Anda di halaman 1dari 21

1

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 1: KECEMERLANGAN DIRI


1.1. Pengenalan
1. Setiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran, ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak serta keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan din? Kecemerlangan diri merupakan kejayaan individu yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya cemerlang dalam: (a) pendidikan; (b) penwatakan; (c) komunikasi; (d) refleksi. Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan dalam keempat empat ia, bermakna dia telah mencapai kecemerlangan daiam diri. aspek

2.

3.

1.2.

Pendidikan
1. 2. Ilmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup seseorang. Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam pendidikan, dianggap cemerlang. Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam pendidikan perlu mengamalkan ciri-ciri yang berikut: (a) mempunyai matlamat hidup. Contohnya: sudah tahu kerjaya yang diinginkan menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam peperiksaan PMR (b) rajin dan gigih ketika menuntut ilmu; (c) mempunya semangat yang kental: (d) tekun, yakin diri; (e) tidak mengenal erti putus asa dan cekal menghadapm sebarang dugaar; (f) mempunyai keazaman yang tinqgi; (g) senantiasa berusaha memperbaiki diri. Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang mulia, dihormati, dan disegani.

3.

1.3.

Perwatakan
1. 2. Orang yang mempunyai perwatakan yang teruji uga ada;ah orang yang cemerlang. Ciri-ciri orang yang berperwatakan terpuji: (a) taat kepada ibu bapa; (b) mempunyam perasaan kaah sayang:

2 (c) (d) (e)

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2


berpegang teguh kepada ajaran agama; menaga kebersihan dan penampilan din; berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi; senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan, dan tindakan agar tidak menyinggung perasaan orang jujur, amanah, dan ikhlas dalam tindakan.

(f) 3.

Apabiia kita memiliki kecemerlangan dalam perwatakan, tentunya kta akan menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dihormat oleh masyarakat,

1.4.

Komunikasi
1. Komunmkasi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu: (a) lisan atau verbal; (b) bahasa badan atau non-verbal; (c) simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak, iaitu pemberi dan penerima makLumat tersebut. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam komunikasi. Komunmkasi yang cemerlang mernpunyai ciri-cri komunmkasm yang oerkesan. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas. beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat itu. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi supaya orang yang menerima maklumat, dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Contohnya ketika terdapat percanggahan pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana tmndakan tersebut akan memburukkan lagi keadaan.

2. 3. 4.

5.

6.

1.5.

RefIeksi
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu mestilah selalu membuat refleksi diri. Refleksi diri adalah tindakan membuat renungan atau menilai kembali tentang diri sendiri. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya memperbaiki kelemahan tersebut. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa hadapan. Segala kelemahan diri perlu ditinggalkan supaya kita menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak berusaha dan berputus asa. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan dan kelebihan kita. OIeh itu, kita boleh menial diri kita melalui rakan atau ahli keluarga kita. Sebarang pandangan atau komen perlulah diterima secara positif untuk kebaikan dan kecemerlangan diri.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 2: PERPADUAN DALAM KELUARGA


2.1. Pengenalan
1. 2. Perpaduan dalam keluarga boleh dicapai jika mendapat keriasama seluruh ahli keluarga. Perpaduan keluarga boleh dicapai dengan cara yang berikut, iaitu: (a) penglibatan ahli keluarga dalam sambutan hari khas keluarga; (b) berkongsi saat suka dan duka: (a) senantasa memberikan sokongan kepada anggota keluarga: (d) melibatkan diri dalam aktvti keluarga.

2.2.

Sambutan Hari Khas Keluarga


1. 2. Hari khas keluarga adalah hari-hari istimewa daam keIuarga. Contohnya hari jadi dan ulang tahun perkahwinan, hari ibu hari bapa dan sebagainya. Har hari khas ini perlu disambut untuk megeratkan hubungan kekeluargaan. Sambutan hari khas in tidak semestinya disambut secara besar besaran. Yang penting ahli keluarga yang diraikan rasa dirinya dihargai dan diambi peduli. Bagi merancang sambutan hari khas keluarga, tentunya memerlukan kerjasama dari pada seluruh ahIi keluarga. Sama ada dalam memberikan idea, mengumpul sumber kewangan. dan tenaga untuk menjayakan sambutan hari khas tersebut. Penkara perkara yang memerlukan kerjasama ahli kaluarga ketika menyambut hari ahli keluarga: (a) memberikan sumbangan idea: (b) membantu menghulurkan sumbangan benbentuk wang atau tenaga: (c) bensama sama menghias rumah untLik sambutan tersebut; (d) bersama-sama rnenyediakan makanan dan minuman: (e) berkemas selepas sesuatu majlis diadakan dan sebagainya. Kerjasarna anggota keluarga dalam sambutan hari khas keluanga ini dapat mewujudkan perpaduan dalam keluarga.

3. 4. 5. 6.

7.

8.

2.3.

Berkongsi Suka Duka


1. Apabila ahli keluarga berjaya, sokonglah mereka agar sokongan tersebut dapat mendorong mereka mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

4 2.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Manakala apabila ahi keluarga berada dalam kesedihan atau menghadapi masalah, berikan mereka sokongan moral agar mereka tidak patah semangat dengan dugaan dan tabah menghadapi kesusahan. Berkongsilah saat suka dan duka ahli keluarga. Sokongan padu daripada seluruh anggota keluarga amat perlu supaya mereka rasa dihargai.

3.

2.4.

Aktiviti Keluarga
1. Aktiviti keluarga yang dijalankan bersama-sama boleh menjalinkan kemesraan kepada setiap anggota keluanga. Antara aktiviti keluarga yang boleh dilakukan bersama-sama: (a) menonton telesisyen; (b) beriadah; (c) berkelah; (d) melancong; (e) mengadakan kenduri dan sebagainya. Ketika melakukan aktivti keluarga setiap ahli keluarga perlu bekerjasama supaya aktiviti yang dijalankan dapat memberikan manafaat kepada seluruh anggota keluarga. Anak-anak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa lebih stabil emisinya dan keadaan ini dapat menghalang mereka daripada terjebak dengan aktiviti negatif.

2.

3.

4.

Menghadiri konvokesyen ahli keluarga merupakan salah satu cara kamu berkongsi suka dengan kejayaan mereka.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 3: Menghormati Hak Orang Lain


3.1. Menghormati Perbezaan Orang lain
1. Setiap manusia mempunyai perbezaan, Manusia berbeza dari segi: (a) latar belakang; (b) kebolehan dan bakat; (c) pendapat. Perbezaan ini menyebabkan cara hidiup, budaya, pandangan, dan kepercayaan setiap orang itu berbeza. Perhezaan latar belakang bermaksud perbezaan agama, perbezaan tarar keluarga, perbezaan jantina, sejarah keluarga, pekerjaan, dan kelulusan. Orang yang beragama Islam contohnya mempunyai budaya dan kepercayaan yang berlainan daripada orang yang beragam Hindu, Budha mahupun Kristian. Kita mesti menghormati perbezaan ini supaya kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Antara cara cara kita menghormati perbezaan orang lain adalah dengan: (a) tidak mengejek ejek budaya kaum Iain: (b) mendengar pendapat orang dan tidak hanya menganggap pandangan kita sahaja yang betul (c) bertolak ansur dan sebagainya.

2.

3.

4.

5.

6.

3.2.

Kepentingan Menghormati Hak Orang Lain


1. 2. 3. 4. 5 6. Dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran dan situasi yang berbeza. Boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain; Lebih sabar menghadapi kerenah manusia yang pelbagai; Lebih bersimpat dan empati terhadap kesusahan orang; bersikap terbuka terhadap keunikan budaya kaum kaum lain; Dapat mengerotkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara inaividu dan kaum; Manambahkan perasaan kasih dan sayang sesama manusia. Menjadikan kita lebih bertimbang rasa dan perihatin;

7. 8.

6 9. 10.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Dapat rnengelakkan perselisihan faham dan perasaan cemburu terhadap orang lain. Hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Berikan dorongan kepada rakan yang ingin mempamerkan bakatnya.Tindakan memperlekeh-lekehkan bakat dan kebolehan rakan adalah sikap orang yang tidak menghormati hak orang lain.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 4: PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN


4.1. Pengenalan
1. Semangat kekitaan adalah kemampuan dan kesanggupan seseorang untuk membantu dan bekerjasama dengan orang am. Sikap ni perlu diamalkan dalam masyarakat agar hubungan antara ahli masyarakat akan lebih erat.

2.

4.2.

Pemupukan Semangat Kekitaan dan Kepentingannya


1. Terdapat beberapa cara untuk memupuk semangat kekitaan. Antaranya: (a) suka bertegur sapa tanpa mengira agama dan kaum; (b) tidak bersikap sombong; (c) menghormati jiran tetangga yang pelbagai kaum; (d) bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa; (e) saling berkunjung ke rumah jiran; contohnya ketika jiran mengadakan kenduri, rumah terbuka atau majlismajlis tertentu seperti sambutan majiis hari lahir (f) mengambil berat akan keperluan, kebajikan, dan keselamatan jiran: (g) mengamalkan sikap bertolak ansur dengan jiran; (h) menghormati perbezaan budaya, agama,dan adat resam jiran tetangga; (i) turut sama terlibat dalam pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan. Jiran yang rnempunyai semangat kekitaan akan senantiasa muafakat dalam menyelesaikan semua masalah setempat. Keadaan ini menyebabkan keselamatan masyarakat setempat lebih terjamin dan kebajikan mereka lebih terjaga. Di samping itu juga perpaduan akan terpelihara dan masyarakat hidup dalam kesejahteraan. Masyarakat setempat mestilah prihatin dengan segala aktiviti yang berlaku di mereka. tempat

2.

3.

4.

5.

6.

Antara masalah setempat yang perlu diambil berat oleh masyarakat di sesuatu tempat adalah masalah sosial. Antara masalah sosial yang dihadapi biasanya termasuklah: (a) gengsterisme; (b) vandalisme: (c) pergaulan bebas; (d) penagihan dadah; (e) budaya lepak dan sebagainya.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

7.

Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat setempat berganding bahu untuk menyelesaikan masalah di atas.

4.3.

Agensi-agensi yang Dapat Menjaga Kesejahteraan Masyarakat

1. Agensi-agensi tertentu sama ada daripada badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan amat diperlukan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan masyarakat 2. Antara agensi-agensi tersebut termasuklah: (a) Rukun Tetangga; (b) Mercy; (c) St. John Ambulans; (d) Kelab Lion; (e) Rakan Cop; (f) Sahabat Alam Malaysia; (g) Yayasan Salem dan sebagainya.

Antara agensi-agensi yang dapat membantu mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 5: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA


5.1. Pengenalan
1. Malaysia kaya dengan pelbagal warisan kesenian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Warisan kesenian pelbagai kaum ini menjadi kebanggaan negara dan seluruh perlu hersama sama mengekalkan warisan kesenian ni. Warisan Kesenian mi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu (a) muzik; (b) alat muzik; (c) tarian; (d) seni bina; (e) lukisan; (f) permainan; (g) kraftangan rakyat

2.

3.

5.2.

Muzik, Alat Muzik, dan Tarian


1. Muzik, alat muzik, dan tarian mempunyai kaitan yang rapat. Untuk rnenghasilkan sesuatu muzik, memerlukan alat muzik, dan tanpa muzik, tariar sukar untuk ditarikari, Kepelbagaian kaum di negara kita rnenyebabkan lahirnya pelbagai genre muzik yang mempunyai identitinya tersendiri mengikut kaurn, Pada Zaman Kesultaran Melayu Melaka, kegunaan muzik adalah terhad, Muzik hanya dibahagikan kenada dua iaitu, (a) muzik diraja iaitu nobat i. nobat ini dimainkan ketika upacaia diraja seperti upacara pertabalan, keputeraan, dan kemangkatan ii. alat muzik nobat termasuklah gong, genoang, serunai, dan nafri, (b) muzik rakyat adalah seperti ghazal di Johor, hadrah dan gambus di Perak dan sebagainya. muzik rakyat dimainkan untuk tujuan berhibur bagi meraikan majlis perkahwinan, dan menyambut tetamu.

2.

3.

4.

Muzik-muzik Melayu yang Ian terrnasuklah endoi, ulik mayang, nazarn, dikir barat, dan boria. Tarian masyarakat Melayu juga pelbagai antaranya tarian inang, zapin, dan asyik.

5.

10

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

6.

Tarian naga dan tarian singa pula adalah seni tarian yang paling popular di kalangan masyarakat Cina. Gong, simbal, dan gendang akan mengiringi tarian singa. Bunyi yang kuat daripada alat muzik ini akan memberi semangat kepada penari untuk menari dengan lebih bertenaga. Bagi masyarakat Iban, alat muzik yang menjad warisan mereka ialah gong, tetawak, bebendai, dan enkeromong. Sementara itu, tarian warisan masyarakat ini ialah tarian ngajat. Tarian ini dipersembahkan untuk menyambut kepulangan pahlawan. Masyarakat India juga mempunya warisan muziknya. Alat muzik tradisonal masyarakat ini ialah trompet dan tavil. Alat muzik inin biasanya mengring persembahan tarian Natheswaram.

7.

8.

9.

10.

5.3.

Permainan dan Seni Lukisan


1. Permainan tradisonal masyarakat di Malaysia juga perlu dikekalkan. Antara permainan tradisi masyarakat Malaysia termasuklah sepak raga, congkak, gasing, wau, catur cina, silambam, dan sebagairya. Permainan in biasanya dimainkan secara kumpulan dan mernerLikan sikap bekerjasarna dan saling membantu. Seni lukisan tanah air juga perlulah kita jaga kerana hasil-hasil lukisan ini memaparkan cara hidup rakyat yang berbilang bangsa, budaya, dan agama.

2.

3.

5.4.

Seni Bina, Seni Ukir, dan Kraf Tangan


1. Masyarakat Malaysia juga kaya dengan seni ukir dan kraftangan. Kebanyakan ukir ini bermotifkan alam semula jadi. seni

2.

Hasil seni lukisan ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu, dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan dukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi.

3.

11 4.

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2


ibadat

Seni bina di negara kita perlu dipelihara. Contoh seni bina negara yang perlu dipelihara termasuklah rumah rumah tradisional. istana lama, tempat-tempat dan sebagainya. Hasil seni kraf tangan rnasyarakat Malaysia juga perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara hasil krattarangan tersebut termasuklan tenunan, anyaman, barangan serarnik, dan lukisan batik. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang, dan daun Antara basil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji, dan sebagainya. Barang barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga, atau tempayan. Hasil ukiran daripada tanah liat paling popular di Sabah dan Sarawak. Ukiraran berbentuk bunga, atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan.

5.

6.

7.

nipah.

8.

10.

Bag masyarakat India, satu hasil seni yang paling unik adalah seni menghasilkan kolam. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan d hias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali.

12

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 6: Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia


6.1. Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
1. 2. 3. 4. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Manakala Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Melalui amalan demokrasi, rakyat diberikan kebebasan menuntut hak-hak sebaga rakyat negara ini dengan adil dan saksama. Antaranya termasuklah hak untuk memilih pentadbir negara yang dilaksanakan meIaIui proses pilihan raya. Rakyat berhak memberikan kuasa kepada kerajaan dan mandat kepada wakil-walil yang dipilih dalam setiap pilihan raya untuk mentadbirkan negara.

5.

6.

7.

6.2.

Pilihan Raya
1. Pilihan raya adalah suatu cara rnemilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi. Pada umumnya pilihan raya diadakan setiap lima tahun sekali. Pilihan raya bukan sahaja penting dari segi amalan dernokrasi, tetapi juga penting dalam menentukan kerajaan yang memerintah. Pelaksanaan pilihan raya melibatkan tiga pihak aitu: (a) Suruhanjaya Pilihan Raya; (b) Pengundi; (c) Calon Warganegara yang Iayak mengundi ialah yang berumur 21 tahun ke atas. Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili kawasannya di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun.

2. 3.

4.

5. 6.

13

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

6.3.

Parlimen
1. 2. Parlimen adalah badan yang menggubal undang-undang di peringkat Parlimen terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: (a) Yang di-Pertuan Agong: (b) Dewan Rakyat; (c) Dewan Negara. Peranan Parlimen termasuklah: (a) meluluskan undang undang persekutuan; (b) membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada; (c) memenksa dasar-dasar Keraaan; (d) meluluskan perbelanjaan kerajaan; (e) meluluskan hasil hasil cukai yang baru. persekutuan.

3.

6.4.

Dewan Undangan Negeri


1. 2. Anggota Dewan Undangan Negeri dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Parti politik yang memperoleh jumlah majont kerusi d Dewan Undangan Negen dalam phhan raya akan diberi kuasa membentuk kerajaan negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dilantik daripada ketua parti yang memenangi pilihan raya oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri.

3.

14

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penerimaan calon dan tarikh mengundi Penamaan calon di)aankdn Penamaan calon dijalankan Parti atau calon menyiapkan manifesto Kempen pilihan raya dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu tempat mengundi dan tempat pengiraan undi Pada hari mengundi.. Pengundi mengundi di tempat yang diteatpkan Pengundi diberi kertas undi; Pengundi memilih calon pada kertas undi. Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi Kertas undi dimasukkan ke dalam Kertas undi dikira di tempat peti undi. pengiraan undi. Pegawai pilihan raya mengumumkan keputsan pilihan raya.

15

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 7: RAJA BERPERLEMBAGAAN


7.1. Sistem Raja Berperlembagaan

1. Di Negara kita, sistem Raja berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagan Persekutuan Malaysia. 2. Sistem ini telah diamalkan sejak Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. 3. Dalam sistem Raja Berperlembagaan di Negara kita, raja menjadi pemerintah tertinggi Negara. 4. Baginda disebut Yang di-Pertuan Agong, manakala timbalannya disebut Timbalan Yang diPertuan Agong. 5. Kedua-dua jawatan di disandang dalam tempoh lima tahun. 6. Keuda-dua jawatan ini diisi secara bergilir-gilir melalui pemilihan daripada kalangan Sembilan raja Melayu yang memerintah Sembilan buah negeri Melayu. 7. Dalam melaksanakan pemerintahan Negara, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara sendirian. Segala keputusan berkaitan dengan urusan pemerintahan Negara dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.

7.2.

Majlis Raja-raja

1. Majlis Raja-raja dianggotai oleh semua Sultan Negeri-negeri Melayu. Yang Dipertua bagi Negeri Melaka, Pulau Pingan, Sabah, dan Sarawak. 2. Majlis ini bebas daripada badan perundangan persekutuan dan negeri. 3. Kebiasaannya Majlis Raja-raja ini bersidang tiga atau empat kali setahun. 4. Dalam sesuatu mesyuarat yang berkaitan dengan dasar Negara, Yang di-Pertuan Agong akan diiringi oleh Perdana Menteri manakala raja-raja Melayu akan diiringi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. 5. Antara tugas Majlis Raja-raja termasuklah: a. Memilih dan memecat Yang di-Pertuang Agong serta Timbalan Yang di-Pertuang Agong melalui pengundian; b. Menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar Negara, contohnya perubahan dalam dasar imigresen; c. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu serta agama Islam; d. Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuannya. Misalnya yang berkaitan denganpersempadanan semula negeri. 6. Majlis Raja-raja mempunyai setiausaha yang dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. 7. Perlantikkannya dilakukan sendiri oleh Majlis Raja-raja. 8. Setiausaha Majlis Raja-raja merupakan jurucakap rasmi yang mengumumkan sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Raja-raja. 9. Antara tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah membuat pengumuman tarikh permulaan puasa dan tarikh hari raya.

16

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

7.3.

Peranan dan Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong

7.3.1. Peranan Melantik Perdana Menteri Melanti k dan melucutkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteiri Mengampunkan, meringankan, dan menangguhkan hukuman atas nasihat Jemaah pengampunan Negara. Mimelihara keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perlembagaan Memanggil, menangguhkan, dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri Melantik Ketua Hakim dan semua hakim Memperkenangkan undang undang yang diluluskan oleh Parlimen Menganugerahkan gelaran dan bintang kebesaran 7.3.2. Bidang Kuasa Ketua Negara Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Ketua Agama Islam bagi negara yang tidak bersultan atau beraja

17

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 8:
8.1.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI


Setiap wai ganegara berIanggungawab rnengund bag mernHh pemirnptn untuk menentukan corak pemenntahan negara pads masa hadapan. Namun, warganegara yang bertanggungjawab akan memlih pemimpin yang betul-betul berwibawa untuk memerintah negara.

Mengundi

8.2.

Melibatkan Diri dalam Rancangan Kerajaan


Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan segala rancangan yang diatur oleh kerajaan Antara kempen-kempen yang perlu kita sokong termasuklah kempen anti merokok, kempen membaca, kempen keselamatan di jalan raya dan sebagainya

8.3.

Membeiikan pendapat Melalui Saluran yang Betul


Dalarn negara demokrasi, rakyat diberi kebebasan memberikan pendapat. Namun warganegara yang bertanggungjawab tidak akan menyatakan apa-apa sahaja sesuka hati yang boleh menyentuh isu-isu sensitif yang dapat mengganggu gugat ketenteraman awam. Berikan pendapat anda melalui saluran yang betul dan dengan cara yang betul demi kesejahteraan rakyat dan negara.

8.4.

Menjaga Nama Baik Negara


Sebagai warganegara kita perlulah mengawal setiap tindakan, baik dari segi perkataan mahupun perlakuan. Tingkah laku bersopan dan beradab hendaklah kita amalkan kerana amalan yang buruk akan memalukan bangsa dan negara.

8.5.

Menjaga Keamanan
Menjaga keselamatan dan kemanana negara bukan hanya tanggungjawab anggota pasukan keselamatan, bahkan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Janganlah kita melakukan rusuhan atau membuat hasutan yang boleh mengganggu keamanan negara.

8.6.

Amalan Berterima Kasih


Rakyat seharusnya berterima kasih kepada kerajaan atas daya usaha membangunkan negara dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan. OIeh itu bersyukurlah dengan kemudahan yang diberikan dan jagalah kemudahan dengan baik Antara kemudahan yang disediakan kerajaan termasuklah: o kemudahan pendidikan o kemudahan kesihatan seperti hospital dan sebagainya

18

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 9:

KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA

9.1.

Peranan Jentera Pentadbiran Kerajaan


1 2. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara memerlukan kepemimpinan yang berwawasan dan kerajaan yang teus dan amanah. Jentera pentadbiran negara dipimpin oleh Perdana Menteri. Beliau mentadbirkan negara dengan bantuan Jemaah Menteri atau Kabinet yang terdiri daripada beberapa orang Menteri. Jentera pentadbiran negara terlibat dalam perancangan dan penetapan dasar kerajaan. Kestabilan dan keberkesanan jentera pentadbiran negara terletak pada kebijaksanaan Perdana Menteri serta anggota eksekutif yang terlibat. Perdana Menteri dan jentera pentadbiran yang lain perlu rnempunyai wawasan dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan awam. Jentera pentadbiran negara perlu berpandangan jauh. Sesuatu dasar dan rancangan yang hendak dijalankan haruslah dikaji terlebih dahulu dengan teliti supaya jentera pentabiran negara lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani sebarang kemungkinan yang timbul pada masa akan datang.

3. 4. 5. 6.

Wawasan 2020 1. Wawasan 2020 yang diumumkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1991 adalah salah satu usaha kerajaan yang berwawasan yang mahukan kemajuan kepada negara. 2. Wawasan ini merupakan suatu pandangan jauh yang mendalam untuk menjadikan Malaysia negara industri yang serba maju dan seimbang dari segi sosial, politik, dan ekonomi menjelang tahun 2020.

19

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

9.3.

Kerajaan yang Telus dan Amanah


1. 2. Kerajaan memegang amanah rakyat untuk memerintah negara dengan baik. Oleh hal yang demikian, kerajaan perlu senantiasa berusaha mernperbaiki kelemahan pentadbiran, pengurusan kewangan, serta membanteras rasuah, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota pentadb ran kerajaan. Maka, selaras dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dalam usaha mencegah jenayah rasuah. Kesan buruk rasuah bukan sam akan merosakkan pelaku-pelakunya tetapi juga dapat meruntuhkan seluruh sistem pentadbiran negara. Untuk melancarkan jentera pentadbiran negara. setiap kakitangan kerajaan tertakluk pada garis panduan dan akujanji. Setiap kakitangan bertanggung jawab memberikan perkhidmatan dengan komitmen yang tinggi dan menghindarkan diri daripada penyelewengan. Di samping itu, ketua-ketua jabatan diminta agar mengenal pasti dan mengatasi isu serta masalah yang dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan.

3. 4. 5. 6. 7.

20

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

UNIT 10:

BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN


Selaras dengan usaha negara mencapai status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, maka Malaysia memainkan peranan proaktif dalam kerjasama serantau dan antarabangsa. Malaysia turut berperanan dalam memberikan sumbangan ke arah mengekalkan keamanan dunia. Faktor globalisasi dan pelbagai cabaran pembangunan turut mempengaruhi hala tuju negara kita. Justeru hubungan dua hala yang erat dengan negara maju dan negara membangun terus dijalin dan dikekalkan. Hubungan ini merangkumi kerjasama politik, sosial, dan kebudayaan dengan hubungan ekonom sebagai teras hubungan dua hala berkenaan.

10.1. Pengenalan
1.

2. 3. 4. 5.

10.2. Malaysia dan ASEAN


1. 2. 3. 4. Malaysia sudah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran. Tujuan utama hubungan tersebut adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama. Menyedari akan kepentingan hubungan yang rapat dengan negara-negara jiran, Malaysia kemudiannya menyertai ASEAN pada tahun 1967. Tujuan utama penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan kebudayaan.

10.3. Malaysia dan Keamanan Dunia


1. 2. 3. 4. Malaysia senantiasa menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dunia. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali. iaitu berbaik dengan semua negara tanpa mengira deologi atau fahaman politik. Hubungan baik yang dijalin dengan negaranegara lain dapat menjamin keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama. Antara sumbangan Malaysia dalam usaha memelihara keamanan dunia termasuklah: (a) menjadi anggota PBB dan berperanan dalam PBB mengutuk pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil yang berdaulat; (b) menyuarakan bantahan terhadap perbuatan puak Serb terhadap rakyat Bosnia dalam Perhimpunan Agung PBB; (c) menghantar anggota tentera membantu PBB dalam misi keamanan di Congo, Kampuchea, Namibia, dan Bosnia-Herzegovina; (d) menyarankan agar segala konflik diselesaikan di meja rundingan bukannya melalui peperangan.

21

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai