perceive and understand the world, about making meaning. Ini menunjukkan bahawa bentuk pembelajaran boleh merupakan sesuatu prinsip yang abstrak, maklumat serta fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan untuk melakukan sesuatu serta penaakulan. Oleh itu, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang di didik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan. Tindakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru

Untuk memenuhi tujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran agar ia lebih berkesan beberapa pendekatan dan amalan-amalan tertentu untuk membantu guru dalam pengajarannya haruslah diberi keutamaan, antaranya; 1. Mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan Sebenarnya tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Berikut adalah sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yanghendak dicapai 3. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan 7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang sedia ada. Guru juga boleh memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran 4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk menguku pencapaian pelajar Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher). Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Justeru sebagai pendidik atau guru, hendaklah berusaha untuk menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan pelajar yang kreatif, berani mencuba, rajin dan tekun sebagaimana yang diperlukan untuk melahirkan modal insane yang cemerlang. 1.1. Kaedah Pemusatan Bahan Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Apa yang penting kaedah pengajaran yang disampaikan mempunyai arahan yang jelas, tepat

dan mudah difahami oleh para pelajar. Kaedah Pemusatan Bahan melibatkan kaedah dan teknik seperti gambar, audio visual, penggunaan computer, penggunaan bahan cetak dan banyak lagi. 1.2. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran berpusatkan Pelajar Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar membolehkan para pelajar menumpukan sepenuh perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Setiap aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah dilaksanakan dengan penuh bersemangat dan tekun dengan harapan agar segala ilmu yang disampaikan kepada para pelajar akan dapat digunakan sebaik mungkin demi untuk melahirkan para pelajar seimbang dan harmonis seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, guru akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dan memberikan keyakinan kepada pelajar untuk memberikan jawapan sambil membimbing pelajar untuk memberikan respons yang relevan dengan tugasan ataupun soalan yang diberikan. Setelah para pelajar dapat menjawab segala soalan yang diajukan, penumpuan kepada respons dan jawapan yang mereka berikan secara lisan dapat diberikan. Seterusnya guru juga dapat memberikan panduan untuk pelajar membetulkan dan membuat penambahbaikan terhadap jawapan yang ditulis di papan tulis agar keadaan kelas terkawal dan para pelajar lain tidak terdorong untuk membuat bising sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu guru juga harus memberikan sepenuh perhatian kepada semua pelajar di dalam kelas saya tanpa mengira perbezaan tahap penerimaan mereka. Aktiviti yang berpusatkan pelajar yang dilakukan di dalam bilik darjah boleh dianggap berjaya apabila para pelajar menunjukkan prestasi yang menggalakkan dalam setiap peperiksaan yang diadakan. 1.3. Kaedah hubungan komunikasi dua hala Hubungan komunikasi dua hala ini yang dimaksudkan ialah hubungan antara guru dengan pelajar. Kemahiran komunikasi merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam tatacara perhubungan guru dengan pelajar. Cronbach (1977), menyatakan kepentingan pemboleh ubah ketertiban dalam pencapaian guru, sifat peramah dan tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hubungan komunikasi di sekolah melibatkan hubungan antara guru dengan pelajar. Guru yang berdedikasi akan mengenali para pelajarnya kerana apabila seseorang guru itu mengetahui tentang latar belakang pelajarnya, setiap permasalahan yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dianalisis oleh guru. Sebagai contohnya, seseorang guru yang amat menitiberatkan tentang hubungan dengan para pelajar dengan sendirinya berjaya mengambil hati para pelajar sekaligus menyebabkan kelas dalam keadaan terkawal sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam proses pembelajaran, kasih sayang, persefahaman dan saling memahami antara guru dan murid amat penting. 2. Mengurus Bilik Darjah dengan berkesan Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah setiap guru harus memahami peranannya sebagai pengurus bilik darjah yang baik berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Ini bermakna guru sebagai pengurus bilik darjah memainkan peranan sebagai perancang, pengelola, pengarah dan pengawal. Justeru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru hendaklah memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta berusaha menguasai kemahiran-kemahirannya. Antara elemen-elemen yang termasuk dalam bidang pengurusan kelas ialah seperti berikut; 2.1. Kawalan Kelas yang mantap Demi untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung juga, elemen kawalan kelas yang mantap perlu diwujudkan. Kemahiran mengawal kelas tidak datang secara semulajadi, pelbagai ilmu dan kemahiran diperlukan untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap. Oleh yang demikian, para guru seharusnya berusaha mencuba mencari jalan dan

penyelesaian yang terbaik untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses P & P. Antaranya ialah; 2.1.1. Bilik Darjah mestilah kondusif Bilik darjah yang kondusif memainkan peranan yang amat penting dalam melancarkan proses P & P. Bilik darjah yang kotor dan tidak dijaga menyebabkan para pelajar merasa tidak selesa untuk belajar dan guru tidak konsisiten untuk mengajar. Oleh yang demikian, dalam usaha mewujudkan kawalan kelas yang mantap, bilik darjah yang kondusif amatlah penting. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran para guru hendaklah terlebih dahulu memastikan persekitaran bilik darjah dalam keadaan bersih dan tersusun. Guru hendaklah memastikan para pelajar dalam keadaan bersedia untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekiranya terdapat sampah atau kotoran yang kurang menyenangkan, para guru hendaklah mengarahkan pelajar membersihkannya. Demikian juga dengan susunan meja dan kerusi di dalam bilik darjah hendaklah dalam keadaan tersusun dan teratur. Hal yang demikian mencerminkan para guru mementingkan disiplin diri setiap pelajar dan secara tidak langsung guru telah menyediakan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. 2.1.2. Konsep Emotional Intelligence. Antara kaedah pengajaran lain yang dicadangkan untuk menjadikan para pelajar terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan Konsep Emotional Intelligence. Konsep ini dipopularkan oleh Danial Coleman (1995). Terdapat tiga aspek intrapersonal dalam konsep ini iaitu; 2.1.3. Kebolehan mengendalikan emosi sendiri, atau to know your emotions. Penerapan aspek ini sangat penting bagi guru dan pelajar. Sebelum memasuki kelas untuk mengajar, guru hendaklah memastikan bahawa dia telah bersedia dari aspek mental dan fizikal dan berharap para pelajar juga bersedia untuk menerima ilmu dan maklumat yang ingin diajar atau disampaikan nanti. Hal ini kerana pengendalian emosi amat penting agar kita dapat mengenali emosi atau perasaan dan keperibadian sendiri. Oleh yang demikian adalah mudah untuk menentukan sasaran dan matlamat yang ingin dicapai. 2.1.4. Kebolehan mengawal emosi Sebagai seorang guru, kebolehan mengawal emosi amat penting kerana untuk mewujudkan kawalan kelas yang mantap, setiap tutur kata haruslah dijaga supaya tidak menimbulkan rasa kecil hati atau kemarahan para pelajar. Apabila masalah pelajar kecil hati atau tersinggung dengan tutur kata guru, maka akan wujudlah perasaan benci atau memberontak dalam jiwa pelajar dan ini akan mendorong para pelajar terlibat dalam masalah disiplin seperti mengganggu kelas, bising, ponteng kelas dan sebagainya. 2.1.5. Kebolehan mengawal dan mengimbang tenaga, pendirian, desakan dan kepuasan diri. Penerapan aspek ini dalam diri pelajar adalah penting kerana dengan mempunyai kebolehan ini, mereka dapat mengawal diri dan menetapkan pendirian walaupun terdapat desakan dan pengaruh untuk melibatkan diri dengan gejala negative. Sekiranya seseorang guru dapat memahami perbezaan tahap kebolehan pelajar, ia akan lebih memudahkan lagi guru mengawal para pelajardi dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Rumusannya, kawalan kelas yang mantap merupakan mekanisme kawalan yang sangat penting dalam memastikan para pelajar dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya di dalam kelas dan seterusnya dapat mengelakkan mereka terlibat dalam masalah disiplin yang boleh menjatuhkan reputasi sesebuah sekolah. 3. Aktiviti Pembelajaran Tujuan utama mengadakan pengajaran ialah mewujudkan aktiviti pembelajaran. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Seharusnya segala usaha pengajaran adalah semata-mata ditumpukan untuk merangsangkan murid supaya menggerakkan mereka belajar. Oleh

itu, pengajaran mempunyai dua fungsi utama iaitu merangsangkan pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Untuk mewujudkan situasi aktiviti pembelajaran yang bermutu para guru haruslah bijak mengaplikasikan perkara-perkara berikut; 3.1. Membekalkan motivasi Pengurusan kelas yang konvensional atau biasa, beranggapan bahawa pelajar-pelajar mestilah dimotivasikan melalui sesuatu selain daripada kandungan pembelajaran. Ganjaran luar berupa grades/pangkat, pujian, recognition, treats/belanja, dan kebebasan/privilege adalah faktor yang dikenalpasti sebagai prime/ perangsang utama dalam pembelajaran pelajar-pelajar. Sebaliknya, pengurusan kelas yang cemerlang menganggap pelajar-pelajar haruslah dimotivasikan melalui kandungan pembelajaran itu sendiri. Sebagai contohnya, tugasan Matematik seharusnya menyeronokkan, tugasan membuat karangan seharusnya menarik perhatian, dan pembelajaran yang menggunakan bahasa asing merupakan sesuatu yang mengujakan. Bagi guru dan pelajar yang berkeadaan dalam pengurusan konvensional, matlamat seumpama ini adalah semata-mata tidak praktikal dan adakalanya mustahil. Manakala bagi pengurusan yang cemerlang, perkara ini adalah sebagai keperluan dan asas yang rutin dalam motivasi pelajar. Hal ini sangat berperanan pada kemajuan, perkembangan pelajar selanjutnya melalui proses belajar. Bila motivasi guru tepat mengenai sasaran akan meningkatkan kegiatan belajar. Dengan tujuan yang jelas pelajar akan belajar lebih tekun, lebih giat dan bersemangat. Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut motif atau motivasi tersebut. Oleh itu, di dalam bilik darjah tugas pengajaran ialah membekalkan motivasi tersebut sebagai rangsangan untuk menimbulkan minat dan menggerakkan mereka belajar.Disamping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif utama pengajaran ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku dari satu tahap yang rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi. 3.2. Kaedah demostrasi Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Sesunguhnya segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan ciri pembelajaran. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. 3.3. Aktiviti Pengayaan dan Pemulihan Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Disamping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul. 4. Memahami fungsi-fungsi pembelajaran. Fungsi-fungsi pembelajaran boleh di huraikan menerusi beberapa prinsip antaranya ialah:4.1. Perhatian Semasa mengajar guru perlu dapat membangkitkan perhatian pelajar kepada pelajaran yang diajarkan oleh guru. Perhatian akan memberi impak yang lebih besar apabila pelajar mempunyai

minat dan bakat. Bakat merupakan suatu keperibadian yang telah dipunyai oleh seseorang pelajar sejak kecil lagi namun ianya dapat berkembang kerana pengaruh pendidikan dan persekitaran. Perhatian dapat ditimbulkan secara langsung kepada pelajar kerana mereka sudah tahu tujuan dan kegunaan mata pelajaran yang diperolehinya. Manakala perhatian secara tidak langsung yang baru dapat dirangsang menerusi kaedah pengajaran yang menarik, ransangan untuk berfikir serta menghubungkan pengetahuan yang telah dimiliki. Apabila pelajar mempunyai perhatian di dalam kelas, maka dengan mudah pelajaran yang diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah sehingga pelajar tersebut mampu menghubungkan antara suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain. Oleh yang demikian, menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya guru dapat mengawal keadaan bilik darjah dengan baik dan melahirkan pelajarpelajar yang dapat memberikan perhatian di dalam sesuatu perkara yang penting dalam hidup mereka khususnya pembelajaran akademik di dalam kelas. 4.2. Aktiviti Dalam proses mengajar pelajar, guru perlu melakukan aktiviti samada berfikir mahupun melakukan atau melaksanakan sesuatu aktiviti. Hal ini mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar itu sendiri iaitu ilmu yang diajarkan tidak berlalu begitu sahaja tetapi dapat difikirkan, diolah kemudian dikeluarkan dalam bentuk yang berbeza. Melalui aktiviti juga membolehkan pelajar bertanya, mengajukan pendapat serta melakukan perbincangan dengan guru serta mematuhi arahan guru yang mengajar, melaksanakan tugas, membuat grafik, diagram serta maklumat yang diberikan oleh guru. Apabila pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti maka pelajar lebih mudah memiliki dan menggunakan ilmu itu dengan baik. Justeru, aktiviti perlu dilaksanakan dan diberikan perhatian dalam memastikan fungsi pembelajaran digunakan sepenuhnya agar tumpuan pelajar dapat dikumpulkan pada satu titik fokus utama. Dengan ini, akan lahirlah pelajar yang kreatif menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seharian. 4.3. Integrasi Menghubungkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dapat menjadikan pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis. Proses ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta membantu pelajar untuk memerhatikan pelajarannya dengan lebih baik. Hal ini sedikit sebanyak melahirkan pelajar-pelajar yang dapat mengadaptasikan pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar mereka diluar khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan mereka di masa-masa yang mendatang. Semua pelajaran yang diberikan kepada pelajar perlu diintegrasikan, sehingga pelajar memiliki pengetahuan bersepadu iaitu tidak terpisah-pisah. Kebiasaannya, pelajar hanya menerima proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sahaja seandainya guru tersebut tidak menggunakan teknik dan kaedah yang bersesuaian dalam mengajar. Namun yang demikian, guru seharusnya memainkan peranan mengajar dan menghubung kaitkan diantara sesuatu topik dengan topik yang lain yang berkaitan agar para pelajar peka dan memahami serta dapat mengaplikasikannya dengan baik. Hal ini dapat menjamin penguasaan pelajar di dalam proses pembelajaran serta memberikan ruang untuk guru menggunakan kawalan yang minima di dalam kelas kerana pelajar itu sendiri sudah terdorong untuk fokus atau memberikan tumpuan disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, guru perlu kreatif semasa mengajar supaya proses pembelajaran dapat dikaitkan antara satu konsep dengan satu konsep yang lain yang berkaitan agar minat pelajar dapat mendorong mereka menjadi pelajar yang berkeyakinan dan berjaya di dalam kelas dengan mengintegrasikan pengetahuan yang baru dan sedia ada. Mata pelajaran yang diajar di sekolah seharusnya diintegrasikan berpadu menjadi suatu ilmu yang bersepadu. Pelajaran yang dipelajari bukan sekadar pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, bahkan bermanfaat di luar kelas serta dalam kehidupan seharian mereka. Pelajaran di sekolah perlu

dihubungkan dengan kehidupan nyata dalam masyarakat. Pengetahuan sedia ada pelajar dapat mengukuhkan kefahaman pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek kemasyarakatan tidak boleh dipandang remeh oleh guru. Dalam norma ketamadunan manusia, setiap individu pasti akan menghadapi, mendepani, berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat di sekeliling mereka.Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan yang bercorakkan masyarakat. Guru bukan sematamata mengajarkan sesuatu mata pelajaran tetapi juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Namun, perlu diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah berbudaya atau bercorakkan masyarakat. Oleh itu, guru sangat berperanan di dalam menyelitkan unsur dan pendidikan yang bercorakkan masyarakat. Guru bukan semata-mata mengajarkan sesuatu mata pelajaran tetapi juga mendidik pelajar khususnya dalam menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Namun, perlu diingat bahawa, elemen kemasyarakatan mestilah berbudaya atau bercorakkan masyarakat setempat agar penerapan yang dilakukan oleh guru dapat diterima oleh pelajar dan ibubapa mereka serta masyarakat di sekitarnya.Dengan mengaitkan elemen pendidikan di dalam bilik darjah dengan kehidupan nyata di dalam masyarakat, para pelajar dapat membuka ruang untuk diri mereka sendiri merasai dan menghayati pendidikan yang sedang diajarkan oleh guru mereka. Ini adalah kerana pelajar itu sendiri biasanya sudah memiliki pengetahuan asas dalam kehidupan mereka, hanya mereka kurang berkemampuan untuk mengaitkan antara proses pembelajaran atau ilmu pengetahuan yang mereka peroleh dengan kehidupan sebenar di luar sana. Justeru, perkaitan yang terbina di dalam kelas dengan menghubungkaitkan pembelajaran di dalam kelas dengan kehidupan masyarakat setempat dapat menjadikan agen kawalan bagi guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas. 4.4. Pengulangan Tidak semua pelajar mempunyai tahap yang sama di dalam proses mengingati tentang sesuatu pembelajaran yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, pembelajaran yang dibantu ulang untuk proses mengingati diperlukan untuk memberikan tanggapan yang lebih jelas dan tidak mudah dilupakan. Perkara ini boleh dinyatakan apabila kita mengulang dengan cara dan kaedah yang baik di dalam bilik darjah, semakin lama ia akan menjadi semakin jelas sehingga dapat digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Pengulangan secara teratur, pada waktuwaktu yang tertentu atau setelah setiap topik itu diberikan, maka ia sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal yang demikian memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa pengulangan merupakan suatu proses pendidikan yang mereka boleh aplikasikan dalam kehidupan mereka. Ini menjadikan bahawa proses pengulangan adalah suatu konsep bagi fungsi pembelajaran itu sendiri.

4.5. Sosialisasi Dalam diri seseorang pelajar, mereka perlu terdedah kepada pergaulan sosial yang bermanfaat bagi menjadikan diri mereka satu generasi yang mampu menjadi kebanggaan bagi sesebuah masyarakat, bangsa, negara dan agama. Ini adalah kerana, pelajar merupakan individu yang mempunyai segi sosial yang perlu diperkembangkan. Dengan itu, adalah suatu kebaikan jika para pelajar diberikan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti bersama-sama dengan rakan sekelas mereka supaya pergaulan sosial dapat dipelajari secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan bersama-sama rakan mereka di dalam kelas. Perkara ini dengan sendirinya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang saling bekerja sama antara satu sama lain, saling bergotong royong dan saling tolong menolong. Penerapan sosialisasi ini dapat membuka pemikiran pelajar bahawa banyak permasalahan tidak dapat diselesaikan secara bersendirian tetapi boleh diselesaikan dengan bantuan orang lain. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga mampu meningkat cara pelajar itu berfikir sehingga dapat memecahkan masalah dengan baik dan lancar. Oleh yang demikian, sosialisasi atau pergaulan sosial

dapat terbina dan menjadikan pelajar mampu untuk mengaplikasikan kewibawaan untuk menempatkan diri di dalam masyarakat kelak. Oleh yang demikian, melalui beberapa prinsip yang dinyatakan diatas dapat memberikan gambaran bahawa perhatian, aktiviti, integrasi, pengulangan dan sosialisasi dapat menjadi satu fungsi pembelajaran efektif yang berperanan bagi pendidik dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 5. Menghayati syarat-syarat pengajaran dan pembelajaran yang efektif Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif memerlukan syarat-syarat yang berikut: 5.1. Variasi method pengajaran Semasa belajar, pelajar harus mengalami aktiviti mental. Misalnya pelajar dapat mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan menganalisis, kemampuan mengucapkan pengetahuannya, manakala guru harus menggunakan banyak method pada waktu mengajar. Variasi method mengakibatkan penyajian bahan pelajaran lebih menarik perhatian pelajar, mudah diterima pelajar, dan kelas menjadi hidup. Kaedah persembahan yang selalu sama akan membosankan pelajar. 5.2. Menimbangkan perbezaan individu (pelajar) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu menimbangkan perbezaan individual antara pelajar. Terdapatnya perbezaan bakat dan kebolehan di antara pelajar yang perlu diuruskan dengan baik di dalam bilik darjah. Perbezaan bakat dan kebolehan antara pelajar di dalam sesebuah kelas di mana terdapat kecekapan dan ketangkasan pelajar berbeza secara individual. Ada di antaranya yang cerdik dan cerdas sehinggakan mampu untuk menerima dengan cepat ilmu pelajaran yang disampaikan kepadanya. Tahap ini merupakan tahap keboleh-penerimaan yang tinggi. Namun, perlu diingat bahawa masih ramai pelajar yang mempunyai tahap kebolehpenerimaan yang biasa dan rendah. Disebabkan tahap keboleh-penerimaan yang berbeza-beza ini menyebabkan guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu menyeimbangkan kaedah, skop serta aktiviti pembelajaran agar semua pelajar yang mempunyai tahap penerimaan yang berbeza dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Dengan cara ini, ianya dapat mengembangkan kemampuan-kemampuan pelajar secara individual. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap keboleh-penerimaan yang tinggi hanya perlu mendapat penerangan yang lebih ringkas kerana pengetahuan sedia ada serta kebolehan memahami yang cepat. Ini berbeza dengan pelajar yang berada pada tahap sederhana dan rendah yang memerlukan lebih penerangan dan kaedah yang lebih mudah difahami supaya mereka dapat mengikuti memahami pelajaran dengan baik. Oleh yang demikian, perbezaan individual perlu dipertimbangkan agar guru dapat menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai untuk semua pelajar dan memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan yang diajarkan. 5.3. Perencanaan sebelum mengajar Dalam memastikan sesuatu pembelajaran dapat dilakukan dengan baik, maka sebuah perencanaan perlulah dilakukan oleh guru yang mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar. Ini dapat dilihat dari sudut perencanaan yang terperinci dengan turutan perencanaan tersebut sebagai alat rujukan. Perencanaan sebelum mengajar perlu mempunyai

objektif, teknik dan kaedah yang akan digunakan semasa, serta penanda aras kefahaman para pelajar terhadap penguasaan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran. Dengan persiapan mengajar, guru akan mantap di hadapan kelas, perencanaan yang matang dapat menimbulkan banyak inisiatif dan daya kreativiti guru sewaktu mengajar serta dapat meningkatkan interaksi belajar dan mengajar antara guru dan pelajar. Dengan adanya perencanaan sebelum mengajar ini, ia bukan sahaja memberikan suatu kemudahan kepada guru untuk mengajar dan mendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, malah pelajar turut mudah mengikuti dan memahami pembelajaran yang diajarkan oleh guru tersebut. Perkongsian pemudahcara yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar ini mampu memberikan kesan yang lebih baik serta lancar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, perencanaan sebelum mengajar adalah penting supaya para guru mempunyai satu rujukan yang jitu mengikut kebolehan guru dan pelajar yang diajarkan supaya ilmu yang ingin disampaikan dapat diajarkan oleh guru dengan baik dan pelajar dapat menerima ilmu tersebut dengan baik juga mengikut objektif-objektif, teknik dan kaedah serta penilaian yang dilakukan terhadap pelajar. Pada penyajian bahan pelajaran pada pelajar, guru perlu memberikan masalahmasalah yang boleh merangsang pelajar untuk berfikir. 5.4. Penyediaan bahan pengajaran Semasa proses pengajaran di dalam kelas, guru sememangnya perlu menyediakan kaedah-kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik serta menerimanya sebagai sebuah bentuk pengajaran yang menarik. Namun yang demikian, dalam menjadikan sesebuah kelas lebih menarik serta memberikan rangsangan minda pelajar, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran yang mampu memberikan permasalahan yang boleh menyebabkan pelajar berfikir serta merangsang daya kreativitinya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja menerima pembelajaran secara pasif, tetapi juga dapat terlibat aktif secara rangsangan berfikir dalam mengikuti kelas yang dilakukan oleh guru. Semasa belajar, pelajar seharusnya mengalami aktiviti mental seperti pelajar dapat mengembangkan kemampuan intelektualnya, kemampuan berfikir secara kritis, kemampuan menganalisa dan kemampuan mengucapkan pengetahuannya disamping mengalami aktiviti jasmani seperti mengerjakan sesuatu, menyusun intisari pelajaran, membuat peta dan lain-lainnya. Hal ini secara langsung menjadikan pelajar tersebut memberikan fokus kepada proses pengajaran yang berlangsung dan guru mampu mengawal proses pembelajaran di dalam kelas dengan lebih baik dengan menjadikan permasalahan yang diberikan sebagai pokok utama pengurusan guru di dalam bilik darjah. Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasikan oleh para pelajar. Demi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, diharapkan beberapa tindakan yang dicadangkan di atas dapat membantu dalam melahirkan modal insan cemerlang, berminda kelas pertama dan bebas dari kelemahan disiplin dan gejala yang tidak sihat.

Pengurusan Masa
DEFINISI

Secara rasionalnya masa bukanlah suat masalah yang memerlukan kepada suatu pengurusan, yang penting adalah bagaimana seseorang individu itu mengendalikannya. Masa juga dirujuk sebagai semua tindakan yang dipatuhi oleh individu bagi memastikan mereka menggunakan masa dengan sebaiknya. Contohnya dengan penggunaan alat elektroik masa.

Teknik pengurusan masa tidak hanya merujuk kepada teknik membuat jadual harian sahaja. Jadual harian mungkin hanya sebahagian kecil daripada Teknik Pengurusan Masa. Secara ringkas, teknik pengurusan masa merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Dengan teknik pengurusan masa yang berkesan, anda dapat capai banyak perkara dalam masa yang singkat.

PENGENALAN

Pengurusan masa adalah penting bagi setiap manusia tidak kira dari peringkat pelajar, pekerja, suri rumah dan golongan-golongan lain dalam menguruskan 24 jam yang kita ada agar segala aktiviti yang kita lakukan lebih tersusun dan dapat mencapai matlamatnya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk menjadi seorang yang bijak dalam menguruskan masa yang ada seseorang itu perlulah matang dalam membahagikan masanya dan bijak dalam membezakan agenda atau aktiviti yang penting dan kurang penting. Masa adalah perkara yang tidak akan berulang semula. Jadi, perancangan yang betul haruslah dilakukan bagi memastikan pembaziran masa tidak berlaku supaya kita dapat melakukan sesuatu kerja mengikut perancangan yang dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pengurusan masa yang betul dapat memudahkan seseorang itu melakukan tugasnya dengan cara yang sistematik. Dalam konteks

yang lebih luas, masa bagi setiap individu bermula daripada lahirnya ke dunia ini sebagai seorang bayi sehinggalah ke akhir hayat.

Manusia memerlukan dan melakukan pelbagai kegiatan dalam kehidupannya. Badan manusia memerlukan tidur dan makan. Otak manusia perlu rehat dari pemikiran serius dan berat. Untuk keselesaan, manusia juga perlu membersihkan badannya, pakaian dan menyediakan makanan. Di samping itu, sebagai makhluk bermasyarakat, manusia perlu mengambil masa bergaul dengan sahabat handai dan kaum keluarga.

Pelajar tidak boleh lari daripada kegiatan biasa seseorang manusia. Oleh itu, sekiranya kegiatan kehidupan tidak diseimbangkan pelajar mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar. Salah satu rahsia kejayaan orang yang berpencapaian tinggi adalah pengurusan masa yang cekap yang membolehkan mereka membuat dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya.

Oleh kerana minat dan keperluan kepada pelbagai kegiatan, seseorang itu kadang kala akan menghadapi pertelingkahan mengenai apa yang hendak dibuat dalam sesuatu waktu. Sebagai contohnya, seorang pelajar hendak belajar tetapi pada waktu yang sama ingin menonton TV. Keadaan begini menyebabkan pelajar tersebut serba salah, dan ia akan membazirkan masa untuk mengambil keputusan. Perencanaan masa mengelakkan dilema begini kerana kegiatan pada suatu masa itu sudah diputuskan.

KEPENTINGAN MASA

Pelajar bermotivasi dan cemerlang sentiasa membahagi dan menggunakan masa secara berkesan. Ini kerana mereka sentiasa menghargai masa. Berharganya masa dapat dihayati dengan memahami sifatsifat masa seperti berikut:

Masa tidak boleh disimpan, dibekukan atau disorok.

Masa yang berlalu tiada ganti dan tidak akan berulang semula. Masa tidak boleh diberi pinjam dan dipinjamkan kepada orang lain. Masa yang semakin banyak berlalu, bermaksud semakin sedikit yang tinggal. Jika kita fikirkan masa lima tahun akan dating mungkin dirasakan lambat, tetapi apabila telah menempuhinya kita rasakan terlalu cepat dan singkat.

Namun, terdapat juga sebilangan pelajar yang sengaja membazirkan masa dengan perkara yang tidak bermanfaat atau merosakkan diri sendiri. Di samping itu, terdapat juga pelajar yang mungkin tidak sedar bahawa mereka telah membazirkan masa atau gagal menggunakan masa dengan berkesan. Pembaziran masa boleh berlaku dalam keadaan seperti:

a. Apabila melakukan perkara yang merosakkan dirinya sendiri atau orang lain. Misalnya ponteng sekolah. Seseorang yang melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat atau sia-sia. Misalnya sms yang tidak penting. b. Aktiviti yang dilakukan secara tidak cekap atau menggunakan teknik yang salah. Misalnya membaca buku sambil tidur. c. Aktiviti dengan jumlah masa yang digunakan tidak berkesan secara ekonomi. Misalnya mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan yang ringkas. d. Seseorang sering melakukan aktiviti bermanfaat yang diselang-seli dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Misalnya belajar sekejap kemudian berhenti untuk menonton televisyen.

Kepentingan masa dan sikap pelajar yang sering dan mudah alpa dan membazirkan masa, maka adalah penting untuk membina jadual pengurusan masa dan belajar. Pengurusan masa yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran, cekap dalam pengurusan peribadi dan meningkatkan motivasi.

BAGAIMANA MENGURUS MASA DAN JADUAL BELAJAR?

Hanya dengan mempelajari pengetahuan, kemahiran dan teknik pengurusan masa yang betul kita akan mempunyai peluang untuk menggunakan masa secara berkesan dengan cekap. Membina jadual waktu dengan mengatur aktiviti peribadi dan pembelajaran, secara sistematik akan membantu seseorang pelajar mempunyai sistem dan disiplin diri. Walaupun nampak sukar, tetapi ia adalah antara kaedah terbaik yang perlu dipatuhi dengan tekun untuk membantu anda menggunakan masa dengan berkesan dan cemerlang. Kaedah mengurus masa dan belajar yang berkesan perlu melalui empat langkah yang digariskan iaitu:

1. Langkah 1: Menganalisis Aktiviti Dan Masa Seharian

Setiap manusia hanya diberi anugerah masa sebanyak 24 jam sahaja sehari semalam. Tidak ada manusia yang mendapat lebih daripada itu walau siapa dia, sama ada perdana menteri, pelajar universiti, polis, guru, pelajar, peminta sedekah atau perompak. Jumlah masa kita adalah sama. Namun begitu, kita sering mendengar pelbagai rungutan manusia tentang masa. Antaranya didengari ialah:

Mana masa aku pergi ni? Alangkah baiknya kalau saya ada 30 jam sehari Ahhtak cukup masalah! Macam mana nak buat nie..masa dah hampir Hailambatnya masa berjalan Boringlah! Tak tahu nak buat apa masa ni Laabilalah nak pukul 10 pagi ni! Lambatnya masa berlalu Menyesal aku, masa dulu-dulu aku sering lupa dan lalai Alangkah baiknya kalau masa itu boleh berputar semula Sebenarnya jika kita bijak merancang masa dengan aktiviti yang ingin dilakukan, kita tidak akan

mengalami masalah kekurangan masa atau terlebih masa. Ini kerana, dengan teknik, taktik, kebijaksanaan dan komitmen yang bersungguh-sungguh kita pasti sentiiasa mempunyai aktiviti untuk dilakukan. Serentak dengan itu juga aktiviti yang dilakukan akan lebih berkesan, berfaedah dan mendapat pulangan yang bermanfaat secara maksimum.

Panduan Analisis Pembahagian dan Peruntukan Masa Kendiri Bil Aktiviti seharian yang dilakukan Jumlah masa diperuntukkan dalam sehari semalam (jam / minit) 1. Membersihkan diri (gosok gigi, mandi dan lain-lain). 2. Berkemas dan menyiapkan diri (menyiapkan baju, bersolek, dan lain-lain). 3. Masa di sekolah dan tuisyen (jika waktu persekolahan atau tuisyen). 4. 5. 6. Bercakap ditelefon (berbual, SMS, ). Masa termenung dan berangan. Masa untuk beribadat (berwuduk, solat, doa). 7. Masa mengulangkaji pelajaran di rumah (belajar sendiri, membuat nota kerja dan keja rumah). 8. Masa menonton televisyen dan mendengar radio 9. Melakukan tugas rumah (memasak, basuh baju,dan sebagainya) 10. 11. Bermain atau bersukan Keluar bersantai tanpa arah tuju (berjumpa Jumlah masa diperuntukkan dalam seminggu (jam / minit)

kawan, melepak atau bersiar-siar) Jumlah masa keseluruhan

Membuat Jadual Waktu

Hapuskan masa-masa yang dibazirkan. Pastikan anda tidak membiarkan sebarang ruang yang dapat mensia-siakan hidup anda sebagai pelajar. Jadikan setiap tempoh waktu dalam hidup anda bererti dan memberi faedah. Tumpukan jadual belajar pada waktu siang kerana kajian menunjukkan produktiviti sejam pada waktu siang menyamai sejam 30 minit pada waktu malam. Susun tugasan kerja mengikut keutamaan. Kerja yang tidak begitu penting dikemudiankan. Siapkan yang utama dahulu. Belajar cara menentukan keutamaan dan menyusun jadual tugasan yang cekap dan berkesan. Elakkan jadual waktu yang terlalu lengkap. Berikanlah ruang kuasa kepada anda menentukan lebih banyak keputusan yang di luar jangkaan. Berikan lebih banyak kekebasan kepada diri sendiri menyelesaikan urusan harian mengikut kesesuaian. Anda dapat membuat jadual anjal iaitu dengan menetapkan sasaran tertentu dalam sehari. Contohnya, pelajar menetapkan dua jam bagi mengulang kaji dalam sehari. Pelajar juga boleh membuat 50 soalan latih tubi sehari ataupun membuat nota bagi dua topic sehari. Dengan ini, pelajar tidak terkongkong dengan waktu-waktu tertentu, tetapi pelajar tetap mencapai sasaran yang ditetapkan. Ketahui tabiat tidur anda. Ia adalah sangat penting. Hampir satu pertiga daripada hidup anda dipenuhi dengan tidur. Apabila anda tidak menyusunnya dengan betul, tidak mustahil ia merugikan anda. Apa yang paling asas sekali ialah memperuntukkan masa untuk tidur. Jangan sesekali biarkan badan anda kepenatan akibat kurang tidur. Tetapi dalam masa yang sama jangan pula terlebih tidur. Ia juga cukup memenatkan. Oleh sebab itu, anda perlu merancag waktu tidur yang baik. Lebihkan masa untuk kerja-kerja yang sukar. Apabila ada kerja yang sukar ataupun kerja yang anda tidak biasa, peruntukkan lebih masa daripada jangkaan biasa. Katakan anda menjangka melakukannya dalam masa 30 minit, ada baiknya anda memperuntukkan antara 45 minit hingga satu jam. Kemungkinan anda melakukan kesilapan ataupun kesuntukan masa. Apabila ini berlaku, anda masih mempunyai masa memperbaikinya dan tidak perlu terkejar-kejar melakukan tugasan yang lain. Tentukan sistem ganjaran dan denda. Setiap kali anda berpuas hati dengan prestasi anda mematuhi jadual waktu, berikan sedikit ganjaran. Tidak perlu yang mahal-mahal, cukuplah sekadar membelanja diri sendiri makan lebih sedikit daripada biasa. Sebaliknya, apabila anda menunjukkan prestasi yang teruk, hukumlah diri anda. Misalnya dengan melarang diri sendiri daripada menonton rancangan TV kegemaran ataupun tidak boleh bermain bersama kawan-kawan. Letakkan jadual di tempat yang mudah dilihat. Jangan sorokkan jadual kebanggaan anda itu. Kebanyakan pelajar malu dan segan apabila orang melihat jadualnya. Kenapa pula? Bukankah ia menunjukkan anda seorang yang tersusun dan terancang? Selain itu, rakan-rakan juga dapat menjadi tenaga pendesak kepada anda bagi mematuhi jadual waktu. Sekiranya tidak, kawan-kawan yang lain memandang rendah kepada anda. Semakin mudah anda melihatnya, semakin kerap anda memandangnya. Semakin kerap anda memandangnya, semakin patuh anda kepadanya.

Berbaik dengan jadual waktu. Apabila anda mempunyai seorang kawan baik, pasti anda pernah merindui mahu berjumpa dengannya. Bagaimana dengan jadual waktu anda? Sepatutnya anda sentiasa teringat dan merindui jadual anda setiap masa. Tanpanya, tidak teraturlah hidup anda. Bukan begitu? Buat semakan dari masa ke semasa. Ada kalanya jadual waktu perlu diubahsuai mengikut komitmen, keutamaan dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Kegagalan mengubahsuai menyebabkan anda sukar mematuhinya. Lama-kelamaan, anda berasa bosan dan menyalahkan jadual waktu. bukan salah jadual waktu sebenarnya, tetapi salah anda yag tidak mengemas kini jadual anda!

Faktor yang Perlu Diambil Kira dalam Penjadualan

Keutamaan

Setelah mengetahui bagaimana masa digunakan dalam sehari-hari, pelajar perlu menentukan berapa lama ia perlu belajar, masa untuk bergaul dan untuk perkara-perkara lain. Kalau difikirkan dan direnungi dalam-dalam, memanglah banyak perkara yang ingin kita lakukan tetapi masa dalam sehari hanya ada dua puluh empat jam! Memang benar kata-kata masa itu emas. Seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah meletakkan masa belajar sebagai suatu keutamaan melebihi kegiatan sosial atau hiburan. Tetapi keutamaan bukanlah bermakna menghapuskan kegiatan tersebut. Kegiatan tersebut adalah rempah ratus hidup yang dapat menghindarkan perasaan bosan di samping mencaskan kembali otak yang letih. Di sinilah peranan pengurusan masa, di mana seseorang pelajar dapat mengatur dirinya untuk memberi keutamaan kepada pelajaran di samping mengambil bahagian dalam kegiatan lain.

Rancangan jangka panjang dan pendek

Pengurusan masa yang berkesan untuk tujuan pembelajaran memerlukan jadual masa jangka panjang dan jadual masa mingguan.

Jadual masa jangka panjang mengambil kira silibus yang hendak diliputi, masa percutian dan masa persediaan untuk peperiksaan. Dengan meneliti silibus kita dapat menganggarkan bahan dan buku yang hendak dipelajari dan dalam sesetengah kes kerja-kerja kursus seperti amali makmal yang perlu dibuat. Rancangan jangka panjang ini juga menetapkan bilakah persediaan intensif untuk peperiksaan bermula.

Sebaik-baiknya jadual mingguan dibuat setiap minggu supaya masa dapat digunakan secara optimum sesuai dengan keperluan pada minggu berkenaan. Umpamanya pelajar ingin menghadiri sesuatu acara pada waktu yang biasanya ia mengulang kaji, katakanlah pukul 8.00 hingga 10.00 malam pada dua malam dalam sesuatu minggu. Ia harus memikirkan sama ada ia perlu menggantikan masa ulang kaji pada waktu lain ataupun tidak.

Sekiranya jadual mingguan sukar hendak dibuat setiap minggu, sekurang-kurangnya pelajar mestilah mengubah jadual mengikut musim dan keadaan pelbagai fasa rancangan jangka panjang. Umpamanya dalam fasa awal, masa ulang kaji jadual mingguan tidak patut sama dengan masa jadual dalam fasa persediaan untuk peperiksaan.

Jadual masa yang boleh diamalkan

Sekiranya sesuatu perencanaan penggunaan masa itu sukar atau mustahil hendak dilaksanakan maka rancangan akan pelajar sentiasa mengubah cara ia menjalankan kegiatannya. Sebagai contohnya, jika waktu untuk makan dijadualkan selama 15 minit tetapi sebenarnya masa yang diperlukan adalah 30 minit, maka kegiatan selepas makan seperti berehat dan sebagainya akan terjejas. Pelajar tersebut akan mengubah atau membatalkan jadual kegiatan berikutnya. Jika perubahan sentiasa dibuat, disiplin untuk mematuhi rancangan tadi akan luntur dan lambat laun rancangan tadi tidak dapat diikuti lagi.

Masa tidur

Masalah rancangan masa yang terdapat di sesetengah kalangan pelajar ialah jadual masa tidur yang tidak sesuai. Ada pelajar yang gemar belajar hingga larut malam dan kemudiannya bangun lewat hinggakan tidak dapat hadir ke kelas atau kuliah. Perencanaan masa yang realistik mestilah memastikan supaya kelas atau kuliah serta kelas makmal dan bimbingan dapat diikuti. Sekiranya anda ada masalah ini, sesuaikan masa tidur anda dengan secara perlahan-lahan, yakni awalkan masa tidur anda peringkat demi peringkat hingga sampai ke tahap yang sesuai.

Pembaziran masa

Banyak pelajar mempunyai jadual masa tetapi malangnya mendapati jadual tersebut tidak digunakan. Walaupun mereka bermula dengan niat baik mereka idak dapat mematuhi jadual tersebut. Salah satu sebabnya ialah kerana pembaziran masa.

Satu contoh yang dikatakan pembaziran masa adalah seperti berikut: seorang pelajar yang mengikut jadual beliau sepatutnya mengkaji mata pelajaran Sains Bahan antara pukul 8 hingga 10 malam. Semasa mengkaji nota kuliah Sains Bahan beliau mendapati ada tulisan beliau yang tidak dapat dibacanya. Oleh itu beliau memutuskan untuk bertanya kepada rakan sekursusnya yang kebetulannya jiran bilik beliau. Semasa ia masuk ke bilik kawannya beliau mendapati ada perbincangan yang menarik mengenai perlawanan bola sepak maka ia pun masuk campur berbincang. Setelah beberapa lama ia pun ingat yang sepatutnya ia membaca nota kuliah. Semasa perjalanan pulang ia teringat yang ada rancangan televisyen yang menarik pada waktu itu. Dengan bantuan bisikan hatinya, maka ia percaya yang beliau boleh membaca nota kuliah sambil menonton televisyen. Begitulah pembaziran masa berlaku hinggakan pukul 10.00 malam satu helai nota pun tidak habis dibaca.

Pembaziran masa merupakan batu penghalang kepada pembelajaran yang berkesan. Sekiranya anda mempunyai masalah ini selesaikanlah dengan berhati-hati dan beransur-ansur. Pembaziran masa boleh dihapuskan dengan amalan dan keazaman. . Rancangan masa yang realistik dan dipatuhi dengan penuh disiplin dapat membantu bukan sahaja pelajaran tetapi semua manusia untuk melibatkan diri dalam lebih banyak kegiatan dengan cara teratur.

Mengoptimumkan perencanaan

Sudah menjadi lumrah manusia yang kecergasan otaknya turun dan naik setiap hari. Pada waktu hampir tidur, manusia akan rasa mengantuk jika ia menjalankan kegiatan yang membosankan. Oleh itu, semasa membuat jadual perancangan masa, pelajar perlu mengambil kira waktu yang otaknya cergas untuk belajar dan waktu yang ia perlu untuk berehat

2. Langkah 2: Menetapkan Keutamaan Aktiviti

Sering kali individu akan mengalami tekanan dalam menentukan keutamaan aktiviti dan pembahagian masa. Individu berkenaan merasakan bahawa terlalu banyak perkara ingin dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Dengan kata lain, kita tidak tahu apakah keutamaan yang perlu didahulukan atau dikemudiankan. Perasaan ini menyebabkan kita menjadi buntu, sukar membuat keputusan dan tertekan. Di sini terletak kepentingan untuk kita tahu perkara yang penting dan tidak penting. Serentak itu juga, kita perlu tahu perkara apa yang perlu disegerakan dan tidak segera.

Kuadran 1: Aktiviti Penting Dan Segera

Kebanyakan individu menghabiskan banyak masanya dalam kuadran ini. Kuadran ini umpama aktiviti merawat. Rawatan diperlukan setelah berlakunya penyakit. Apabila datangnya masalah seperti tekanan tarikh akhir, desakan dan krisis barulah kita mula kelam-kabut untuk melaksanakannya. Contoh aktiviti kuadran ini adalah menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir sebelum tarikh tamat tiba.

Kuadran 2: Aktiviti Tidak Penting Tetapi Segera

Ramai orang terperangkap dalam aktiviti kuadran ini. Mereka merasakan mereka sentiasa sibuk setiap hari tetapi tiada apa-apa pencapaian dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Contoh aktiviti kuadran ini ialah memulangkan buku ke perpustakaan.

Kuadran 3: Aktiviti Penting Tetapi Tidak Segera

Anda mungkin mempunyai niat untuk melakukan aktiviti yang bermakna dalam hidup anda tetapi oleh sebab aktiviti tersebut bersifat tidak segera, anda bertangguh untuk melaksanakannya. Aktiviti dalam kuadran ini seumpama aktiviti mencegah. Contoh aktiviti dalam kuadran ini ialah dengan meningkatkan kemahiran pembelajaran.

Kuadran 4: Aktiviti Tidak Penting Dan Tidak Segera

Menonton televisyen merupakan salah satu contoh yang jelas bagi aktiviti kuadran ini. Aktiviti menonton televisyen bukanlah satu aktiviti yang penting dan tidak mempunyai tempoh yang terhad untuk melakukannya. Anda boleh menonton televisyen pada bila-bila masa. Sebagai contoh, amat

malang bagi pelajar yang menghabiskan masa menonton televisyen beberapa bulan sebelum peperiksaan. Sepatutnya pelajar tersebut mengulang kaji pelajaran kerana televisyen boleh ditonton selepas tamat peperiksaan dan pada bila-bila masa sahaja.

Bagi panduan menetapkan keutamaan aktiviti, setiap pelajar dicadangkan menggunakan konsep jadual bertindak dalam mengaplikasikan strategi mengutamakan yang utama. Terdapat beberapa proses yang dicadangkan iaitu:

i.

Pelajar menyusun segala tugasan dan tanggungjawab mengikut keutamaan. Sebagai contoh, senaraikan kesemua aktiviti anda pada sehelai kertas. Kemudian, aturkan mengikut empat tahap keutamaan yang dicadangkan iaitu: a) penting dan segera, b) tidak penting tetapi segera, c) penting tetapi tidak segera, dan d) tidak penting dan tidak segera.

ii.

Seterusnya, bertindak menyiapkan tugasan berkenaan mengikut keutamaan paling penting kepada paling tidak penting. Jika anda tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada jadual bertindak anda untuk tindakan keesokan hari. Ulang perkara yang sama apabila hendak memulakan kerja pada hari esok.

iii.

Berdisiplin dan hapuskan tabiat tangguh, tunggu dan lihat. Tabiat ini akan menjadikan anda malas, tidak berdisiplin dan menangguhkan kerja. Amalkan mengingati beberapa slogan peringatan seperti: kelmarin sudah berlalu, esok masih belum berlalu, hari ini peluang masih ada dan sebagainya.

iv.

Jangan membazir masa dan kesempatan. Penuhkan masa lapang anda seperti masa menunggu bas, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos, bank, kedai gunting rambut dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan dan mudah seperti membaca nota ringkas, mengingat fakta dan setidaktidaknya berfikir.

v.

Tegas dan bijak mengatakan TIDAK kepada perkara yang dianggap mengganggu rutin harian keutamaan anda. Merancang jadual pengurusan masa dan belajar anda untuk menyusun keutamaan bertindak secara lebih berkesan. Disiplin adalah kunci kejayaan kepada setiap strategi yang dirancang. Apabila pelajar telah membina jadual bertindak, adalah penting pelajar menghayati prinsip-prinsip positif. Ini akan meningkatkan disiplin, jati diri dan mematuhi jadual bertindak yang dibina.

3. Langkah 3: Membina Jadual Pengurusan Masa Dan Belajar

Kemahiran hanya akan dimiliki atas kesedaran dan keperluan. Seperti soalan, Mengapa kita makan? Jawapannya kerana kita lapar dan untuk terus hidup kita mesti makan. Begitu juga dengan pengurusan masa. Kita perlu menyoal keperluan kita dahulu sama ada kita perlu atau tidak kepada sistem dan jadual pengurusan masa.

Adakah kita merancang terlebih dahulu aktiviti seharian seperti masa belajar, bermain, menonton televisyen dan sebagainya. Cuba renung soalan-soalan ini sejenak.

Adakah saya merancang waktu belajar saya supaya ia mendahului dan/atau selaras dengan pengajaran guru di sekolah? Adakah saya belajar dengan tekun pada waktu lapang bagi mengelakkan kesuntukan masa? Adakah saya memperuntukkan masa yang khusus dalam jadual pengurusan masa untuk mengulang kaji subjek yang lemah, mengulang kaji soalan-soalan peperiksaan dan lain-lain tugasan yang mustahak? Adakah saya mengatur aktiviti-aktiviti peribadi dan sosial saya supaya tidak bercanggah dengan masa belajar? Adakah saya mengikuti jadual pengurusan masa dan belajar secara berkesan? Besar kemungkinan kebanyakan jawapan anda adalah tidak. Jika demikian, anda seharusnya perlu meyakinkan diri betapa pentingnya membina satu jadual waktu yang memenuhi cita rasa belajar anda. Jadual pengurusan masa dan belajar yang baik akan menjamin keserasian dalam

mengamalkannya. Oleh yang demikian, beberapa panduan perlu difahami dengan membina jadual pengurusan masa dan belajar yang berkesan iaitu:

a. Menetapkan matlamat utama jadual pengurusan masa dan belajar. b. Menggunakan strategi mengutamakan perkara yang utama seperti yang diterangkan dalam langkah kedua tadi. c. Analisis aktiviti-aktiviti tetap dan masa yang diperlukan. Antaranya seperti mengulang kaji pelajaran, bermain bola, dan lain-lain. d. Rancang masa yang secukupnya untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran. Anda perlu memastikan pelajaran yang memerlukan masa belajar yang banyak dan yang memerlukan masa sedikit. e. Masukkan masa rehat atau rekreasi yang mencukupi dalam jadual anda. Biasanya perkara yang anda minat. f. Rancang jadual pengurusan masa dan belajar anda di rumah selari atau hampir selari dengan bahan pengajaran guru. Ini akan memudahkan kefahaman serta menyelesaikan tugasan anda kerana pengajaran masih segar dalam ingatan. g. Selaraskan dengan kesesuaian cara gaya belajar anda. Setiap pelajar mempunyai gaya belajar tersendiri seperti kaedah pembelajaran, masa paling efektif dan sebagainya. h. Peruntukkan masa untuk belajar paling banyak untuk belajar mata pelajaran yang susah dan penting ketika anda paling segar dan cergas. i. Rancang masa untuk belajar pelajaran yang sama pada waktu yang sama hari berikutnya. Misalnya, jam 8 hingga 10 malam, hari Isnin hingga Rabu, anda akan belajar Matematik. Dengan ini, anda akan bersedia dari segi mental untuk tumpuan sepenuhnya. j. Rancang strategi untuk mendisiplinkan diri anda dalam mengikuti jadual pengurusan masa dan belajar secara berkesan.

Secara keseluruhannya, membina jadual pengurusan masa dan belajar perlu dilakukan secara teliti, bersungguh-sungguh dengan hati yang tulus. Pelajar juga harus melakukan pengorbanan terhadap aktiviti-aktiviti yang tidak penting demi mengutamakan matlamat akademik yang cemerlang.

4.Langkah 4: Masa, Tempat Dan Kaedah Belajar Bersesuaian

Ada pelajar yang sangat selesa belajar di sekolah. Oleh itu, selepas tamat waktu persekolahan mereka akan menghabiskan waktu di kawasan sekolah untuk belajar bersendirian seperti di perpustakaan, di kelas, di pondok belajar dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang tidak mendapat keselesaan apabila belajar di sekolah, tetapi lebih berkesan belajar dalam suasana rumah. Kadangkala kita melihat juga pelajar yang belajar di perhentian bas semasa menunggu kawan.

Sebenarnya setiap pelajar mempunyai tempat dan masa yang tersendiri untuk keselesaan belajar. Apabila pelajar menjumpai tempat dan masa yang serasi dengannya, itu adalah saat yang paling berharga. Ini sering kali disebut sebagai masa serasi dan tempat serasi. Namun begitu, pelajar tidak boleh terperangkap dalam perkara ini. Ini kerana pelajar bermotivasi dan cemerlang tidak boleh bergantung kepada mana-mana waktu dan tempat serasi untuk belajar, sebaliknya mereka mesti belajar pada setiap waktu, tempat dan keadaan jika ingin berjaya dengan cemerlang.

Paling penting, pelajar bermotivasi dan cemerlang mesti melatih diri untuk menggunakan setiap masa dan tempat sebagai situasi yang berkesan untuk belajar. Ini bermaksud, pelajar perlu mampu merubah keadaan yang tidak selesa kepada keadaan yang selesa untuk proses pembelajaran yang berkesan.

Panduan Tempat, Masa dan Kaedah Pembelajaran yang Bersesuaian

Tempat Di sekolah

Masa atau Ketika

Kaedah pembelajaran yang Sesuai

Masa persekolahan (waktu Menumpukan perhatian sepenuh kepada guru dalam kelas) Mengambil nota dengan tekun Menyoal tidak Masa rehat kepada guru setiap perkara yang

difahami

Membaca nota kecil yang dibawa dalam poket

Masa senggang (sebelum Membaca dahulu pelajaran yang akan diajar guru memasuki kelas atau waktu terluang) Selepas persekolahan Di rumah Waktu petang, memasuki Sesuai untuk menyiapkan semua kerja rumah kelas atau waktu terluang Menjawab atau mengulang kaji soalan matematik dan sains Waktu malam Sesuai mengulang kaji pelajaran berdasarkan subjek Membuat nota kecil Menyiapkan persiapan untuk ke sekolah pada hari berikutnya Sebelum tidur Membaca nota mengingat atau bahan ringan yang menceriakan pemikiran Di tempat Ketika menunggu bas, di Mengulang kaji nota kecil waktu Meluangkan masa untuk belajar di perpustakaan Mengulang kaji pelajaran yang diajar oleh guru

perhentian atau dalam bas, menanti kawan Mengulang kaji hafalan formula

persinggahan

dan lain-lain

Mengingat semula fakta yang dihafal

Posted by shafina mohamad at 10:12

Anda mungkin juga menyukai