Pengenalan
Adat memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Perihal tersebut jelas
terpancar dalam ungkapan “hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.” Hukum adat
diturunkan ataupun diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain secara lisan dan sekali
gus merangka pola pemikiran dan tindakan mereka. Sebagai orang Melayu, segala apa yang
dilakukan seharusnya berteraskan nilai-nilai yang ditetapkan oleh adat Melayu. Kepentingan
hukum adat bagi masyarakat Melayu turut jelas diperhatikan dalam ungkapan “biar mati anak,
jangan mati adat.” Natijahnya, adat menjadi paksi segala semangat, jiwa, nyawa, ilmu, tertib dan
gaya kehidupan orang Melayu. Malahan lagi, adat “merupakan struktur yang menghubung
seluruh kehidupan manusia Melayu, yang menegaskan sifat, diri, keperibadian, identiti atau jati
Persoalan Melayunya seseorang ataupun tidak terletak pada kefahamannya akan konsep
adat Melayu. Daripada itu, dapat dirumuskan bahawa manusia Melayu itu sebenarnya tidak
ditentukan oleh keturunan ataupun warna kulit individu dan sebaliknya ditentukan oleh
keupayaan individu tersebut untuk membudayakan citra bangsa yang ideal melalui adat Melayu.
Namun begitu, dalam setiap perkara yang berjaya untuk kesan pada kehidupan manusia,
pastinya terdapat ciri-ciri khusus yang menjadi teras kepada keberkesanan perkara tersebut.
Dalam hal ini, adat Melayu, sebagai sebuah entiti yang diwariskan dari satu generasi ke generasi
yang lain menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian. Dalam erti kata yang lain,
terdapat ciri-ciri khusus pada bahasa yang digunakan dalam ungkapan adat Melayu untuk
Kajian ini telah diusahakan atas kesedaran bahawa ungkapan adat Melayu masih belum pernah
dikaji secara eksplisit. Perkara tersebut berpangkalan daripada kerumitan untuk mendapatkan
bahan-bahan yang sekali gus dapat digunakan sebagai rujukan bagi ungkapan adat Melayu.
Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan dua pendekatan utama dalam perlaksanaan kajian,
Kajian ini akan meneliti penggunaan kata dalam adat Melayu untuk mengenal pasti ciri-
ciri keberkesanan ungkapan adat Melayu sebagai agen pencorak manusia Melayu. Dalam hal ini,
pengkaji akan meneliti gaya bahasa ungkapan adat Melayu, khususnya dalam penggunaan kata-
kata yang memberikan kesan kathartik pada orang Melayu. Kajian neuroestetika ataupun
bagaimana minda manusia bertindak balas dengan seni dapat lazimnya dapat dibahagikan kepada
tiga bidang utama, yakni (1) pewakilan, (2) emosi, dan (3) kreativiti. Namun begitu, bagi tujuan
kajian ini, pengkaji akan mendekati subjek kajian dengam memberikan tumpuan yang lebih
terhadap pewakilan sesuatu perkara pada bahasa yang digunakan dalam ungkapan adat Melayu
dan kesan emosi karya tersebut dalam penjanaan katharsis pada diri penerima.
Metodologi Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis tertumpu,
yakni dengan meneliti ungkapan adat Melayu. Analisis tertumpu dilakukan dengan memberikan
perhatian kepada penggunaan kiasan Melayu dalam teks tersebut. Selain itu, kajian ini turut
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan ini merujuk kepada kajian yang
telah dibuat oleh Za’ba (1995) dan Lim Kim Hui (2003) sebagai asas kerangka fikiran dalam
Konsep Kajian
Dalam rangka kajian yang ditetapkan, terdapat dua perkara penting yang mendasari kajian
berikut, iaitu bahasa kathartik dan ungkapan adat Melayu. Pengkaji daripada itu akan
Retorik
Retorik merujuk kepada kesenian berhujah serta keberkesanan sesuatu subjek untuk
mempengaruhi khalayak penerima akan isu yang diketengahkan. Di samping tatabahasa dan
dialektik ataupun logic, retorik merupakan salah satu daripada tiga cabang kesenian dalam
bidang hujahan. Dari sudut etimologi, istilah retorik berasal daripada rhetorikos, yakni sebuah
perkataan daripada bahasa Yunani yang merujuk kepada penghujah ataupun pembicara. Istilah
tersebut terkait rapat dengan istilah rhetor yang merujuk kepada keberkesanan berhujah dan
rhema yang merujuk kepada sebarang perkara yang diucap serta menggunakan bahasa sebagai
wadah utamanya. Menurut Quintilian, pemeringkatan seni retorik dapat dibahagikan kepada lima
Dispotio – Proses pengolahan semula segala isi dan fakta bagi tujuan impak yang paling
berkesan
Actio – Penghujah membentangkan hujahannya dalam bentuk yang sesuai dengan khalayak
pendengar.
Sesuai dengan gagasan tersebut, ungkapan adat Melayu turut dapat dibahagikan kepada
dan hujahan. Kenyataan yang harus diterima ialah ungkapan adat Melayu tidak pernah hadir
dalam ruang vakum dan dicipta daripada pemerhatian dan pengamatan yang mendalam akan
segala fenomena yang melanda kehidupan manusia, khususnya dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Segala fenomena tersebut dikembangkan dalam bentuk yang figuratif. Dalam erti kata
yang lain, pemerhatian masyarakat Melayu diikembangkan dalam bentuk ungkapan yang
Penguasaan retorik dalam tradisi lisan ataupun tulisan sebenarnya dapat dibuat dengan
tiga teknik utama, yakni dengan teknik induktif, deduktif atau analogi. Dalam teknik induktif,
penulis ataupun pengucap akan mengemukakan fakta dan maklumat-maklumat khusus sebelum
membuat kesimpulan atau rumusannya sendiri. Teknik tersebut lazimnya sering digunakan para
ilmuan dan akademia dalam pelaksaan tugas ataupun kajian. Teknik kedua, yakni deduktif
memberikan sebuah penyataan yang umum namun dituruti oleh fakta dan maklumat yang
khusus. Kaedah tersebut sebenarnya lebih sering digunakan oleh para politikus dalam
mempengaruhi minda pengundi ataupun rakyat. Sementara itu, teknik ketiga merupakan teknik
analogi, iaitu teknik yang menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan
ataupun pemakaian bahasa dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang bertujuan untuk
menyampaikan sesuatu maksud atau gagasan dengan lebih berkesan dan efektif. Dalam erti kata
lain, retorik merupakan strategi yang digunakan penulis ataupun pengucap untuk mempengaruhi
sikap atau pendirian khalayak penerima. Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan empat
aspek, iaitu (1) penguasaan tatabahasa, (2) penggunaan pelbagai ragam bahasa, (3) penyampaian
pemikiran secara teratur dan sistematik, dan (4) penguasaan corak dan bentuk penulisan. Strategi
yang digunakan dalam pengolahan sesebuah teks lisan ataupun tulisan dapat diterapkan dengan
penghayatan empat cara utama, yakni naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi
kekuatan yang berbeza dan harus disesuaikan dengan beberapa faktor termasuk khalayak
pendengar atau pembaca, keadaan persekitaran dan sebagainya. Daya kekuatan dan kelemahan
Di suatu sudut yang lain, dari sudut etimologi, budaya retorik dalam alam Melayu hanya
bertapak selepas kedatangan Islam. Perkara tersebut dapat diperhatikan daripada korpus
leksikografi bahasa Melayu. Budaya retorik, dalam bahasa Melayu, paling dekat dikaitkan
dengan istilah hujah ataupun hujahan yang berpangkalan daripada bahasa Arab. Sedangkan
istilah penalaran turut dapat menggantikan istilah hujah, istilah penalaran turut berpangkalan
daripada bahasa Arab. Namun begitu, adakah perkara tersebut mengisyaratkan bahawa
masyarakat Melayu tidak mempunyai keupayaan dalam bidang retorik sebelum kedatangan
Islam? Budaya retorik dalam masyarakat Melayu pra-Islam sebenarnya amat bergantung pada
pepatah, bidalan, ungkapan, pantun dan sebagainya. Pola retorik masyarakat Melayu lama amat
berbeza daripada pola retorik masyarakat barat. Sedangkan proverbs dalam budaya masyarakat
Eropah berperanan sebagai pengungkap citra sesebuah zaman melalui mesej dan falsafah yang
tersirat dalamnya, pepatah, bidalan, ungkapan, pantun, dan sebagainya turut digunakan
masyarakat Melayu sebagai “pematah bicara”. Kemahiran seseorang dalam bidang tersebut
sekali gus meletakkannya di tahap yang tinggi pada mata marhaen dan memberikannya mandat
yang lebih dalam sebarang perbalahan atau perbicaraan. Malahan, Tee (2000) turut percaya
bahawa budaya retorik masyarakat Melayu telah bermula pada zaman awal lagi. Menurutnya :
“Bukan kali pertama Melayu berdebat sesama sendiri dalam sejarah tentang
sesuatu perkara. Bukan juga Melayu ini suatu bangsa yang terbentuk pada alaf
kedua. Orang Melayu sebenarnya dapat dikesani telah mula berdebat selewat-
lewatnya pada akhir alaf pertama.”
Namun begitu, keberkesanan seseorang individu untuk beretorik dengan ungkapan adat
Melayu amat bergantung pada tiga perkara pertama1, yakni Ethos, Pathos dan Logos ataupun
perawakan individu yang menyampaikan ungkapan adat Melayu, kebolehan ungkapan dan
individu yng terbabit untuk memancing emosi khalayak penerima, dan nilai logika yang terdapat
Retorik pada dasarnya merupakan seni atau kecekapan berpidato untuk mempengaruhi
khalayak. Namun begitu, terdapat kesukaran untuk memberikan tafsiran yang jelas dan kukuh
akan konsep tersebut atas maknanya yang tidak jelas dan sering berubah-ubah menurut individu-
individu yang menggunakannya sama ada secara khusus mahupun secara umum. Becker (1976)
walau bagaimanapun mentafsirkan retorik sebagai penggarapan wacana secara sistematik demi
membina sebuah persefahaman mutual antara penerima mesej dan pemberi mesej. Rumusannya,
retorik merujuk kepada strategi komunikasi yang baik, mahupun dalam bentuk lisan ataupun
tulisan.
Bahasa Kathartik
Bahasa kathartik merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah bahasa untuk
menghadirkan rasa katharsis ataupun spiritual cleansing. Katharsis, menurut tafsiran Aristotle
merujuk kepada proses purgation of emotion untuk menyadarkan manusia akan segala kesilapan,
tersirat dalam jiwa manusia. Dalam erti kata lain, bahasa kathartik berupaya untuk mengusik
nilai perasaan manusia lewat pengamatan dan kefahaman akan nilai-nilai yang tersirat dalam
1
Ketiga-tiga perkara utama dalam retorik, yakni Pathos, Ethos dan Logos telah
diketengahkan oleh Aristotle.
sebuah teks.
Bahasa kathartik dihuraikan oleh pengkaji melalui dua dimensi yang sekali gus
membentuk rangka pemikiran, kepercayaan dan psikologi orang Melayu, yakni budi dan badi.
Sementara budi dan badi merujuk kepada dua pola yang bertentangan dari segi ciri dan sifatnya,
tidak dapat dinafikan bahawa budi dan badi merupakan dua elemen yang saling melengkapi.
Ketiadaan salah satu daripada nilai tersebut turut menjejas dan mencacatkan kosmologi manusia
Melayu. Sifat buruk dan baik yang saling melengkapi malah turut dapat diperhatikan pada
perkataan ‘tu-han’ (tuhan) dan ‘han-tu’ (hantu) yang merupakan penyusunan semula suku kata
‘tu’ dari hadapan ke belakang. Kefahaman akan konsep baik dan buruk dalam psikologi orang
“Elemen buruk dan baik tidak terbatas pada pohon dan haiwan sahaja tetapi turut
hadir dalam kefahaman mereka terhadap ruang dan waktu. Orang Melayu percaya
bahawa di mana sahaja beliau berada, terdapat ruang yang ditetapkan bagi
makhluk halus, lantas menjadikannya kurang sesuai untuk membina
rumah..Kefahaman umum terhadap konsep semangat yang positif dan negatif
dalam masyarakat Melayu dikembangkan lagi dalam konsep budi dan badi.”
Konsep budi dan badi merupakan dua pola kontrastif yang mewakili sistem dualiti yang
terdapat pada gaya pemikiran masyarakat Melayu. Orang Melayu percaya bahawa nilai kebaikan
tidak dapat hadir secara bersendirian. Malahan pula, manusia Melayu sebenarnya merupakan
penyatuaan jasad, atma dan semangat (baik dan buruk). Menurut Md. Salleh Yaspar (1985) :
“Pohon dan objek mungkin berbeza dari sudut struktur fizikal, namun kedua-
duanya mempunyai elemen dalaman yang sama, iaitu semangat. Dalam hal yang
berlainan pula, manusia tidak terlampau berbeza dengan tuhan kerana asal-
usulnya tetap datang dariNya. Dia juga tidak dapat dibezakan seratus peratus
daripada alam memandangkan elemen-elemen alam mencerminkanNya.”
Kepekaan serta keakuran pada kepentingan konsep budi dan badi sebagai semangat
dalaman sesebuah karya sekali gus membolehkan pembaca untuk menelusuri isi hati orang
Melayu.
Budi
Budi merupakan suatu falsafah yang kompleks dalam kosmologi orang Melayu. Bagi orang
Melayu, kepentingan nilai budi pada seseorang dapat diperhatikan dalam perbendaharaan kata
Melayu seperti berbudi, budi bahasa, budiman, budi daya, akal budi dan sebagainya. Dari sudut
etimologi, ‘budi’ berpangkalan daripada bahasa Sanskrit, iaitu ‘buddhi’ yang merujuk kepada
nilai keintelektualan yang tinggi. Nilai tersebut dapat kita teliti dengan lebih mendalam lagi pada
beberapa variasi kata tersebut seperti ‘buddha’ dan ‘bodhi’. Kedua-dua perkataan tersebut
membawa konotasi spiritual yang tinggi. Konsep dan nilai budi sebagai sebuah elemen yang
bersifat spiritual turut disentuh dalam kitab Jawa kuno, Serat Centhini (1998:249-253) :
“Perkara ini yang tidak nyata hadir di antara dua kenyataan. Ianya berdiri di
pertengahan dua landasan yang bernama budi. Budi itu hampir sama dengan sifat
ketuhanan. Ianya dapat dikaitkan dengan kerohanian Muhammad. Ianya
manifestasi kebatinan. Budi itu zahir kebatinan dan suci. Budi adalah tempat
keamanan.”
Budi digambarkan kitab tersebut sebagai sebuah entiti suprahuman yang berupaya untuk
menjalinkan hubungan kukuh antara manusia dan tuhan. Masyarakat Melayu percaya bahawa
ketiadaan nilai budi dalam diri manusia sekali gus memungkinkan kehadiran sebuah fenomena
yang negatif. Perihal tersebut disebut dalam adat Melayu sebagai hukum rimba. Hukum rimba
menjadi konsep yang berlawanan dengan hukum alam yang melandasi segala fenomena
kehidupan. Dalam erti kata yang lain, budi memanusiakan manusia. Tafsiran akan konsep hukum
2
Puisi merupakan tulisan Muhammad Jailani Abu Talib dan diterbitkan dalam akhbar Berita Harian pada 14 Mac 2009.
“Hukum rimba
Tiada adab
Tiada adat
Tiada budi
Tiada akal
Nescaya musnah
Hancur berkecai
Makhluk taksub
Pelarian mencari rumah
Kononnya
Menurut adat
Menjunjung titah
Lestari sumpah
Budaya manusia
Budi mewakili ruang positif dalam psikologi orang Melayu. Penghayatan konsep budi
dalam bidang penulisan dan kesusasteraan sekali gus meletakkan penulis, penutur dan pengguna
karya tersebut pada tempat yang ideal bagi mempengaruhi minda dan perawakan penerima.
Senada dengan itu, nilai budi turut menjadi elemen tunggak dalam ungkapan adat Melayu.
Kehadiran nilai dan kata-kata yang mempamerkan konsep budi bertujuan untuk menganjak
Badi
Sementara budi merujuk kepada nilai positif dalam ruang psikologi orang Melayu, badi merujuk
kepada nilai negatif dalam ruang psikologi yang sama. Badi merupakan pertentangan konsep
budi yang menitikberatkan nilai-nilai keindahan, kebaikan, kesenangan, keriangan dan
sebagainya. Kehadiran nilai-nilai badi dalam karya persuratan menghadirkan rasa negatif seperti
adat Melayu banyak bergantung kepada penggunaan kata-kata yang berunsur negative. Contoh
Kata-kata yang ditebalkan merujuk kepada perkataan yang mempunyai pengaruh nilai
badi yang kuat. Dapat diperhatikan bahawa perkataan-perkataan seperti melukut, kutu, takut dan
hantu menjadi komponen yang penting dalam ungkapan di atas dan tidak dapat digantikan
dengan sebarang perkataan yang lain. Penggunaan kata-kata tersebut malah turut bersesuaian
dengan penyataan Coleridge yang mentafsirkan puisi sebagai “perkataan yang terbaik dalam
susunan yang terbaik”. Pemaujudan ungkapan adat dalam bentuk puisi menghadirkan keperluan
untuk menggunakan bahasa kathartik sebagai kata kunci dalam penghayatan puisi dan ungkapan
adat. Dalam hal ini, bahasa kathartik yang berunsurkan badi memainkan peranan penting dalam
Namun begitu, penggunaan bahasa yang berteraskan badi tidak bertujuan untuk
menganjak proses katharsis yang negatif pada diri pembaca. Penggunaannya dalam konteks
3
Dipetik daripada Muhammad Ariff Ahmad. (2007:103). Nilam : Nilai Melayu Menurut Adat.
Singapura : Majlis Pusat
4
ungkapan adat lebih sebagai pemangkin rasa negatif bagi tujuan melahirkan reaksi positif pada
diri pembaca.
Adat Melayu memainkan peranan yang genting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dari sudut
etimologi, istilah ‘adat’ berasal daripada ‘adah’ yang dalam bahasa asalnya, bahasa Arab,
merujuk kepada sebarang amalan yang telah menjadi kelaziman. Namun begitu, dalam konteks
penggunaanya dalam bahasa Melayu, pengertian adat diperluaskan lagi seperti berikut :
“Istilah adat Melayu kerapkali mengelirukan atau ada salah faham, semata-mata
bererti kelaziman, kebiasaan dan tradisi orang Melayu. Ini sebahagian besarnya
adalah tidak benar. Adat ialah institusi dalam mana undang-undang dan kebiasaan
mengatur sosial, politik dan corak perlembagaan bagi pemerinta hari itu. Undang-
undang itu adalah melahirkan pepatah-pepatah yang sangat lama dan bernilai.”
Pada asasnya, sistem adat Melayu dapat dipecahkan kepada dua cabang utama, yakni
Adat Pepatih dan Adat Temenggong. Sementara Adat Pepatih lebih sering diamalkan di daerah-
dengan lebih meluas di seluruh alam Melayu. Sejarah dan asal-usul kedua-dua sistem adat
Kedua-dua sistem adat tersebut berakar daripada satu asal-usul yang sama. Namun
begitu, perbezaan pada ciri-ciri adat antara Adat Temenggong dan Adat Pepatih mempunya
perbezaan yang ketara, khususnya pada sistem pewarisan tanah dan harta. Adat merupakan
sebuah institusi perlembagaan yang mengawal sistem kehidupan masyarakat Melayu. Organisasi
dan kuasa yang terdapat pada adat Melayu dapat diperhatikan pada ungkapan berikut (1965:20) :
kehidupannya. Nescaya, segala tindak-tanduk, reaksi dan tindak balas masyarakat Melayu
terhadap alam sekeliling dapat dihuraikan dengan pemerhatian dan pemahaman terhadap konsep
dasar adat Melayu. Namun begitu, sebagai sebuah institusi sosial yang dihadirkan secara lisan
dan diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain, adat Melayu memerlukan sebuah wadah
kukuh untuk menyempurnakan peranan tersebut. Atas kesedaran tersebut, adat Melayu
disemadikan dalam bentuk ungkapan yang kemudiannya diwariskan dari satu generasi ke
keberkesanannya sebagai sebuah sumber ilmu bagi masyarakat Melayu. Dalam hal ini, antara
teknik yang paling ketara dalam ungkapan adat Melayu adalah teknik analogi, iaitu teknik
menggunakan perbandingan ataupun kiasan bagi menunjukkan persamaan atau perbezaan antara
dua perkara atau senario. Seperti yang telah dijelaskan di antara, ruang psikologi manusia
Melayu dapat dipecahkan kepada dua, yakni ruang budi dan ruang badi. Dalam erti kata yang
lain, ruang psikologi orang Melayu dapat dibahagikan kepada dua kutub yang bertentangan. Bagi
setiap tunjuk ajar positif yang diberikan, sebuah contoh perbandingan yang negatif turut
disertakan sekali. Perihal tersebut jelas dapat diperhatikan seperti berikut (2004:25):
Namun begitu, sebelum perbincangan tentang kaedah analogi yang hadir dalam ungkapan
di atas, maka wajarlah bagi pengkaji memberikan tafsiran akan konsep analogi. Analogi
ditafsirkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:52) sebagai “kias, perbandingan”. Walau
“An analogy is a mapping of knowledge from one domain (the base) into
another (the target), which conveys that a system of relations that holds among
the base objects also holds among the target objects.”
merupakan kaedah merangkaikan maksud utama dengan penggunaan istilah ataupun rujukan
yang berlainan. Istilah ataupun rujukan tersebut sebenarnya turut dapat dikenali sebagai
metafora. Penggunaan metafora dalam ungkapan adat semestinya merupakan antara elemen yang
penting. Bahkan, penggunaan metaforalah yang memberikan ungkapan adat identitinya yang
ekspresi dan persepsi masyarakat Melayu terhadap konsep yang dibentuk dan diperolehi
sebagai sebuah alat retorik hanya terserlah apabila metafora tersebut digandingkan dengan
cebisan-cebisan kata yang bersifat literal. Seperti yang telah dijelaskan di atas, keberkesanaan
retorik ini sebenarnya dipengaruhi pelbagai faktor. Antara faktor yang turut mempengaruhi
keberkesanaannya ialah faktor khalayak penerima mesej yang terkandung dalam teks lisan
ataupun tulisan. Dalam hal ini, khalayak yang menerima mesej tersebut adalah khalayak bangsa
Masyarakat Melayu merupakan sebuah bangsa yang bijak beralas dan berkias dalam
perbicaraan seharian. Malahan, kelembutan dalam berbahasa itulah yang memberikan sebuah
dimensi yang dalam sifatnya bagi konsep analogi dalam alam Melayu, khususnya dalam teknik
retorik analogical pada ungkapan adat Melayu. Penggunaan kias dalam budaya retorik ungkapan
adat Melayu membawa masyarakat “hanyut dalam keindahan dan kedalaman maknanya”. (Tenas
Effendy, 2004:v).
Selain daripada itu, pembaca turut harus akur bahawa ungkapan adat Melayu lazimnya
telah tercipta sejak berzaman dahulu, maka tidak keterlaluan untuk mengatakan kebarangkalian
bahawa seseparuh daripada ungkapan tersebut dicipta sejak berabad lamanya. Sekiranya teori
tersebut diambil kira, maka perlulah difahami bahawa keadaan sosio-budaya masyarakat Melayu
lampau amat berbeza dengan konteks masyarakat Melayu hari ini. Semakin peradaban Melayu
melalui proses kematangan ekoran masa, masyarakat Melayu turut menjadi lebih berpelajaran
tinggi ekoran jumlah anak-anak Melayu yang berjaya ke menara gading serta lebih terdedah
dengan pelbagai ragam dunia. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lampau yang kurang
pendedahannya dengan dunia sekeliling melainkan segala fenomena yang mengelilingi hidup
mereka, penggunaan analogi dan metafora merupakan sebuah alat yang sesuai. Berdasarkan
pengamatan pengkaji terhadap unsur retorik analogical dalam ungkapan adat Melayu, pengkaji
dapat merumuskan bahawa teknik retorik analogical digunakan atas lima sebab utama, yakni (1)
bagi mengembangkan sesuatu idea ataupun gagasan, (2) mengungkapkan perasaan), (3)
menghiburkan perasaan, (4) mencetuskan kesedaran dan (5) membekamkan nilai dan
keperibadian Melayu.
Ungkapan adat Melayu memainkan peranan yang penting dalam pengolahan budaya kehidupan
sesebuah masyarakat. Sebagai sebuah institusi sosial yang melakarkan hukum, pantang larang
serta perkara-perkara yang diperbolehkan dalam sesebuah masyarakat, ungkapan adat Melayu
sarat dengan unsur didaktik. Dapat dirumuskan daripada kenyataan tersebut bahawa budi
menjadi teras kepada ungkapan adat Melayu. Ungkapan adat Melayu dihadirkan untuk
mempengaruhi masyarakat Melayu ke arah kebaikan. Namun begitu, beberapa kaedah dan
pendekatan utama digunakan dalam ungkapan adat Melayu bagi mencapai matlamat tersebut.
Antara kaedah yang digunakan ialah dalam penglahiran rasa gerun, takut, dan seram pada diri
penerima ungkapan tersebut di samping melahirkan rasa keinsafan demi menganjak perubahan.
rasa seram pada diri penerima ungkapan tersebut. Sebagai contoh, perkataan-perkataan seperti
perbuatan jahat, berkata bohong, berkata salah, dengki dan belot, takut, dan malu membawa
konotasi yang negative. Hal tersebut menjadi inti terhadap bahasa badi. Biarpun begitu, frasa
yang benar, pada bentuk asal sebenarnya merujuk kepada perkara ataupun makhluk yang lebih
sempurna daripada diri penerima. Biarpun frasa tersebut tidak dapat diterima secara
keseluruhannya sebagai frasa yang menepati ciri-ciri bahasa badi, frasa tersebut dilahirkan dalam
ungkapan di atas untuk menghadirkan rasa keinsafan pada penerima. Ungkapan tersebut
mengingatkan penerima akan kekerdilan manusia yang tidak lepas daripada cacat dan cela dan
sentiasa dikelilingi oleh perkara yang lebih sempurna daripada dirinya.. Asalkan insan tersebut
Selain daripada itu, keberkesanaan penggunaan bahasa badi dalam penganjakan kesan
katharsis pada diri penerima turut bergantung pada kata, frasa dan ayat yang menjadi komplemen
ataupun frasa pendamping terhadap bahasa badi. Perkara tersebut dapat diperhatikan pada kata-
kata yang dicondongkan seperti peliharalah diri, engkau jauhi, jangan sekali, jujur dan ikhlas
sebarang peri, peliharalah lidah, Janganlah suka, Luruskan hati elokkan tingkah, Jujur dan
ikhlas jangan berobah, jagalah mulut, Berkata jujur janganlah, engkau mengikut, peliharalah
laku, Jujur dan setia tempat tegakmu, dan Rajin belajar menambah ilmu.
Tujuan utama adat Melayu adalah untuk mendatangkan faedah dan kebaikan pada
generasi muka, atas dasar itu, tidak hairanlah sekiranya kelahiran ungkapan adat Melayu adalah
sebagai ilmu yang dapat digunakan oleh penerima. Sesuai dengan gagasan tersebut, nilai budi
sebenarnya menjadi teras kepada ungkapan adat Melayu. Nilai budi mempengaruhi ungkapan
adat Melayu pada dua sudut utama, yakni sebagai pemangkin ciri-ciri positif pada penerima serta
Nilai budi dan badi dapat dikesan jelas pada rentetan kata yang menjadi wahana
penyampaian segala gagasan adat Melayu. Dalam hal ini, bahasa budi dan badi diterjemahkan
dalam rangkaian satu atau lebih perkataan yang sekali gus membentuk sebuah frasa.
Kehadiran frasa pendamping pada bahasa badi menjadi sekali gus mengukuhkan
kejituaan dan keutuhan budi sebagai teras ungkapan adat Melayu. Frasa dan kata-kata yang
dicondongkan di atas memberikan landasan yang terarah bagi khalayak pembaca untuk
menghayati ungkapan tersebut dengan lebih berkesan. Jelas bahawa penggunaan bahasa budi dan
bahasa badi secara serentak melahirkan sinergi yang harmonis antara kedua-dua elemen tersebut.
Trend yang sama turut dapat diperhatikan pada ungkapan-ungkapan berikut (2006:464,
5
Lihat kitab Serat Centhini.
2006:454) :
Dalam penglahiran katharsis budi pada diri penerima ungkapan adat Melayu, bahasa budi
menjadi teras kepada ungkapan adat Melayu. Penggunaan lenggok dan gaya bahasa puisi
menambahkan nilai estetika ungkapan adat Melayu di samping melancarkan proses penerimaan
segala teguran dan tunjuk ajar yang terpateri dalam ungkapan tersebut. Bahasa budi daripada itu
dapat ditelusuri dan diteliti pada lenggok bahasa puitis yang digunakan dalam proses
pemaujudan adat Melayu ke dalam bentuk figuratif di samping kata-kata kunci yang berunsur
positif. Sesuai dengan peranan yang dimainkan adat Melayu sebagai sebuah institusi sosial yang
menjadi piawai terhadap budaya masyarakat Melayu, nilai budi menjadi teras kepada ungkapan
adat Melayu.
Proses penjanaan budi ataupun kesan kathartik pada diri pembaca lazimnya menggunakan
beberapa kaedah tertentu. Antaranya ialah dengan menggunakan bahasa budi bagi memberikan
kesan psikologi kontrastif terhadap penerima. Bahasa badi, sebagai bahan representative
menterjemahkan perceptual inputs (bahasa badi) kepada pelbagai jenis pewakilan mental
perasaan dan minda penerima untuk menjauhkan diri daripada membudayakan amalan-amalan
Ungkapan di atas menggunakan bentuk pantun sebagai wadah untuk menunjuk ajar akan
konsep menjadi orang menurut adat Melayu. Lebih khusus lagi, ungkapan di atas mengajarkan
akan padah menjadi orang perajuk. Sesuai dengan konsep binaan pantun empat kerat yang terdiri
daripada dua baris pembayang dan dua baris isi, pantun di atas terbina daripada dua baris
pembayang dan dua baris frasa yang menggunakan bahasa badi. Frasa tersebut sekali gus
menjadi isi kepada pantun yang dimaksudkan. Namun begitu, ketidakhadiran bahasa budi secara
terang-terang tidak bererti bahawa nilai budi langsung tidak hadir pada ungkapan di atas.
Kehadiran nilai badi terletak pada kiasan pembayang maksud pantun di atas. Sebagai
contoh, parang bungkuk bawa menebas, tajam matanya karena diasah. Ungkapan tersebut
menjelaskan bahawa parang bungkuk yang digunakan dalam aktiviti menebas tidak mempunyai
mata yang tajam secara semula jadi. Sebaliknya, ketajaman mata tersebut hanya bisa hadir
selepas diasah. Dalam erti kata yang lain, parang tersebut tidak mungkin akan berguna andai
matanya tidak diasah. Nescaya, besi yang buruk pun bisa menjadi tajam sekiranya besi tersebut
Nilai badi daripada itu merupakan sebuah komponen yang integral dalam peradaban dan
psikologi Melayu serta tidak dapat dipisahkan ataupun ditidakpedulikan dalam pencerakinan
budaya Melayu. Nilai badi bertujuan untuk menghindarkan penerima ataupun pendengar
ungkapan daripada keperihalan-keperihalan yang negatif. Selaras dengan psikologi orang
Melayu yang lazimnya dapat dipecahkan kepada nilai budi dan badi, nilai badi bertujuan untuk
menggerunkan penerima ungkapan lewat mendekatkan diri penerima dengan ruang lingkup
hantu berbanding dengan budi yang mendekatkan diri penerima ungkapan dengan ruang lingkup
tuhan.
Dalam budaya retorik masyarakat Melayu, ungkapan adat Melayu bukan sahaja bertujuan untuk
mempengaruhi minda penerima namun turut penting sebagai “pematah bicara”. Ungkapan adat
Melayu merupakan antara perkara yang diucapkan bagi mematahkan bicara lawan dalam
sesebuah perdebatan. Dalam proses mencari kesimpulan daripada perkara yang didebatkan,
masyarakat Melayu secara teoretis memilih penggunaan akal budi yang tersemat dalam
ungkapan adat Melayu. Perkara tersebut dilakukan atas kepercayaan bahasa masyarakat lampau
Dalam rangka perbincangan tentang ungkapan adat Melayu, terdapat tiga dimensi
utama yang melandasi budaya retorik yang hadir dalam ungkapan adat Melayu, yakni dimensi
ethos, pathos dan logos. Namun begitu, dimensi ethos, pathos dan logos dalam budaya retorik
Melayu sebenarnya lebih rencam sekiranya dibandingkan dengan budaya retorik masyarakat
lain. Sebagai contoh, ethos dan logos tidak dapat dipisahkan secara eksplisit dalam budaya
retorik alam Melayu, khususnya dalam ungkapan adat Melayu. Hal tersebut disebabkan
kepentingan nilai budi dalam ungkapan adat Melayu. Seperti yang telah dijelaskan di bahagian
awal kertas kerja ini, nilai budi memainkan peranan yang besar dalam ungkapan adat Melayu,
bahkan ilmu setinggi mana pun tidak bisa menandingi orang yang berbudi. Perihal tersebut dapat
diperhatikan seperti berikut :
Bagi masyarakat Melayu, ilmu tidak bererti sekiranya tidak digandingkan dengan
budi. Sebagaimana telah diterangkan dalam ungkapan di atas, sekiranya ilmu merupakan pati
seseorang, maka akidah (budi) merupakan sarinya. Budaya retorik alam Melayu daripada itu
merupakan penggarapan wacana emosi dan logika yang mementingkan peranan budi dan badi
dalam bentuknya.
Bagi masyarakat Melayu yang sekali gus merupakan khalayak penerima utama
ungkapan adat Melayu, ethos merujuk kepada perawakan dan keperibadian insan yang
mengucapkannya. Dalam hal ini, ethos dapat dihadirkan dalam diri pengucap ungkapan tersebut
3) Pengucap mempunyai nilai logos yang tinggi sehinggakan beliau mampu untuk
kepada keberkesanan pengucap mengucapkan ungkapan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu,
kepakaran tentang sesuatu bidang itu merupakan perkara yang penting serta memberikannya
adat Melayu. Namun begitu, kepakaran tersebut tidak semestinya bererti bahawa individu
tersebut merupakan seorang professor mahupun sarjana dalam bidang berkenaan. Bagi
masyarakat Melayu, kepakaran tersebut turut dapat berada pada orang yang lebih berusia.
Sebuah golongan yang turut dapat dirujuk sebagai pakar bidang tersebut adalah golongan yang
dikenali sebagai budayawan. Sementara itu pula, individu yang menampilkan minat yang
mendalam terhadap subjek yang dibicarakan turut berupaya untuk mengutarakan ungkapan adat
Melayu dengan berkesan. Segolongan lagi yang turut mampu menggunakan ungkapan adat
Melayu ialah golongan yang mempunyai nilai logos ataupun logika yang tinggi. Dalam hal ini,
golongan tersebut mampu untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan serta mengungkapkan
majlis dan sebagainya). Akhir sekali, individu yang mengucapkan ungkapan adat Melayu
keupayaan pengucap untuk menguasai perbincangan atau perdebatan dengan kehadiran nilai
pathos. Nilai pathos dihadirkan dengan penggunaan dua kaedah utama, yakni dengan
menggunakan unsur metafora dan simile dan melalui keupayaan pengucap untuk menjalinkan
hubungan intrinsik dengan penerima ungkapan. Dalam hal ini, nilai pathos menjadi lebih ketara
sekiranya pengucap memahami nilai budi dan badi yang tersirat dalam citra pemikiran Melayu
Akhir sekali, nilai logos ataupun logika sebenar merujuk kepada keupayaan
dapat difahami khalayak penerima ataupun pendengar. Kewujudan logos sebenarnya turut
menyumbang kepada nilai ethos dalam diri pengucap. Seperti yang telah dijelaskan di atas, logos
merujuk kepada keupayaan pengucap untuk memberikan contoh ataupun ungkapan yang
bersesuaian dengan sesuatu keadaan. Selain daripada itu, logos turut merujuk kepada keupayaan
pengucap untuk memberikan contoh-contoh yang dapat digunakan untuk mengukuhkan keadaan.
Sebagai contoh, sekiranya terdapat khabar angin yang tersebar luas dalam sesebuah kampung,
maka logos yang bersesuaian dengan keadaan itu adalah pohon tak ditup takkan bergoyang.
Jelas daripada penjelasan di atas bahawa ethos, logos dan pathos turut memainkan
peranan yang penting dalam budaya retorik Melayu. Nescaya, keberkesanaan pengunaan
ungkapan adat Melayu sebagai “pematah bicara” hanya dapat dilakukan dengan kehadiran nilai-
Rumusan
Hasil daripada kajian yang dijalankan pengkaji dalam pelaksanaan kertas kerja ini, pengkaji
mendapati bahawa budaya retorik dalam ungkapan adat Melayu sebenarnya dipengaruhi oleh
empat criteria utama, yakni nilai budi dan badi serta ethos dan logos. Sementara itu, nilai pathos
diwakili oleh ungkapan adat itu sendiri yang sarat dengan penggunaan metafora dan analogi
dalam usaha mengukuhkan dalil-dalil yang terdapat dalam ungkapan adat Melayu.
Di suatu sudut yang lain, nilai budi dan badi mencakupi ruang spiritual dan psikologi
budaya Melayu yang bertindak untuk mendekatkan atau menjauhkan orang Melayu dari elemen-
elemen spiritual tertentu seperti tuhan dan hantu. Hasil daripada penelitian yang dijalankan
Jelas daripada rajah di atas bahawa ungkapan adat Melayu turut diolah secara
strategik, sekali gus membentuk budaya retoriknya yang tersendiri. Dalam usaha menganjak
katharsis masyarakat am, nilai budi dan badi diterapkan ke dalam ungkapan adat Melayu dengan
penggunaan metafora dan analogi yang sekali gus merangkumi nilai pathos yang dibincangkan
oleh Aristotle. Maka itu, dapatlah dirumuskan bahawa kekuatan ungkapan adat Melayu sebagai
sebuah bahan penggerak naluri dan jiwa social sebenarnya hadir pada penggarapan dan
pengolahan nilai budi dan badi ke dalam bentuk-bentuk metafora dan analogi. Nescaya,
ungkapan adat Melayu merupakan sebuah hasil pantulan budaya yang strategik dan melampaui
perbatasan ilmu saintifik yang terdapat pada waktu ungkapan itu diabadikan.
Bibliografi
Arbak Othman. (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.
Asmah Haji Omar. (1992). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
__________. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
__________. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
__________. (1993). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gerald F. Elsa. (1957). Aristotle's Poetics: The Argument. Cambridge: Harvard University Press.
Gentner, D. (1989). The mechanisms of analogical learning. In S. Vosniadou & A. Ortony (Ed.),
Similarity and analogical reasoning (pp.199-241). New York : Cambridge University
Press.
Hairidin Harun. (2001). Kosmologi Melayu dalam Era Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohd. Saleeh Rahamad. 2008. Strategi Bahasa : Panduan Nahu dan
Retorik untuk Penulisan. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Mohd. Din Bin Ali. 1963. Malay Customary Law/Family dalam Intisari, Jilid II, No. 4, hal 34..
Singapura : Malaysia Sosiological Research Institute.
_____. 1965. Two Forces in Malay Society dalam Intisari. Jilid I, No. 3, hal. 16. Singapura :
Malaysia Sosiological Research Institute.
Michael Oakeshott. 1959. The Voice of Poetry in the Conversation of Mankind. London : Bowes
and Bowes.
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Gani. 2003. Penulis Manifestasi Warisan Jati Diri
dan Jagat. Dlm. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.), Sastera Melayu
Warisan Jati Diri dan Jagat. Prosiding Pertemuan Sasterawan Nusantara XII pada 13-14
September 2003 di 03 di Hotel Meritus Mandarin, Singapura (m.s. 58-83). Singapura :
Angkatan Sasterawan 50.
Muhammad Ariff Ahmad. 2007. Nilam – Nilai Adat Melayu. Singapura : Majlis Pusat.
__________. 1993. Bicara Tentang Adat dan Tradisi. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Muhammad Jailani Bin Abu Talib. (2009). Budaya Melayu dalam Era Sarwajagat. dlm. A. G.
Abdullah, Dewan Budaya, Februari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_______. (2009, Mei). Kepercayaan Warisan Melayu : Dilema Tradisi dan Realiti. Kertas kerja
dibentangkan dalam Sesi Bicara “Kepercayaan Warisan Melayu” di Institut Pendidikan
Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
_______. (2008). Hikayat Purba Diberi Nafas Baru. Dlm. Endo Suanda, Gong : Media, Seni,
dan Pendidikan Seni. Edisi 100/IX/2008. Yogyakarta: Yayasan Tikar Media Budaya
Nusantara.
Noorhaqmal Mohamed Noor. 2009. Representasi Puisi dalam Pelbagai Media dari Sudut
Genetik. Dlm. Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed). Aktivis, Jurnal
Akademik Jilid IX, 2009. (ms. 71-72). Singapura : Persatuan Budaya Melayu Program
Latihan Khas (Bahasa Ibunda), Institut Pendidikan Nasional.
Noresah Baharom et. Al. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (2002). Peningkatan Estetik Bahasa Melayu. Prosiding Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu IV (pp. 9-19). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pradopo, Djoko, Rachmat. 1993. Pengkajian Puisi. Analisis Strata Norma dan Analisis
Struktural dan Semiotik. Yogyakarta: Gajah Mada University Press.
Retorik. (t.t). Diperolehi Oktober 1, 2009, daripada http://www.tutor.com.my/stpm/retorik.htm.
Rasiah Halil. 1997. Unsur Pemikiran dalam Puisi. Dlm. Anuar Othman. (Peny). Prisma Seni.
(ms. 117-128). Singapura : Perkumpulan Seni.
Sahlan Mohd. Saman. 2005. Persuratan Melayu: Tradisional ke Moden. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia Press.
Sapardi Djoko Damono. 1999. Sihir Rendra : Permainan Makna. Jakarta : Penerbit Pustaka
Firdaus.
Tee Boon Chuan. 2000. Debat Melayu Alaf Pertama dan Kedua. Utusan Online. 18 November
2000. (Utusan Malaysia). Diperolehi daripada
wjsiwyg://143/http://www.utusan.com.my/c…oday/Utusan_Malaysia/Others/ot8_full.htm.
Internet. Pada 20 Ogos 2009.
Umar Junus. 2003. Simile dan Metafora dalam Wacana Puisi Sebelum Abad ke-20. Dlm. Abd.
Razak Abu Bakar. (Ed.), Jurnal Bahasa, Jilid 2 Bil 2. (ms. 274-308). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Kling. 2003. Kesusasteraan Sebagai Jati Diri Melayu dan Jagat Manusia. Dlm. Mohamed
Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.), Sastera Melayu Warisan Jati Diri dan
Jagat. Prosiding Pertemuan Sasterawan Nusantara XII pada 13-14 September 2003 di 03 di
Hotel Meritus Mandarin, Singapura (m.s. 20-32). Singapura : Angkatan Sasterawan 50.