Anda di halaman 1dari 2

JENAYAH MELIBATKAN REMAJA Sejak akhir-akhir ini, masalah-masalah jenayah yang berlaku di negara ini kian menjadi-jadi bagai

cendawan tumbuh selepas hujan. Kes-kes jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, pembunuhan, memperdagangkan seks, penglibatan dalam pesta liar dadah dan arak ,dan sebagainya kerap menghiasi dada-dada akhbar, majalah dan lain-lain. Pihak kerajaan telah berusaha untuk mencari mekanisme yang lebih efektif dalam menangani masalah jenayah namun kes-kes jenayah dilaporkan semakin meningkat. lsu ini sungguh memalukan imej negara kita. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan remaja dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini. Antara punca-puncanya ialah didikan agama yang kurang sempurna daripada ibu bapa. Ibu bapa adalah tonggak dalam keluarga dan orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. leh sebab mereka sentiasa sibuk bekerja mencari na!kah, hal ini menjadikan mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi modal insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca kegiatan jenayah di kalangan remaja. "ika mereka menghadapi apa-apa masalah, mereka akan berkongsi bersama-sama rakan-rakan kerana mereka lebih mempercayai rakan-rakan berbanding ibu bapa atau ahli keluarga mereka sendiri. Selepas menghabiskan masa yang panjang di sekolah, mereka tidak terus balik ke rumah tetapi akan bersinggah di tempat seperti pasar raya untuk mencari hiburan bersama-sama dengan rakan. #olongan muda sering disaran agar berhati-hati sewaktu memilih rakan untuk bergaul kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut dengan perangai rakan. leh itu, remaja haruslah berhati-hati atau bersikap lebih teliti sewaktu memilih rakan. Seterusnya, pengaruh media massa merupakan salah satu media yang menyumbang kepada peningkatan kegiatan jenayah di kalangan remaja.$idak sangkal terdapat kemudahan seperti Internet, e-mel,

!acebook, tele!on bimbit, ipad dan lain-lain pada %aman teknologi ini memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur dengan orang lain. Sebaliknya, juga terdapat beberapa kesan negati! daripada kemudahan ini yang akan mendorong remaja untuk melakukan kes jenayah seperti rogol, bunuh dan sebagainya. &ontohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan lain-lain. 'emandangkan seriusnya gejala-gejala yang tidak sihat yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara, maka langkah-langkah perlu diambil bagi mengelakkan masalah jenayah daripada berleluasa di kalangan remaja. Salah satu ialah pihak sekolah perlu bertindak memantapkan sistem disiplin sekolah untuk mengurangkan pelajar daripada terlibat dalam kes jenayah. Sekiranya pelajar terlibat dalam kes seperti ponteng kelas, dan merokok, mereka akan diberi kaunseling. Selain itu pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa pelajar yang terlibat supaya kedua-dua pihak dapat menangani masalah bersama-sama. Seterusnya, ibu bapa hendaklah juga memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah. Pendidikan agama perlu diterapkan supaya anak-anak mereka dapat menilai antara perkara baik dan buruk. Selain ibu bapa, remaja perlu pandai dalam memilih rakanrakan kerana sememangnya remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. leh itu, ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang dan meluangkan masa berkualiti kepada anak mereka serta prihatin , mengambil tahu dan menjadi pendengar setia kepada segala masalah yang diutarakan oleh mereka. (esimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk membendung kegiatan jenayah. )emaja juga perlulah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Seterusnya, perkara sedemikian dapat memberi ilmu dan pengajaran supaya mereka sedar bahawa penglibatan dalam kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai