Anda di halaman 1dari 19

iii

1.0 Definisi Disleksia Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna

1.1 Jenis Disleksia Jenis-Jenis Disleksia Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran Penerangan utama yang dihadapi ialah untuk

mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Contohnya : a) Perkataan kelapa ditulis sebagai kepala b) Huruf b dilihat sebagai huruf d Kesukaran

Disleksia auditori (pendengaran)

untuk

mengingat

bunyi

abjad,

menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori.

iv

Disleksia visualauditori

Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses

tulisan secara visual dan audio. Kanak-kanak bukan sahaja tidak dapat mengingat, mengenal abjad dan perkataan , malah kanak-kanak disklesia tidak dapat mengingat bunyi abjad,

menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Disleksia konginetal / bawaan Kanak-kanak Disleksia Konginetal menghadapi

kesukaran ini sepanjang hayat dan ia disebabkan oleh trauma ataupun kecederaan di bahagian otak yang mengawal kemahiran membaca dan menulis. Antara tanda-tanda awal : o Pelat o Artikulasi tidak jelas o Kesukaran dalam mempelajari bentuk-bentuk dan bunyi-bunyi huruf o Tidak memahami konsep ruang dan waktu. Pada zaman persekolahan, kanak-kanak ini sukar mengabungkan huruf menjadi perkataan dan

membaca, tidak dapat memegang alat tulis dengan baik dan sukar menerima pengajaran guru. Disleksia perolehan Disleksia perolehan merupakan ketidakfungsiaan lapisan luar otak belah kiri dan tidak berubah mengikut umur. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini sukar membaca melangkaui kemahiran membaca kanakkanak yang berumur 10 tahun (darjah 4). Kanak-kanak ini juga sukar membaca, menulis dan

mengira apabila meningkat dewasa. Kanak-kanak disleksia perolehan mewarisi masalah ini daripada ibu bapa melalui genetik (keturunan). Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengalami masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Disleksia perkembangan Disleksia perkembangan disebabkan oleh

perkembangan hormon yang tidak stabil dan tidak mendapat kandungan. Selain itu, ibu bapa yang selalu mendera, tidak menghiraukan dan tidak memberikan zat yang secukupnya ketika berumur 0 5 tahun. Masalah ini akan berkurangan mengikut peredaran umur dan kematangan kanak-kanak tersebut . Masalah ini selalunya dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. zat yang secukupnya ketika dalam

vi

1.3 Faktor Disleksia

FAKTOR DISLEKSIA

Keturunan : Masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Peratus yang tinggi menghadapi disleksia bagi yang mempunyai sejarah atau latar belakang anggota keluarga yang mengalami masalah pembelajaran.

Pemakanan : Terdapat beberapa unsur penyedapan makanan, bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai boleh mengganggu otak jika diambil secara berlebihan. Antaranya seperti nitrat, amine, monosodium, ragi dan sebagainya.

Komplikasi Otak : Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. Hal ini bermaksud sistem saraf otak tidak berfungsi dengan baik.

Kelahiran Pramatang : Bayi yang dilahirkan pramatang mengalami kekurangan berat badan yang sepatutnya. Bayi berkenaan berisiko tinggi pada berbagai-bagai gangguan perkembangan. Di samping itu, menyebabkan gangguan otak, perkembangan psikomotor dan perilaku.

vii

Kekurangan Vitamin : Individu yang mengalami kekurangan vitamin A akan mengalami tunanetra atau buta. Individu kekurangan vitamin C mudah diserang selsema. Penyakit-penyakit tersebut akan mengganggu perkembangan organ otak yang berisiko mengalami disleksia.

Jangkitan Kuman Ketika Ibu Hamil : Ibu hamil yang dijangkiti kuman berbahaya sangat berisiko tinggi terhadap kelahiran tidak normal. Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami simptom kesukaran belajar termasuk kesukaran membaca ketika mencapai umur yang berkenaan.

Pengabaian Penjagaan Kesihatan : Pengabaian penjagaan kesihatan boleh menyumbang berlakunya masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak. Penjagaan perlu diberi perhatian khususnya ketika janin masih dalam kandungan, selepas kelahiran dan usia persekolahan hingga dewasa.

viii

1.4 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Disleksia

Ciri-Ciri Disleksia Fizikal Kidal. Tulisan buruk. Lambat menulis. Sukar menggunting.

Contoh

Pakaian tidak kemas. Membutang baju salah. Tali kasut diikat tidak rapi. Sukar mengimbang badan. Kemahiran koordinasi lemah. Kecerdasan Lemah daya ingatan. Perkembangan berlaku perlahan . Gaya pemprosesan berbeza-berbeza. Sukar mematuhi peraturan arahan panjang. Pencapaian dan prestasi berbeza-beza mengikut subjek. Kesukaran dalam kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Sosial Hiperaktif. Konsep diri rendah. Tidak suka bergaul. Sifat ingin tahu tinggi. Kurang keyakinan diri. Bermasalah tingkah laku. Menunjukkan sikap tidak konsisten. Tidak minat dalam mendengar cerita, tetapi suka melihat gambar.

ix

Emosi

Sedih. Perasaan risau. Gangguan emosi. Berkelakuan gelisah. Mudah rasa bimbang. Pembentukan perwatakan yang tidak sihat. Perasaan cepat bosan dan jemu terhadap sesuatu perkara.

1.5 Masalah Utama Kanak-Kanak Disleksia

Bahasa

Konsep Kendiri

Matematik

Masalah Utama

Pemprosesan Maklumat

Pengamatan

1.5.1 Masalah Matematik

Kesukaran menyusun atur maklumat. Menghadapi kesukaran dalam matematik mental. Lemah dalam menyelesaikan masalah matematik. Sukar mempelajari, menghafal sifir dan susunan matematik. Keliru dengan konsep masa dan waktu. Keliru dalam konsep wang dan pengkiraan. Keliru dengan nombor yang sama bentuk (3-5). Ciri-Ciri Masalah Matematik

xi

1.5.2 Masalah Bahasa Jenis Masalah Membaca Ciri-Ciri Suka melangkau baris. Teragak-agak semasa membaca. Tidak menghiraukan tanda baca. Tidak berupaya membaca ayat panjang. Sering menambah perkataan pada bacaan. Keliru dalam perkataan yang hampir sama bunyi. Menulis Meninggalkan huruf dan perkataan. Lemah menggunakan tanda baca. Menulis secara terbalik iaitu dari kiri ke kanan. Sukar menyalin dan suka meniru daripada rakan. Sukar menulis dan memindahkan maklumat di atas kertas. Mengeja Menulis terbalik. Hasil kerja tidak kemas. Menekan semasa menulis. Kemahiran mengeja lemah. Keliru huruf yang sama bentuk. Mengabung suku kata secara terbalik. Tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah. Tiada jarak bagi antara perkatan dengan perkataan. Bercakap dan Mendengar Suka mendengar cerita. Suka belajar irama budak-budak.

xii

Suka bahasa lisan daripada tulisan. Menghadapi kesukaran dalam bertutur. Kelihatan mendengar walaupun tidak memahami.

Masalah Mengingat Perkataan

Sukar mengingat fakta-fakta. Sukar mengingat nama rakan-rakan. Tidak boleh menjawab soalan secara spontan. Cenderung untuk diam apabila ditanyakan soalan.

1.5.3 Masalah Pengamatan

Tidak dapat mengenal bentuk, saiz, warna dan turutan.

Menghadapi kekeliruan terhadap konsep ruang dan arah.

Kesukaran dalam mengaitkan sesuatu pelajaran lama dan baru. Ciri-Ciri Masalah Pengamatan Tidak mengambil bahagian dalam permainan yang tidak difahami.

Tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Lemah dalam aktiviti yang melibatkan pergerakan dan perbuatan.

xiii

1.5.4 Masalah Konsep Kendiri

Ciri-Ciri Masalah Konsep Kendiri

Cenderung untuk rasa bersalah.

Takut kepada rasa kegagalan.

Sering dibimbangi rasa bimbang.

Mudah terasa hati dengan tiba-tiba.

Pencapaian akademik yang rendah.

Tidak gemar aktiviti mencabar.

Melihat diri kurang menarik.

Kurang keyakinan dalam diri.

xiv

1.5.5 Masalah Pemprosesan Maklumat

Tidak dapat menterjemahkan maklumat diperoleh.

Kekeliruan dalam konsep arah dan masa. Ciri-Ciri Tidak memahami gaya pertuturan seseorang. Masalah Pemprosesan Maklumat Jangka ingatan sesuatu perkara pendek.

Sukar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

xv

1.6 Kaedah Pengajaran Kanak-Kanak Disleksia

Kaedah V.A.K Kaedah Konfigurasi Kaedah V.A.K.T

Kaedah Mnemonic

Kaedah Fernald G.M

Kaedah Chunking

Kaedah Pengajaran

Kaedah Gillingham & Stillman

Kaedah Newman

Kaedah Abjad

Kaedah Polya Kaedah Fonetik

Kaedah Latih Tubi

xvi

1.6.1 Kaedah V.A.K (Visual, Auditori, Kinestetik)

Definisi

Kaedah yang mengabungkan kemahiran penglihatan, pendengaran dan penulisan dalam sesuatu pengajaran. Contohnya : Murid melihat, mendengar dan menulis pada masa yang sama. Murid memerhatikan perkataan yang dilihat. Murid menyebut perkataan yang didengar. Murid mencuba menulis perkataan yang didengar. Murid membandingkan perkataan yang ditulis dengan perkataan yang dilihat.

Prosedur

1.6.2 Kaedah V.A.K.T (Visual, Auditori, Kinestetik,Taktil) Definisi Kaedah yang mengabungkan kemahiran penglihatan, pendengaran dan penulisan serta pergerakan dalam sesuatu pengajaran. Prosedur Guru menulis huruf di atas cetak besar. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas cetak besar. Guru boleh membuat huruf pada kertas pasir, pasir dan span bagi murid dapat merasakan dengan jari cara penulisan huruf yang betul. Kaedah Murid melihat huruf. Murid mendengar guru menyebut huruf. Murid menyebut huruf. Murid mendengar huruf disebut. Murid mendengar huruf yang disebut semasa membuat surihan. Murid melihat pergerakan tangan semasa menyurih. Murid merasa dengan jari. Murid merasa pergerakan otot semasa membuat surihan sambil menyebut huruf.

xvii

1.6.3 Kaedah Fernald G.M Definisi Kaedah Fernald ini lebih tertumpu kepada penulisan melalui apa yang dilihat dan dibaca. Prosedur Murid melakukan surihan dan menulis perkataan tersebut. Murid menulis perkatan yang dilihat dan ditulis oleh guru. Murid menulis berdasarkan ingatan yang dijumpai dalam petikan. Murid belajar melalui perkataan asas yang terdapat dalam teks.

1.6.4 Kaedah Gillingham & Stillman Definisi Kaedah ini menekankan kepada tulisan, bunyi dan pergerakan otot. Kaedah ini sesuai dalam menangani masalah bacaan yang teruk. Prosedur .Visual Auditori Melihat huruf cetakan sambil mendengar sebutan huruf. Auditori Visual Mendengar bunyi huruf berdasarkan imej visual yang dilihat. Auditori Kinestatik Membunyi huruf dengan digabung dengan pergerakan otot. Kinestatik Auditori Menulis sambil menyebut huruf. Visual Kinestatik Melihat huruf cetakan besar dengan melakukan pergerakan otot. Kinestatik Visual Melakukan pergerakan otot semasa menulis dengan dikaitkan dengan bentuk-bentuk visual.

xviii

1.6.5 Kaedah Abjad Definisi Kaedah abjad ialah kaedah yang mengenal huruf terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan mengenal vokal, mengenal konsonan dan mengenal diftong sebelum menulis sesuatu perkataan atau ayat. Prosedur Guru memperkenalkan 26 huruf yang perlu diketahui oleh murid. Guru memperkenalkan vokal iaitu a, e, i, o dan u. Guru memperkenalkan 21 konsonan kepada murid. Guru memperkenalkan diftong iaitu ai, au dan oi. Guru mengabungkan menjadi suku kata dalam membentuk perkataan.

1.6.6 Kaedah Latih tubi Definisi Kaedah ini adalah satu pengajaran dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Prosedur Guru mengenal pasti masalah kesalahan dilakukan murid. Guru membetulkan kesalahan murid. Guru memberikan latihan berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Murid diuji semula untuk kesalahan tersebut. Jenis-Jenis Latih Tubi Lisan (mengajar sebutan, intonasi dan struktur ayat) Latih Tubi Minimal (masalah menyebut konsonan-konsonan) Latih Tubi Pemintal Lidah (menyebut bunyi dengan betul dan tepat) Latih Tubi Ulangan (penyebutan secara berulang-ulang) Latih Tubi Berkembang (perkembangan dari ayat pendek kepada ayat panjang) Latih Tubi Mengubah (guru menyebut ayat dan murid mengubah ayat tersebut) Latih Tubi Gantian (mempelbagaikan frasa pada bahagian tetap)

xix

1.6.7 Kaedah Fonetik Definisi Kaedah fonetik berfokuskan kepada aspek pencantuman bunyi suku kata berbanding memperkenalkan huruf dalam suku kata. Prosedur Murid diperkenalkan dengan bunyi pencantuman suku kata tanpa mengenal huruf dalam suku kata. Guru meminta murid berulang kali bunyi suku kata tersebut. Guru meminta murid mengabungkan suku kata tersebut dalam membentuk perkataan.

1.6.8 Kaedah Polya Definisi Kaedah Polya memberi tumpuan kepada teknik penyelesaian masalah yang menarik dan prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik yang mungkin. Prosedur Memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Mengenal pasti maklumat, entiti, nombor, bentuk, perkaitan dan nilai terlibat. Merancang strategi penyelesaian. Mencari strategi yang berkesan dalam menyelesaikan masalah. Melaksanakan strategi penyelesaian. Menggunakan strategi yang dirancang. Menyemak semula penyelesaian. Menyemak jawapan untuk menentukan jawapan munasabah atau sebaliknya.

xx

1.6.9 Kaedah Newman Definisi Kaedah Newman digunakan untuk mengenal pasti punca kesilapan dan kesalahan murid-murid khususnya dalam penyelesaian masalah. Ujian rujukan kriteria hendaklah diberi keutamaan dan dilakukan secara formatif. Prosedur Guru mengenal pasti kesalahan matematik yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan masalah. Guru merekodkan kemahiran-kemahiran yang sukar dibuat oleh murid. Guru menyediakan soalan yang perlu dijawab murid berdasarkan kesalahan yang direkodkan guru. Guru merekodkan prestasi yang ditunjukkan oleh murid.

1.6.10 Kaedah Chunking Definisi Kaedah Chunking ialah penggunaan jangka pendek yang lebih efisen dengan pengelompokan maklumat menjadi satu unit. Struktur memori jangka panjang yang boleh digunakan sebagai unit presepsi dan makna yang membawa maksud mengatur item menjadi satu unit kesatuan. Kaedah ini dapat diaplikasikan bagi murid yang menghadapi memori jangka pendek. Prosedur Murid mengetahui maklumat seperti pengertian, konsep dan bahasa yang penting. Guru meminta murid mengelompokan menjadi satu unit kecil. Murid menguji semula berdasarkan pengelompokan dibuat bagi mengetahui tahap ingatan jangka pendek murid.

xxi

1.6.11 Kaedah Mnemonic Definisi Kaedah ini adalah rumusan atau ungkapan untuk membantu mengingat sesuatu. Kemampuan otak untuk menghubungkaitkan kata-kata, idea dan khayalan. Kaedah ini mengunakan daya ingatan dengan cara-cara yang tertentu. Prosedur Guru memberi beberapa perkataan yang perlu diingati murid. Guru mengabungkan perkataan tersebut menjadi sebuah cerita khayalan yang menarik. Guru meminta murid menyenaraikan perkataan-perkataan yang perlu diingat yang terdapat dalam cerita tersebut.

1.6.12 Kaedah Konfigurasi Definisi Kaedah ini menekankan kepentingan menghubungkaitkan antara satu sama lain. Murid-murid membentuk struktur kognitif dalam ingatan sewaktu tempoh pembelajaran. Proses menyusun segala pengalaman dan menyimpankan sebagai ingatan. Konsep Melihat masalah sebagai satu kesuluruhan yang bersatu. Mementingkan kebolehan individu mengamati atau memahami masalah secara tiba-tiba dalam mengaitkan unsur yang relevan. Guru mendorong murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai