Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu hari, ibu Si Arnab memesan anaknya belajar mencabut lobak.

Si Arnab malas dan tidak mendengar pesanan ibunya. Si Arnab mengajak rama rama bermain dengannya tetapi rama rama perlu menghisap madu. Si Arnab mengajak burung bermain dengannya tetapi burung perlu belajar terbang. Si Arnab mengajak semut bermain dengannya tetapi semut sibuk mengumpul makanan. Si Arnab berasa sedih kerana kawan-kawannya sibuk. Si Arnab terjumpa datuknya sedang mencabut lobak. Datuk Si Arnab menasihatinya supaya bersikap rajin. Si Arnab membuat keputusan untuk belajar mencabut lobak. Si Arnab belajar mencabut lobak bersama ibunya dengan gembira.

Anda mungkin juga menyukai