Anda di halaman 1dari 9

DAKWAH ISLAMIYYAH DAN AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

Pengertian Dakwah Bahasa : Menyeru atau memanggil sama ada kepada yang haq atau batil Istilah : Satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah dan apa yang disampaikan oleh Rasul-RasulNya (Ibnu Taimiyyah) Kewajipan Berdakwah As-Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa baginya tiada halangan untuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu adalah kedua-keduanya sekali, iaiatu fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan kepada orang yang masih jahul tentang ajaran asas Islam yang menjadi fardhu ain setiap orang Islam mengetahuinya. Ia juga fardhu kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang Islam untuk lebih dipertaggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan dakwah. Muhammad Abu Zuhrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau membuat kesimpulan bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga yang telah dicurahkan oleh para sahabat dan tabiin yang masing-masing mengambil bahagian sepenuhnya dalam usaha dakwah, maka dapatlah difahami bahwa dakwah itu fardhu ain. Di samping itu, ia menjadi fardhu kifayah ke atas jemaah Islam. Dengan itu, hukum dakwah ke atas setiap individu adalah kedua-duanya sekali. Berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan dalil-dalil di bawah, maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah juga fardhu kifayah ke atas seluruh umat Islam, mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usahausaha dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia supaya selaras dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka inilah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran : 104) Sabda Nabi S.A.W : Umpama orang-orang yang tinggal dalam sempadan-sempadan Allah itu adalah seperti suatu kumpulan manusia yang menakini kapal. Setengah duduk di tingkat atas manakala setengah pula di tingkat bawah. Orang-orang yang duduk di tingkat bawah itu bila hendak mengambil air (dari laut) terpaksalah mereka melalui tempat yang diduduki oleh orang-orang di atas, lalu mereka berkata : Kalau kita tebuk lubang di sebelah bawah kita ini untuk mendapatkan air tentu kita tidak akan mengganggu orang-orang yang di sebelah atas. Maka kalaulah mereka itu dibiarkan melakukan apa yang mereka niatkan itu, nescaya semua orang yang di atas kapal itu akan binasa. Kalau mereka dicegah, kesemuanya akan selamat. (Bukhari, Muslim)

Umar Ibnu Abdul Aziz menyebut : Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebab perbuatan dilakukan oleh orang-orang perseorangan, akan tetapi kerana maksiat dilakukan secara terang-terangan sedangkan orang ramai tidak mengingatkan, maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa. Ibnu Hazm berkata : Menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar adalah dua fardhu ke atas setiap orang Islam menurut kadar keupayaannya, dengan tangan dan kalau tidak kuasa, dengan lidah. Dan kalau tidak kuasa juga, maka dengan hati. Itulah selemah-lemah iman. Selepas itu tiadalah terdapat sesuatu pun dari iman. Rukun Dakwah i) Daie

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu satu contoh teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat dan mengingati Allah. (Al-Ahzab: 21) Sifat-sifat asas seorang daie : hubungan kukuh dengan Allah (taubat, taqwa, taat, khauf, raja) mujahadah berterusan dari godaan hawa nafsu dan bisikan syaitan istiqamah, redha dan tawakkal apabila berhadapan dengan cabaran suasana persekitaran Kelayakan asas seorang daie : mempunyai kefahaman Islam yang sahih memiliki keimanan yang teguh kepada Allah watak keperibadian yang baik mengambil Islam sebagat matlamat hidup

ii)

Madu

Nabi S.A.W menyebut :

Kami para anbiya diperintahkan untuk bercakap dengan manusia dengan kadar kemampuan akal mereka

Setiap madu ada tahap dan marhalah dakwah yang bersesuaian dengannya. Seorang daie tidak boleh meletakkan madu berada pada satu tahap yang sama. Seorang daie perlu

mengetahui tahapan madu yang didakwahnya agar maudhu dan methodologi dakwah yang dipilih bersesuaian dengannya. Marhalah dakwah : dakwah umum at-Taliim dan amar makruf nahi mungkar dakwah khusus at-Tarbiyah dan dakwah fardiyyah iii) Maudhu

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Katakanlah ini jalanku yang aku menyeru di atasnya kepada Allah dalam keadaan yang terang lagi nyata, aku dan mereka yang mengikutiku. Maha Suci Allah dan aku bukan dari kalangan mereka yang mensyirikkan Allah (Yusuf : 108)

Maudhu dakwah Islamiyah adalah content Islam itu sendiri. Justeru, daie perlu mengetahui sifat-sifat asas Islam itu sendiri yang mempunyai kelainan, keistimewaan dan kelebihan mengatasi agama, isme dan pemikiran manusia yang lain. iv) Uslub Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl, 126 : Serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan debatilah mereka dengan cara yang lebih baik Menurut Syeikh Jumah Ali, beliau menyarankan 10 pendekatan asas dalam berdakwah iaitu : 1. (berikan teladan sebelum dakwah) 2. ( ikatan hati sebelum suntikan fikrah) 3. ( pengenalan asas sebelum memberi bebanan) 4. ( beransur-ansur dalam memberikan taklif) 5. 6. 7. 8. 9. 10. 1. (memudahkan, bukan menyulitkan) ( perkara pokok sebelum perkara cabang) ( berita gembira sebelum berita ancaman) (memahamkan, bukan menghafal) (mendidik, bukan menghukum) ( berguru) Kelebihan Berdakwah

1. 2.

Menyambung matarantai misi pengutusan para Rasul dan Anbiyaa Pahala yang besar kepada pengamal kebaikan yang didakwahkan (sunnah hasanah)

Sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia berhak mendapat pahala orang-orang yang mengikut petunjuknya, tanpa mengurangi pahala tersebut sedikitpun. Barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, dia berhak mendapat dosa orang-orang yang mengikut kesesatannya, tidak mengurangi dosa tersebut sedikitpun. (hadis riwayat Muslim) 3. Lebih mulia dari mereka yang beruzlah dan beribadah semata-mata

Sabda Rasulullah S.A.W dari Ibnu Umar r.a : Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka. (hadis riwayat Ibnu Majah) Sabda baginda lagi : Demi Allah, jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang kerana (sebab) kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada unta merah (sesuatu yang paling berharga pada sesuatu zaman). (hadis riwayat Muttaqfun Alaihi) 4. Mendapat pertolongan dari Allah

Firman Allah Taala yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan pendirian kamu. (Muhammad : 7)

5.

Menyelamatkan diri dari ancaman Khusrin (kerugian) manusia di akhir zaman

Demi masa, sesungguhnya setiap manusia itu semuanya dalam kerugian. Melainkan orangorang yang beriman, dan mengerjakan amalan-amalan soleh, saling menasihati dengan kebenaran, dan saling menasihati dengan kesabaran. (Al-Asr : 1-3)

Iman dan amal soleh belum mencukupi untuk menyelamatkan manusia dari segala jenis kerugian dan kebinasaan, sehinggalah mereka sanggup memberi nasihat dengan mesej kebenaran, dan belum tentu daie penyampai kebenaran mampu melalui ujian dan dugaan melainkan mereka yang mampu bersabar sahaja.

DAKWAH ISLAMIYAH DAN KONSEP AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR (FIQH TAGHYIIR) Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan hendaklah ada kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka inilah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran : 104)

Amar makruf dan nahi mungkar merupakan peringkat klimaks dan penentu kejayaan (alFalah) dakwah. Firman Allah Taala yang bermaksud: Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan ke atas manusia, menyuruh kepada yang maruf dan mencegah kepada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah. (Ali-Imran : 110)

1. Amar makruf dan nahi mungkar sebelum iman kepada Allah 2. Beza iman Muslim dan Ahlul Kitab dari sudut kayuukur amar makruf dan nahi mungkar Firman Allah S.W.T: . .

Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel melalui lidah Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka selalu tidak melarang satu sama lain tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka lakukan. (Al-Maidah : 78-79)

Punca kejatuhan peradaban (hadharah) Bani Israel adalah kerana nahi mungkar yang ditinggalkan.Firman Allah S.W.T : Dan peliharalah dirimua dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja kalangan kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras seksaanNya. (Al-Anfal : 25)

Sabda Rasulullah S.A.W atau dalam lafaz lain : Sabda Nabi S.A.W : Barangsiapa antara kalian yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kekuatan) nya, dan apabila tidak sanggup, maka dengan mulut (perkataan) nya, dan apabila dia juga tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman. (hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya daripada Abu Said al-Khudri) Tanggungjawab merubah kemungkaran adalah tanggungjawab etiap orang sama ada pemerintah mahupun rakyat, berdalilkan kepada perkataan Man (sesiapa), iaitu lafaz umum sebagaimana disebut ulamak Usul Fiqh. Perintah ini tidak dikecualikan daripada sesiapa pun daripada kalangan umatnya, bermula daripada para sahabatnya hinggalah generasi selepas mereka dan berterusan hingga hari kiamat. Adapun tingkatan memperbaiki kemungkaran menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya, Ihya Ulumuddin, ia adalah berbeza-beza dan bertingkat-tingkat. Memperbaikinya dengan kekuatan atau deklarasi perang adalah tingkat tertinggi. Maka tidak dibolehkan melakukannya, kecuali pihak-pihak yang mempunyai kekuatan atau kekuasaan sehingga mampu mengelak berulangnya kemungkaran tersebut. Tidak boleh memperbaiki kemungkaran jika akibatnya boleh mendatangkan kemungkaran yang lebih besar ataupun sama darjatnya. Menjadi qaedah fiqhiyyah bahawa sesuatu mara bahaya tidak boleh dihilangkan dengan mara bahaya yang sama ataupun yang lebih besar dari itu. Syarat Memperbaiki Kemungkaran Dengan Tangan (Kekuatan) : Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawy 1. Ia adalah perkara yang disepakati pengharamannya Lafaz hadis menyebut Mungkaran. Maka haruslah jelas bahawa perbuatan tersebut adalah kemungkaran yang diharamkan secara qathiyy ataupun ijma oleh Imam -imam umat Islam. Permasalahan ijtihad dalam masalah-masalah khilafiyyah bukanlah suatu kemungkaran. tidak disebut kemungkaran melainkan perbuatan haram yang dilarang oleh Allah dan mendapat azab jika melakukannya. Ia sama ada melakukan perkara yang dilarang ataupun meninggalkan perkara yang diwajibkan. ia juga sama ada perbuatan haram yang As-Shaghair (dosa-dosa kecil) mahupun AlKabair (dosa-dosa besar) walaupun perbuatan As-Saghair mempunyai keringanan di sisi Allah, dengan syarat tidak membiasakan diri dengan dosa kecil tersebut. Allah berfirman : Jika kamu menjauhi dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). Rasulullah S.A.W juga bersabda : Solat lima waktu, solat Jumaat yang satu ke solat Jumaat yang lain, dan puasa Ramadhan yang satu ke Ramadhan

berikutnya, bisa menghapuskan dosa-dosa kecil antara keduanya, selagi menjauhi dosa-dosa besar. (hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a) justeru, tidak termasuk dalam kategori kemungkaran perkara-perkara makruh, begitu juga meninggalkan perbuatan sunat dan mustahab. Pendek kata, kemungkaran hanyalah perbuatan yang masuk kategori haram secara hakiki dari sudut syara, atau dengan nas-nas atau hukum-hukum Al-Quran dengan dalil yang jelas. Pengharamannya dinyatakan oleh nas-nas syarak atau kaedahnya yang qati yang muncul daripada kajian istiqra (induktif) juzuk-juzuk syariat. Tidak boleh mengingkari perkara-perkara dalam lingkungan pandangan dan ijtihad yang kadang-kadang benar dan kadang-kadang salah, ataupun berubah dengan seiring perubahan zaman, tempat, adat dan kondisi semasa. juga kemungkaran tersebut sudah ditetapkan secara ijma. Apabila masih dalam perdebatan para ulama ataupun para mujtahidin dahulu mahupun kini, antara yang membolehkan dan yang melarang, maka ia tidak termasuk dalam kategori kemungkaran yang harus diperbaiki dengan tangan, khususnya secara berseorangan. Maka dari itu, para ulamak menetapkan bahawa, bukanlah termasuk kemungkaran dalam permasalahan ijtihad ataupun khilafiyah. (baca pendapat para ulama dalam buku : Kaifa Nataamal Maa alTurath wa al-Tamazhab wa al-Ikhtilaf., terbitan Maktabah Wahbah, Cairo) sesungguhnya pendapat majoriti (jumhur) sekalipun tidak bisa menjatuhkan pendapat minoriti, walaupun seorang sahaja, selama ia adalah seorang mujtahid. Berapa banyak pendapat yang tidak dikenal pada suatu masa, menjadi terkenal pada masa lain. Dan berapa banyak pendapat seorang faqih yang dilemahkan, kemudian datang yang membenarkannya dan menguatkannya sehingga menjadi landasan dan pijakan fatwa. Tanpa asas inilah, akan terbuka pintu kejahatan yang tiada penghujungnya. Setiap orang yang berpegang dengan sesuatu pendapat akan menggunakan kekuatan untuk memaksa orang lain mengikuti pendapatnya. 2. Munculnya kemungkaran itu

Lafaz hadis menyebut raaa, bermaksud melihat dan menjadi saksi. Maka kemungkaran tersebut mestilah bersifat jelas dilihat oleh mata, terang-terangan dan dilihat secara langsung, serta diketahui oleh khalayak umum (manusia), tanpa harus dintip dengan kamera atau diintai perbuatan mungkar tersebut atau dirakam dengan perakam suara. apabila kemungkaran berlaku secara tersembunyi dari pengetahuan khalayak umum atau tertutup pintunya, maka tidak boleh diperbolehkan seseorang itu mengintai-intai, memakai alat teropong atau memasang kamera tersembunyi atau menceroboh rumahnya untuk menangkap basah si pelaku.

hadis secara jelas menerangkan bahawa haruslah melihat kemungkaran tersebut, bukan mendengar kemungkaran dari pihak lain.

hal ini menunjukkan bahawasanya Islam menyerahkan hukuman orang-orang yang berbuat kemungkaran secara tersembunyi hanya kepada Allah Taala, dan menghisabnya di akhirat nanti. Sesungguhnya azab Tuhan banyak diringankan kepada perbuatan yang tersembunyi dan tidak dilakukan secara terang-terangan. Dalam hadis dikatakan : Setiap ummatku mendapat perlindungan kecuali orang yang berbuat (maksiat) secara terangterangan. (muttafaqun alaihi dari Abu Hurairah, Al-Lu Lu wal Marjan : 1883) seperti peristiwa lucu dialami Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a yang dikisahkan oleh al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, bab Al-Amru bil Maruf wan Nahyu Anil Mungkar, pada suatu ketika, Umar memanjat rumah seseorang, kemudian terlihat olehnya sesuatu yang makruh, dan beliau pun menolak perbuatan tersebut. Pemilik rumah tersebut berkata : Wahai Amirul Mukminin, kalau saya hanya bermaksiat kepada Allah dalam satu sisi, t etapi anda telah bermaksiat dalam tiga sisi. Umar bertanya : Apa maksudmu ? . Pemilik rumah menjawab : Firman Allah : Dan janganlah kamu mengintai-intai. (Al-Hujurat : 12). Maka anda sekarang telah mengintaiku. Allah berfirman : Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya. (Al-Baqarah : 189), dan anda sekarang telah masuk (memanjat) dari atas. Dan Allah berfirman : Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum kamu meminta izin dan memberi salam kepda penghuninya. (An-Nuur : 27), maka anda tidaklah memberi salam. Lalu Umar pun membiarkannya dengan mensyaratkannya agar bertaubat. (Ihya Ulumuddin, 7/1218, terbitan Al-Syab, Cairo) oleh itu, tidak seseorang pun berhak mengubah kemungkaran yang disembunyikan terutamanya kemungkaran hati seperti riya, munafik, takbur, dengki, kedekut, dan sebagainya selagimana ia tidak ditonjolkan melalui perbuatan zahir. Walaupun perbuatan ini dianggap oleh agama sebagai dosa besar yang paling utama. Ini disebabkan kita diperintahkan supaya menghukum berdasarkan zahir yang kita lihat dan kita mesti berserah kepada Allah dalam perkara yang dirahsiakan. 3. Harus mempunyai kemampuan untuk memperbaiki kemungkaran tersebut

seseorang yang mahu memperbaiki sesuatu kemungkaran, haruslah mempunyai kekuatan sama ada kekuatan peribadi atau kelompok, sama ada kekuatan material atau moral, sehingga mampu menghilangkan kemungkaran itu dengan mudah. Syarat ini diambil juga dari hadis Abu Saad : Maka apabila tidak mampu, maka dengan mulutnya. Ertinya, apabila tidak mampu menggunakan kekuatan, maka masalah tersebut mestilah diserahkan kepada yang mempunyai kekuatan. Cukuplah baginya memperbaikinya dengan mulut (perkataan) dan penerangan, sebatas dengan kemampuannya. perkara ini selalunya dikhususkan kepada orang yang mempunyai kekuasaan. Ia berada dalam lingkungan kekuasaannya seperti suami kepada isterinya, ayah kepada anakanak lelaki dan perempuannya serta orang yang ditanggungnya, pengurus syarikat kepada para pekerjanya, pemerintah yang ditaati dalam lingkungan pemerintahan, kekuasaan dan kemampuan yang dimilikinya, dan begitulah seterusnya. (Al-Qardhawy memaksudkan pemerintah yang ditaati sebagai para pemerintah yang tidak mampu melakukan beberapa pekara yang berada dalam lingkungan kekuasaannya sendiri, seperti Umar Abdul Aziz yang tidak mampu mengembalikan system Khilafah secara syura umat Islam sebagai alternative system pewarisan. Demikian juga an-Najasyi, Raja Habsyah yang tidak mampu setelah

keislamannya untuk menjalankan hukum syarak kalangan rakyatnya kerana mereka tidak memluk Islam seperti beliau. Sekiranya beliau cuba melakukannya, pasti mereka akan memecatnya.

Anda mungkin juga menyukai