Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT KM.31 ,JALAN NAKA ,06350 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN & PENGAWAS KALI 1 . TARIKH : 10 JANUARI 2014 HARI : KHAMIS

MASA : 1.20 TENGAH HARI TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKKB.

KEHADIRAN : PN.HASHIROH BT HAJI HASHIM PN.HJH RASHADAH HAJI ISA PN. SALMEH BT HASSAN PN.ROZIAH BT HAMID PN HARISON BT.AWANG PN. NORIHA BT MOHD NOOR PN.AZLINA BT AHMAD PN.AZLINDA BT MANSOR PN. FAUZIAH BT AHMAD PN.SHARIFAH AZIAN BT RAMLI EN. ABDUL RAHMAN B. SAAD ENCIK ZAKARIA ISMAIL EN. KAMAL HUSNI B.AHMAD BADRI

GURU TIDAK HADIR BERSEBAB PN. RAHAYU BT HAMZAH PN.NOORRISSYAA BT REDZWAN PN.AZIZAH BT OSMAN
1

I ALUAN PENGERUSI 1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. 2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Disiplin & Pengawas kali pertama. Beliau berharap agar mesyuarat berjalan dengan lancar dan dapat membincangkan agenda dengan sebaik mungkin.

II UCAPAN PK HEM 3. Penolong Kanan HEM iaitu Puan Hasiroh bt Haji Hashim mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Disiplin & Pengawas kali pertama. 4. Beliau menyentuh beberapa perkara tentang : Kes-kes disiplin yang dilaporkan setiap tahun .

Tindakan : semua guru.

III MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 5. Puan Maznah membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk diterima dan disahkan. Cadangan Sokongan : Puan Rahayu binti Hamzah : Puan Salmeh binti Hassan

IV HAL-HAL BERBANGKIT 6. Puan Rahayu meminta penjelasan tentang Hari Interaksi Waris yang dirancang pada bulan Julai. 7. Puan Hajah Rashadah menjelaskan bahawa Hari Interaksi Waris yang telah dirancang pada bulan Julai telah dibuat bersama dengan Program Jaya Waris tahun 2,3,4,5 dan 6.

8. Beliau menjelaskan bahawa pada hari tersebut semua waris tahun satu diberi taklimat tentang kedudukan band anak-anak mereka. diberi penerangan tentang pentaksiran dan Ibu bapa ianya bagaimana

dilaksanakan. 9. Penolong Kanan meminta penjelasan tentang SPPBS yang akan tamat tempoh pengisian bandnya pada 22 November 2012 ini. 10. Puan Rashadah meminta semua guru mengisi band-band seberapa segera kerana dibimbangi akan timbul masalah untuk mengisi kerana terlalu sesak.

IV PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI 11. Penolong Kanan 1 meminta semua guru tahun tiga yang telah mengikuti kursus KSSR mengadakan latihan dalaman kerana laporan tentang kursus perlu dihantar kepada PPD Kota Setar sebelum atau pada 1Disember 2012. 12. Beliau juga menyentuh soal pemantauan yang akan dilakukan terhadap guru-guru tahun satu dan dua mulai 1 November hingga 8 November 2012. 13. Menurut beliau, pemantauan tersebut akan melihat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan pihak pentadbir diminta memastikan kelas yang akan dipantau.

Tindakan: Semua guru V MBM/MBI 14. Penolong Kanan 1 juga mengingatkan semua guru melaksanakan agenda MBM/MBI seperti mana yang dirancang. 15. Beliau juga berharap agar MBM/MBI dimantapkan pada tahun hadapan.

Tindakan : Semua guru.

VI. SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 16. Puan Hajah Rashadah menerangkan tentang fail PBS yang akan dimurnikan lagi. 17. Beliau juga mengingatkan bahawa semua guru yang terlibat dalam pengisian band-band, berbuat demikian seberapa segera kerana tarikh tutup telah ditetapkan dan tidak akan dilanjutkan lagi. 18. Beliau juga meminta semua guru mencetak keputusan dan disimpan di dalam fail yang akan disediakan dan diletakkan di pejabat sekolah.

Tindakan: Semua Guru

VII. PERANCANGAN TAHUNAN 2013. 19. Semua guru diminta membuat penambahbaikan terhadap perancangan yang telah sedia ada. VIII. HAL-HAL LAIN 20. Penolong Kanan 1 meminta semua guru KSSR memantapkan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam melaksanakan pentaksiran. 21. Guru-guru diamanahkan untuk menilai murid dan berbuatlah sebaik yang mungkin demi kejayaan anak didik.

Makluman:Semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan dengan harapan kepada semua guru agar menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas, jujur dan dalam suasana yang gembira agar mendapat kepuasan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.28 petang.


4

Minit dicatat dan disediakan oleh,

Minit disemak oleh

........................................................ (Pn.Maznah Binti Shuib) Setiausaha KSSR SKKB

( PN HAJAH RASHADAH HAJI ISA ) Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia.