Anda di halaman 1dari 13

1.

Pengenalan

Pengajaran boleh difahamkan sebagai proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Pengajaran wacana tatabahasa umumnya membawa maksud pengajaran hukum-hukum sesuatu bahasa. Ia meliputi pengajaran tentang struktur dan sistem bahasa yang diajarkan itu. Pemahaman para pelajar tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari itu membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan betul. Pengajaran tatabahasa wacana dalam sukatan KBSM menyatakan bahawa tatabahasa

hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Dalam sukatan tatabahasa diperingkat ini kandungannya adalah terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Sesebuah pengajaran tatabahasa sebaik-baiknya dikendalikan untuk memberi kefahaman kepada para pelajar tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan bentuk unsur unsur tatabahasa, fungsi unsur-unsur tatabahasa, makna tatabahasa unsur-unsur tatabahasa dan juga pola-pola sebutan aspek tertentu tatabahasa. Seringkali para pelajar menghadapi masalah memahami fungsi unsur tatabahasa sama ada dalam pertuturan begitu juga dalam penulisan. Untuk mengatasi masalah ini, pengajaran tatabahasa sebaik-baiknya memberi penekanan kepada saling-kejadian unsur-unsur yang diajar dengan unsur-unsur tatabahasa yang lain dalam ayat. Saling-kejadian memberi maksud lingkungan atau kedudukan aspek-aspek yang diajarkan dengan unsur-unsur tatabahasa yang lain dalam kesatuan tatabahasa yang lebih besar. 1.2 Tatabahasa Wacana

Menurut Salkie (1995) wacana ialah regangan bahasa yang mempunyai lebih daripada satu ayat. Manakala Asmah (1980) dalam tulisannya pula mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa melebihi batas ayat. Iaitu wacana boleh terdiri daripada ayat, sejunlah ayat, ceraian, bab, buku, siri buku atau sebaginya yang memperlihatkan kesatuan dan hubungan dan hubungan di antara butir-butir fikiran dan juga perkembangan akaliah yang ada di dalamnya. Harimurthi (1982) pula berpendapat wacana adalah unit bahasa yang meliputi batas ayat. Wacana terbahagi kepada dua. Iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan bermaksud wacana yang dilahirkan secara lisan di antara penutur dan pendengar. Dalam konteks ini, ekspresi wajah, nada suara dan gerakan dan sebagainya digunakan semasa

Page 1

penyampai menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contoh wacana lisan adalah ceramah, khutbah, berita dan juga perbualan harian. Wacana tulisan pula bermaksud wacana yang dilahirkan secara bertulis. Ia melibatkan penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku lebih kepada komunikasi satu hala dan secara tidak langsung. Di antara wacana tulisan yang popular adalah rencana, buku, novel, esei dan sebagainya. Menurut Beaugrande dan Dressier (1981:81) terdapat tujuh ciri dalam menghasilakan sebuah wacana yang baik iaitu tujuan, tautan, runtutan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Selain itu setiap wacana mempunyai struktur. Iaitu mengandungi pendahuluan, isi dan penutup. Keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan dari aspek semantik, fonologi, tatabahasa atau gramatikal dan leksikal. 1.3 Penulisan Umum

Penulisan umum meliputi penulisan atau wacana berformat dan juga penulisan tidak berformat. Penulisan berformat bermaksud penulisan yang dihasilkan perlu mengikut formatformat yang telah ditetapkan. Contoh penulisan berformat ialah surat kiriman rasmi dan tidak rasmi, dialog, syarahan, ucapan, laporan, berita, catatan harian dan perbahasan. Dalam sesuatu Pengajaran penulisan berformat pelajar perlu didedahkan dengan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujudnya kesinambungan idea. Manakala penulisan tidak berformat bermaksud penulisan yanag bebas daripada ikatan penggunaan format ( Kamaruddin Hj. Husin, 1988). Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini lebih memfokuskan pencorakan idea dan kesinambungan kreatif. Di samping itu, ia turut menekankan kefahaman mengenai topik, kebolehan, kemahiran serta keupayaan umtuk menarik minat pembaca. 1.3.1 Penulisan Berformat Peraturan yang perlu diikuti dalam penulisan berformat adalah seperti berikut: a) Mempunyai sekurang-kurangnya 3 isi minimum yang telah dikembangkan dan disertai dengan contoh dan bukti yang relevan dengan isu semasa. b) Isi diolah supaya mempunyai kesinambungan dan pertalian dalam ayat dan idea.

Page 2

c) Menggunakan penanda wacana yang betul untuk menunjukkan kesinambungan idea. d) Menggunakan bahasa yang baik dan lancar untuk menunjukkan pertalian idea. e) Mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga tujuh perenggan yang seimbang serta menggunakan tanda baca yang betul. f) Tiada kesalahan ejaan atau kesalahan yang minimum. g) Mempebagaikan ragam ayat dan struktur ayat yang betul. h) Menghasilkan peta minda dan rangka karangan untuk menyusun isi atau idea. Proses menulis merupakan proses yang penting kerana ia menentukan penulisan yang terhasil. Proses menulis meliputi perkara-perkara dyang dinyatakan dibawah. a) Pemilihan tajuk yang difahami dan diketahui format, isi dan laras bahasa amat penting. b) Selain itu, pengetahuan dan kehendak tajuk juga perlu dikuasai. c) Memahami format karangan dan laras bahasa untuk panduan dalam menulis pelbahagi jenis penulisan. d) Mencatat fakta bahan bacaan yang dibaca untuk rujukan pada masa akan datang. d) Mengolah isi-isi tentang tajuk penulisan. Isi-isi boleh didapati melalui pembacaan daripada pelbagai bahan bacaan. Di bawah merupakan susunan dalam antaranya ialah a) Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat rangka karangan atau peta minda. Peta minda dapat memastikan: i) Idea yang dikemukakan tidak terpesong daripada tajuk. ii) Penyusunan isi-isi dan fakta mengikut urautan yang betul. iii) Penyusunan perenggan yang baik dan dapat menganggarkan bilangan perkataan. iv) Pengulangan fakta tidak berlaku. b) Rangka penulisan perlu mengandungi pendahuluan, isi-isi penting dan penutup. penghasilan sesebuah penulisan berformat. Di

Page 3

1.3.2 Penulisan Tidak Berformat Keseluruhannya terdapat sedikit perbezaan dalam penulisan berformat dan tidak berformat. Seperti penulisan berformat, penulisan tidak berformat juga perlu ada pengenalan, isi-isi dan penutup. Penyusunan rangka penulisan adalah mengikut langkah langkah berikut : a) Mencari isi kaedah mencari isi terpulang kepada penulis. b) Menyenaraikan isi penting secara ringkas. c) Menyusun isi mengikut urutan d) Membuat huraian isi serta memberi contoh dan bukti yang relevan. Manakala penulisan yang ideal merangkumi perkara perkara tersebut: a) Perenggan pendahuluan perenggan pendahuluan mengandungi pengenalan . Pengenalan dibuat secara ringkas tetapi perlu menarik serta bebas daripada sebarang kesalahan tatabahasa atau ejaan. Pendahuluan yang menarik dapat menarik pembaca serta memberi kesan positif. b) Perenggan isi penulisan mesti mempunyai sekurang-kurangnya empat isi. Satu perenggan untuk satu isi. Penyusunan perenggan perlu mengikut keutamaan isi dan berkait di antara satu sama lain. Setiap isi perlu dikembangkan disertai oleh bukti dan contoh yang relevan. c) Perenggan penutup perenggan penutup biasanya mengandungi rumusan / kesimpulan atau akhiran sesuatu penulisan. Penutup juga perlu menarik sebagaimana pengenalan kerana penutup yang baik dapat memberi kepuasan kepada pembaca. Dalam konteks penulisan, pelajar digalakkan menulis ayat yang pendek, ringkas dan padat berbanding ayat yang panjang. Kerana ayat yang panjang memudahkan pelajar melakukan kesalahan sama ada struktur ayat atau pun dari sudut tatabahasa. 1.4 Kaedah Penulisan Berformat Umum Sekolah Menengah

Guru memainkan peranan penting untuk merancang strategi atau kaedah yang mudah difahami serta dijalankan oleh pelajar. Strategi yang dijalankan diharap dapat membantu murid menghasilkan sebuah penulisan yang baik sama ada karangan berformat atau tidak

Page 4

berformat. Sebelum murid menulis sesebuah penulisan, guru perlu menekankan empat aspek yang diberi penekanan oleh pembaca atau pemeriksa. Di antaranya ialah: a) Penulisan yang dihasilkan perlu tepat dengan kehendak soalan serta mengikut format yang ditetapkan. Simbol (T) digunakan untuk mewakili ketepatan isi dengan tajuk. b) Seterusnya isi (I) yang dikemukakan perlu mencukupi dan dihurai dengan baik dan lengkap. Isi juga perlu diiringi dengan hujah dan bukti. c) Bahasa (B) Pelajar sebaiknya menggunakan bahasa yang baik dari segi tatabahasa, ejaan, struktur ayat, kosa kata, istilah, frasa, ayat, perumpamaan dan sebagainya. Selain itu penulisan ayat yang gramatis amat membantu dalam menghasilkan sebuah penulisan yang baik dan berkualiti. d) Seterusnya pengolahan (P) isi dan bahasa yang baik juga amat perlu dan diberi perhatian. 1.4.1 Strategi Penulisan Setelah mengetahui kehendak atau perkara yang akan dinilai dalam sesebuah penulisan, pelajar perlu melakukan beberapa perkara. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah membuat ulasan tentang soalan, Yang pertama ialah bagaimana murid mahu mentakrif sesuatu tajuk atau soalah. Untuk itu, strategi yang sesuai dan sering digunakan ialah T,K, F. Maksudnya pelajar perlu meneliti soalan atau tajuk daripada tiga perkara iaitu : T Tema K Kata kunci F Format Contohnya : Dunia pada masa kini berhadapan dengan isu pencemaran alam. Pelbagai faktor telah menyumbang kepada masalah ini. Pada pendapat anda apakah kesan-kesan yang akan timbul apabila pencemaran alam terus berlaku secara berterusan. Tulis rencana itu selengkapnya.

Page 5

Untuk menjawab soalan ini, pelajar mestilah menentukan tema penulisan. Bagi soalan diatas temanya (T) ialah pencemaran, manakala kata kuncinya (K) ialah kesan. Penulisan ini adalah penulisan berformat umum. Bagi penulisan berformat umum ini memerlukan lontaran pendapat. Jadi ia mesti mempunyai perenggan untuk pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Format (F) yang akan digunakan adalah format rencana. T pemanasan global K kesan F rencana Setelah membuat ringkasan tentang kehendak soalan, pelajar perlu menulis rangka karangan ataupun peta minda. Bagi soalan di atas, pelajar perlu mencari sekurang-kurangnya lima isi. Contoh rangka jawapan : Isi : 1. Penularan wabak penyakit 2. Iklim tidak menentu kesan pemanasan global 3. Keruntuhan ekonomi 4. Kemusnahan habitat semula jadi ekologi terjejas 5. Fenomena hujan asid/jerebu/keracunan Setelah pelajar menyediakan rangka karangan atau peta minda, pelajar perlu menyusun ideaidea ke dalam bentuk perenggan. Iaitu ia perlu mengandungi perenggan-perenggan seperti berikut: i) Perenggan pengenalan ii) Perenggan isi ( bagi soalan di atas, mesti ada lima perenggan isi kerana satu isi untuk satu perenggan). iii) Perenggan penutup

Page 6

a) Perenggan Pendahuluan Setelah pelajar membuat rangka karangan, pelajar perlu mengolah perenggan untuk pendahuluan. Kebiasaannya perenggan pendahuluan mempunyai empat hingga lima baris ayat. Bagi penulisan berformat umum, ayat ayat yang digunakan ialah ayat rangsangan (AR) dan ayat arahan(AA). Ayat rangsangan yang dimaksudkan ialah ayat yang menjurus kepada tema sesuatu tajuk atau soalan. Manakala ayat arahan pula adalah ayat yang

mengaitkan kata kunci bagi sesuatu soalan penulisan. Atau dengan kata lain ayat arahan adalah ayat yang menunjukkan fokus utama sesuatu penulisan yang hendak dibincangkan. Sekiranya perenggan pendahuluan mempunyai ayat rengsangan dan ayat arahan ini, pemeriksa atau penyemak akan mempunyai pandangan bahawa pelajar tersebut memahami kehendak soalan. Selain itu, sekiranya murid mengikuti langkah tersebut, ia bukan sahaja memberi impak positif terhadap hasil tulisan, malah ia juga dapat menghindarkan murid terpesong daripada tajuk penulisan. Secara amnya susunan kandungan sesebuah perenggan pendahuluan adalah seperti berikut: Ayat 1 - Ayat Ransangan 1 (AR1) Ayat 2 - Ayat Rangsangan 2 (AR2) Ayat 3 Ayat Rangsangan 3 (AR3) Ayat 4 Ayat Rangsangan 4 (AR4) Ayat 5 Ayat Arahan (AA) Berikut adalah contoh ayat-ayat rangsangan (AR) dan ayat arahan (AA) yang boleh dibina bagi soalan di atas. Isu pencemaran bukanlah satu isu yang baru tetapi ia sering diperkatakan oleh masyarakat dunia (AR1). Sebenarnya, pencemaran bukan hanya berlaku di negara kita malah ia juga turut di alami oleh negara negara maju atau negara yang mundur (AR2). Dunia pada hari ini diancam oleh pelbagai pencemaran sama ada pencemaran air, udara, tanah dan sebagainya (AR3). Apatah lagi dengan kecanggihan dunia ketenteraan yang menggunakan pelbagai jenis senjata kimia, biologi dan sebagainya turut memberi kesan sampingan iaitu pencemaran bahan-bahan kimia dan radioaktif (AR4). Kesemua pencemaran ini, sebenarnya

Page 7

banyak memberi kesan yang buruk kepada penghuni alam ini sama ada haiwan, tumbuhan dan khususnya kehidupan manusia seluruh dunia (AA). b) Perenggan Isi Setelah pelajar selesai menulis perenggan pendahuluan, mereka perlu menulis perenggan bagi setiap isi yang telah dicatat dalm rangka karangan. Guru hendaklah menegaskan kepada para pelajar bahawa satu isi adalah untuk satu perenggan. Iaitu bermaksud sesuatu isi perlu dikembangkan dengan menggunakan jenis ayat-ayat yang tertentu. Sekiranya satu perenggan mempunyai lebih dari satu isi, ini menunjukkan pelajar tersebut tidak dapat mengembangkan isi dengan baik. Pelajar juga perlu memahami bahawa jenis-jenis ayat yang digunakan di dalam perenggan isi tidak sama dengan jenis-jenis ayat yang digunakan dalam perenggan isi. Bagi mendapat perenggan isi yang baik, perenggan tersebut perlu mengandungi ayat ayat tersebut: i) Ayat judul (AJ)/ Ayat Topik (AT) Ayat judul juga dikenali sebagai ayat topik. Ayat judul atau ayat topik ini ialah ayat yang menyentuh tentang isi. Ayat ini mesti ada dalam ayat pertama atau kedua atau ketiga dalam sesuatu perenggan isi. ii) Ayat Huraian (AH) Ayat huraian ialah huaraian daripada ayat judul. Ayat huraian amat perlu untuk memastikan pembaca atau pemeriksa kertas memahami tentang isi yang dikemukakan oleh pelajar. Kebiasaannya, bagi satu perenggan isi, terdapat tiga hingga empat ayat huraian. Huraian ini bergantung kepada sejauh mana sesuatu ayat huraian itu dapat mnghuraikan dengan jelas tentang isi perenggan tersebut. iii) Ayat Contoh (AC) Setelah pelajar membuat ayat huraian, pelajar perlu membuat Ayat Contoh (AC) bagi menguatkan ayat huraian tersebut. Dengan adanya ayat contoh ini, ia sebenarnya telah mengukuhkan sesuatu isi dan huraian yang dikemukankan. Selain itu, adakalanya ayat contoh juga dikenali sebagai ayat bukti. iv) Ayat Penegas (AP)

Page 8

Akhirnya, perenggan isi hendaklah ditutup dengan menggunakan ayat penegas (AP). Ayat penegas sebenarnya adalah merupakan ayat kesimpulan kecil bagi sebuah perenggan isi. Ayat penegas perlu memberikan penegasan terhadap isi yang dikemukakan atau yang dibincangkan di dalam perenggan tersebut. Dengan adanya ayat penegas tersebut, sesuatu perenggan isi dapat ditutup dengan kemas dan menarik. Selain itu ia juga dapat memberi gambaran kepada pembaca atau pemeriksa sejauh mana pelajar menguasai sesuatu isi yang dikemukakannya. Pada keseluruhannya sesebuah perenggan isi perlu mempunyai susunan ayat seperti di bawah. Ayat 1 Ayat Judul (AJ) / Ayat Topik (AT) Ayat 2 Ayat Huraian 1 (AH1) Ayat 3 Ayat Huraian 2 (AH2) Ayat 4 Ayat Huraian 3 (AH3) Ayat 5 Ayat Huraian 4 (AH4) Ayat 6 Ayat Contoh (AC) Ayat 7 Ayat Penegas (AP) Contoh-contoh penggunaan jenis-jenis ayat yang digunakan dalam perenggan isi dapat dilihat di dalam perenggan di bawah. Di samping itu, pencemaran alam yang berlaku pada hari ini telah memberi kesan yang buruk atau pun memusnahkan habitat semula jadi bagi sesuatu spesies atau haiwan (AJ). Habitat semulajadi yang tercemar ialah habitat yang sudah tidak sesuai dan tidak dapat lagi membekalkan keperluan hidup bagi sesuatu spesies sama ada flora atau fauna (AH1) .Dalam hal ini, spesies-spesies yang terbabit akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri serta menghadapi masalah dalam mendapatkan makanan di dalam habitat yang tercemar ini (AH2).Ini kerana, alam semulajadi berkait rapat di antara satu sama lain atau dengan erti kata lain kemusnahan sesuatu spesies akan menyebabkan spesies yang lain turut terjejas(AH3). Di samping itu, ia juga turut mengganggu serta merubah sistem ekologi dan rantaian makanan(AH4). Contohnya pencemaran tanah oleh bahan-bahan toksid telah menyebabkan kematian mikroorganisma serta antropoda yang tinggal di bawah tanah, di

Page 9

samping itu ia juga turut menyebabkan burung yang memakan haiwan yang tercemar ini menghasilkan cengkerang telur yang rapuh dan sekali gus boleh mengakibatkan spesiesnya berhadapan dengan kepupusan (AC). Tegasnya, selain daripada memberi kesan yang buruk kepada hidupan lain, kita juga sebenarnya berhadapan dengan situasi yang berbahaya dan berisiko tinggi kerana kita turut bergantung kepada spesies yang terancam ini (AP). c) Penulisan Perenggan Penutup Perenggan yang seterusnya setelah selesai perenggan-perenggan isi adalah perenggan penutup. Perenggan penutup adalah merupakan perenggan yang terakhir. Seperti juga perenggan pendahuluan dan perenggan isi yang menggunakan jenis-jenis ayat yang tertentu, perenggan penutup juga turut menggunakan jenis-jenis ayat yang tersendiri. Secara umumnya, sesebuah perenggan penutup mempunyai Ayat Kesimpulan Umum, Ayat Pendapat, Ayat Komen, Ayat Penilaian dan Ayat Penutup. Keseluruhannya di dalam perenggan penutup ini ayat yang digunakan berupa ayat yang lebih menjurus kepada ayat yang berupa kesimpulan disamping pernyataan pendapat, komen, penilaian dan sebagainya. Susunan penggunaan jenis-jenis ayat yang di gunakan di dalam sebuah perenggan penutup adalah seperti berikut: Ayat 1 Ayat Kesimpulan Umum Ayat 2 Ayat Pendapat Ayat 3 Ayat Komen Ayat 4 Ayat Penilaian Ayat 5 Ayat Penutup Di bawah adalah merupakan contoh penggunaan jenis ayat yang dinyatakan di atas. Kesimpulannya, pencemaran alam yang melanda dunia pada hari ini membawa banyak kesan yang buruk kepada semua penghuni alam ini. Oleh itu, setiap pihak perlu mencari jalan yang terbaik serta berganding bahu supaya pencemaran alam dapat dikurangkan seterusnya diatasi dengan berkesan. Jika tiada sebarang langkah diambil, seluruh penduduk dunia akan menerima kesan daripada masalah pencemaran ini. Pencemaran alam adalah

Page 10

merupakan satu fenomena yang merugikan dan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua, jesteru itu wajiblah kita berusaha untuk mengatasinya. 1.5 Penutup

Tanggung jawab guru pada hari ini menjadi lebih berat dan mencabar sejajar dengan perubahan masa dan keadaan. Apatah lagi dengan dunia tanpa sempadan pada hari ini, seharusnya guru menggunakan kelebihan ini untuk diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya ia dapat digunakan dengan baik oleh pelajar tanpa disalahgunakan. Di samping itu dengan kebijaksanaan guru dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan pendekatan di dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat melahirkan pelajar yang mudah faham dan berminat untuk terus menimba ilmu. Jesteru itu, diharapkan kita sebagai warga pendidik dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran malah cemerlang juga dalam kehidupan. (2623 patah perkataan)

Page 11

RUJUKAN Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Dr Adenan Ayob. (2010). HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Open University Malaysia Tarigan,H.G. (1995). Pengajaran wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dab Pustaka. Sulaiman Masri. (1998). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

RUJUKAN INTERNET
http://www.scribd.com/doc/32594658/HBML-3203-Tatabahasa-Dalam-Pengajaran-Bahasa-Melayu http://www.scribd.com/doc/11589814/wacana http://eprints.usm.my/4884/1/Penilaian_Tahap_Penguasaan_Kemahiran_Menulis_Dalam_Bahasa_ Melayu_Murid_Sekolah_Kebangsaan_Kebolehpercayaan_Instrumen.pdf http://eprints.usm.my/4884/1/Penilaian_Tahap_Penguasaan_Kemahiran_Menulis_Dalam_Bahasa_ Melayu_Murid_Sekolah_Kebangsaan_Kebolehpercayaan_Instrumen.pdf

Page 12

Page 13

Anda mungkin juga menyukai