Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS TADARUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON BANGSAR 2014

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala kerana dengan izin dan limpah kurnia serta rahmatNya jua kita dapat berkumpul bersamasama di dalam majlis yang penuh dengan keberkatan ini iaitu Majlis Perasmian Penutup Tadarus Al Quran Sekolah-Sekolah Zon Bangsar Tahun 2014.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kitab suci Al-Quran adalah mukjizat teragung junjungan kita Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam yang mengandungi petunjuk, peringatan dan pengajaran daripada Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang tafsirnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada) bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan sebagai keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Memuliakan Al-Quran pasti menghasilkan pelbagai keberkatan manakala kemuliaan dan kemunduran sesuatu ummah sangat berkait rapat dengan Kitab suci Al-Quran. Sebagaimana sabda Rasullulllah Shallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Sayidina Umar Al-Khatab Radhiallahu anhu yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa kaum disebabkan Kitab suci AlQuran ini, iaitu orang yang beriman dengannya, serta menurunkan darjat kaum yang lain dengan sebab Al-Quran juga iaitu orang yang menghalang Penyebaran Islam dan Penyebaran ajaran Al-Quran itu.

Maka marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan cahaya daripada AlQuran itu, iaitu dengan menjadikan membaca Al-Quran itu sebagai satu amalan yang berterusan dan juga memahami tafsirannya. Dengan membaca dan

menghayati Al-Quran sudah tentu menambahkan lagi keimanan dan menerangi jiwa serta dapat mententeramkan hati setiap orang yang membaca dan

mengamalkannya. Demikian juga bagi yang menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran, sudah tentu mendapat ganjaran dan balasan yang besar daripada Allah Subhanahu wa Taala.

Bersesuaian dengan tema kita pada tahun ini iaitu Al Quran Menjana Transformasi Ummah Wasatiyyah , seharusnya kita mengakui akan kehebatan al Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan secara menyeluruh. Pelbagai bentuk perubahan yang berlaku di persada antarabangsa yang memerlukan kita untuk menyahutnya sebagai satu cabaran agar kita mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua golongan masyarakat bukan sahaja di dalam negara malahan juga di luar negara. Namun dalam keterujaan untuk terus kekal bersama arus perubahan dan era transformasi yang kian pesat ini, sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa berpegang teguh kepada Kitab suci al Quran dan

Sunnah Rasulullah SAW agar kita menjadi ummah wasatiyyah yang mempunyai jati diri yang unggul.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis yang seumpama ini merupakan satu medan latihan kita mendekatkan diri kita dan anak-anak yang bakal mewarisi negara kita ini pada masa hadapan agar sentiasa menjadikan al Quran sebagai panduan dalam setiap tindakan yang dilakukan . Ia juga membuka ruang dan peluang kepada generasi muda ini untuk melatih dan memupuk nilai-nilai kepimpinan , keberanian serta membentuk jati diri yang mampu untuk mendepani dan menangani segala bentuk transformasi yang berlaku. Saya difahamkan bahawa terdapat 4 kategori yang dipertandingkan .

Tahniah kepada semua peserta yang menyertainya dan kepada semua guru yang pastinya bertungkus-lumus membantu usaha anak didik masing-masing untuk menjuarai pertandingan ini. Syabas! Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Saya juga kepada ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas majlis ini , khususnya

semua pihak yang menyertai dan menjayakan

kepada SK Bukit Bandaraya yang sudi menjadi tuan rumah . Semoga segala usaha dan penat lelah akan dibalas dengan ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Akhirnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim , saya merasmikan Majis Penutupan Majlis Tadarus Al Quran Sekolah-Sekolah Zon Bangsar 2014. Saya sudahi dengan kalam yang mulia wabbilahi taufiq wal hiadayah , wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TADARUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH ( MTQSS) ZON BANGSAR 08 MAC 2014 SK BUKIT BANDARAYA BANGSAR, KUALA LUMPUR