Anda di halaman 1dari 19

SITI ZULAIKHA IZLIN BINTI RUSMAN

Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan buat rumah batu, tinting dan ciak tingting merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga ke hari ini.

Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang pemain.

Mengikut kajian Sejarah, permainan ketingting bermula semasa Empayar Rom. Luas petak ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki! Ketingting diperkenalkan dalam kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan dalam mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan mereka. Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-guni berat dan dipercayai kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan ini askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di medan peperangan. Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan sistem pemarkahan mereka sendiri. Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini yang universal ialah petak segi empat dan skil melompat. Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang berbeza namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek moyang mereka.

Lazimnya, ketingting dimainkan di kawasan-kawasan lapang yang rata.

Kapur tulis atau tepung

Penanda (batu-batu kecil, penutup botol, pundi kacang)

Letakkan nombor 1 hingga 8 pada setiap kotak dan memberi tanda kepada setiap pemain.

Melompat dengan menggunakan satu kaki merentasi kotak pertama ke kotak kedua dan seterusnya sehingga kotak kelapan. Kotak yang teratas sekali adalah Rumah dan anda tidak perlu membuang penanda ke dalamnya.

Apabila berada pada kotak keempat dan kelima, dan juga kotak ketujuh dan kelapan, anda hendaklah melangkah dengan menggunakan kedua-dua belah kaki anda.

Tetapi, apabila berada pada kotak kedua, anda hendaklah berhenti bagi mengambil kembali penanda anda di kotak pertama kemudian lompat kembali ke kotak pertama dan seterusnya melompat keluar.

Menyambung semula permainan dengan kali ini membaling penanda ke kotak kedua. Melompat melintasinya sehingga tiba di Rumah dan seterusnya patah balik sehingga kotak ketiga untuk mengambil kembali penanda di kotak kedua.

Pemain dikatakan terkeluar apabila penanda yang dibalingnya terlepas dari kotak, pemain jatuh pada bilabila masa, seperti membengkokkan kaki untuk mengambil penanda atau sewaktu melompat juga menggunakan tangan yang diletakkan di atas tanah untuk mendapatkan keseimbangan; dan pemain juga akan terkeluar apabila meletakkan kedua-dua kakinya di dalam sebuah kotak.

BENTUK POPULAR / KAPAL TERBANG


Variasi ting-ting yang paling popular. Bentuk ini dimainkan dengan begitu meluas dan ramai yang mengingatinya. Coraknya yang mudah membuatkan kanak-kanak mudah untuk mengenali permainan ini.

7 6 4 3

2
1

BENTUK ULAR
Variasi ini pula melengkung
merentasi tanah yang seolah-olah seekor ular sedang berlingkar. Variasi ini agak susah berbanding variasi ting-ting yang popular dan mencabar keseimbangan pemain. Versi ini boleh dimainkan dengan membaling penanda atau tidak membaling penanda.

7
6 5

4
3 2 1

BENTUK SIPUT
Berasal dari Perancis, ting-ting ini mempunyai bentuk yang berlingkar seperti siput dan mempunyai bilangan kotak yang lebih dengan peraturan permainannya yang sedikit berbeza. Dalam permainan ini, pemain perlu melompat dengan caranya tersendiri untuk ke pusat pilin dan kemudian keluar semula. Apabila berjaya menghabiskan permainan ini, pemain perlu menulis huruf-huruf awal dalam satu daripada kotak-kotak tersebut. Kotak yang dipilih itu merupakan kawasan rehat untuk pemain tersebut tetapi kotak ini haruslah dielak oleh pemain-pemain yang lain. Permainan ini akan tamat apabila tiada lagi tempat untuk dilompat sehingga ke pusat pilin.

BENTUK BUKU
Permainan ini merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Selain aturan permainan, gelanggang bagi ketinting ini juga berbeza daripada ketinting kapal terbang. Kesemua pemain meletakkan gundu masing-masing di petak pertama. Pemain pertama memulakan permainan. Gundunya dikutip ketika berada selari dengan kedudukannya. Sebelum membina rumah, pemain perlu melakukan imbangan gundu terlebih dahulu. Semasa mencampak gundu untuk membina rumah, pemain mestilah membelakangi gelanggang permainan. Setiap pemain berusaha untuk memiliki rumah sebanyak mungkin.

SITI ZULAIKHA IZLIN BINTI RUSMAN

Anda mungkin juga menyukai