Anda di halaman 1dari 11

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Tajuk Tujuan

: Batu Dan Galian : Untuk mengenal pasti jenis batuan yang berbeza dan ciri-cirinya

Pengenalan : Kumpulan kami telah mengumpul dan membuat pemerhatian terhadap batu di tiga tempat yang berlainan. Batu-batuan telah dikumpul dari daerah Dalat, Matu-Daro dan Sarikei. Kami telah menggabung batuan-batuan yang terkumpul dan mencuba untuk mengkelaskan serta mengkategorikan ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu mengikut ciri-ciri tertentu. Pelbagai usaha dan rujukan telah dibuat untuk mempelajari dan mendapatkan pelbagai maklumat berkenaan dengan pelbagai jenis batu yang wujud di kawasan masing-masing. Pemerhatian yang dibuat adalah terhadap jenis, coreng, jisim, isipadu, ketumpatan, kilauan, kekerasan, lapisan dan saiz bijian bagi mengenalpasti nama-nama batu yang telah dilihat. Setelah mendapatkan maklumat yang dikehendaki barulah kami dapat mengelaskan batu tersebut kepada tiga kategori iaitu batuan metamorfik, batuan enapan dan batuan igneus. Teori :

Siklus batuan menggambarkan seluruh proses yang dengannya batuan dibentuk, dimodifikasi, ditransportasikan, mengalami dekomposisi, dan dibentuk kembali sebagai hasil dari proses internal dan eksternal Bumi. Siklus batuan ini berjalan secara kontinyu
1 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

dan tidak pernah berakhir. Siklus ini adalah fenomena yang terjadi di kerak benua (geosfer) yang berinteraksi dengan atmosfer, hidrosfer, dan biosfer dan digerakkan oleh energi panas internal Bumi dan energi panas yang datang dari Matahari. Kerak bumi yang tersingkap ke udara akan mengalami pelapukan dan mengalami transformasi menjadi regolit melalui proses yang melibatkan atmosfer, hidrosfer dan biosfer. Selanjutnya, proses erosi mentansportasikan regolit dan kemudian

mengendapkannya sebagai sedimen. Setelah mengalami deposisi, sedimen tertimbun dan mengalami kompaksi dan kemudian menjadi batuan sedimen. Kemudian, proses-proses tektonik yang menggerakkan lempeng dan pengangkatan kerak Bumi menyebabkan batuan sedimen mengalami deformasi. Penimbunan yang lebih dalam membuat batuan sedimen menjadi batuan metamorik, dan penimbunan yang lebih dalam lagi membuat batuan metamorfik meleleh membentuk magma yang dari magma ini kemudian terbentuk batuan beku yang baru. Pada berbagai tahap siklus batuan ini, tektonik dapat mengangkat kerak bumi dan menyingkapkan batuan sehingga batuan tersebut mengalami pelapukan dan erosi. Dengan demikian, siklus batuan ini akan terus berlanjut tanpa henti. Batu adalah bahan semulajadi yang terdiri daripada kristal pepejal mineral yang berbeza yang telah bersatu bersama-sama ke dalam ketulan pepejal. Di dalam kerak bumi terdapat beraneka jenis batu-batan. Setiap batu-batan ini berbeza daripada antara satu sama lain dari segi corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, proses pembentukan, dan kekuatannya menahan kuasa gondola. Batu-batan ini boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan yang batuan yanga besar iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis.Pengkelasan bagi setiap kategori batuan ini dibuat dengan berdasarkan tiga faktor iaitu kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan, tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan dan struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

2 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Batu adalah sejenis bahan yang terdiri daripada mineral dan dikelaskan menurut komposisi mineral. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan: Kandungan mineral yaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batu ini. Tekstur batu, yaitu ukuran dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batu; Struktur batu, yaitu susunan hablur mineral di dalam batu.

Proses pembentukan Batu-batu secara umum biasanya dikategorikan menurut proses yang

membentuknya, dan dengan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: a. Batuan sediment ( sediment rock) b. Batuan Beku (Igneus Rock) c. Batu Metamorf (Metamorfis Rock)

Batuan igneus terbentuk akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi.Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batuan igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahanbahan logam yang terdapat di dalamnya. Jika batuan ini mengandungi lebih banyak silika, maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidak padat dan berwarna lebih muda daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan berwarna lebih kehitaman kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan dan Batu Gunung Berapi atau Terobosan.
3 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Batuan

enapan

terjadi

daripada

enapan

yang

terkumpul

di

kawasan

perairan.Proses kejadian ini memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu, batuan ini disebut batu-batan berlapis. Ketebalan lapisannya berbeza-beza antara satu sama lain. Bentuk batuan ini kasar atau berbiji-biji halus, sama ada lembut ataupun keras. Bahanbahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal
4 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

kejadiannya dan kandungannya iaitu batuan enapan yang terjadi secara mekanik, batuan enapan yang terjadi secara organik dan batuan enapan yang terjadi secara kimia. Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, sama ada batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah disebabkan oleh kuasakuasa terutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia.Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak.

contoh-contoh batu enapan

5 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi.Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses
6 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut.Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya.Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia.Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang.

contoh-contoh batu metamorfosis Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas.Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya.Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil.Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan7 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

lapisan yang selari.Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan.Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisanlapisan.Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis.Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis.Batuan metamorphosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.

8 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Perbincangan : Batu boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfik. Setiap jenis batuan ini terhasil daripada cara yang berbeza iaitu batuan igneus terbentuk daripada penyejukan dan pembentukan magma, batuan enapan terbentuk daripada pemendakan bahan-bahan dalam laut, sungai atau tasik atau pemendapan partikel mineral yang diangkut oleh agen air, angin atau ais. Batuan igneus dan batuan enapan akan berubah kepada batuan metamorfik apabila didedahkan kepada suhu yang tinggi atau tekanan atau kedua-duanya sekali. Di samping itu, setiap batuan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan dapat dikenal pasti sebagai pengenalan kepada tiga jenis batuan tersebut. Antara ciri-ciri batuan yang dikenal pasti ialah coreng atau warna, jisim, isipadu, kilauan, kekerasan, lapisan dan saiz bijian. Coreng merupakan warna serbuk mineral yang dapat diperoleh dengan menggosokkan batuan tersebut di sepanjang sekeping porselin dikenali sebagai plat coreng. Apabila digosok, warna bagi kesan yang ditinggalkan oleh batu tersebut dapat dikenal pasti. Jisim batuan pula dapat diperoleh dengan menimbang sampel batu tersebut dengan menggunakan penimbang elektronik manakala isipadu sampel batu diperoleh dengan menyukat isipadu tersebut dengan meletakkan batu tersebut ke dalam silinder penyukat yang mengandungi air. Isipadu batu tersebut dapat dikenal pasti dengan menolak isipadu air selepas batu dimasukkan dengan isipadu air sebelum batu

dimasukkan ke dalam silinder penyukat. Selain itu, kilauan merupakan ciri permukaan sesuatu sampel batu yang akan memantulkan cahaya apabila cahaya dikenakan kepadanya. Terdapat lima jenis kilauan iaitu kilauan bak logam, sublogam, bak kaca, bak mutiara, bak sutera dan suram atau bak tanah. Batuan yang mempunyai kilauan bak logam mempunyai kebolehpantulan yang tinggi seperti logam, misalnya galena manakala batuan yang mempunyai kilauan sublogam pula, kebolehpantulannya kurang daripada kebolehpantulan logam, misalnya magnetit.

9 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Bagi kilauan bak kaca pula, ia menunjukkan kilau kaca pecah seperti kuarza. Ciri kilauan bak mutiara pula ditunjukkan oleh sebilangan lapisan silikat yang menyebabkan cahaya yang amat lembut, misalnya talkum.Bagi kilauan bak sutera, cahaya lembut ditunjukkan oleh bahan-bahan berserat seperti gipsum dan kilau suram atau bak tanah ditunjukkan oleh mineral-mineral hablur yang halus seperti hematit jenis karang ginjal. Ciri seterusnya ialah kekerasan, iaitu satu ukuran rintangan mineral terhadap regangan atau goresan.Ciri ini dikenal pasti dengan menggosok mineral yang tidak diketahui kekerasannya dengan mineral yang diketahui kekerasannya. Skala Mohs boleh digunakan di mana ia terdiri daripada 10 mineral yang disusun mengikut urutan menaik iaitu daripada 1 (paling lembut) ke 10 (paling keras). Dalam makmal, objek lain boleh digunakan untuk meguji kekerasan mineral. Antaranya ialah dengan menggunakan kuku manusia yang mempunyai kekerasan 2.5, duit syiling dengan kekerasan 3.5 dan sekeping kaca bernilai 5.5.

Kesimpulan : Secara umumnya batuan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu batuan metamorfik, batuan igneus dan batuan enapan. Setiap batu mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan dapat diperhatikan melalui mata kasar iaitu coreng, jisim, isipadu, ketumpatan, kilauan, kekerasan, lapisan dan saiz bijian. Kesemua ciri-ciri yang diperhatikan ini menyamai ciriciri yang diperoleh secara teori. Pembentukan batuan berlaku dalam satu jangka masa yang panjang dan dipengaruhi oleh tekanan dan suhu. Jenis-jenis batuan berbeza mengikut tempat dan kedalamannya dari permukaan bumi.

10 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA

Bibliografi :
Carter, B. (2012). Rocks And Minerals. [Powerpoint slides]. Diperoleh daripada https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC8Q FjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.lexington1.net%2Ftechnology%2Finstruct%2Flessons%2Feleme ntary%2Fbcminerals%2Fbcminerals.ppt&ei=O6hFUYf5MouzrAeg3YD4CA&usg=AFQjCNG45h2_e zcPHxjq9pkJRMW55oRCA&sig2=1fCfzhKq22Ntr6phCYtfYw&bvm=bv.43828540,d.bmk Chandler, A. (n.d.). Arkansas Geology Survey.Introduction to Minerals and Rocks, 6 -16. Djauhari Noor. (2009). Pengantar Geologi.Bab 3. Mineral dan Batuan, 54-62. Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob. (2004). Program Ggeologi UKM.Jenis-jenis Batuan, 1-8. Inani.(2009). Pelbagai Jenis Batuan. Diperoleh daripada http://inani.tripod.com/batu.htm Keller, E. A. (2008). Introduction To Environmental Geology. (4thed.). New Jersey : Pearson Education, Inc. Lutgens, F. K. & Tarbuck, E. J. (2008).Foundations Of Earth Science. New Jersey : Pearson Education, Inc. Rahmah.(2012). Jenis - Jenis Batuan, Ciri - Ciri Dan Proses Terbentuknya. Diperoleh daripada http://asagenerasiku.blogspot.com/2012/12/jenis-jenis-batuan-ciri-ciri-dan-proses.html Stalwarts, S. (2012). Rocks. Diperoleh daripada http://science.nationalgeographic.com/science/earth/inside-the-earth/rocks-article/ Tillery, B. W. (2008).Physical Science. (7thed.). New York : The McGraw-Hill Companies, Inc. Wilson, J. R. (2010). Minerals And Rocks. Minerals An Introduction, 14 20. Rujukan internet; http://www.budairi.com/2011/10/siklus-batuan.html#ixzz2a8O63pjg http://www.budairi.com/2011/10/klasifikasi-batuan.html#ixzz2a8ORtwt7 http://www.budairi.com/2011/10/klasifikasi-batuan.html#ixzz2a8ORtwt7 http://geoenviron.blogspot.com/2012/03/dasar-dasar-geologi.html http://thesignbro.blogspot.com/2011_05_01_archive.html http://www.budairi.com/2011/10/batuan-beku.html#ixzz2a8PLtfMj 11 TAN CHUAN HENG (680607-13-5107) , ISMAIL BIN KADIR(720809-13-6195) , KOH ING TAI (820818-13-5897) , TAJUDIN BIN JIREN (710421-13-5605) SAINS 1 / PPG 2011