Anda di halaman 1dari 166

TAJUK : 4

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

(Kognitif, Konstruktivisme, Humanisme, Pendidikan


Dari Perspektif Islam Dan Impilkasi Teori Pembelajaran)
Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Pelbagai Teori Pembelajaran


Teori Pembelajaran Behavioris Unsur Berkaitan Tingakahlaku, Pelaziman klasik (emosi) ,(tabiat) Pelaziman Operan, cubaralat dan peneguhan Tokoh Psikologi Ivan Pavlov Edward Thorndike B.F. Skinner Watson, Guthrie

Kognitif

Pemikiran, Celik akal, Penemuan, Kategori pembelajaran, Resepsi


Prestasi Permodelan Kemanusiaan ,Sempurna kendiri, Keperluan asas

Jean Piaget Gagne, Bruner Ausuble, Kohler


Bandura Carl Rogers Abraham Maslow

Sosial (neo behavioris) Humanis

1/7/2012

Nordin Bin Tahir, IPIP

TEORI KOGNITIF
Tokoh-Tokoh Jean Piaget
Cognitive Development Stages

Jerome Bruner
Discovery Learning

Richard Suchman
Inquiry Method

David Ausubel
Expository Teaching

TEORI KOGNITIF
Psikologi Gestalt Max Wetheimer (1880 1943) persepsi dan penyelesaian masalah Kurt Koffka (1886 1941) hukum persepsi Wolfgang Kohler (1887 1959) celik akal Kurt Lewin (1892 1947) psikologi kognitif-lapangan Celik Akal (insights), the sudden perception of the relationships among elements in a problem situation.

TEORI KOGNITIF
Psikologi kognitif-lapangan
Konsep life space or psychological world in which the individual lives. It encompasses both himself and everything that psychologically influences him. Views learning behavior as a reorganization or restructuring

TEORI KOGNITIF
Ahli-ahli kognitivis lebih menekankan kepada proses mental. Antara aspek-aspek proses ini termasuklah membuat keputusan, penyelesaian masalah, menganalisis, menilai, dan mengingat.

Teori Pembelajaran Kognitif


Andaian:
Pembelajaran kini berasakan pembelajaran sebelumnya: Murid-murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi lataar belakang dan tahap motivasi masing-masing. Oleh itu, mereka biasanya akan membina makna yang berlainan walaupun pengalaman mereka adalah sama. Proses pembelajaran melibatkan pemprosesan maklumat: Proses ini bersifat aktif dan dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada murid-murid.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan: Makna yang dibina berasaskan pengalaman menunjukkan hubungan antara pembelajaran lalu dan pembelajaran baru.

Pengajaran dan pembelajaran perlu menegaskan hubungan dan strategi: Penekanan lebih diberikan kepada pembelajaran bermakna berbanding dengan hafalan. Oleh itu, pengajaran dan pembeljaran bertujuan membantu murid-murid belajara cara belajar, dan bukannya memperoleh maklumat yang terasing.

Wolf Kohler
Seorang ahli psikologi yang merupakan salah seorang pengasas psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka. Hasil daripada kajian Kohler dalam bidang pemerosesan kognitif, khususnya proses penyelesaian masalah, beliau telah mengemukakan jenis pembelajaran celik akal. Antara cimpanzi yang digunakan sebagai subjek kajian Kohler termasuk Chica, Grande, Konsul, Rana dan Sultan.

Pada tahun 1924, Kohler telah menerbitkan dapatandapatan kajian beliau dalam buku berjudul The Mentality of Apes. Antara dapatan beliau yang menarik ialah haiwan akan berusaha untuk mencari perkaitan yang menuju ke arah penyelesaian apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sama seperti manusia, haiwan juga berupaya memperoleh pembelajaran celik akal, iaitu penyelesaian aha! terhadap masalah yang mereka hadapi.

Kohler dan Pembelajaran Celik Akal


Dalam satu eksperimen, Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama dua batang buluh di dalam sangkar cimpanzi yang bernama Sultan. Tetapi, tiada satu daripada dua batang buluh mempunyai panjang yang mencukupi untuk membolehkan Sultan mencapai pisang tersebut. Tidak lama kemudian, Sultan pun menyambungkan kedua-dua buluh tersebut, lalu berjaya menjadikannya sebatang buluh untuk mencapai pisang yang terletak di luar sangkarnya.

Sultan telah berjaya mencari satu hubungan yang kritikal serta penting apabila ia berjaya untuk menyambungkan kedua-dua batang buluh yang dibekalkan menjadi buluh yang cukup panjang untuk mencapai pisang yang terletak di luar sangkarnya.

Berdasarkan Eksperimen Di Atas, Terbukti Tiga Perkara Yang Berikut:


Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi cimpanzi berkenaan terhadap penyelesaian yang sesuai. Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata. Setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka ada lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa di masa depan.

Prinsip Pembelajaran Celik Akal Kohler


Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi melalui cara yang agak mendadak, iaitu apabila kita kurang menumpukan pemikiran terhadap masalah tersebut. Konsep berfikir ditakrifkan sebagai usaha mencari, dan seterusnya berpegang kepada hubungan antara dua perkara.

Teori pembelajaran Bruner.


Konsep pembelajaran ialah proses pengkategorian. Merupakan kebalikan kepada pandangan Ausubel yang berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan berbentuk induktif. Berpendapat pembelajaran konsep, pengamatan dan penanggapan berlaku melalui proses kategori, dan proses membuat keputusan yang melibatkan pengkategorian. Berpendapat manusia melihat persekitaran dunia daripada sudut ciri ciri persamaan dan perbezaan.

3 kategori konsep ialah : i. Enaktif (perlakuan) ii. Ikonik (imejan) iii. Simbolik (bahasa) Pembelajaran konsep hendaklah mengikut peringkat iaitu daripada enaktif, iklonik dan ke simbolik. Berpendapat setiap individu walaupun masih kecil berkeupayaan untuk belajar sekiranya penyampaian disusun atur dengan cara yang sesuai.

Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan


Pembelajaran konsep ialah membezakan dan mengkategori benda atau perkara yang mempunyai ciri ciri tertentu dan melibatkan proses mengingat semula, membuat perkaitan dengan maklumat baru dengan yang lama dan membuat subkategori. Pembelajaran konsep ialah proses pembinaan pengetahuan.

Membentuk teori pembelajaran konsep melibatkan proses kognitif iaitu proses membuat hipotesis dan melihat ciri-ciri yang perlu ada untuk menentukan konsep. Konsep dibentuk melalui pengkategorian yang dibuat dengan mengelompokkan mengikut ciri ciri sama yang dimiliki.

Ciri-Ciri Sama Yang Dimiliki


Pembelajaran konsep secara induktif dan mengkategori melibatkan langkah langkah seperti : i. Sediakan data benda/maklumat berupa contoh positif. ii. Sediakan data benda/maklumat mewakili contoh negatif. iii. Buat perbandingan contoh positif dan negatif. iv. Berdasarkan ciri persamaan buat pengelompokan / kategori. v. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk. vi. Bina definisi konsep. vii. Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.

Pembelajaran Penemuan.
Merupakan pembelajaran berbentuk inkuiri. Proses inkuiri melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh pelajar. Proses penyelesaian masalah mengaitkan pengalaman lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang dipelajari. Maklumat yang ditemukan sendiri/jawapan penyelesaian yang dicari sendiri membolehkan maklumat baharu mudah diingati.

Manusia berinteraksi dengan alam sekeliling melalui penerokaan objek, penyelesaian masalah dan membuat uji kaji. Proses inkuiri dalam pembelajaran penemuan memerlukan pelajar meninjau masalah/fenomena, meneliti pelbagai alternatif dan data, membuat hipotesis dan menguji hipotesis sebelum membuat rumusan. Maka, pembelajaran aktif berlaku.

Model Pembelajaran Penemuan


i. ii. iii. iv. v. Model inkuiri Inkuiri berpandu Inkuiri Suchman Penyelesaian masalah Pembelajaran berasaskan kajian kes.

R.M. Gagne
Mengkategorikan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama iaitu:
Kemahiran kecerdasan Strategi kognitif Maklumat berbahasa Kemahiran motor dan sikap

Terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya.

HUKUM

KEMAHIRAN KECERDASAN PERTAMA

DISKRIMINASI

KONSEP

Strategi Kognitif - Kebolehan memproses maklumat yang membolehkan pelajar: Memikir Menumpukan perhatian Memilih Mengingat Menggunakan maklumat

Kemahiran Motor Melakukan pergerakan koordinasi dalam aktiviti fizikal. Memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif. Berkait secara langsung dengan perasaan, tingkahlaku, minat dan kesediaan pembelajaran seseorang pelajar

Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel


Mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau kelas. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui bahan bermakna. Pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada atau pun persembahan maklumat umum atau gabungan kedua-duanya. Pembelajaran akan berlaku apabila maklumat baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif. Teori ini memberi penekanan kepada penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru.

Advance Organiser (Pengurusan/ Pendedahan Awal)


Konsep ini bukan merupakan rumusan atau maklumat umum pembelajaran. Menurut Ausubel, AO perlu diberikan lebih awal agar pelajar dapat maklumat atau pengetahuan yang perlu untuk membolehkan pelajar mengetahui sesuatu yang berkaitan dengannya.

Jenis Pengurusan Awal (AO)


Pengurusan Awal Perbandingan/Komparatif: Merujuk kepada pengetahuan sedia ada berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru. Penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam struktur kognitif sebagai persediaan menerima maklumat baru.

Jenis Pengurusan Awal (AO)


Pengurusan Awal Ekspositori: Sekiranya pelajar belum mengetahui pengetahuan sedia ada yang berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari, guru boleh memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks dan lain-lain. Maklumat atau gambaran berperanan sebagai jambatan kepada maklumat baru yang bakal dipelajari. Maklumat awal itu dedahkan lebih awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baru. Maklumat yang didedahkan akan menjadi asas kepada pembelajaran baru.

Pembelajan Konsep Melalui Penerimaan


Menekankan penyampaian pengajaran guru dibuat secara terancang bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara berperingkat. Faktor yang paling penting ialah penyampaian guru berasaskan laras bahasa yang sesuai dengan penerimaan pelajar. Guru menyusun maklumat secara ansur maju iaitu umum kepada khusus (secara deduktif).

AO akan membantu pelajar menggarap maklumat dengan lebih cepat dan efektif. Langkah pengajaran atau penyampaian guru hendaklah disusun secara sistematis apabila mengajar sesuatu konsep. Pembelajaran konsep merujuk kepada keupayaan melihat ciri-ciri persamaan sesuatu kategori objek atau peristiwa. Konsep ialah kategori mental tentang objek, peristiwa atau satu set idea yang memiliki ciri-ciri yang sama.

Pembelajaran Konsep Secara Penyusunan Umum Kepada Khusus Menggunakan AO


1. Persembahan AO
6. Minta pelajar memberikan contoh tambahan

2. Kemukakan contoh positif

5. Buat rumusan dan bina konsep

3. Kemukakan contoh negatif

4. Lihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan

Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel


Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkan perincian topik berkenaan. Menggunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar atau pembelajaran lepas.

Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel


Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan sEdia ada pelajar. Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkait dengan pembelajaran baharu. Susun atur penyampaian p&p secara teratur, langkah demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.

Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel


Sediakan dan gunakan ABM yang konkrit sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru.

TEORI KONSTRUKTIVISME

Apakah Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan dari orang lain. ( McBrien&Brandt,1997)

Konstruktivisme
Berasal dari perkataan construct yang bermaksud membina. Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran. Pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda pelajar tetapi harus dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar pelajar.

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Melalui pengalaman yang ada, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang dibina dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Prinsip Asas
Pengetahuan di bina oleh pelajar-pelajar bukan tin kosong sebaliknya organisma yang sering berusaha mencari pengertian kepada perkara yang ditemuinya. Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asaspelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada pada dirinya.

Prinsip Asas
Proses membina pengetahuan melibatkan aspek sosialini bermakna seseorang pelajar akan berinteraksi dan bertukar tukar pendapat dgn pelajar dan individu lain ketika membina pengetahuan. Komunikasi antara guru dengan pelajar mungkin menimbulkan konflik / perselisihan faham- jawapan yang diberikan pelajar merupakan pendirian pelajar (mungkin berbeza daripada guru)

Prinsip Asas
Guru sebagai fasilitator dalam proses pembinaan pengetahuan pelajar- hanya membimbing pelajar dalam proses pembinaan pengetahuan dan bukan memindahkan ilmu pengetahuan terus ke dalam otak pelajar.

Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme


Persekitaran pembelajaran mesti bersifat kompleks dan mencabar. Persekitaran pembelajaran seharusnya menggalakkan perbincangan dan interaksi dalam kalangan pelajar. Pelbagai bahan pembelajaran perlu disediakan untuk memudahkan pembinaan pembinaan pengetahuan.

Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme


Refleksi perlu dilakukan oleh para pelajar. Mereka digalakkan membuat peninjauan semula terhadap apa yang telah dilakukan. Pengajaran berpusatkan pelajar. Pemikiran lateral pelajar-pelajar perlu diutamakan. Beberapa jawapan boleh diterima dalam penyelesaian masalah asalkan sebab-sebab munasabah diberikan. Kemahiran KBKK dititikberatkan.

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme


1. Pembelajaran berpusatkan murid. 2. Pelajar cari dan bina maklumat baru. 3. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran. 4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. 5. Guru sebagai fasilitator. 6. Objektif tidak boleh ditentukan atau diramalkan. 7. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

8. Pembinaan pengetahuan baru menjadi objektif utama. 9. Bebas tidak berstruktur, fleksibel 10. Penilaian oleh pelajar 11. Penggunaan pelbagai media dan kaedah. 12. Pengetahuan dibina melalui pengalaman. 13. Interaksi dua hala 14. Kaedah koperatif, kolaboratif, pembelajaran anchor, pembelajaran dalam situasi,penyelesaian masalah, penemuan dan inkuri.

15. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. 16. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru. 17. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

18. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. 19. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. 20. Menggalakkan soalan / idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Peranan Murid
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat asas pengetahuan yang mereka bina.

Peranan Murid
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalak berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Peranan Murid
Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalansoalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

Peranan Guru
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.

Peranan Guru
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.

Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme


Lebih Berfikir
Lebih Seronok

Lebih Ingat

Lebih Faham

Lebih Yakin

Lebih Berkemahiran Sosial

Cabaran Guru Kontruktivis


1. 2. 3. 4. 5. Guru merasa mereka tidak mengajar. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik. Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi. Kawalan kelas agak merosot. Cabaran utama ialah bagaimana proses p&p berkonsepkan konstruktivisme ini dapat diperkembangkan. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan ini memerlukan sokongan serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

6.

Jean Piaget
- Teorinya berasaskan kepada premis bahawa kanakkanak yang sedang membesar sering membina struktur kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep yang bertujuan untuk memahami dan memberi respon yang sesuai. - Struktur kognitif kanak-kanak akan bertambah kompleks selaras dengan perkembangan yang mereka lalui.

Jean Piaget
Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara. Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut: 1. Sensori motor 2. Operasi logik/abstrak 3. Operasi konkrit 4. Operasi formal

Prinsip asas teori pembelajaran konstruktivis kognitif Piaget merangkumi dua aspek.

Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu Peringkat yang dilalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Teori Konstruktivisme Psikologi/ individu/ kognitif

Teori Konstruktivisme Sosial

Jean Piaget ( 1896- 1980)

Lev Vygotsky (1896- 1934),

Dikemukakan oleh Jean Piaget (1986- 1980)

Keupayaan mengurus maklumat secara berperingkat.

Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema.

Teori Konstruktivisme Psikologi/ Individu/ Kognitif

Proses membina pengetahuan berlaku mengikut peringkat.

Maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kongnitif melalui proses adaptasi

Piaget membahagikan adaptasi kepada 2 proses iaitu asimilasi dan akomodasi

Asimilasi
Apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif. keseimbangan ( equilibrasi) berlaku.

Akomodasi
Apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganguan atau ketidakseimbangan dalam struktur kongnitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. Maklumat baru tidak dapat diserap masuk. Maklumat akan terawang-awang sehingga skema berubah. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Struktur Kognitif akan mencapai equilibrasi.

Skema Prinsip Sedia Ada Adaptasi Proses Penyesuaian


Asimilasi Serap Masuk Maklumat Serupa Skema Akomodasi Ubah Suai Skema Sebelum Maklumat Baharu Dapat Diserap

Equilibrasi

Disequilibrasi

Proses Equilibrasi

Melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif diorganisasi untuk disimpan dan digunakan. Proses ini membolehkan pembinaan pengetahuan dibuat sepanjang hayat individu.

Teori Konstruktivisme Sosial


Dipelopori oleh Lev Vygotsky ( 18961934), seorang ahli psikologi Belarus, Rusia.

Vygotsky terlibat dalam mengkaji perkembangan kognitif di Institute of Psychology di Moscow. Menurut Vygotsky, kanak-kanak berkembang secara sistematik, logik dan rasional.

Teori Konstruktivisme Sosial


Dalam konteks sosio budaya, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.
Interaksi dengan orang lain membolehkan pelajar menilai dan meningkatkan pengetahuan diri dan dapat berkongsi pemikiran dan membina pemahaman.
Vygotsky beranggapan pembelajaran berlaku secara bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dan pelajar yang berpengalaman.

Pembelajaran berasaskan konteks penting untuk memudahkan pembelajaran. Kolaborasi dan interaksi guru, bahan dan pelajar penting.

Pelajar ialah individu unik, berlainan latar belakang dan keperluan. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat mempengaruhi pelajar.
PANDANGAN KONSTRUKTIVISME

Pelajar bertanggungjawab kepada pembinaan pengetahuan dan pemahaman sendiri. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri memberi motivasi.

Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial aktif.

Guru sebagai fasilitator

Implikasi Teori Konstruktivis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Suasana P&P yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan pelajar. P&P mengalakkan uji kaji, penerokaan, penyelesaian masalah supaya pembinaan pengetahuan dapat berlaku. Interaksi dan pertukaran idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.

Implikasi Teori Konstruktivisme Dlm P&P


Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer dan perisiannya. Penyesuaian terhadap iklim bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar dan tahap kebisingan tertentu.

Implikasi Teori Konstruktivisme Dlm P&P


Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalak dan meransang pembelajaran. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar membina pengetahuan.

Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Lahir 4 Disember 1925 di Kanada

Seorang profesor psikologi Universiti Stanford, 1953

Ijazah Sarjana Muda Psikologi,Universiti British,Columbia 1949

Menerima PHD di Universiti Lowa 1952

Buku Adolescent Aggression, 1959

Menjadi Presiden APA 1973 & menerima anugerah APA Distinguished Scientific Contributions 1980.

Pembelajaran Sosialis Proses Permodelan

Proses Pemerhatian/ Peniruan

Teori pembelajaran sosial menekankan kepentingan peranan pengalaman (orang lain), simbol

Proses Pemerhatian /Peniruan


Pembentukan asas tingkah laku manusia
Menggabungkan teori peneguhan behavorius dengan psikologi kognitif tetapi menekankan faktor sosial. Manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian dan peniruan yang memberi manfaat.

EKSPERIMEN BANDURA

Ini berikutan daripada kajiannya 1963 membuktikan kanak-kanak agresif setelah menonton model yang agresif menerusi televisyen.

Kajian I: Kanak-Kanak Meniru Tingkahlaku Agresif


Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkah laku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar.

Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik.

Hasil Kajian

Kanak-kanak dalam kumpulan Eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan.

Kajian II: Individu Meniru Tingkahlaku Agresif Yang Diberi Ganjaran oleh Bandura (1963) kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental melihat model yang berkelakuan agresif diberi ganjaran kumpulan kawalan melihat tidak mempamerkan tingkah laku agresif.

Hasil Kajian

Kanak- kanak dalam kumpulan eksperime memiliki sifat-sifat agresif yang lebih ketara berbanding kanakkanak dalam kumpulan kawalan

Graf Eksperimen Bandura

Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura


Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura


Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

Dua Jenis Pembelajaran Pemerhatian

Peneguhan

Meniru Tingkah Laku Model

Peneguhan

Ganjaran

Denda

Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan


1
Pemerhatian

3
Reproduksi

2
Mengingat

4
Peneguhan/ Motivasi

Pemerhatian
Belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Kanak- kanak kecil mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru.

Pemerhatian
Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.

Mengingat Pemerhatian harus mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan. Butir- butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi.

Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Kecekapan mengulangi tingkah laku org lain bergantung-keupayaan fizikal, kemahiran tiruan, motor, pemerhatian & mengingat dgn tepat.

Peneguhan/Motivasi

Meniru tingkah laku yg diperhatikan jika mendatangkan kepuasan, peneguhan positif @ ganjaran. Tidak akan mengulangi jika di denda. Lima jenis peneguhan : secara langsung, tidak langsung, proses elisitasi, sekat lakuan dan tak sekat lakuan.

Peniruan Secara Langsung

Peniruan Secara Tak Langsung

Peniruan Tak Sekat Lakuan

Peniruan Sekat Lakuan.

Peniruan Melalui Proses Elistasi.

Aplikasi Model
Pembelajaran Sosial Bandura

Di Dalam
Bilik Darjah

Implikasi Dalam P&P


1.Guru menunjukan pengajaran dengan baik. 2.Guru menjadi model yang boleh dicontohi. 3.Penerangan guru mesti jelas. 4.Memastikan tayangan filem atau video tiada unsur ganas. 5.Memuji atau memberi ganjaran kepada tingkah-laku yang diingini 6.Melakukan simulasi/lakonan.

Implikasi P&p Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Memberi Lebih Tumpuan


Tunjukkan Kepercayaan

Tidak Mengambil Hati


Berikan Penghargaan Biarkan Kesalahan Pelajar Jika Patut Tidak Mengaibkan Pelajar Memberi Teguran Secara Umum

Modifikasi tingkah laku

Guru sebagai role model dan model simbolik

4
Contoh dan hasil kerja yang baik
Peniruan tidak lansung

6
Rakan sebaya sebagai model

Permainan dan simulasi

Pendekatan Humanis

Teori Pembelajaran Humanistik

Teori Pembelajaran Carl Rogers

Teori Pembelajaran Maslow

Pengenalan
menekankan keunikan dan individualiti seorang murid. Setiap individu unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain. memfokus kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran.

pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza. Guru - menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan.

Objektif Teori Humanis


Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan pelajar. Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab dalam keinginan untuk belajar. Meningkatkan daya cipta kanak-kanak. Memperkembangkan minat dalam bidang seni. Meningkatkah naluri ingin tahu kanak-kanak.

Carl Rogers
Dilahirkan pada 8 Januari di Oak Park, Ilinois 1902 dan meninggal dunia pada 4 Febuari 1987 di California Menerima BA Sejarah dari University of Wisconsin MA dari Columbia University Teachers College Psychotherapy and Personality Change diterbitkan bersama rakan-rakan. Menerima anugerah pertama APA Distinguished Contribution

Terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien. Belajar teologi kemudian beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan. Beliau beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri.

Menurut Rogers, seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:


Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya. Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini, bukan semalam atau esok. Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat.

Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.

Dalam Bidang Pendidikan, Rogers Terkenal Dengan Teori Pembelajaran Pengalaman


Pada Rogers, semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Jika seseorang itu gagal belajar, puncanya ialah suasana pembelajaran yang kurang sesuai, bukan ketidakupayaan pelajar berkenaan.

Mengkategorikan pembelajaran kepada dua, iaitu pembelajaran kognitif yang dianggapnya tidak bermakna dan pembelajaran pengalaman.

Pembelajaran Pengalaman
Melibatkan aplikasi pengetahuan, mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar, melibatkan perkembangan personal, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Belajar melalui proses membuat. Pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran , merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang merangsangkan. Pelajar meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya .

Pelajar akan belajar bekerjasama , berfikir , merancang, menghayati nilai dan memupuk sikap yang baik. Belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Rogers memberikan penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Teori humanisme mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan penerimaan tanpa syarat.

Prinsip Umum Yang Dikemukakan Rogers


Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam . Dia akan menjadi tenang jika tiada ancaman. Pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Rogers menyarankan penerimaan semua pelajar sebagai individu yang ada potensi dan yang sedang berkembang.

Pengalaman = fenomena- logikal


ada kecenderungan dan hasrat sendiri - mencapai kesempurnaan kendiri. Ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers

membentuk konsep kendiri yang unik - sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza. Tingkah laku selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.

Kefahaman tingkah laku diperolehi proses komunikasi.

Prinsip- Prinsip Pembelajaran Carl Rogers

Mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar ( Learner- Centered Education )

Prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan ( freedom to learn )

Prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan ( freedom to learn )

Pembelajaranjenis naluri ingin tahu (curiosity) Membimbing pelajar

Keberkesanan pembelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan yang kurang kondusif.

Bahan pelajaran

Implikasi Prinsip Carl Rogers Di Dalam Bilik Darjah

Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan Membantu pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran koperatif Mengimbangkan komponen intelek dan emosi

Abraham Maslow

1 April 1908 di Brooklyn, New York. Menuntut di City College of New York (CCNY) dalam jurusan undang-undang Bertukar ke University of Wisconsin dan lebih berminat dalam jurusan psikologi Menerima MA pada 1931, and his PhD pada 1934, dalam bidang psikologi, dari University of Wisconsin Menjadi The chair of the psychology department di Brandeis dari 1951 hingga 1969 Menulis buku The Organism (1934).

Sempurna kendiri

Penghar gaan kendiri Keperluan kasih sayang Keperluan keselamatan

Keperluan fisiologi
** Keperluan-keperluan itu adalah mengikut hierarki, bermakna keperluan penting mesti dipatuhi sebelum keperluan di peringkat bawah dapat dipenuhi.

Estetika

Penghormatan Diri
Keperluan Sekunder

Kesempurnaan Diri

Kasih Sayang

Keselamatan

Keperluan Asas
Fiziologikal

Hierarki keperluan Maslow

Estetika
Keperluan untuk mengetahui Keperluan untuk kesedaran diri Keperluan untuk harga diri Keperluan untuk kasih sayang dan rasa kepunyaan Keperluan untuk keselamatan Keperluan fisiologi

Pendekatan Humanis Abraham Maslow


Hieraki keperluan Maslow. Maslow menggunakan teori untuk menerangkan motivasi manusia.
Beliau berkata bahawa jika kita mengalami keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan ketegangan kita.

Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan.

Empat Keperluan Pertama

Keselamatan

Fisiologi

Kasih sayang

Harga diri

Empat Keperluan Pertama


Setiap manusia mengalami keperluan tersebut. Kesukaran memenuhi keperluan pengetahuan, estetik dan penyempurnaan kendiri.

Jika tidak dipenuhimotivasi boleh dihad secara besar.

Tiga Keperluan Terakhir

Mengetahui sesuatu

Kesedaran diri

Estetika

Tiga Keperluan Terakhir


Motivasi bertambah untuk memuaskan keperluan hidup.

Klasifikasi sebagai hidup atau keperluan pertumbuhan

Keperluan hidup tidak boleh dipuaskan sepenuhnya.

Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW

Estetika
keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan Keperluan untuk mengetahui Rasa ingin tahu, keperluan untuk diambil perhatian

Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW

Keperluan untuk kesedaran diri Berusaha untuk menggunakan secara penuh dan mengeksploitasikan bakat dan keupayaan Keperluan untuk harga diri Hormat diri, rasa kecukupan kecekapan

Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW

Keperluan untuk kasih sayang dan rasa kepunyaan Kasih sayang dan rasa diperlukan.

Keperluan untuk keselamatan Keinginan untuk keselamatan

Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW

Keperluan Fisiologi
Makanan, minuman, tidur, seks dan perlindungan.

Keperluan Fisiologi

perlindungan, makanan dan minuman, udara, keselesaan dan lain-lain.


mengelakkan individu daripada perkara-perkara yang menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu seperti persahabatan, kasih sayang

Keperluan keselamatan

Keperluan kasih sayang

Keperluan Penghormatan Diri

ketiga-tiga keperluan di atas Dipenuhi mewujudkan penghargaan diri, penghormatan.

Keperluan kesempurnaan pencapaian seseorang individu seperti potensi diri, bebas, Diri kreativiti dan lain-lain.

Keperluan estetik

Keperluan untuk kecantikan, Kebaikan, dan kebenaran

Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, selamat, dan terjamin.

Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak boleh belajar dengan baik di sekolah

Guru-guru tidak harus terlalu menekan motivasi luaran

Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran mereka
Aktiviti pembelajaran haruslah distruktrukan dengan cara mudah supaya murid dapat mengikutinya

Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid

Pandangan Islam Terhadap Teori Pembelajaran

Aspek Pendidikan Rasulullah s.a.w


Rasulullah s.a.w bersabda: Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur (Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud). Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi. Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.

Pandangan Saidina Omar


Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka. Didik anak ikut zamannya.

Pandangan Saidina Ali


Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya: Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu. Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua. Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.

Imam Al-Ghazali
Dilahirkan pada Tahun 1058 Masihi

Murid kepada Imam al-Kharmin Abu Maali al-Juini, Imam Mazhab Syafii

Hasilkan 70 buah kitab dan antara yang terkenal ialah Al-Ihya Ulumudin

Pernah mengajar di Universiti Nizemi

Pandangan Iman Al-Ghazali:


Bayi jangan diberi kepada orang lain untuk menjaganya kecuali orang-orang tertentu. Kanak-kanak hendaklah diajar al-Quran, al-Hadis dan ulama-ulama besar agar kanak-kanak mengenal dan mengasihi mereka. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada pergaulan kawan-kawan yang nakal.

Kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk bermain dan bersukan. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan yang baik dan budi pekerti yang mulia. Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan jangan dirotan atau dipukul. Tahap umur mereka mula mengerti tentang sesuatu perkara, mereka hendaklah diajar tentang kewajipan mereka tentang kewajipan sebagai umat

Dalam Mendidik Kanak-kanak:


Pengasuh : wanita, kuat pegangan agama. Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang (malas). Ajar adab-adab makan. Ajar supaya kikis sikap angkuh. Jangan galakkan mengadu jika dimarahi guru.

Implikasi Terhadap Guru


Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar Menjauhi diri daripada mengharapkan ganjaran Memperbaiki akhlak pelajar secara lembut Mengajar mengikut aras kebolehan Mengamalkan apa yang diajarinya

Implikasi Teori-teori Pembelajaran

Terhadap Pembelajaran
Murid-murid Berkeperluan Khas

Masalah penglihatan

Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya

Masalah Pendengaran

guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara. Guru perlulah kreatif - mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir.

Masalah Pembelajaran
bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan Pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keperluan individu. Setiap aktiviti perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I). Mewujudkan kerjasama dan interaksi yang baik antara guru dan murid tingkatkan usaha-usaha pemulihan. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur

ENGAGE EXPLORE

5E
EVALUATE

EXPLAIN ELABORATE

ENGAGE

Stimulate learners curiosity assign a task / topic / concept create interest generate curiosity raise questions

EXPLORE
To satisfy curiosity :

Use inquiry to explore and investigate

Do experiment
Encourage students to work tegether

Ask probing questions

EXPLAIN

The concept and define the terms: define and explain the concept question others explanation ask for justification (evidence) and clarification

ELABORATE

Extend the concept into other content areas: make connections and see relationships
of the concept / topic in other content areas Make connections of concept / topic to real world situation

EVALUATE

Examine the learners understanding demonstrate understanding or knowledge of the concept or skill assess students knowledge and skills ask open-ended questions : - why do you think? - what evidence do have? - what do you know about?

Aplikasi Konsep 5E Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Guru mempamerkan dua pakaian seragam sekolah (sepasang pakaian berlengan pendek & sepasang

baju kurung).
Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan gambar tersebut.

Soalan yang boleh dikemukakan :

Pakaian ini untuk siapa?


Dimanakah ia sesuai untuk dipakai? Manakah pilihan kamu antara kedua-duanya? Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran yang akan diajar

Boleh dijadikan sebagai langkah 1 dalam P&P Guru boleh menggunakan kaedah perbincangan. Guru memberikan pelajar kepada beberapa kumpulan.

Guru memberikan soalan / tajuk perbincamgan kepada pelajar (Guru meminta murid menyenaraikan adab-adab dan tujuan menjaga adab berpakaian).

Guru membimbing sesi perbincangan (fasilitator).

Murid

membentangkan

hasil

perbincangan.

Guru

membuat

ulasan
pelajar

daripada
(Hasil

pembentangan

perbincangan).

Guru membuat kesimpulan / rumusan. Guru menerangkan tentang ciri-ciri berpakaian yang betul kepada pelajar serta tujuan menjaga adab berpakaian.

Guru memaparkan gambar berbagai-bagai


jenis pakaian yang menutup aurat. Guru mengaitkan jenis-jenis pakaian dengan tempat dan aktiviti yang sesuai.

Guru menerangkan faedah menjaga adab


berpakaian serta kesan tidak menjaga adab

berpakaian.

Merupakan aktiviti peneguhan untuk pelajar.


Guru dapat menilai hasil pembelajar-an yang

dapat dicapai oleh pelajar.

Guru bertanyakan soalan kepada pelajar seperti: Mengapa kamu memakai pakaian yang sopan? Apa perasaan kamu apabila memakai pakaian yang sopan? Siapa yang menyuruh kamu berpakaian sopan?