Anda di halaman 1dari 33

FAKULTI KEJURUTERAAN SAINS DAN

GEOINFORMASI
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
UHS 1152 SEKSYEN 38

PN SUAIBAH@THUAIBAH ABU BAKAR

1. MOHD FARID BIN FAUZI

900707035463

Page
2. SITI SHAZWANI BINTI MOHAMAD AKHIR
1
890602075374

3. SITI DAYU BINTI MOHAMAD ASEHAM

900424075676
4. SITI KHODIJAH BINTI HILMI

890801146032

5. ONG JUEY C’UANG

891215075264

PENDAHULUAN

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri1


Dari sudut istilah pula, ia membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi
semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting
dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan
sangat penting terutamanya kepada pemerintahan dan pentadbiran negara serta
memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat
penting terutama kepada pemerintah atau pemimpin sesebuah kerajaan atau
negara untuk mendapat satu panduan atau gambaran yang holistik supaya segala
apa yang dirancang dan direncanakan terutamanya dasar-dasar negara dapat
diimplemintasikan dengan baik dan teratur serta tidak bercanggah antara satu
sama lain sehingga boleh menyebabkan konflik serta menggugat keharmonian dan
kestabilan negara.

Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepada corak

Page
pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, ia
turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan memastikan 2
segala urusan yang membabitkan undang-undang tidak membebankan atau
menganiaya rakyat kerana lazimnya perlembagaan tercipta hasil daripada
persetujuan dan pandangan warganegara itu sendiri.

Percanggahan tidak akan wujud kerana undang-undang telahpun dipandu.


Sekiranya satu undang-undang digubal dan didapati bercanggah dengan
perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal setakat yang bercanggah.

1 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 788
Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala
perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan
peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Perkara-
perkara seperti agama, bahasa, kewarganegaraan dan keistimewaan bumiputera
menjadi punca keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang Nampak
berpihak diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan
Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan
menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku toleransi di
kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan
etnik menjadi semakin utuh dan erat.

Page
3
KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan
bertulis merupakan perlembagaanyang dikumpul dan disusun dalam satu
dokumen. Perlembagaan Persekutuan merupakan contoh perlembagaan bertulis.
Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang
tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen dan keputusan mahkamah.

Di dalam perlembagaan, terkandung prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-


institusi negara seperti badan eksekutif, badan perundangan dan badan
kehakiman. Ketiga-tiga badan ini memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Di
sini, perlembagaan menyatakan bidang kuasa dan peranan setiap institusi atau
badan berkenaan.

Malaysia mengamalkan konsep ‘raja berpelembagaan’ dan ‘demokrasi


berparlimen’. Konsep raja berperlembagaan menyaksikan pemansuhan konsep raja
berkuasa mutlak. Raja tetap menjadi ketua kerajaan tetapi baginda tidak boleh
membuat keputusan sendiri melainkan mendengar dan mempertimbangkan juga
nasihat, pandangan dan cadangan dari menteri besar. Bagi konsep negara kita,
Malaysia; Yang di-Pertuan Agong akan mendengar nasihat daripada perdana
menteri dalam segala hal-hal negara. Segala keputusan yang dibuat tidak boleh
sesuka hati atau mementingkan kepentingan peribadi.

Konsep demokrasi berparlimen pula mempamerkan amalan demokrasi di Malaysia


yang mementingkan dasar kebebasan bersuara secara terpimpin. Rakyat diberi hak
untuk memilih siapa yang akan mewakili mereka di parlimen. Parlimen menjadi
satu symbol demokrasi dan telah diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
sebagai pentas atau medan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan agar
dapat dipertimbangkan oleh ahli parlimen yang lain.

Secara kesimpulannya, tiada satu institusipun yang mengatasi perlembagaan

Page
persekutuan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong sendiri serta tiga badan utama
kerajaan tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia. Parlimen sebagai contoh
mendapat kuasa daripada perlembagaan Malaysia tetapi tidak boleh membuat 4
sama sekali undang-undang yang berada diluar bidang kuasa yahg telah diberikan.
Bahkan mahkamah berkuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen jika ia terletak di luar bidang kuasanya. Namun begitu,
mahkamah tetap juga tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan persekutuan mengandungi 15 bahagian yang di dalamnya
terkandung 183 perkara. Ia juga mempunyai 13 jadual. Perlembagaan ini
mengandungi pelbagai perkara
seperti kuasa kerajaan persekutuandan kerajaan negeri, tugas Yang di-Pertuan
Agong, Parlimen, kabinet dan badan kehakiman.Selain itu, perlembagaan
persekutuan juga mengandungi peruntukan tentang kewarganegaraan, agama
rasmi, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa bumiputera, perkhidmatan awam,
hak asasi rakyat dan pilihanraya.

BAHAGIAN BAB PERKARA KANDUNGAN


1 1 1-4 Negeri-negeri, agama, dan undang-undang bagi
persekutuan
2 1 5-13 Kebebasan asasi
3 1 14-22 Warganegara(dapat)
2 23-31 Warganegara(tamat)
4 1 32-37 Ketua utama negara
2 38 Majlis raja-raja
3 39-43C Badan eksekutif
4 44-65 Badan perundangan persekutuan
5 66-69 Tatacara perundangan
5 1 70-72 Negeri-negeri
6 1 73-79 Pembahagian kuasa perundangan
2 80 & 81 Pembahagian kuasa eksekutif
3 82 Pembahagian beban kewangan
4 83-91 Tanah
5 92 Rancangan pembangunan negara
6 93-95 Siasatan persekutuan terhadap negeri
7 95A Majlis negara bagi kerajaan tempatan
8 95B-95E
7 1 96-112 Peruntukan kewangan(am)
2 112A- Peruntukan kewangan(sabah & sarawak)

Page
112E
8 1 113-120 Pilihanraya 5
9 1 121-131A Badan kehakiman
10 1 132-148 Perkhidmatan awam
11 1 149-151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif dan
kuasa-kuasa darurat
12 1 152 Am dan pelbagai(bahasa kebangsaan)
1 153 Am dan pelbagai(kedudukan istimewa orang
melayu)
1 154-160B Am dan pelbagai(lain-lain)
12A 1 161-161H Perlindungan tambahan bagi negeri sabah dan
sarawak
13 1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan
14 1 181 Pengecualian bagi kedaulatan raja-raja
15 1 182 &183 Mahkamah khas
JADUAL 1: Ringkasan Perlembagaan Persekutuan.(SUMBER:Perlembagaan
Persekutan)

JADUAL KANDUNGAN
Jadual Sumpah Pemohon bagi pendaftaran atau penaturalisasian
Pertama
Jadual Ke-2 Kewarganegaraan (3 bahagian)
Jadual Ke-3 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya (4 bahagian)
Jadual Ke-4 Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya (3
bahagian)
Jadual Ke-5 Majlis Raja-Raja
Jadual Ke-6 Bentuk sumpah dan ikrar
Jadual Ke-7 Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
Jadual Ke-8 Peruntukan yang hendak dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri
(3 bahagian)
Jadual Ke-9 Senarai perundangan
Jadual Ke-10 Pemberian dan sumber hasil yang diserahkan kepada negeri (5
bahagian)
Jadual Ke-11 Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948(Ordinan
Malayan Union No.7 1948), yang terpakai bagi mentafsirkan
perlembagaan
Jadual Ke-12 Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
sebagaimana yang terpakai bagi Majlis Perundagan selepas hari
merdeka
Jadual Ke-13 Peruntukan yang berhubungan dengan Penyempadanan Bahagian-
Bahagian Pilihanraya (2 bahagian)

JADUAL 2:Ringkasan 13 jadual dalam Perlembagaan Persekutuan.


(SUMBER:Perlembagaan
Persekutan)

TUJUAN DAN KEPENTINGAM PERLEMBAGAAN Page


6
Mengapa perlembagaan digubal? Di Malaysia, perlembagaan persekutuan digubal
atas tujuan-tujuan tersebut:
1. Menjamin kestabilan negara dengan menentukan rangka dan bentuk
pentadbirannya.
2. Menjamin kecekapan, kejujuran,keadilan, ketulusan, serta kelicinan pentadbiran
dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
3. Jadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya menepati aspirasi
rakyat.
4. Menjamin taat setia rakyat.
5. Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
6. Menjamin kerjasama, kesepakatan,keadilan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
7. Menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
8. Menjamin perkembangan dan kesinambungan sesebuah negara bangsa.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan mengalami beberapa rentetan sejarah yang mana


menyaksikan semangat rakyat yang berkobar-kobar. Sejarah yang bermula
sebelum perlembagaan ini wujud memaparkan rakyatnya lebih matang setelah
dijajah dan dinaungi oleh kuasa asing selama lebih 400 tahun. Kekuatan semangat
diperlihatkan melalui beberapa penentangan penting yang akhirnya berjaya
membebaskan negara setelah 446 dikuasai.Antara pernentangan tersebut ialah:
➢ Penentangan terhadap serangan Siam di Melaka.
➢ Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka.
➢ Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka.
➢ Penentangan terhadap penjajahan British.
➢ Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

Kemunculan perlembagaan di Malaysia(Tanah Melayu) bermula selepas


tersebarnya Islam ke serata dunia terutamanya di Gugusan Kepulauan Melayu.
Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama yang khusus
untuk pembangunan negara negara telahpun mempengaruhi kerajaan-kerajaan di
Gugusan Kepulauan Melayu. Hal ini berikutan kecekapan pentadbiran oleh manusia
yang paling berpengaruh di dunia, Nabi Muhammad SAW.

Dari sini wujudlah pula perlembagaan-perlembagaan lain antaranya Hukum Kanun


Melaka dan Hukum Laut Melaka yang telah diserasikan antara undang-undang
Islam dan undang-undang adat. Undang-undang adat turut digunakan sebelum ini.

Page
Setelah kedatangan British ke Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan
Perlembagaan British2 melalui tiga peringkat penguasaan; 7
• Pembentukan Negeri-Negeri Selat 1826 Crown Colony)-pemerintahan
langsung
• Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-pemerintahan secara
tidak langsung
• Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 19093- pemerintahan
secara tidak langsung

2 Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu Bakar. 2008.


Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam perspektif hubungan
etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunan sumber manusia UTM Skudai,Johor, hlm. 38
Negeri-negeri Selat

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh


Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura diketuai oleh Residen. Pada
tahun 1826, ketiga-tiga negerintersebut digabungkan membentuk Negeri-negeri
Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan
perbelanjaan pentadbiran.

Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor yang tertakluk kepada Gabenor


Jeneral British di India dan dibantu oleh Residen Konsular. Gabenor Jeneral British di
India menggubal semua dasar dan sistem perundangan. Ibu negeri pertama ialah
Pulau Pinang dan digantikan dengan Singapura pada tahun 1832. Pada 1 April
1867, Negeri-negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
Pentadbirannya dipindahkan dari India ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Pemindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat ke London dilakukan kerana:

a) Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat


kebajikan Negeri-negeri Selat setelah kehilangan monopoli perdagangan teh
dengan China.
b) Desakan saudagar-saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasae Pejabat
Tanah Jajahan British di India.
c) Adangan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk menghapuskan taraf
pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan.
d) Kemasukan imigran China secara tidak terkawal menyebabkan berlakunya
keadaan huru-hara akibat penubuhan kongsi gelap.
e) Penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang
menjadikan Singapura sebagai tempat pembuagan banduan.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Page
Pada tahun 1892,Frank Swettenham telah mencadangkan idea penubuhan 8
persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893,
Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan
penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan
menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial.

3 Selepas British Berjaya mendapatkan Negeri-Negeri Melayu Utara daripada Siam melalui
Perjanjian Bangkok. Lihat Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah
Abu Bakar. 2008. Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia dalam
perspektif hubungan etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunan sumber manusia UTM
Skudai,Johor, hlm. 38
Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan
Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap
penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani
perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat.

Faktor-faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu:

a) Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran


b) Menghadkan kuasa Residen
c) Masalah kewangan Pahang
d) Keselamatan
e) Dasar British

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu


Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada lima buah negeri, iaitu
Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Pada tahun 1885, Johor telah
menandatangani Perjanjian Perlindungan dan akhirnya tunduk kepada tekanan
untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Siam telah memindahkan hak-
hak mereka terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada pihak British.
Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan
menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Pengawai kanan pentadbiran koloni British disitu dikenali sebagai
"Penasihat". Bahasa rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah Bahasa
Melayu dengan Tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi.
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15


ogos 1945. Kezaliman sewaktu penjajahan Jepun adalah pahit. Jepun berjaya

Page
menakluki Tanah Melayu dengan mendapat sokongan daripada anak negeri yang
terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga 9
turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun
untuk memberikan kemerdekaan dengan slogannya "Asia untuk Orang Asia".
Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu,
semangat cinta akan tanah air telah dipupuk.

Jepun mengalami pembangunan yang pesat pada zaman pemerintahan Meiji.


Jepun berjaya menguasai Korea pada tahun 1910 dan menakluk seluruh Manchuria
pada tahun 1931. Jepun telah menyertai Pakatan Axis bersama dengan Itali dan
Jerman apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada 7 Disember 1941, Jepun
menyerang Pelabuhan Pearl, Hawaii dan serangan ini telah mencetuskan Perang
Pasifik.
Jepun berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu pada 31 Januari 1941 dan
manakluki Singapura pada 15 Februari 1941. Pulau Pinang ditawan pada 17
Disember 1940 manakala Kuala Lumpur ditawan pada 11 Januari 1941. Jepun
mendapatkan bantuan daripada negara Thai untuk menawan pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu. Di bawah Jeneral Tomoyuki Yamashita, Singapura
diserang dan ditawan setelah Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman


dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai
merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun.
Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati
kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat,
ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang
Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan
China ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina
Kereta api Maut di sempadan Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-
sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo
iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut
menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136,
Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun
menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan.
Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak
kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan
Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi
masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai
yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.


Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh Jepun ialah kerajaan tentera dan dikenali
sebagai Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Tanah Melayu dan Sumatera
disatukan di bawah satu pentadbiran. Pusat kerajaan Jepun ialah di Singapura atau
Syonan. Tanah Melayu dibahagikan kepada 7 buah wilayah. Setiap wilayah
diperintah oleh seorang Gabenor Jepun. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Page
diserahkan kepada Thailand pada akhir tahun 1943 sebagai tanda penghargaan
Jepun kepada kerajaan Thailand. Gabenor Jepun di peringkat negeri menerima 10
arahan terus daripada ketua pemerintah tentera Tanah Melayu. Jepun menganggap
Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya dan enggan mengiktiraf taraf raja-raja
Melayu sebagai Sultan. Akan tetapi, pihak Jepun terpaksa mengubah dasarnya
terhadap raja-raja Melayu. Ini kerana pihak Jepun berpendapat bahawa orang
Melayu tidak akan menentang mereka sekiranya Sultan-sultan dilayan dengan baik.
Maka, raja-raja Melayu dibenarkan menggunakan gelaran 'Sultan' dan mereka
diberi kuasa ke atas perkara-perkara yang menyentuh adat resam Melayu dan
agama Islam. Elaun juga akan diberi kepada Sultan-sultan dan ini bergantung
kepada kerjasama yang diberikan kepada pihak Jepun. Jepun tidak mempunyai
ramai pegawai untuk mengendalikan pentadbiran Tanah Melayu. Oleh itu, orang
Melayu diambil untuk menyandang jawatan-jawatan pentadbiran yang dahulunya
dikhaskan untuk orang British.

Meskipun pada awalnya, kedatangan British ke negara kita zahirnya atas alasan
perdagangan. Namun setelah menguasai sesuatu kawasan, mereka akan
mengambil piagam dari kerajaan British di London untuk menjadikannya sebagai
koloni. Seterusnya mereka mula mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu.
Secara berperingkat, mereka membayangi kerajaan Melayu supaya tidak nampak
seperti penjajah.2
Selepas Perang Dunia Kedua, dimana penjajahan Jepun bermula, mereka juga
mewujudkan perlembagaan mereka tersendiri yang mana mengandungi perkara-
perkara berikut:
• Menjadikan Tanah Melayu tanah jajahan yang berkekalan.
• Menghormati raja-raja Melayu.
• Menzalimi orang Cina.
• Menjepunkan Tanah Melayu khususnya dalam budaya, bahasa dan
pendidikan.
• Menyokong perjuangan kemerdekaan orang Melayu dan India.

Perlaksanaan perlembagaan ini dilakukan melalui kekerasan dan kekejaman. Jika


kemasukan mereka ke Tanah Melayu sebelum ini begitu dialukan 4 namun
kemudiannya barulah wujudnya penentangan terhadap mereka. Parti Komunis
Malaya antara yang berjuang menentang Jepun juga British. Di bawah
perlembagaan ini, semua rakyat hidup menderita lebih-lebih lagi orang-orang Cina.

Setelah Jepun menyerah kalah, mulalah penguasaan Bintang Tiga 5 di Tanah Melayu
selama 13 hari. Banyak kekejaman yang dilakukan dalam tempoh tersebut
sehinggalah British datang kembali dengan memperkenalkan Pentadbiran Tentera
British (British Military Administration) sebagai perantara sebelum
memperkenalkan pula Malayan Union 1946.

Perlembagaan Malayan Union merupakan satu sistem pentadbiran yang


menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu. Pentadbirannya tidak lagi
tertakluk kepada Singapura tetapi terus kepada Parlimen London. Tujuan Malayan

Page
Union ini adalah untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak
Kesultanan Melayu Melaka. Antara lain adalah agar pendatang akan melupakan
negara asal dan setia kepada Malayan Union6. Dengan ini mereka dapat 11
mengurangkan kuasa politik orang melayu, menjamin penguasaan berterusan

4 Melalui orang Melayu sendiri, mereka membawa pengaruh mereka ke Tanah Melayu.
Dengan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ dan ‘Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya’
serta poster-poster, kedatangan Jepun tidak begitu mendapat tentangan daripada pihak
penduduk Tanah Melayu.

5 Bintang Tiga mendapat nama tersebut berdasarkan tiga kaum utama yang
menganggotainya. Paling ramai ialah dari kaum Cina. Mereka membawa fahaman
komunisme yang pengaruhnya telah dibawa oleh Karl Mark.
terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu serta menjimatkan kos kerana
pentadbiran berasingan adalah sukar dan memerlukan perbelanjaan yang banyak.

Ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:


i. Negeri-negeri Melayu serta Pulau Pinang digabungkan di bawah
pemerintahan pusat yang diperintah oleh seorang Gabenor British dengan
bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan;
ii. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan;
iii. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam hal
agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja;
iv. Hak kerakyatan jus soli.

Orang Melayu telah menentang7 perlembagaan ini atas sebab-sebab berikut:


i. Sir Harold Mac Micheal mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta
sekiranya enggan terima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan
Badlishah, Kedah.
ii. Sultan tidak diber masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis
Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
iii. Sultan tandatangani atas dasar setia kawan seperti di Sultan Selangor
danJohor.
iv. Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.
v. Raja hanya jadi ahli Majlis Raja-Raja tanpa sebarang kuasa. Mereka hilang
takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
vi. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.(agama Islam
tercabar)
vii. Kewarganegaraan longgar.
viii.Bimbang hilang warisan tamadun kerajaan Melayu.8

Penentangan hebat telah dipimpin oleh orang Melayu di beberapa buah


negeri.Antaranya:
1. Lebih 5000 orang berdemonstrasi di Alor Setar.(Januari 1946)
2. Lebih 10 000 orang demonstrasi di Kelantan
3. Lebih 15 000 orang demonstrasi di Johor.(10 Februari 1946)

Page
Namun begitu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Sir
Edward Gent menjadi gabenor pertama. Majlis ini telah dipulaukan9 oleh orang
12
6 Dengan taat setia mereka terhadap Malayan Union, maka peristiwa seperti jatuhnya
Tanah Melayu ke tangan Jepun tidak akan berulang dan Tanah Melayu akan kekal dikuasai
mereka serta hasilnya dapat dieksploitasikan secara keseluruhan.

7 Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5 KBSM
(Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi

8 Malayan Union menghapus sejarah yang dibina oleh kerajaan-kerajaan tersebut.

9 Raja-Raja Melayu tidak hadir ke majlis pengisytiharan Malayan Union dan orang Melayu
melilitkan kain putih pada songkok dan lengan merekasebagai tanda bantahan.
Melayu. Akhirnya, British menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah
Melayu.10

Sikap orang Melayu dan bukan Melayu nyata berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui
peristiwa Malayan Union ini apabila majoriti orang Melayu menentang di bawah
pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan bukan Melayu serta Melayu radikal menyokong
dibawah pimpinan Tan Cheng Lock.11 Namun begitu terdapat juga orang bukan
Melayu menentang Malayan Union.

Dalam masa orang Melayu sibuk menentang Malayan Union, Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) dan All Malayan Council of Joint Action(AMCJA) dibawah pimpinan Dr.
Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock menjalankan usaha menggubal
perlembagaan negara. Ia merupakan perlembagaan alternatif bagi menggantikan
Malayan Union. Di dalamnya terkandung 10 isi utama:
I. Malaya bersatu termasuk Malaysia
II. Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya yang ahlinya dipilih oleh
orang ramai sepenuhnya.
III. Hak politik yang sama kepada mereka yang menganggap Malaya ini tanah
air mereka.
IV. Sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagai raja berdaulat penuh
dan menerima pandangan rakyat melalui institusi demokratik.12
V. Agama Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan dalam penguasaan orang
Melayu.
VI. Perhatian khas kepada kemajuan orang Melayu.
VII.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggalbagi
Malaya.
VIII.Pertahanan dan hal ehwal luar negeri jadi tanggungjawab bersama.(Malaya
dan British)
IX. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.
X. Merah dan putih dimasukkan dalam latar belakang bendera kebangsaan
Malaya.

Disebabkan cadangan ini dari politik kiri, ia telah ditolak mentah-mentah oleh
kerajaan British. Namun, ia memaparkan bahawa semua kaum di Malaya boleh

Page
bertolak ansur untuk mencapai sesuatu.
13
10 Mohamed Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore Separation: Political
Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

11 Hng Hung Yong. 2004. 5 men and 5 Ideas. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd. Subang
Jaya, Selangor. hlm. 67; Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan
Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm.
96.

12 Mereka tidak mahukan pengaruh penasihat-penasihat British untuk menasihati Raja


Melayu kerana British akn menggunakannya untuk kepentingan mereka sendiri.
Sebelum Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, diperkenalkan Jawatankuasa
kerja pada Julai 1946. Ia telah dianggotai oleh empat orang wakil Raja Melayu, dua
orang wakil UMNO dan enam orang pegawai British13 bagi sebuah perlembagaan
baru bagi merangka perlembagaan baru yang dipersetujui orang Melayu.
Kemudian, Jawatankuasa Perunding14 yang terdiri daripada lima orang Eropah, dua
oran Cina dan dua orang India pergi mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai draf perlembagaanyang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan Malayan Union dimansurkan pada 31 Januari 1948 dan


digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Beberapa fasal dari Perlembagaan Malayan Union ditukar dan dinamakan
sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini telah menjadi
asas pemerintahan sehingga kemerdekaan 1957.

Perlembagaan Persekutuan Tanah 1948 dirangka kecaman dan kritikan


orang Melayu terhadap Malayan Union. Ia dirangka oleh Jawatankuasa Kerja yang
dianggotai oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang
pegawai kanan British. Kuasa raja dipulihkan di mana raja boleh memerintah negeri
dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan Perundangan Negeri.
Negeri mempunyai kuasa terhadap kerajaan tempatan, agama, pertanian dan
tanah. Rang undang-undang yang dari kedua-dua dewan ini mestilah diluluskan
oleh raja. Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dijalankan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British dan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan Dewan
Perundangan. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap pertahanan, hal
ehwal luar, peraturan awam, hal-hal kehakiman,perdagangan,perhubungan dan
kewangan.

Taraf kewarganegaraan telah diperketatkan di mana yang akan mendapat


kewarganegaraan secara terus atau perjanjian adalah seperti berikut:

 rakyat sultan di mana-mana negeri Melayu


 rakyat British yang lahir di Pulau Pinang dan Melaka yang telah
bermastautin selama 15 tahun di mana-mana bahagian Persekutuan

Page
14
13 Wakil Raja-raja Melayu-Dato’ Hamzah bi Abdullah(Selangor), Mohamad Sherif bin
Osman(Kedah), Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur(Perak), Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Haji
Nik Mahmud(Kelantan);Wakil UMNO-Dato’ Onn bin Jaafar(Johor),Dato’ Abdul Rahman bin
Mohd Yassin(Johor);Penasihat British-Alexander t. Newboult, K.K. O’Connor, W.D. Godsall,
Dr. H. William Linehan, A. Williams, D.C. Watherston(Setiausaha); turut serta—Sir Ralph H.
Hone(bagi pihak Malcolm MacDonald), Sir Theodore S. Adams(bagi pihak Raja-raja Melayu),
Sir Ronald Braddell(bagi pihak UMNO) Lihat Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di
Malaysia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. hlm. 49.

14 Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi.


Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 96.
 rakyat British yang telah lahir di mana-mana bahagian Persekutuan dan
bapanya sendiri telah lahir di situ atau telah bermastautin lebih dari 15
tahun
 sesiapa saja yang dilahirkan di Persekutuan yang menurut kebiasaan
bercakap Melayu dan mematuhi adat resam Melayu
 sesiapa yang telah dilahirkan di Persekutuan dan di mana kedua-dua ibu
bapanya telah dilahirkan dan telah bermastautin di sini selama 15 tahun

Ada juga yang dibenarkan memohon kewarganegaraan kalau mereka layak.


Antarnya adalah
 mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di situ
sekurang-kurangnya selama lapan tahun daripada dua belas tahun
 mereka yang tinggal di Persekutuan sekurang-kurangnya lima belas
tahun daripada dua puluh dua puluh tahun terdahulu daripada
permohonan tersebut dibuat.

Selepas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal, telah ditubuhkan


Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Community-CLC). Ia
merupakan satu organisasi tidak rasmi yang Berjaya membawa semua kaum
bersemuka dan duduk semeja berbincang bersama-sama. Antara tokoh yang
menganggotainya ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng
Lock, C.C. Tan, Dr. J.S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. Kebanyakan cadangan
mereka dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan.

Melihatkan hubungan baik ini, British telah melakukan perubahan dasar kepada
berkerajaan sendiri. Dengan ini Sistem Ahli diperkenalkan. Melalui sistem ini, British
melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu Menjadi
ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri. Hal ini
untuk memberi latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman
memerintah secara demokrasi.

Page
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang- 15
undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem
demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang
dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem
demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud
"rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan
kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini
kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas
kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan
seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan
peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan
secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
• Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal
kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-
duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian
kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu
kuasa.
• Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan
secara bebas dan adil
• Rakyat diberi hak mengundi
• Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
• Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
• Kebebasan persatuan
• Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi
undang-undang. Salahsatu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya
Aturan Undang-Undang Rule of Law
• Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi
manusia dan tanggungjawab sivik.

JADUAL 3: Ahli Mesyuarat Kerja Persekutuan.


NAMA JAWATAN

Page
Dato’ Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C. Thuraisingham Pelajaran 16
Tunku Yaakob Pertanian dan Perhutanan
Lee Ting Keng Kesihatan
Dato’ Mahmud Mat Tanah, Perhubungan dan
Perlombongan
J.D. Mead Kerja Raya dan Perumahan
J.D. Hodgkinson Perindustrian dan Perhubungan
Sosial
O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi
Untuk memastikan sistem demokrasi Berjaya maka pilihanraya diadakan.
Pilihanraya yang awal dan menarik ialah Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur yang menyaksikan pertembungan gabungan tidak rasmi UMNO-MCA
menentang Independence of Malayan Party 15(IMP) di bawah pimpinan Dato’ Onn
Jaafar. Dalam pilihanraya ini UMNO-MCA menang 9 daripada 12 kerusi
dipertandingkan.
Kemudiannya idea penubuhan diutarakan dan dipersetujui dengan
menggabungkan UMNO, MCA16 dan MIC17. Gabungan ini menggunakan nama Parti
Perikatan. Gabungan ini membuktikan kejayaannya dengan memenangi 51
daripada 52 kerusi pilihanraya Persekutuan18 pada 27 Julai 1955. Satu kerusi lagi
dimenangi oleh Parti Islam Se-Malaya iaitu di Kerian, Perak.

PARTI MELAYU CINA INDIA JUMLAH


Perikatan 35 15 2 52
Parti Negara 29 1 - 30
Parti Islam Se-Malaya 11 - - 11
Persatuan Kebangsaan Perak 8 1 - 9
Parti Buruh - 2 2 4

Page
Ikatan Melayu Perak 1 1 1 3
Parti Progresif Perak 1 - 1 2 17
Bebas 16 1 1 18

15 Ditubuhkan oleh Dato’ Onn setelah cadangannya kepada ahli UMNO untuk membuka
keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu ditolak. Dato’ Onn keluar daripada UMNO untuk
menubuhkan parti yang bersifat universal.

16 Malayan Chinese Association

17 Malayan Indian Congress

18 Pilihanraya ini dibuat hasil desakan Parti Perikatan pada tahun 1953.
JADUAL 4: Calon mengikut parti dalam Pilihanraya Persekutuan 1955.19

Pilihan raya ini menyaksikan berlakunya perkongsian kuasa dalam meletakkan


calon bagi Parti Perikatan. Ini membuktikan bahawa hubungan yang baik dapat
dicapai meskipun dari kaumyang berbeza. Jika dilihat daripada peruntukan kerusi
seperti dalam Jadual 4, ia memaparkan keadilan dan perkongsian yang mesra
dalam parti.

ETNIK PENGUNDI BERDAFTAR (%) PERUNTUKAN KERUSI


(PARTI PERIKATAN) (%)
Melayu 84.2 67.3
Cina 11.2 28.9
India 3.9 3.8
Lain-lain 0.7 -
JADUAL 5: Peratusan pengundi berdaftar mengikut etnik dan peruntukan kerusi
mengikut etnik oleh Parti Perikatan.20

Semangat akomodatif, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman


telah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu:
“… orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut
kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan
yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu
kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada bangsa anak negeri yang
berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu.
Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perjanjian
Persekutuan, tetapi ini tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-
bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan,
dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum
menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan bukan
Melayu.”21

Semangat ini juga diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang
dikatakan oleh T.H. Tan:
“… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Parti Perikatan

Page
berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi yang
tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka berkerja keras , 18
sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India. Dan amat membanggakan,
tidak satu pun calon Cina dan India, 17 orang semuanya, hilang kerusi

19 Ahmad Fauzi Mohd Basri. 1991. Bumi Dipijak Milik Orang. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

20 Disesuaikan daripada Zainal Abidin Abdul Wahid. 1992, Malaysia: Warisan Dan
Perkembangan, Edisi 2. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

21 Malaya Merdeka. Dipetik daripada Ramlah Adam. 1993. Dato’ Onn Jaafar:Pengasas
Kemerdekaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
mereka.. saya menyanjung pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat
pengorbanan ini dan memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada
usaha kemerdekaan Tanah Melayu.21

Kejayaan ini membuka jalan kepada satu rundingan dengan kerajaan British di
London. Rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan lapan orang
wakil yang telah dipersetujui.22 Perjanjian London kemudiannya dipersetujui dan
ditandatangani yang antara lain isinya ialah:
i. British member kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
ii. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
iii. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui
Anglo-Malayan Defence Treaty 1956.
iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah
Melayu.

Perlembagaan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid 23 pada 1956. Ia
mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja
Melayu
iii. Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong
iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang melayu serta hak-hak sah kaum-kaum
lain
v. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh
Persekutuan Tanah Melayu
Perlembagaan menjadi kukuh disebabkan Suruhanjaya Reid mendapatkan
pandangan dari orang ramai tidak kira parti politik, organisasi malah individu serta
Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan
bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Hal ini menunjukkan
betapa perlembagaan ini mendapat persetujuan ramai.

Akhirnya draf perlembagaan telah diterima dan dinamakan Perlembagaan Tanah


Melayu 1957. Perlembagaan ini sekali lagi diperbaharui apabila Sabah, Sarawak

Page
dan Singapura memasuki bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk
Malaysia pada 16 September 1963. Perlembagaan ini kemudiannya dinamakan
Perlembagaan Persekutuan. Singapura kemudiannya keluar daripada gagasan 19
Malaysia.

22 Wakil Raja-Raja Melayu-Datuk Panglima Bukit Gantang(Menteri Besar Perak-ketua),En


Abdul Aziz Hj Abdul Majid(Menteri Besar Selangor),Datuk Mohammad Seth Mohammad
Said(Menteri Besar Johor),Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmud(bekas Menteri Besar
Kelantan), En Abdul Kadir Shamsuddin(setiausaha);Wakil Perikatan-Tunku Abdul Rahman
Putra,Datuk Abdul Razak Hussein, Kol H.S.Lee,Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, T.H.Tan

23Lord Reid(Britain), Sir Ivor Jennings(Britain), Sir William McKell(Australia),B. Malik(India)


dan Hakim Abdul Hamid(Pakistan)
UNSUR-UNSUR TRADISIONAL

Unsur-unsur tradisional amat penting kerana ia menjadi titik tolak kewujudan


identiti Malaysia, memupuk persefahaman dan mewujudkan kontrak sosial di
Malaysia. Unsur-unsur tradisi ini ialah:
I. Bahasa Kebangsaan
II. Agama Persekutuan
III. Kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
IV. Pemerintahan beraja

Unsur-unsur tradisional penting dalam Perlembagaan Persekutuan disebabkan ia


telah wujud berzaman lagi. Unsur tradisi ini berperanan dalam menstabilkan negara
dan penekanannya oleh Suruhanjaya Reid tidak boleh dipandang mudah kerana ia
mengambil kira factor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum
tahun 1957.24

Unsur-unsur tradisi merupakan prasyarat yang perlu dan daripadanya akan lahir
permuafakatan. Tanpanya, konflik mudah berlaku kerana ia dianggap sebagi satu
formula asas perpaduan. Memang benar tanggapan ini apabila dilihat ada individu
mahupun kaum atau organisasi yang membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap
unsur ini maka akan tercetuslah perang tenaga, perang mulut malah ada yang
sekadar perang dingin. Semuanya bagai menegakkan benang yang basah.
Akhirnya wujud konflik yang memecahbelahkan rakyat dan keharmonian negara
tergugat.

Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan


(Pindaan) Akta Hasutan 1971 menyatakan:
“… marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita terhadap
pengajaran-pengajaran yang telah diperoleh daripada Peristiwa 13 Mei dan
janganlah kita bincangkan dan bahaskan lagi tentang apa yang
menyebabkan tercetusnya peristiwa itu dan bagaimana ia bermula kerana ini
mungkin akan melupakan kita kepada anasir yang tidak bertanggungjawab
yang kerjanya menanamkan benih-benih syak wasangka dan perasaan

Page
bimbang dalam kalangan kaum serta menggunakan perkara-perkara sensitif
anasir tersebut telah mendapat kesempatan besar untuk membangkitkan
perasaan perkauman apabila kempen pilihanraya berjalan dalam bulan April 20
dan bulan Mei 1969. Mereka sengaja menimbulkan perasaan takut dan
marah dengan cara mempersoal dan mempersenda syarat-syarat dalam
perlembagaan mengenai bahasa Malaysia dan kedudukan istimewa orang
Melayu apabila mereka melihat bagaimana luasnya perbezaan-perbezaan
antara mereka dengan orang bukan Melayu terutama sekali dalam lapangan
ekonomi dan pelajaran.”25

24 Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan
masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Secara umumnya, perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan
Persekutuan ialah seperti berikut:
Perkara 8,iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan
ini dalam soal agama,kedudukan orang melayu dan seumpamanya.
Perkara 10(4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam.
Perkara 38,iaitu Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-
undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu ,orang Melayu, Bahasa
Melayu dan Islam.
Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.
Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan
kepentingan sah kaum-kaum lain.

BAHASA MELAYU

Dalam Perkara 152, telah diletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi persekutuan. Namun begitu, ia tidak mengongkong kehidupan
dari segi percakapan kerana tiada siapapun yang boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan atau belajar bahasa lain.

AGAMA ISLAM

Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan berdasarkan kepada Perkara


3(1). Perlaksanaannya di hampir semua lokasi dan tolak ansurnya antara agama.
Disebabkan imigran datang dengan agama masing-masing,26 fasal imbangan telah
diperuntukkan dengan membolehkan kebebasan beragama kepada golongan ini.
Setiap orang berhak mengamalkan dan menganut agama mereka dan setiap
agama mempunyai hak untuk:
Menguruskan hal ehwal agama sendiri.
Menubuh dan menyelenggaraan institusi bagi maksud agama atau khairat.
Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya
mengikut undang-undang.

Page
21
Terdapat beberapa perkara yang perlu dibacakan secara bersama-sama dengan
Perkara 3(1) iaitu:

Perkara 11(4):

25

26 Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara
orang yang menganuti agama Islam.”

Perkara 12(2):
“… adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau
menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu
dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa
perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

Perkara 121(1A)
“Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang
kuasa mahkamah syariah.”

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

Kedudukan istimewa kaum bumipetera Malaysia ini sangat penting untuk dihayati
kerana perkara ini mudah disalah tafsir dan jika ini berlaku, perbalahan akan
berlaku serta hubungan antara kaum atau etnik akan menjadi keruh. Ia telah
disentuh di dalam Bahagian 12, Bab 1, Perkara 153 yang mana meliputi jawatan
dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas
lain yang diberikan.

Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan demi menghormati hak kaum bukan
bumiputera. Sehubungan dengan itu, Perlembagaan Persekutuan telah memberi
tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka
yang sah menurut peruntukan lain.
Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya untuk tujuan tersebut, kaum bukan
bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang, ditarik dari
menerima biasiswa atau keistimewaan lain atau dilucutkan atau ditamatkan permit
lesen yang dipegangnya.

Page
Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160,
membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa
Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan 22
atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah
lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di
Persekutuan atau di Singapura; atauialah zuriat seseorang yang sedemikian.27

Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:


1. Di mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak

27 Bahagian 12, Bab 1, Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan. Lihat Perlembagaan


Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC
Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Sarawa Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat,
k Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit
atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut.
2. Di anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah
Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Antara keistimewaan lain adalah termasuk apa yang telah diperuntukkan dalam
Perkara 86 dan 90 yang berkaitan dengan rizab tanah bagi orang Melayu yang
mana rizab ini dilindungi daripada diselenggara olen orang bukan Melayu.
Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayuke dalam Rejimen Askar Melayu,
dengan mengecualikan orang bukan Melayu dianggap sebagai satu kedudukan
istimewa orang Melayu di bawah Perkara 8(5).28

PEMERINTAHAN BERAJA

Pemerintahan beraja telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi,
malahan ada sejarawan yang menyatakan bahawa sebelum kedatangan
Parameswara ke semenanjung Tanah Melayu, telah wujud kerajaan-kerajaan yang
mempunyai raja masing-masing. Ketika itu, pemerintahan beraja ini memegang
kepada prinsip raja berkuasa mutlak dalam segala urusan sama ada pemerintahan,
pentadbiran mahupun urusan-urusan lain.

Raja sebelum ini dianggap sebagai dewa yang perlu disembah dan dihormati.
Meskipun selepas kedatangan Islam, raja atau kemudiannya dipanggil sultan tetap
disanjungi dan dihormati bukan kerana mendewakan tetapi menurut Islam,
pemimpin haruslah dihormati. Hal ini dianggap penting kerana orang Melayu
sangat menghormati pemimpin. Itulah sebabnya, kuasa raja-raja Melayu
dititikberatkan oleh kerajaan British dan Suruhanjaya Reid dalam merangka dan
menggubal Perlembagaan Persekutuan.

Cubaan Malayan Union sebelum ini yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja
Melayu gagal menyebabkan mereka menghormati institusi beraja di Tanah Melayu
dan mengembalikannya semula. Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi
beraja masih dikekalkan namun dengan konsep yang baru iaitu raja

Page
berperlembagaan bagi mengelakkan berlakunya tindakan raja yang mengubah
dasar sehingga menyulitkan rakyat. Dengan konsep baru ini, institusi beraja tetap
wujud dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut lunas-lunas 23
perlembagaan yang ditetapkan.

PINDAAN PERLEMBAGAAN

28 Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
“Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini dan dalam
Perkara 161E, Peruntukan Perlembagaan ini boleh dipinda melalui undang-
undang persekutuan.”29

Berdasarkan Perkara 159, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dan biasanya


bagi tujuan menambah atau memansuh sesuatu peruntukan yang dianggap tidak
sesuai dengan keperluan masa atau disebabkan kehendak rakyat yang berubah. Ia
juga bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat dan menjamin keselamatan
negara. Perlembagaan turut diubah agar menjadi satu perlembagaan yang
munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Pindaan Akta Hasutan 1970 misalnya telah diluluskan oleh Parlimen bagi
menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya hingga
boleh menyebabkan perbalahan antara kaum. Tujuannya adalah untuk memastikan
keharmonian dan memelihara keselamatan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Antara pindaan yang besar telah dibuat ialah pemansuhan imuniti bagi Yang di-
Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

KAEDAH PINDAAN

KAEDAH PINDAAN PERKARA YANG DIPINDA


Mendapat kelebihan suara dua per tiga • Kewarganegaraan(Perkara 14-31)
dalam tiap-tiap satu persidangan • Tugas dan kuasa Majlis Raja-
Parlimen dan mendapat persetujuan Raja(Perkara 38)
Majlis Raja-Raja • Keistimewaan Parlimen(Perkara
63)
• Perkara yang melibatkan
keutamaan raja, iaitu Yang di-
Pertuan Agong,Raja Permaisuri
Agong, Raja-raja dan Yang
Dipertua Negeri(Perkara 70)
• Jaminan persekutuan terhadap
perlembagaan negeri(Perkara 71)
• Keistimewaan Dewan Undangan

Page
Negeri(Perkara 71)
• Bahasa kebangsaan(Perkara 152)
• Kedudukan istimewa Melayu dan 24
Bumiputera(Perkara 153)
• Pindaan Perlembagaan
Persekutuan(Perkara 159)
• Kedaulatan raja-raja(Perkara 181)
• Undang-undang yang berkaitan
dengan perubahan sempadan

29 Bahagian 12, Bab 1, Perkara 159(1), Perlembagaan Persekutuan. Lihat Perlembagaan


Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC
Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
negeri.
Mendapat kelebihan suara dua per tiga • Keanggotaan dan bidang kuasa
dalam tiap-tiap satu persidangan Mahkamah Tinggi di Sabah dan
Parlimen dan mendapat persetujuan Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sabah dan • Perkara perundangan dan
Sarawak. pemerintahan dalam bidang kuasa
negeri, hal agama, bahasa dan
kedudukan istimewa kaum
Bumiputera
Mendapat kelebihan suara biasa atau • Pindaan berhubung kemasukan
majoriti mudah dalam tiap-tiap satu ataugabungan negeri-negeri
persidangan Parlimen dalam persekutuan
• Pindaan Jadual Kedua(Bahagian 3)
Perlembagaan
Persekutuan(berhubung
peruntukan tambahan tentang
kewarganegaraan)
• Pindaan berbentuk sumpah dan
ikrar taat setia(Jadual Keenam)
• Pindaan pemilihan dan persaraan
ahli-ahli Dewan Negara(Jadual
Ketujuh)
• Perkara-perkara yang berkaitan
dengan apa-apa kuasa untuk
membuat undang-undang bagi
Parlimen di bawah mana-mana
peruntukan, kecuali Perkara 74
dan Perkara 76.
Mendapat kelebihan suara dua per tiga • Segala perkara yang tidak
dalam tiap-tiap satu persidangan disebutkan dalam mana-mana
Parlimen kaedah diatas

JADUAL 6: Kaedah pindaan Perlembagaan Persekutuan dan perkara-perkara yang


dipinda mengikut kaedah tersebut.30

Page
25

30 Disesuaikan daripada Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford
Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam. hlm. 57 & 58.
RASIONAL PERKARA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERKARA 153

Penggubalan suatu perlembagaan bukanlah satu perkara yang sangat mudah dan
boleh dilakukan dalam jangka masa yang singkat. Penelitian sangat penting bagi
memastikan setia perkara yang tercatat di dalam perlembagaan tersebut tidak
saling bercanggah. Satu perkara yang lebih penting ialah keadilan dalam
menggubal perlembagaan. Proses keadilan sangat penting kerana dari situlah akan
wujudnya persefahamaan, akomodatif, berkongsi kuasa seta rela berkorban yang
tinggi sesama rakyat.

Jika diperhatikan dari sudut negara kita,Malaysia, persefahaman yang tinggi


menyaksikan kerelaan orang Melayu memberikan hak kewarganegaraan dengan
bersetuju terhadap perlonggaran kewarganegaraan terhadap orang bukan Melayu
dan sebagai imbalannya, mereka menghormati hak istimewa orang Melayu sebagai
penduduk asal dan majoriti. Perlaksanaan prinsip ini telah member hak kerakyatan
kepada lebih 800 000 orang bukan melayu seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.

TAHUN BILANGAN
1957(31 ogos-31 Disember) 120 078
1958 822 567
1959 67 227
1960 77 858

JADUAL 7: Bilangan orang bukan Melayu yang menjadi warganegara melalui


kaedah pendaftaran.31

Oleh itu, Perkara 153 ini menetapkan penjagaan keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak -hak ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.
Perkara ini tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu

Page
26

31 Dipetik daripada Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul
Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah
Alam. hlm. 110.
PERKHIDMATAN AWAM

Yang di-Pertuan Agong telah diberikan tanggungjawab untuk menentukan rizab


bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam
dengan memperuntukkan sebilangan pekerjaan tersebut kepada mereka. Namun
begitu, ia tidak membolehkan pelucutan pangkat sesiapapun bagi melaksanakan
tujuan tersebut.

Perkara ini digubal kerana pada zaman penjajah dan awal kemerdekaan, kurang
orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan.32 Jadual 8 menunjukkan jumlah
pegawai bahagian 1 dalam perkhidmatan kerajaan.

PERKHIDMATAN MELAYU BUKAN JUMLAH


MELAYU
Perkhidmatan dan pentadbiran 706 515 1221
Arkitek, Jurutera, dan Pegawai 73 370 443
Professional
Pegawai kesihatan dan perubatan 64 693 757
Ahli sains fizikal 13 51 64
Ahli sains sejati 60 108 168
Perangkawan profesional 38 166 204
Perkhidmatan undang-undang 70 37 107
Perkhidmatan beruniform 331 369 700
Pengangkutan dan media massa 67 188 255
Jumlah 1422 2497 3919
JADUAL 9: Pegawai Bahagian 1 dalam Perkhidmatan Kerajaan pada 1 November
1968 mengikut etnik.33

Orang Melayu hanya meliputi peratusan kecil kira-kira 36 peratus daripada


keseluruhan pegawai kerajaan Bahagian 1 pada tahun 1968. Pegawai sains dan
profesional adalah lebih kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan kaum bukan
Melayu. Dengan wujudnya rizab ini, maka kedudukan dalam jawatan kerajaan

Page
boleh distabilkan.
27

32 Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

33 Dipetik daripada Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Lihat juga Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul
Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah
Alam. hlm. 110.
EKONOMI

Sekitar 1970-an, peratusan kemiskinan di kalangan orang Melayu adalah sangat


tinggi jika ingin dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Hal ini berikutan dasar
pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh orang British ketika menjajah Tanah
Melayu. Pengkhususan kerja-kerja pertanian membabitkan masyarakat Melayu
ketika itu menjadi satu sumber ekonomi warisan kerana sektor pertanian sangat
bergantung kepada persekitaran. Ada masanya tumbuhan diserang penyakit atau
banjir melanda, semuanya menjadi sia-sia.

Jurang pendapatan orang Melayu dan bukan Melayu yang sangat tinggi meletakkan
orang Melayu sebagai kaum yang lebih mundur ketika itu. Hal ini berikutan orang
Melayu majoritinya menetap di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang mana
agak terpinggir dari aspek pembangunan malah di Kelantan dan Terengganu,
British ketika itu tidak Nampak satu sumberpun yang dapat dibangunkan
melainkan pertanian. Jika dilihat dari pemilikan kekayaan negara pada tahun 1970
bagi orang Melayu hanya 2.4 peratus dan bukan Melayu pula 34 peratus. Sehingga
kini, peratusan kekayaan negara bagi orang Melayu masih belum mencapai apa
yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan mengenai matlamat
pencapaian 30 peratus pemilikan kekayaan negara oleh orang Melayu.

Golongan Cina(bukan Melayu) yang telah mempelopori bidang perniagaan pula


hidup dalam keadaan yang agak selesa jika ingin dibandingkan dengan kaum India
mahupun Melayu yang merupakan penduduk asal. Lantaran itu, Perkara 153
memperuntukkan pemberian lessen kepada orang Melayu bagi menaikkan taraf
hidup orang Melayu. Orang India juga tidak terabai begitu sahaja dan peniaga Cina
tidak pula teraniaya. Mereka tetap boleh berniaga seperti biasa tanpa penarikan
lesen tetapi keutamaan atau kuota yang lebih diberikan kepada orang Melayu yang
lebih miskin ketika itu.

Orang Melayu dibantu bagi melahirkan Masyarakat Perdagangan dan


Perindustrian(MPPB) sebagai pendekatan utama dalam menyusun masyarakat dan

Page
memastiakan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam bidang ekonomi.
28
PENDIDIKAN

Penjajahan British meninggalkan kesan yang buruk terhadap sistem pendidikan


bagi orang Melayu. Sistem pendidikan British hanya menjadikan anak-anak orang
Melayu petani yang lebih baik berbanding ibu dan bapa mereka. Lebih buruk lagi
apabila perabot, buku teks dan bahan bacaan tidak mencukupi dan dalam kondisi
yang mendukacitakan. Hal ini menyebabkan hilang kepercayaan ibu dan bapa
terhadap sekolah Melayu.34 British lebih memusatkan pendidikan kepada sekolah-
sekolah Inggeris yang bertujuan melahirkan golongan atasan dalam masyarakat.

Di zaman awal 10 tahun kemerdekaan Malaysia, penempatan kaum Melayu di


peringkat ijazah pertama sangatlah mendukacitakan. Golongan Bukan Melayu
sahaja yang merebut peluang ini berdasarkan beberapa faktor iaitu taraf hidup,
ekonomi, kurang kesedaran dan lain-lainnya. Hal ini menyebabkan keadaan yang
tidak begitu baik dalam hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat perbezaan
yang nyata terhadap golongan professional.

Perkara 153 ini masih perlu diteruskan kearah mencapai matlamat yang
dikehendaki. Namun pelbagai kemudahan dan keistimewaan turut diberikan
kepada kaum bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Kemasukan pelajar ke IPTA
melalui sistem kuota telah ditukarkan ke sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar
mengikut prestasi akademik tanpa mengira etnik. Pelbagai sikap akomodatif telah
diwujudkan antara orang Melayu dan bukan Melayu dalam usaha memantapkan
lagi hubungan etnik.

PERKARA 152

Secara rasionalnya, pemilihan Bahasa Melayu(kini Bahasa Malaysia) sebagai


bahasa rasmi persekutuan adalah sangat sesuai berdasarkan faktor-faktor sejarah.
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad
lamanya. Ia lebih mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan
berbanding bahasa lain. William Mars ada menjelaskan:

Page
“Bahasa Melayu yang dianggap berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan
telah berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di
dunia tersebut, dituturkan di mana-mana sepanjang pantai Sumatera dan 29
digunakan tanpa campuran apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan
tanah jajahannya dan difahami ke setiap pulau.”35

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan
rasmi. Malahan mereka bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu malahan

34 Laporan Barnes, 1951

35 Dipetik daripada Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan
Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
menggunakan tulisan Jawi. Rujukan boleh dibuat pada surat-surat rasmi antara
raja-raja Melayu dengan pemimpin-pemimpin lain seperti dengan penasihat British.
Keadilan juga jelas terserlah daripada Perkara ini.

“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar terhadap


kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh,
Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalny tidak menyebut apa-apa
tentang mengekal dan mengembangkan bahasa Cina dan Tamil, ataupun
bahasa-bahasa yang lain. Apabila dicadangakan kepada pemimpin Melayu
bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan
dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalakkan
dan dipeliahara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk
menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada
asasnya adalah adil dan berpandangan jauh.”36

Page
30

36 Pengakuan Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957. Dipetik
dari Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian Pengajian Tinggi.
Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam. hlm. 115.
KESIMPULAN

1. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang telah dirangka untuk


kefahaman setiap warganegara dalam usaha membina semangat
kenegaraan. Perlembagaan ini digubal hasil dari permuafakatan dan
kerjasama semua pelusuk masyarakat. Kita,sebagai pelapis kepada generasi
masa hadapan seharusnya memehami perjuangan dan pengorbanan
pemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek antara satunya ialah tentang
perlembagaan negra.
2. Perlembagaan nagara merupakan sumber dan undang-undang tertinggi bagi
sesebuah Negara.
3. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan 1955 merupakan
titik tolak kepada perubahan politik di Tanah Melayu. Keputusan ini juga
telah membuktikan bahawa cara perjuangan parti tersebut telah diterima
oleh rakyat.
4. Kita sebagai rakyat seharusnya mangambil tahu tentang proses
penggubalan perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan dengannya.
Hal ini kerana, semasa pembentukan Suruhanjaya Reid,bukan semua pihak
atau parti yang dirunding oleh suruhanjaya tersebut untuk membuat
cadangan perlembgaan.
5. Perlembagaan negara lebih bersifat dinamik dan memerlukan pindaan
bergantung kepada kepentingan rakyat dan negara.

Page
31
BIBLIOGRAFI

1. Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Penerbitan


Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

2. Ahmad Fauzi Mohd Basri. 1991. Bumi dipijak milik orang. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-
asas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

4. Dr. Zaid Ahmad et al. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Oxford Fajar Sdn.
Bhd. Shah Alam.

5. Hng Hung Yong. 2004. 5 men and 5 Ideas. Pelanduk Publications (M) Sdn
Bhd. Subang Jaya, Selangor

6. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

7. Kassim Thukiman,Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah@Thuaibah Abu


Bakar. 2008. Hubungan Etnik di Malaysia; Bab 4: Perlembagaan Malaysia
dalam perspektif hubungan etnik, Fakulti Pengurusan dan pembangunan
sumber manusia UTM Skudai,Johor

8. Mohamed Nordin Sopiee. 1974. From Malayan Union to Singapore


Separation: Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

9. Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan


Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Page
10.Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 32
11.Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5
KBSM (Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota
Tinggi

12. Perlembagaan Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos


2007. Cetakan 12. 2007. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

13.Ramlah Adam. 1993. Dato’ Onn Jaafar:Pengasas Kemerdekaan. Dewan


Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
14.Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik.Kementerian
Pengajian Tinggi. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Shah Alam.

15.Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996, Malaysia Warisan dan Perkembangan, Edisi
2. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

16.Kassim thukiman.2002,Malaysia Perspekif Sejarah dan Politik, Edisi pertama,


penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

17.Hapriza Ashari,Khairiah Soehod,Lekha Laxma.2005, Prinsip Undang-undang


Malaysia, edisi kedua, penerbit PTS Publication &Distributors Sdn. Bhd.

Page
33