Anda di halaman 1dari 2

Mohammad Gazali Mohd Yunus PPG PJK Unit 1 Ambilan Jun 2011

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Luar iaitu Sukan Rekreasi ialah salah satu sukatan yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Akademik. Program Sukan Rekreasi ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan serta diwajibkan kepada semua pelajar PPG Semester 3 yang mengambil major mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Program ini akan diadakan di Borneo Paradise Kunak pada 18 Sept hingga 23 Sept 2012. Hal yang demikian adalah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pengambilan Guru melalui Pusat Perkembangan Kurikulum yang menetapkan kokurikulum agar bakal guru perlu diberi pendedahan Pendidikan Luar. Hal ini penting untuk mengaplikasikan ilmu dan pengalaman serta tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.

2.0 MATLAMAT

Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajaran dan pembelajaran Sukan Rekreasi untuk membolehkan bakal guru menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikan luar ini. Pendidikan Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yang menggalakkan bakal guru secara aktif pada tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui program seperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan di samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa sebagai seorang bakal guru.

3.0 LATAR BELAKANG

Mohammad Gazali Mohd Yunus PPG PJK Unit 1 Ambilan Jun 2011

3.1 Bakal guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan luar kerana kehendak kurikulum kini amat menekankan hal yang demikian. 3.2 Bakal guru juga seharusnya diberi pendedahan mengenai aktiviti pendidikan luar serta pengalaman melakukannya supaya dapat diaplikasikan ketika mengajar nanti. 3.3 Guru yang baik seharusnya mempunyai keupayaan berinteraksi dan melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran luar. Selain itu, melalui program ini bakal guru dapat merasa pengalaman bagaimana mengelolakan sesuatu aktiviti.

4.0 OBJEKTIF

Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan (Teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantumembantu dan toleransi dalam kalangan peserta. Melatih bakal guru menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif . Mampu membentuk seorang bakal guru yang fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua keadaan. Memberi kesedaran kepada bakal guru mengenai konsep pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning) yang mana pengalaman yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Memupuk keyakinan diri (Self-Esteem). Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan dan strategi.