Anda di halaman 1dari 15

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 QGJ3023: FUNGSI MUSKULOSKELETAL DAN PERGERAKAN MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PERI BIN JAMLI

NO. ID D054530

NO. TELEFON 0198980940

PUSAT PEMBELAJARAN : NAMA TUTOR E-LEARNING : TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2013

TAJUK

APA ITU OSTEOARTRITIS?

Salah satu daripada masalah-masalah sendi yang biasa ditemui. Ia lebih dikenali sebagai sakit lutut. Pada dasarnya ia merupakan penyakit di mana lapisan rawan pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus, nipis dan rosak. Akibatnya permukaan tulang terdedah dan bergeser antara satu sama lain dan terjadi pembentukan duri tulang (spur) pada hujunghujung tulang.

ANATOMI SENDI LUTUT


Ia merupakan sendi terbesar dalam badan. Sangat penting untuk pergerakan. Terdapat dua kumpulan ligamen yang memberikan kestabilan padanya iaitu krusiat (cruciate) dan kolateral (collaterals).

SIAPA PENGHIDAP OSTEOARTRITIS?

Mungkin ramai beranggapan ia hanya dideritai golongan yang sudah berusia. Laporan menunjukkan penyakit itu menyerang semua peringkat usia. Walau bagaimanapun,ia lazimnya terjadi kepada golongan tua, mereka yang bekerja keras dan terlampau gemuk. Kira-kira 30% rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas lebih berisiko .(Kajian Program Kawalan Penyakit Reumatik Berorientasi Komuniti (COPCORD) Berdasarkan kajian,wanita dua kali ganda lebih ramai menderita penyakit ini berbanding lelaki.

APAKAH TANDA DAN SIMPTOM OSTEOARTRITIS?


Pembengkakan pada sendi lutut. Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi. Lutut sukar untuk digerakkan. Sendi lutut menjadi sakit apabila digerakkan dan disentuh. Terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Sendi terasa kaku atau ketat apabila lama berehat. Pergerakan terhad apabila penyakit semakin serius.

APAKAH PUNCANYA?
Akibat proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Permukaan rawan sendi menipis. Cecair sinovial (pelincir) dalam sendi berkurangan. Ruang sendi mengecil dan terdapat tulang baharu tumbuh di sekelilingnya. Kerana kecederaan akibat kemalangan atau terjatuh. Berat badan berlebihan (obesiti). Aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak seperti bola sepak , badminton, dan ragbi. Lemah otot peha sejak kecil. Sering mengangkat barang-barang berat. Selalu mencangkuk dan membongkok.

GAMBARAJAH MENUNJUKKAN SENDI LUTUT YANG MENGALAMI OSTEOARTRITIS

IMPAK ATAU KESANNYA KEPADA PESAKIT


Aktiviti harian seperti bergerak, mencangkung, melutut ,dan duduk menjadi terbatas. Pesakit akan merasa sakit dan sukar untuk bergerak. Tidak mampu melakukan kerja-kerja rumah. Berjalan menggunakan alat bantuan. Pesakit mengalami tekanan perasaan dan menjadi murung. Boleh menyebabkan kehilangan upaya yang kekal.

APAKAH RAWATAN YANG SESUAI?


Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki fungsi sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti aktiviti harian. Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat penyakit ini. Antaranya ialah : Ubahsuai Aktiviti Harian Rawatan Fizikal Rawatan Farmakologi Rawatan Secara Suntikan Rawatan Pembedahan Rawatan Radiofrequency (RF) Pengambilan Suplemen Makanan, Herba dan Perubatan Tradisional.

1. UBAHSUAI AKTIVITI HARIAN


Kurangkan aktiviti-aktiviti harian seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku rendah, naik dan turun tangga atau apa-apa pergerakan yang memberi beban kepada sendi lutut. Hadkan pergerakan dalam satu-satu masa. Kenal pasti isyarat sakit yang muncul dan segera berhenti melakukan aktiviti tersebut. Jangan memaksa diri melakukan kerja jika terasa sakit.

2. RAWATAN FIZIKAL
Rawatan dengan pek ais untuk sakit sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Rawatan dengan pek panas pula untuk mengurangkan kekakuan sendi. Lakukan senaman untuk menguatkan otot hadapan peha (quadriceps) bagi menstabilkan sendi lutut. Senaman untuk menggerakkan sendi lutut bagi mengurangkan kekakuan. Gunakan tongkat knee brace bagi mengurangkan beban ke atas sendi lutut untuk jangka masa pendek.

3. RAWATAN FARMAKOLOGI
Rawatan yang melibatkan pengambilan ubat-ubatan moden. Boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: a. untuk mengurangkan simptom dan tanda-tanda b. untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut. Antara ubatan-ubatan yang sering digunakan ialah: 1. Ubat Tahan sakit. ~ Digunakan untuk mengurangkan kesakitan seperti paracetamol dan tramadol. 2. Ubat-Ubat Anti-Inflamasi Bukan Steroids(NSAIDS) ~ Untuk mengurangkan komponen inflamasi penyakit osteoartritis . Diberi pada dos yang minimum dalam jangka masa yang pendek.

3. Penghalang Cox-2 ~ Untuk mengurangkan kesan sampingan ubat antiinflamasi NSAIDS. ~ Contohnya seperti Etoricoxib, Celecoxib, dan Meloxicam. ~ Tidak sesuai untuk penghidap arteri koronari, angin ahmar serta alahan terhadap ubat-ubat ini. ~ Diberikan pada dos yang minimum dalam jangka masa paling pendek. 4. Glucosamine Sulfate ~ Kajian mendapati ia amat berkesan untuk mengurangkan tanda-tanda sakit dan meningkatkan pergerakan sendi. ~ Penggunaan dalam jangka masa panjang dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi.

4. RAWATAN SECARA SUNTIKAN