Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH

KERTAS KERJA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

DIANJURKAN OLEH : PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 5

TARIKH : 16 MAC 2013 (SABTU)

MASA : 7.30 PAGI 10.00 PAGI

TEMPAT : PADANG IPG KAMPUS KENT

1.0

PENGENALAN

Projek permainan tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan.Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memenuhi kredit 4 jam bagi subjek ini. Permainan tradisional ialah permainan yang diperkenalkan oleh nenek moyang sejak dahulu lagi.Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.Permainan ini selalunya dimainkan untuk mengisi masa lapang,merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilainilai murni dan mengeratkan nilai persahabatan di kalangan peserta.Permainan tradisional juga sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan kecergasan di kalangan peserta yang terlibat.Undang-undang dan sistem

pertandingan dalam pertandingan permainan tradisional ini ditentukan mengikut masyarakat setempat.Hal ini kerana ia bergantung kepada situasi semasa di sesuatu tempat pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil bahagian.

2.0

MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai landasan kepada guru pelatih untuk menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran dalam mengelolakan sesebuah program.Penganjuran program ini bertujuan untuk

memenuhi kehendak proforma PJM 3112.Di samping itu,program seumpama ini juga dapat meningkatkan kemahiran diri dalam kalangan guru pelatih serta memupuk sikap menghayati dan menghargai warisan kebudayaan kita khususnya permainan tradisional.

3.0 3.1

OBJEKTIF Memertabatkan dan menghidupkan semula permainan tradisional warisan negara.

3.2 3.3

Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan teknik dalam kalangan guru pelatih. Merapat dan mengukuhkan hubungan baik,perpaduan,kerjasama dan

semangat perasaingan sihat dalam kalangan guru pelatih. 3.4 Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan guru pelatih.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM 4.1 4.2 4.3 4.4 Tarikh Tempat Masa : 16 Mac 2013 (Sabtu) : Padang IPG Kampus Kent,Tuaran : 7.30 pagi -10.00 pagi

Jangka masa setiap permainan : 15 minit

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PENAUNG Datuk Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

PENASIHAT Encik Romli Bin Darus Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran

SETIAUSAHA Encik Victor P.Salanggang Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,Tuaran

PENYELARAS Encik Syhibin Bin Japar Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,Tuaran

PENSYARAH PENASIHAT Encik Daniel Hedwig Chew Encik Simun Guntalib Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent,Tuaran

5.1 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PENGERUSI Farhan Bin Sayuati TIMBALAN PENGERUSI Noor Balqis Binti Muhammad Safian SETIAUSAHA Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani TIMBALAN SETIAUSAHA Mohd Fikri Bin Che Hamid BENDAHARI Lawrencia Lajius AJK PERALATAN Abdul Qarim Bin Mohamed Muhammad Zaim Bin Azhar Mohd Saiful Bin Harun Ahmad Mazlan Bin Maldam AJK PERSEDIAAN TEMPAT Mohd Hafizuddin Bin Hasan Mohd Naim Bin Azhar

AJK MAKANAN Nurnadiah Binti Yusuf Abdullah Syafiq Bin Ariffin AJK DOKUMENTASI Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain Mohd Amirul Bin Azaman AJK TUGAS KHAS Muaz Mudrikah Alias Tudin Mohamad Khairuddin Bin Kholid Victor George Rickson Jadi AJK HADIAH Elisha Paul Lawrencia Lajius

6.0

SENARAI

KUMPULAN

DAN

PERMAINAN

TRADISIONAL

YANG

DIPERTANDINGKAN 6.1 PISMP Pendidikan Jasmani BIL 1 AHLI KUMPULAN Noor Balqis Binti Muhammad Safian Victor George Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain Mohd Saiful Bin Harun 2 Mohd Hafizuddin Bin Hasan Muhammad Zaim Bin Azhar Nurnadiah Binti Yusof Elisha Paul 3 Lawrencia Lajius Muaz Murdrikah Alias Tudin Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani 4 Rickson Jadi Abdul Qarim Bin Mohamed Mohamad Khairuddin Bin Kholid 5 Ahmad Mazlan Bin Maldam Mohd Fikri Bin Che Hamid Mohd Naim Bin Azhar 6 Abdullah Syafiq Bin Ariffin Amirul Idwan Bin Azaman Farhan Sayuati Lastik Tin Ketingting Hambat Bedil/Caplong Sepak Bulu Ayam Tuju Selipar Tarik Upih PERMAINAN TRADISIONAL

7.0

UNDANG-UNDANG

DAN

PERATURAN

PERMAINAN

SERTA

PEMARKAHAN Undang-undang dan peraturan serta pemarkahan permainan adalah ditentukan oleh setiap kumpulan berdasarkan permainan yang dilaksanakan. (Rujuk lampiran) 8.0 KUMPULAN SASARAN PISMP Sains Ambilan Januari 2011. (Rujuk Lampiran) 9.0 ATURCARA PROGRAM

Masa

Aktiviti yang dijalankan

7.30 pagi - 8.00 pagi

Berkumpul di padang Institut.

Sesi 1 8.00 pagi 9.10 pagi

PISMP Bahasa Melayu

PISMP Sains

Sesi 2 9.10 pagi 9.30 pagi

PISMP Pengajian Sosial

PISMP Pendidikan Jasmani

11.00 pagi

Aktiviti Selesai

10.0 PERALATAN DAN KEPERLUAN

BIL 1 2 3 4 Selipar

PERALATAN DAN KEPERLUAN

KUANTITI 3 1 1 2

Gelung rotan Bola Tepung

11.0 RUMUSAN Dengan terlaksananya Karnival Permainan Tradisional diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan para guru pelatih,dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.Perkara ini selaras dengan objektif pendidikan jasmani untuk mencapai dan kesan yang optima dari dari semua aspek pihak

jasmani,emosi,rohani,intelek

sosial(JERIS).Kerjasama

amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH . (MOHD HAFIZUDDIN BIN HASAN) Setiausaha, Karnival Permainan Tradisional

KELULUSAN

DISEMAK OLEH :

____________________________ (ENCIK SIMUN GUNTALIB) Pensyarah, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

DISAHKAN OLEH :

____________________________ (ENCIK VICTOR P.SALANGGANG) Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

DISOKONG OLEH :

_____________________________ (PUAN NANCY LOO KASUN) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Kent,Tuaran,Sabah.

DILULUSKAN OLEH :

_____________________________ (DATUK MARY TERESA KINAJIL) Pengarah, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

LAMPIRAN

SENARAI NAMA GURU PELATIH YANG TERLIBAT DALAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Unit PISMP Sains Ambilan Januari 2011

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Nama Guru Pelatih Aaron Jim Jr James Affiq Ariffin Bin Mohd Samsi Ahmad Zakwan Bin Zaimani Alexandra Lorraine Philip Amir Haziq Bin Semail Elve Euzila Yan Dulian Kartika Binti Aron Kevin John Jailani Muhammad Bazli Bin Roslan Muhammad Fais Bin Ismail Muhammad Nawawi Bin Othman Muhammad Ridzwan Bin Mohd Zaid Nur Farhana Binti Sairin Nur Izyan Shafinaz Binti Aznan Ong Su Sing Pui Chaw Min Yii Chin Siew

SENARAI NAMA KUMPULAN PESERTA PERMAINAN TUJU SELIPAR KUMPULAN A 1. Noor Balqis Binti Safian 2. Nur Izyan Shafinaz Binti Aznan 3. Muaz Mudrikah Alias Tudin 4. Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani 5. Affiq Ariffin Bin Mohd Samsi 6. Muhammad Ridzwan Bin Mohd Zaid KUMPULAN B 1. Lawrencia Lajius 2.Kartika Binti Aron 3. Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain 4. Mohd Saiful Bin Harun 5. Victor George 6. Aaron Jim Jr James

Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi / Naib Pengerusi 1) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 2) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 3) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari masa ke semasa. Setiausaha/ Penolong Setiausaha 1) Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihakpihak tertentu. 2) Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada individu tertentu atau badan-badan tertentu. 3) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti. Bendahari 1) Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan. 2) Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan. Ahli Jawatankuasa AJK Peralatan 1) Menyenaraikan segala peralatan yang perlu digunakan. 2) Menyediakan peralatan yang perlu diguna. 3) Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang. 4) Memastikan peralatan selamat untuk digunakan. AJK Persediaan Tempat AJK Makanan 1) Menyediakan tempat sebelum dan selepas pertandingan. 2) Menyediakan kemudahan asas tempat. 1) Menyediakan minuman dan makanan mencukupi. 2) Menguruskan makanan untuk peserta dan pensyarah. AJK Dokumentasi 1) Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan akhir. 2) Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkanke dalam laporan akhir projek. 3) Membuat laporan akhir projek. AJK Tugas Khas 1) Membantu sebarang kerja yang berkaitan. 2) Membantu bidang tugas kerja ahli jawatankuasa yang lain.

AJK Hadiah

1) Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan. 2) Menyusun hadiah dan cenderamata. 3) Menyediakan senarai pemenang hadiah.

PERMAINAN TUJU SELIPAR Pengenalan Permainan tuju selipar merupakan sejenis permainan tradisional kanakkanak.Ia hampir menyerupai permainan baling tin cuma alatan yang digunakan dalam permainan ditukarkan kepada selipar.Permainan ini dikenali tuju selipar kerana bahan asas permainan ini adalah selipar. Permainan ini juga dikenali

sebagai tuju selipar kerana ianya dimainkan dengan membaling selipar yang telah disusun. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan dan sering dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan ini memerlukan kemahiran,ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi

sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.Permainan ini dilihat dapat menarik minat sesuatu masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak kerana permainan ini memerlukan kerjasama sesebuah pasukan untuk mengalahkan pasukan

lawan.Dengan ini,akan berlaku persaingan di antara pasukan bagi mencapai sesuatu kemenangan.Para pemain juga akan merasa seronok kerana permainan ini melibatkan kesemua pemain untuk bergerak seterusnya meransangan pergerakan psikomotor mereka.

Prosedur Perlaksanaan Permainan Dalam permainan tuju selipar,peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan terlebih dahulu.Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang peserta.Jumlah keseluruhan peserta ialah seramai 12 orang.Kawasan permainan berukuran 10 meter kali 10 meter persegi dan setiap peserta hendaklah bermain di dalam kawasan yang telah ditetapkan.

10 meter

KUMPULAN 1

5 meter
10 meter

KUMPULAN 2

SELIPAR

Cara Bermain Permainan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan menyerang (A) dan kumpulan bertahan (B). Tiga selipar hendaklah disusun dalam keadaan menegak. Kumpulan menyerang (A) perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar sebiji bola yang dipegang ke susunan selipar tersebut. Jika pembaling pertama gagal untuk menjatuhkan selipar, orang kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan menyerang (A) boleh cuba untuk menjatuhkan selipar itu. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat tiga balingan sahaja. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam tiga balingan tersebut, maka orang itu akan dikira mati. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan bertahan (B) dikehendaki membuat balingan ke arah anggota badan kumpulan menyerang (A) dengan cara membuat balingan ke arah bawah aras kepala pihak lawan dengan menggunakan selipar yang disediakan.Ahli kumpulan menyerang (A) haruslah mengelakkan diri mereka daripada terkena balingan bola yang dilakukan oleh ahli kumpulan bertahan (B). Misi kumpulan menyerang (A) adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut dalam kedudukan menegak semula. Kumpulan bertahan (B) perlu mengawal dan menghalang kumpulan menyerang (A) dari menyusun selipar itu. Ahli kumpulan bertahan (B) yang memegang bola untuk dibaling kepada kumpulan menyerang (A) tidak dibenarkan bergerak untuk membaling bola ke arah kumpulan menyerang (A) dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelum bergerak. Jika kesemua ahli kumpulan menyerang (A) telah dimatikan sebelum selipar siap disusun, giliran kumpulan bertahan (B) pula untuk menyerang. Mata tidak akan diberikan kepada mana mana pasukan dalam situasi ini.

Kumpulan menyerang (A) akan memperoleh mata jika berjaya menyusun selipar sebelum kesemua ahli kumpulan menyerang (A) dimatikan oleh pihak lawan. Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulan A sehinggalah kesemua ahli dimatikan sebelum selipar disusun.Jika kumpulan bertahan (B) berjaya mematikan semua ahli kumpulan menyerang (A), mereka pula akan membaling susunan selipar tersebut.

Syarat Dan Peraturan Penentuan markah dikira berdasarkan mata yang diperolehi oleh setiap kumpulan apabila berjaya membina semula susunan selipar secara menegak.Tiga selipar perlu ditegakkan untuk mendapatkan satu mata. Pemenang untuk permainan tuju selipar dipilih berdasarkan mata yang paling banyak dikumpul. Peraturan keselamatan pula mengehadkan balingan ke arah anggota badan yang boleh dibaling dengan bola adalah di bawah paras kepala. Jika didapati pembaling sengaja membuat balingan ke arah kepala, pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dengan cara mengurangkan mata perlawanan kumpulan yang membuat kesalahan tersebut. Sebarang cara bermain yang boleh mendatangkan kecederaan adalah tidak dibenarkan sama sekali dan pengadil berhak untuk memberhentikan permainan jika berlaku kekasaran dan kecederaan terhadap mana mana ahli kumpulan.

Faktor Keselamatan Dalam permainan tuju selipar,faktor keselamatan amat diutamakan bagi memastikan permainan yang dijalankan tidak mendatangkan sebarang kecederaan disamping memberi keseronokan kepada para peserta yang terlibat.Oleh itu,terdapat beberapa alatan permainan yang diubahsuai atas faktor keselamatan seperti selipar yang pada asalnya merupakan alatan yang digunakan untuk menuju susunan selipar lain dan pemain lawan ditukarkan kepada bola yang lembut dan selamat digunakan.Peraturan juga telah menetapkan bahawa balingan ke arah anggota badan yang boleh dibaling dengan bola adalah di bawah paras kepala dan jika didapati terdapat pemain yang sengaja membaling bola ke arah kepala pemain lawan akan dikenakan denda dan pengadil berhak mendena pihak yang membaling dengan cara mengurangkan mata perlawanan kumpulan yang membuat kesalahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai