Anda di halaman 1dari 4

Kisah Perletakan Hajarul Aswad MTAQ Negeri Sembilan 2013

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..



Terima kasih tuan pengerusi majlis,panel hakim yang adil lagi bijaksana,dif-dif kehormat dan
hadirin sekalian.

Hajarul aswad batu dari syurga,
Asalnya putih menjadi hitam nasyid inteam (mukjizat Al-Quran)
Kerana dosa-dosa manusia
Allah tunjukkan buat semua

Ya kawan-kawan....
Hajarul Aswad terletak di penjuru sebelah timur Kaabah yang menjadi kiblat orang Arab
beribadat pada zaman itu. Kini, ia juga menjadi tumpuan manusia beribadat kerana ianya
adalah kiblat utama umat islam menunaikan solat lima waktu sehari semalam termasuk juga
ibadah2 solat sunat yang lain. Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang berbunyi:
) )) ) = == = 9 99 9 # ## # S SS S ? ?? ? $ $$ $ s ss s 9 99 9 # ## # 3 33 3 9 99 9 # ## #
Maksudnya: Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan
Mungkar.

Sudah terang lagi bersuluh, Ibadah solat Allah yang suruh

Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan kemungkaran. Dengan perlaksanaan
program Smart Solat dan Kem Bestari Solat, membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya
pihak kerajaan memastikan setiap individu melaksanakan kewajipan solat dalam
membangunkan modal insan yang berwibawa dan berperibadi mahmudah.

Hadirin sekalian,

Peristiwa banjir besar yang melanda Kota Makkah menyebabkan binaan Kaabah mengalami
kerosakan teruk dan selepas banjir surut, tiada siapa berani meruntuhkan baki dinding yang
tinggal bagi membinanya semula. Hanya Al-Walid bin Mughirah, ketua suku Makhzum yang
berani melakukannya. Dengan penuh tawakkal, beliau meruntuhkan bahagian antara Hajarul
Aswad dan Rukn Yamani. Keesokan harinya, selepas melihat tiada apa-apa yang buruk
berlaku kepada Al-Walid seperti yang ditakuti penduduk Makkah, barulah kerja pembinaan
semula dilakukan secara gotong royong dengan baik sekali.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang berbunyi:



Maksudnya:Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan
jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan
bertakwalah kamu kepada Allah..
# ## # $ $$ $ ? ?? ? ? ?? ? h hh h 9 99 9 9 99 9 # ## # ) )) ) G GG G9 99 9 # ## # ( ( ( ( # ## # $ $$ $ ? ?? ? ? ?? ? O OO O } }} } # ## # 9 99 9 # ## # 4 4 4 4 # ## # ) )) ) ? ?? ? # ## # ! !! ! # ## # ( ( ( (
Kisah Perletakan Hajarul Aswad MTAQ Negeri Sembilan 2013


Oleh itu marilah kita bersatu dalam membuat kebajikan. Sebagai contoh peranan PERNIM
iaitu PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN,
MALAYSIA, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta membantu kerajaan
negara ini memikul tanggungjawab dalam membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS
terutama kepada kanak-kanak yang terbiar dan ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat
AIDS dan tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal
mereka pelihara pembawa HIV positif. Jika tidak kita yang menolong siapa lagi?


Penduduk Mekah mengumpul dana
Hasil suci dilarang yang haram
Baqum diamanah untuk membina
Siapnya kukuh indah tersergam

Sahabat sekalian, a
khirnya Kaabah siap dibina hasil derma dan sumbangan dari sumber yang baik bangsa Arab
di kota Mekah. Mereka bersedekah tanpa mengharapkan balasan dan sedaya upaya mencari
rezeki yang halal bagi mencapai tujuan membinanya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Hadiid, ayat 18 berbunyi;
) %d9# M%d9# #%& !# $% $Ym # 9 9 _& .
Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang bersedekah dan orang-orang perempuan Yang
bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman Yang baik
(ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka
pula akan beroleh pahala Yang mulia.

Inilah satu teladan yang terbaik bagi kita seperti apa yang dilakukan kini.Dengan wujudnya
kempen Demi Palestin, Rohingya Menangis, dan BersamaMu TV3, ia menggalakkan kita
bersedekah serta menghulur bantuan kepada yang memerlukan. Bahkan, sudah tentu ianya
mesti dari sumber yang halal.

Bangsa Arab mula bersengketa
Kabilah siapa lebih mulia (Sajak)
Adakah Aadi, Makhzum, Auf atau Abdu Dar
Semua mereka mengaku berkuasa

Pertelingkahan semakin menunjukkan tanda ingin berperang. Lalu berdiri seorang lelaki
bernama Umayyah Bin Mughirah sambil berkata; Hey, Bangsaku! Mengapa harus kita
berperang! Mari kita tunggu siapa yang mula-mula memasuki pintu Bani Syaibah, maka kita
lantiknya menjadi hakim. Seruan Umayyah ini diterima oleh semua puak. Maka penantian
mereka menjadi sangat bermakna apabila lelaki pertama yang memasuki pintu tersebut
adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w.
Kisah Perletakan Hajarul Aswad MTAQ Negeri Sembilan 2013


Allah SWT berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 105 berbunyi:

#3? %!%. #%? #=Fz# / $ %` Mi69# 4 79`& ; >#
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah bercerai-berai dan
berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas
nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka Yang bersifat demikian, akan beroleh azab
seksa Yang besar.

Bersatu teguh, bercerai roboh, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat pepatah lama sungguh bermakna inilah petua keharmonian negara. Usah biarkan
perpecahan merosakkan keamanan negara seperti yang berlaku kini di Mesir, Selatan
Thailand bahkan di Syria. Rakyatnya bersengketa sesama mereka dan berbunuhan sesama
saudara. Setiap persengketaan yang berlaku akan mengakibatkan kerosakan dan kematian
yang pasti amat memedihkan dan menyedihkan jiwa.


Kawan-kawan sekalian
Nabi Muhammad s.a.w telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan pertikaian
perletakan Hajarul Aswad. Dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan baginda telah membuka
lilitan serbannya lalu dibentangkan di atas tanah dan meletakkan batu Hajarul Aswad di
atasnya. Rasulullah s.a.w meminta setiap ketua mewakili kabilah masing-masing memegang
penjuru serban baginda dan membawanya di hadapan Kaabah. Tibanya di hadapan Kaabah,
Baginda mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat sepatutnya ia diletakkan.
Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w ini membuatkan seluruh warga Kota Makkah berpuas hati
dan menggelarkan baginda Al-Amin.

Sifat Rasulullah s.a.w ini difirmankan Allah SWT di dalam ayat 21 surah al-Ahzaab:
)9 %. 39 !# & m j9 %. #_ !# 9# z# . !# #ZV.
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik,
Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)

Ya kawan-kawan,
Sifat adil dan saksama perlu ada di dalam diri kita sebagai manusia bahkan lebih lagi jika kita
ialah seorang pemimpin negara. Ini telah dibuktikan dengan kepimpinan Perdana Menteri kita
yang memberi bantuan dan pembangunan tidak mengira kaum, bangsa dan agama.

Kisah Perletakan Hajarul Aswad MTAQ Negeri Sembilan 2013

Rasulullah s.a.w juga perlu kita jadikan contoh dan kerana baginda adalah Uswatun Hasanah
dalam membentuk diri kita menjadi manusia bertakwa yang mentaati Allah SWT dan
RasulNya. Firman Allah SWT:
#& !# 9# 6=9 m?
Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
(Surah Ali Imran ayat 132)

Ya kawan-kawan,
Program realiti Imam Muda di Astro Oasis adalah satu rancangan yang mencerminkan jiwa
anak muda yang boleh dijadikan contoh yang baik. Menjadikan Islam sebagai gaya hidup
dan berani menampilkan diri ke arah kebaikan.

Ayuh teman ayuh taulan
Bekerjasama ikhlaskan amalan
Sifat adil kita sematkan
Taati Allah dan Rasul pilihan

Sekian, Wabillahi Taufiq wal hidayah, Wassalamalaikum warahmatu Llahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai