Anda di halaman 1dari 28

1.CIRI2 SUKAN/MAIN/PJ 2.KEPENTINGAN PJ 3.KAEDAH PENGAJARAN/STAIL PGAJARAN 4. CIRI2 KAEDAH PENGAJARAN 5. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STAIL.KAEDAH PENGAJARAN 6.

STRATEGI PENGAJARAN 7. 4 PRINSIP PERKEMBANGAN KURIKULUM 8. PENILAIAN 9. RPH-ada pernyataan, then buat RPH 10. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (PERKAITAN PJ DGN FPN)

Esei 1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN HUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahaberterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu

Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.Murid perlu memahami dan menghayati

pengetahuan,

kemahirandan

pengalaman

Pendidikan

Jasmani

agar

dapat

mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. 1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; 3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; 4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; 5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan 6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

2. PERSEKITARAN BUDAYA DAN TEMPAT (kebersihan, keselamatan, gaya hidup sihat, penglibatan murid, interaksi, dan penyimpanan). a) kebersihan- murid selesa untuk menjalani aktitiviti pj dan menjaga kesihatan murid. b) gaya hidup sihat- mengamalkan gaya hidup sihat, menjauhi aktiviti yang membuang masa dan tidak berfaedah, dan menjauhi tingkah laku berisiko yang membawa kepada stress.

c) penglibatan murid- murid perlu terlibat secara aktif dan selamat, menghayati ilmu yang telah dipelajari, dan membina budaya pembelajaran murid dalam pj. d) keselamatan- kawasan persekitaran yang selamat, tempat yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh murid, dan keadaan selamat meningkatkan keyakinan murid dalam melakukan aktiviti. e) interaksi- komunikasi 2 hala di antara murid dengan guru, interaksi kreatif, murid dapat menikmati proses p&p dengan lebih seronok, dan interaksi murid dengan murid. f) penyimpanan rekod- bukti menjalankan proses p&p, alat penilaian untuk memerhatikan kemajuan dan perkembangan murid, dan mengetahui kemampuan dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

STRUKTUR 1. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DARI SEGI EMOSI umumpj membantu meneroka kelemahan dan kelebihan diri, memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya, menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid, dan mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

khasa) menghilangkan tekanan - aktiviti pj dapat menghilangkan tekanan akibat aktiviti seharian. contohnya, berlari dapat melupakan sebentar masalah yang dihadapi di kelas. mengikut model ekologi bronfenrenner manusia dipengaruhi emosi berdasarkan peringkat persekitaram. mikrosistem adalah lapisan dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.

b) meningkatkan keyakinan diri -aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran dapat meningkatkan keyakinan diri, keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita, seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik dan bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.

c) pengaruh mental dan fizikal - tubuh yang sihat mempegaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik, apabila mental dan fizikal seseorang dalam keadaan yang baik maka emosi juga akan menjadi terkawal.

d) pengaruh sosial -sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik, bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktivti akan mempengaruhi kawalan emosi kita.

e) memenuhi kehendak lahiriah -fitrah manusia terutama kanak-kanak suka bermain terutama berbentuk hiburan dan sosial, melalui pj dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya mengalakkan perkembangan emosi yang positif, ekpresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, sedih dan lain-lain, kehebatandan kesensitifan perasan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu satu cara kita menyampaikan perasaan, dan perasaan2 yang kuat ini akan mempegaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

2. TUNJANG PENDIDIKAN JASMANI 1. Kecergasan (a) Kecergasan berasaskan kesihatan i. Daya tahan kardiovaskular ii. Daya tahan otot iii. Kekuatan iv. Kelenturan v. Komposisi badan (b) Kecergasan berasaskan perlakuan i. Koordinasi ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kuasa v. Masa tindakbalas vi. Kepantasan (c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan

2. Kemahiran (a) Pergerakan asas (b) Permainan (c) Olahraga

(d) Gimnastik (e) Pergerakan kreatif (f) Rekreasi (g) Kesenggangan

3. Kesukanan (a) Keselamatan (b) Pengurusan (c) Kerjaya (d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan (e) Etika

3. KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI -Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. - Kuliah, Perbincangan, Kuliah-Demonstrasi, Latihan, Penemuan, Projek, Persembahan Lisan, sebahagian-keseluruhan.

a) kaedah kuliah - Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah.

Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain.

b) kaedah kuliah-demonstrasi -Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

4. SPESIFIKASI UJIAN KEMAHIRAN

Revisi PJM 1. EMPAT PRINSIP PERKEMBANGAN KURIKULUM - Penyusunan kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani mengambil kira prinsip-prinsip perkembangan kurikulum itu sendiri. Penyusunan ini merangkumi prinsip pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), ansur maju (progression), skop (scope)dan turutan (sequencing). - Prinsip pengulangan menyatakan bahawa ketiga-tiga tunjang adalah berulang dari tahun1 6. - Manakala dalam kesepaduan pengajaran bagi semua pelajaran perlu mengambil kira konsep bersepadu yang merentasi kurikulum. Dua konsep utamanya ialah intra dan inter. intra ialah komponen utama yang terkandung di dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri manakala inter pula ialah integrasi dengan pelajaran lain seperti seni dan muzik.

- Prinsip Ansur maju pula membincangkan susunan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang mengambil kira keutamaan topik bermula dengan yang mudah beransur menjadi kompleks. Penyusunan ini mengambil kira faktor perkembangan murid. - Skop pula menggariskan ruang lingkup pengajaran itu boleh berlaku atau disampaikan oleh murid kepada guru. - - Prinsip turutan pula merupakan faktor yang menyebabkan sesuatu sukatan itu berlaku dalam turutan yang betul dan sentiasa berkesinambungan.

2. STAIL PENGAJARAN a) arahan -pengajaran terhad, peringkat permulaan pengajaran, mengutamakan keselamatan, tanggungjawab sepenuhnya kepada guru -berpusat guru, ikut arahan guru, demonstrasi oleh guru

b) latihan -masa terhad, peringkat permulaan pengajaran, tanam sifat tanggungjawab, lebih masa latihan -guru tentu pengajaran, demonstrasi oleh guru, pelajar melakukan aktiviti yang telah ditetapkan ikut masa

c) timbal balik - tanggungjawab guru pada permulaan pengajaran, secara berpasangan, tanggugjawab pelajar dalam menilai, senarai semak disediakan guru, guru memerhati murid. - guru tentu pelajaran, guru tentu kriteria, guru beri penerangan awal, guru uji kefahaman dengan demonstrasi.

d) semakan kendiri -untuk lakuan yang senang dikenal pasti, pelajar bertanggungjawab atas pembelajaran, interaksi terhad -guru tentu pelajaran, guru tentu kriteria, guru beri penerangan awal, pelajar menilai diri sendiri.

e) inklusif -pelajar berpeluang untuk berjaya, pelajar tidak ketinggalan walaupun berbeza kebolehan, pelajar buat keputusan -guru tentu pengajaran, guru tentu kriteria, guru beri peluang pelajar memilih pembelajaran ikut kemampuan - contoh , murid dapat memilih aktiviti sama ada bangkit tubi, tekan tubi, ataupun lainlain yang telah disediakan.

f) penemuan terbimbing -guru merancang pembelajaran, guru menetapkan tugasan dan menyediakan soalan yang bertututan dan menjurus satu jawapan, guru beri masa untuk pelajar berfikir, guru ubah soalan jika tidak pelajar tidak dapat menjawab -pelajar jawap soalan, pelajar melakukan tugasan ikut soalan.

g) penemuan berpusat -guru sedia tugasan, tidak ada bimbingan guru, guru tetapkan tugasan, pelajar cari jawapn dengan pelbagai cara

h) penghasilan mencapah -tugasan diberi, banyak cara penyelesaian, untuk pembagunan pasukan -guru tetap tugasan yang mempunyai banyak jawapan, guru dorong pelajar menilai jawapan dan buat perbandingan - pelajar cara jawpan pelbagai, pelajar menilai jawapan yang ada.

i) program pembelajaran individu -tugasan dan masalah ditetapkan pelajar, tidak popular di sekolah, -guru hanya membantu menetapkan tugasan am, guru hanya memantau proses - pelajar tetap program pembelajaran, pelajar tetapkan tugasan, masalah dan penyelesaian.

j) ikhtiar pembelajaran -tugasan ditetapkan pembelajar, pembelajaran ditetapkan individu, guru hanya memantau -pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan pembelajaran, pelajar memilih gaya pembelajaran sendiri

k) pengajaran kendiri -semua ditetapkan pelajar, tidak ada bantuan guru, guru pemerhati sahaja, pelajar tetapkan pelajaran, pelajar tetap pendekatan.

3. STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI a) pengajaran stesen -diaplikasi bila peralatan terhad, ruang aktiviti terhad, aktiviti setiap stesen adalah sama, bilangan setiap stesen adalah sama -pelajar dipecah, dapat kad arahan, isyarat pertukaran stesen dibunyikan, pusingan ikut jam, stesen ikut jumlah alatan dan ruang cth antara 4 atau 5 stesen

b) pembelajaran kooperatif -pupuk kemahiran sosial, tingkat keyakinan esteem diri, memajukan kemahiran kognitif dan afektif, wujudkn suasana kelas yang kondusif - kumpulan terdiri daripada=jantina sama atau campur, pelbagai kaum, pelbagai kebolehan -satu tugasan setiap kumpulan untuk diselesaikan bersama, setiap ahli ada tugas khas.

4. KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI a) kaedah tradisional -tugasan membaca, kuliah, mengucap kuat, tumpuan kepada perbendaharaan, laporan secara lisan, mengkaji semula, ujian kuiz dan peperiksaan, belajar sendiri

b) kaedah penyelesaian masalah -projek, tinjauan, penyelidikan/penjajahan, tunjauk cara/demonstrasi, kelab kesihatan, lawatan

c) kaedah kumpulan -perbincangan-berkumpulan, kuliah perbincangan, main peranan/sosiodrama, sessi 'Buzz', sumbangsaran, kempen-kempen kesihatan, wawancara, konferen, kaunseling individu *sosiodrama- lakonan spontan *sessi buzz- sesi perbincangan

d) penggunaan pakar dan individu terpilih -penceramah luar, simposium dan forum, perbincangan panel, perbahasan

e) aktiviti-aktiviti kreatif -dramatizations-mengubah cerita menjadi drama, sketsa-lakonan pendek lucu, bercerita, permainan pendidikan *dramatizations- memberi peluang murid meluahkan perasaan dalam lakonan.

5) KAEDAH/ GAYA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI -gaya langsung (arahan, tugasan, latihan, bertindak balas, semakan kendiri, inklusif) -gaya gabungan/ limitasi -gaya tidak langsung (penemuan terbimbing, penemuan memusat, penghasilan mencapah, program individu, )

a) gaya langsung -berpusatkan guru, berdasarkan teori behaviorisme, guru dianggap ada pengetahuan tentang kemhiran yang bakal dilakukan. - kelebihan= fokus kepada pelajaran, berstruktur, jimat masa, anggap semua pelajar sama, kurang salah faham berkaitan tajuk, pelajar tahu apa yang dipelajari, kaedah yang berkesan -kelemahan= mementingkan matlamat dan belakangkan proses, tidak anjal, anggap semua individu sama dari segi tahap perkembangan tanpa perbezaan individu, tidak memberi peluang pelajar meluahkan pemikiran, cara yang tetap dalam mencapai matlamat.

b) gaya tidak langsung - berpusatkan murid, memcapai matlamat pembelajaran dengan cara tersendiri, anggap pembelajaran sebagai peniruan, pengulangan perlakuan betul, pembelajaran melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. - ikut teori pembelajaran kognitif= pembelajaran berlaku sebagai proses yang berlaku dari dalam ke luar (proses dan hasil sama penting) - kelebihan= fokus individu melakukan aktiviti, ambil kira perbezaan individu, beri peluang pelajar menetapkan cara proses mencapai matlamat, beri peluang pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran, pelajar boleh merasai kejayaan, kejayaan ikut kemampuan, guru pemudah cara. -kelemahan= guru mesti ada kemahiran pemudah cara yang baik, guru mesti sabar, tanpa kawala mungkin masa menjadi lama, sukar mengawal kelas, sukar memastikan kesinambungan tajuk pembelajaran.

6) PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI a) JENIS PENILAIAN PENILAIAN FOMATIF Kenalpasti perkembangan selepas pengajaran. Bantu guru bimbing pelajar atau pelajar ketinggalan. Menjelaskan onjektif tercapai atau tidak Bola sepak kemahiran tandangan ,menguji latihan asas diberi, jika puas hari ke kamahiran yang lebih lanjut sebaliknya latihan tubi digunakan. Rujukan kriteria biasa digunakan dalam penailian ini.

PENILAIAN SUMATIF Akhir aktiviti atau pengajaran Sekolah akir bulan atau semester Mengetahui tahap pencapian atau pengusaan Bentuk markah , pangkat atau gred Ujian rujukan kreteria dan norma digunakan. Hoki semua kemahikran didedahkan, penilian melalui satu perlawanan atau pengusaan kemahiran permainan, satu gred atau tahap diberikan.

BIDANG-BIDANG UJIAN DAN PENGUKURAN & PENILAIAN UJIAN FIZIKAL Penilaian berkaitan dengan anatomi sesorang Contoh Berat jisim badan Peratusan kandungan lemak Kekuatan otot murid.

MOTOR Penilaian kualiti sesuatu pergerakan atau perlakuan akvividu Contoh otot kecil semasa bermaian piano. Penilaian kualiti sesuatu pergerakan atau perlakuan akvividu Contoh otot kecil semasa bermaian piano. PERMAINAN Kemuncak kemajuan psikomotor Permainan yang baik memerlukan Kekuatan fizikal Kemahiran motor Kecergasan yang baik.

Bermainan satu permainan. Latihan yang kerap

DOMIN PSIKOMOTOR DAVE

ARAS MENIRU KEMAHIRAN (IMITATION)

Aras paling rendah Mengunlangi perlakuan termasuk kaedah cuba jaya Kaedah ia meniru perlakuan atau memerhati dan mengulangi perlakuan. MANUPULASI KEMAHIRAN

Manghasil perlakuan dari arahan/tugasan melalui ingatan. Menghasilkan perlakuan berpandu arahan tugas secara tulisan atau lisan KETAPAN PERLAKUAN KEMAHIRAN (PRECISION)

Melakukan tepat dan bentul melalui arahan dan tunjukajar guru dan mampu menunjuk pelakuan pada rakan. Kemahiran diajar dikuasai cekap, lancar dan boleh membuat persembahan dengan jeklas, komplek dan tepat. MENGHUBUNG KAIT KEMAHIRAN (ARTICULATION) 1 .Ketepatan perlakuan kemahiran aras tinggi 2..Pelajar mampu mengubahsuai pela pergerakan ikut keperluan dan situasi 3. Mengadaptasi dan menyepadukan kemahiran

4. Mengaitkan atau melakukan gabungan aktiviti atau membina kaedah atau cara yang sesuai dengan kaedah atau situasi baru

TINDAKAN SEMULAJADI KEMAHIRAN (NATURALISATION) Tindalabalas pelajar secara automatik. Pakar dan mencipta ,menguasai , mengubahsuai seluruh kemahiran dan mempu mencipta yang baru Mengenalpasti matlamat,tujuan kemahiran, aplikasi pendekatan sesuas dan berketepatan

KECERGASAN Komponem asas kecergasan. Keupayaan kardiovaskuklar, kekuatan, ketahanan otot, kekuatan mental. Berlari maraton menggunakan keseluruhan komponem kecergasan

DOMIN KOGNETIF Merujuk pemikiran dan daya intelek dimana ia mengikur pengetauan dan kepintaran. Keupataan berfikir dan menginterpertasi Ransangan pemikiran berasaskan penyelidikan, kreativiti,perkaitan, kebolehan pengamatan dan pengukuhan. Sistem berperingkat suoaya ada pencapian kognatif. DOMIN AFEKTIF

Penilaian perasaan,nilai dan emosi individu. Berbentuk subjektif. Faktor mempengaruhi ujian tidak sesuai. Perubahan sikap berperingkat. Sukar ukur minat, sikap dan nilai. Masa guru terhad.

DOMIN AFEKTIF Penilaian perasaan,nilai dan emosi individu. Berbentuk subjektif. Faktor mempengaruhi ujian tidak sesuai. Perubahan sikap berperingkat. Sukar ukur minat, sikap dan nilai. Masa guru terhad.

KEPERLUAN PENGUKURAN DALAM PROSES PENILAIAN

MOTIVASI Mendorong pelajar belajar mendapat markah tinggi

DIAGNOSIS (PENGENALPASTIAN) Mengenal kekuatan & kelemahan.

Menukar atau meningkatkan kelemahan pencapaian Memerlukan perhatian atau menilai kelemahan.

KELASIFIKASI Pencapaian objektif program dan individu.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PROGRAM Mengukur dan menilai program

. RAMALAN Ujian ramalan persembahan dalam sukan akan datang Kepakaran dalam fisiologi dan psikologi Popular sekarang.

6. PENYELIDIKAN. Mencari penyelesaian masalah dan mengembang pengetahuan.Penting dalam

penilaian program,penilaian pengajar dan peningkatan dalam persembahan.

PRINSIP-PRINSIP UJIAN,PENGUKURAN DALAM PENILAIAN. Sebagai alat mengukur keberkesanan program Memenuhi objektif dan keperluan Menentukan kaedah penilaian.

POPULASI Pengumpulan semua unsur yang dikaji. Tahu unsur itu populasi atau tidak Semua subjek mempunyai karektor yang boleh di ukur atau diperhati. Contoh- jika anda kenalpasti murid tahun dua di sekolah, populasi mustilah murid

tahun dua. Contoh Guru minat belajar UOM KB 300 orang merupakan satu populasi

SAMPEL Pengumpulan sebahgian Bukan semua unsur yang dikaji Ia dugunakan untuk menghurai populasi 200 orang guru OUM di IPKB sebagai sampel.

SAMPLE RAWAK Setiap subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama rata, termasuk dalam sample.

TABURAN KEKERAPAN Satu cara menyusun data dalam bentuk yang lebih sesuai dan praktikal. Menunjukkan kekerapan bagi satu skor.

Markah diperolehi satu kumpulan. Semua data disusun bagi memudah mencari kekerapan.

DATA Jumlah cerapan berkaitan Bentuk bernombor dalam pengukuran. Merupakan maklumat verval di dalam kecederungan memusat. Pelbagai cara menyusun data, mengikut tertib Untuk melihat ciri data dikumpul Data membantu membuat keputusan, ramalan, sebab -musabab, kesan

UKURAN KECEDERUNGAN MEMUSAT MIN Markah purata Mengukur kecederungan memusat yang mewakili purata. Mencampur jumlah skor dan dibahagi dengan jumlah bilangan skor.

MEDIAN Nilai tunggal dalam set data yang mengukur item memusat dalam data. Item tunggal ini ialah paling tengah atau paling memusat dalam satu set no mbor. Median membahagi set data kepada dua bahagian.

Beberapa kebaikan dari Min. Data bersifat kualitatif, udah difahami, dikira sebarang

jenis data. Median nilai purata, susun data sebelum pengiraan, megambil masa jiika set

mempunyai bilangan unsur yang besar. Nilai tunggal dalam set data yang mengukur item memusat dalam data. Item tunggal ini ialah paling tengah atau paling memusat dalam satu set nombor. Median membahagi set data kepada dua bahagian. Beberapa kebaikan dari Min. Data bersifat kualitatif, udah difahami, dikira sebarang

jenis data. Median nilai purata, susun data sebelum pengiraan, megambil masa jiika set

mempunyai bilangan unsur yang besar.

MOD Ukuran kecederungan memusat berbeza debgan min tapi meyerupai dengan

median. Mod nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Mewakili titik tertinggi dalam kelok taburan set data Mencari mod data misti disusun Guna miod tampa memgira,besar, kecil atau bagaimana nilai dalam set data

CARI .... MIN; 5,15,10,15,5,10,10,20,25,15

MEDIAN: MOD ;

5,10,10,10,15,20,20,25/2,2,4,6,7,9,10,12 1,2,3,3,5,5,7,7,7,7,8,9,

CARI ; MIN, MEDIAN DAN MOD 55,45,50,45,45,50,60,70,85,55

UKURAN PEMBOLEHUBAH JULAT Perbezaan nilai paling tinggi dan paling rendah Julat= Nilai paling tinggi nilai paling rendah. Kegunaan untuk serakan terhad. Ia ukur nilai tinggi dan rendah mengabaikan pencerapan dalam set data. Mengukur dua nilai sahaja. Julat boleh berubah dari sample ke sample lain dalam pepulasi.

SKOR Z Menunjukkan sejauh mana kedududkan skor mentah dari min. Semakin jauh kedudukan skor mentah dari min maka semakin besar nilai skor z Jika skor mentah lebih rendah dari min nilai skor z adalah negatif

SKOR T Prestasi kecergasan murid akan diperolehi setelah mengabung beberapa skor

ujian daripada komponem ujian kecergasan yang telah dijalankan.

Komponem ujian kecergasan biasanya mmpunyai pengukuran yang berbeza. Ujian SEGAK, ujian ringkas separa dalam unit, Jangkaan melunjur dalam

sentemeter, oleh itu skor mentah perlu ditukar kepada skor piawai (Skor T) sebelum digabung menjadi skor T keseluruhan

SKALA PENGUKURAN SKALA NOMINAL Paling mudah dan terendah Melapor kekerapan sesuatu pembolehubah Nilai diberikan kepada pembolehubah hanya untuk membezakan kategori Tidak boleh dibuat perbandingan Contoh. 1 (lelaki). 2 ( perumpuan).1 (Melayu). 2 ( Cina). Tiada nilai dan hubungan.

SKALA ORNIDAL Maklumat mengenai urutan atau pangkat pembeolehubah Turutan tertinggi hingga turutan terendah, Kecil atau besar Menunjukkan arah perbezaan antara satu nilai. Contoh: (5) sangat setuju, (4) setuju, (3) tidak pasti, (2) tidak setuju. (1) sangat

tidak setuju.

SKALA SELA Mengambarkan perbezaan unit dalam pengukur sebenar.

Contoh : Ujian tekan tubi Pelajar A (80 bilangan), Pelajar B (70 bilangan) , Pelajar

C (40 )ulangan.Pelajar A lebih 10 ulangan dari B, Nilai O tidak mengambar apa-apa nilai.

SKALA NISBAH Mempunyai semua ciri skala sela dan nilai 0 adalah mutlak dan bermakna. Skla ukur tingga skla nisbah.

Komponen kecergasan Fizikal terahagi kepada dua bahagian iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi sekiranya seseorang yang ingin mempunyai prestasi yang tinggi dan mantap seperti atlit, ia perlu menguasai kedua-duanya sekali gus.

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan. Kecergasan ini merangkumi lima komponen utama, iaitu:

1. Daya tahan kardiorespiratori Daya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien, terutama oksigen, ke

otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal yang berterusan. Komponen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.

2. Daya tahan otot Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah.

3. Kekuatan otot Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi.

4. Fleksibiliti Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian

sendi dan otot.

5. Komposisi badan Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.

Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan pencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Kecergasan ini merangkumi enam komponen, iaitu:

1. Kepantasan Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.

2. Kuasa Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

3. Koordinasi Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

4. Keseimbangan Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak.

5. Ketangkasan Ketangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.

6. Masa tindak balas Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

Anda mungkin juga menyukai