Anda di halaman 1dari 2

SAMBUTAN SERENTAK SEMARAK 1MALAYSIA

LOU SANG Jake (ketiga kiri), isteri serta pemimpin masyarakat Cina melakukan Lou Sang semasa sambutan Chap Goh Mei. Oleh : ROZIE JUMAT SAMBUTAN perayaan pelbagai kaum yang kebetulan berlaku serentak terus menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia, bahkan terus memperkukuhkan semangat silaturahim dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) N.34 Liawan, Datuk Jake Nointien berkata, istimewanya tahun ini ialah sambutan berakhirnya sebulan Tahun Baru Cina iaitu Chap Goh Mei jatuh pada masa yang sama dengan sambutan Maulidur Rasul dan Thaipusam. Ketiga-tiga perayaan yang jatuh di hujung minggu dan dirayakan berturut-turut bertepatan dengan semangat 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan merenungkan perpaduan di kalangan mereka, kata Jake. Menurut beliau, rakyat seharusnya mensyukuri dengan keadaan yang aman dan damai dalam menyambut perayaan tidak seperti di negara lain yang tidak bebas disebabkan pergolakan dan sentimen. Keharmonian negara kita membolehkan kita merayakan sambutan ini dan istimewanya kita meraikannya dengan bangsa yang lain dan begitulah sebaliknya disebabkan keamanan, kata Jake. Beliau berkata demikian kepada media semasa sambutan Chap Goh Mei di kediamannya di Kampung Bariawa Laut di Keningau. Hadir sama timbalannya, Zachary Kinsik dan para pemimpin masyarakat Cina setempat. "Sambutan ini lebih signifikan dengan dedikasi kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang terbaik untuk rakyat negara ini melalui pelbagai sumbangan serta pembangunan, terus dilakukan sehingga ke hari ini," katanya.

Jake juga menggesa agar masyarakat untuk terus hidup dalam perpaduan dan penuh dengan toleransi antara satu sama lain walaupun negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum supaya pembangunan selanjutnya akan dicapai. "Biarlah ketiga-tiga perayaan berlangsung dalam tempoh berdekatan antara satu sama lain, menjadi tanda yang mengingatkan kita akan pentingnya keterbukaan, perpaduan, serta penerimaan melangkaui sempadan bangsa dan agama. "Selain daripada itu, ini juga adalah masa untuk kita semua untuk mengukuhkan ikatan antara keluarga dan rakan-rakan dan bersyukur bahawa kita boleh hidup dalam kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan." Katanya, Sama ada kita suka atau tidak, sebagai rakyat Malaysia, hakikatnya tidak boleh dinafikan masyarakat pelbagai kaum sebenarnya bergantung antara satu sama yang lain , dan membawa tanggungjawab yang satu iaitu menjaga perpaduan harmoni masyarakat majmuk yang sedia ada.