Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (Sebelum terapi muzik)

Mata Pelajaran Modul Aspek Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

: Pendidikan Jasmani : Kemahiran : Olahraga Asas (lari berganti-ganti) : Berkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dengan lakuan yang betul : 1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran asas berlari dengan lakuan yang betul : 1.9.2 Berlari berganti-ganti pada satu jarak 2.9.2 Mengenal pasti jarak yang sesuai semasa memberi dan menerima alatan 5.1.3 Menggunakan alatan mengikut kegunaannya

Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Penerapan Nilai

: 12 Februari 2014 : 8.10-8.40 pagi : 4 Cemerlang : 33 orang : Kerjasama

Kemahiran Berfikir : Menjana idea Strategi Utama : Kontekstual

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Bil. BSPP 1 2 3 4 Skitel Pundi Kacang Baton Bakul JUMLAH 1 set 1 bakul 8 unit 4 buah

Bahagian / Masa

Aktiviti Rali Pundi Kacang

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Permulaan (5 minit)

Fokus -Pemanasan badan dan meningkatkan kadar nadi Organisasi Kelas 1. Murid berada dalam kedudukan bebas diluar kotak permainan 2. Murid dikehendaki berlari mengililingi kawasan permainan. 3. Apabila guru meniup wisel, murid dikehendaki berlari masuk ke dalam gelung. 4. Murid yang gagal memasuki gelung terkeluar dari permainan. 5. Jumlah gelung dikurangkan sedikit demi sedikit.

Ciri Strategi : - Hubungkait

BSPP : 1. Skitel 2. Gelung

Catatan : - Guru mengaitkan aktiviti dengan pengalaman sedia ada murid

Perkembangan (10 minit)

Baton Panas

Fokus - Meningkatkan kerjasama semasa lari berganti-ganti

Ciri Strategi : - Mengalami

Organisasi Kelas 1. Murid dibahagi kepada kumpulan kecil 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid 3. Murid pertama setiap kumpulan dikehendaki berlari mengelilingi petak permainan sambil membawa baton. 4. Setelah lengkap satu pusingan, murid pertama memberi pula baton kepada murid kedua. 7. Murid kedua melakukan larian yang sama. 8. Aktiviti diulangi sehingga semua murid dapat membuat larian.

BSPP : 1. Skitel 2. Baton

Catatan : - Murid dapat mengalami sendiri tentang bagaimana kemahiran yang diajarkan semasa melakukan aktiviti

Kemuncak (10minit)

Harta Karun

Fokus: - Permainan Bersyarat

Ciri Strategi : - Aplikasi

Organisasi Kelas: 1. Murid dibahagi kepad 4 kumpulan 2. Setiap kumpulan berada di setiap skitel yang telah ditetapkan 3. Murid pertama setiap kumpulan dikehendaki berlari ke tengah kawasan permainan dan mengambil 1 unit pundi kacang yang terdapat di tengah kawasan dan berpatah balik semula dan memasukkan barang ke dalam bakul. 4. Murid seterusnya pula mengambil giliran untuk berlari. 5. Aktiviti diteruskan sehingga semua pundi kacang di tengah kawasan telah habis. 6. Kumpulan yang memperoleh pundi kacang yang paling banyak dikira pemenang.

BSPP : 1. Skitel 2. Bakul 3. Pundi Kacang

Catatan : - Murid dapat mengaplikasi kemahiran yang mereka pelajari untuk memenangi permainan

Penutup (5 minit)

Cooling down

Fokus: - Aktiviti menurunkan suhu badan dan kadar nadi

Ciri Strategi : -Memindahkan

Organisasi Kelas 1. Murid melakukan regangan 2. Murid meniru pergerakan guru 3. Murid menjawab soalan yang ditanya guru 4. Murid menerima lembaran kerja dari guru

BSPP 1. Lembaran Kerja

Catatan: - Murid memindahkan pengetahuan yabg mereka pelajari ke dalam lembaran kerja