Anda di halaman 1dari 25

Topik

Permainan Bola Sepak

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti sejarah dan perkembangan bola sepak di Malaysia; dan 2. Mempraktikkan peraturan dan undang-undang kejohanan dan pertandingan bola sepak. dalam sesuatu

X PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah lama wujud di negara China sejak abad ke-3 sebelum Masihi? Malah, pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang dan peraturan dalam permainan bola sepak.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

1.1

SEJARAH

Beikut adalah sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia.

1.1.1

Sejarah Permainan

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan (Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Bola sepak berperaturan dimainkan secara meluas di Eropah ketika Zaman Pertengahan

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun kedua dan ketiga di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan Tsu Chu. Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek episkyros mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan bermula dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan football di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 3

diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembangkan menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini. Selepas itu, FIFA telah menerima persatuan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA adalah untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga FIFA. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama berlangsung di Barcelona, Sepanyol telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929. Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 dalam perlawanan akhir. Bola yang digunakan semasa kejohanan ini ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada piala dunia pertama di Uruguay pada 1930

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Jules Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia ketika itu.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

SEMAK KENDIRI 1.1


1. Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak. 2. Siapakah tokoh yang berjaya menganjurkan Piala Dunia bola sepak yang pertama? 3. Nyatakan apakah peranan FIFA dalam pembangunan bola sepak.

1.1.2

Perkembangan Awal Bola Sepak di Malaysia

Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 5

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. (a) Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalisme Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada 1989, Liga Semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Terkini, FAM telah memperkenalkan pertandingan Liga Super dan Liga Premier yang melibatkan 24 pasukan negeri dan kelab bertanding.

(b)

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian pelbagai pihak dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.

SEMAK KENDIRI 1.2


Ceritakan secara ringkas sejarah awal permainan bola sepak di Malaysia.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

1.1.3

Struktur Organisasi Persatuan

Rajah 1.3 menunjukkan struktur organisasi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Bagi Tahun 2010-2014.

Rajah 1.3: Struktur Organisasi FAM

1.2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 7

1.2.1

Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau kepengadilan pastinya akan meningkat sekiranya kita dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undangundang ini. (a) Undang-undang 1: Padang Permainan (i) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimainkan pada permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. Ukuran Padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (rujuk Rajah 1.4):

(ii)

Rajah 1.4: Ukuran kawasan padang bola sepak

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

Panjang Lebar

: :

Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang Lebar : : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela)

(iii) Kawasan Padang Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela). (iv) Kawasan Gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol. (v) Kawasan Penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Di dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti (rujuk Rajah 1.5).

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 9

Rajah 1.5: Ukuran kawasan penalti

(vi) Tiang Bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan pada setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. (vii) Lengkungan Sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) dari setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. (viii) Tiang Gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah setiap garisan gol (rujuk Rajah 1.6). Jarak di antara tiang gol adalah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah adalah 2.44m (8 kaki). Manakala, ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

10 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

Rajah 1.6 : Ukuran tiang gol bola sepak

(b)

Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Rajah 1.7 menunjukkan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 1.7: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

(c)

Undang-undang 3: Bilangan Pemain (i) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 1.8). Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada tujuh orang pemain.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 11

Rajah 1.8: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol

(ii)

Perlawanan Rasmi Dalam setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya tiga orang pemain dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (tiga hingga tujuh pemain).

(iii) Nama Pemain Gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. (iv) Peraturan Pemain Gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan. Pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. (v) Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol, pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dilakukan.

12 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

(d)

Undang-undang 4: Peralatan Pemain (i) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemainpemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan. Peralatan Asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang wajib dipakai oleh setiap pemain: x x x x x Jersi; Kasut bola; Seluar pendek; Stoking; dan Pelindung kaki.

(ii)

Rajah 1.9: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(iii) Pelindung Kaki (Shin Guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. (iv) Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil. (v) Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya dia melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan itu untuk meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 13

(e)

Undang-undang 5: Pengadil (i) Kuasa Pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.

Rajah 1.10: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh dua pembantu pengadil

(ii)

Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (rujuk Rajah 1.10): x x x x x x x Melaksanakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memberhenti atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan

14 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. x x Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

x x x

(iii) Keputusan Pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. (f) Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/Penjaga Garisan (i) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas pembantu pengadil ialah: x x x x Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid atau offside. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.

(ii)

Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undangundang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 15

Rajah 1.11: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan

(g)

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (i) Tempoh Permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan antara pengadil dan keduadua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya, mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. Rajah 1.12 menunjukkan masa permainan untuk perlawanan.

Rajah 1.12: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa

(ii)

Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(iii) Masa Tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera

16 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan. (iv) Tendangan Penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan. (v) Pemberhentian Perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

(h)

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (i) Permulaan Perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan (contoh ditunjukkan dalam Rajah 1.13), sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol, manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

Rajah 1.13: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(ii)

Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 17

setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. (iii) Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ia disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. (i) Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (rujuk Rajah 1.14). Permainan akan diteruskan kembali dengan: (i) (ii) Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan.

(iii) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Rajah 1.14: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

18 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

(j)

Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan (rujuk Rajah 1.15). Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama atau tidak menjaringkan gol langsung semasa tempoh perlawanan. Rajah 1.15 menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.15: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 19

(l)

Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya dua pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah 1.16). Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.16: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

(m) Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (i) (ii) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan (rujuk Rajah 1.17). Memegang pemain pihak lawan.

(iii) Melompat ke atas pemain pihak lawan. (iv) Menolak pemain pihak lawan. (v) Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.

(vi) Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.

20 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

(vii) Menyadung pemain pihak lawan. (viii) Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. (ix) Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

Rajah 1.17: Kesalahan menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan

(n)

Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat dua jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang daripada 9.15m dari bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 9.15m (10 ela) dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, para pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka (rujuk Rajah 1.18). Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 21

Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma lazimnya adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi

(o)

Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (rujuk Rajah 1.19). Prosedur melaksana sepakan penalti adalah seperti berikut: (i) (ii) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.

(iii) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara kedua tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. (iv) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

Rajah 1.19: Sepakan penalti biasanya akan memberikan jaringan

22 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

(p)

Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur membuat balingan masuk adalah seperti berikut: (i) (ii) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala (rujuk Rajah 1.20). Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan.

(iii) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. (iv) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

Rajah 1.20: Seorang pemain membuat cara balingan masuk yang betul

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 23

(q)

Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur membuat tendangan gol adalah seperti berikut: (i) (ii) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan ataupun penjaga gol. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

(iii) Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. (iv) Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. (v) (r) Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur membuat tendangan sudut adalah seperti berikut: (i) (ii) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

(iii) Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. (iv) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

24 X

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK

Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

SEMAK KENDIRI 1.3


1. Nyatakan apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya. 2. Apakah prosedur yang harus dipatuhi untuk membuat tendangan mula? 3. Terangkan secara ringkas, apakah yang dimaksudkan dengan tendangan percuma langsung dan tidak langsung? 4. Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid?

x x

Sukan bola sepak ialah sukan yang paling popular di dunia amnya dan Malaysia khususnya. FIFA adalah satu badan yang mengendalikan bola sepak antarabangsa dan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Kejohanan Bola Sepak di peringkat antarabangsa.

TOPIK 1

PERMAINAN BOLA SEPAK W 25

x x

FAM pula adalah badan yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala hal ehwal yang berkaitan bola sepak di Malaysia. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA.

Luxbacher, J. A. (1996). Soccer: Steps to success (2nd ed.). United States of America: Human Kinetics. David, H., & Sean, H. (2011). Who owns football? The governance and management of the club game worldwide. New York: Routledge. Book, T. (1989). Soccer: The skill of the game. Britain: The Crowood Press. Patricia, J. M. (2008). Let's play football. London: Dorling Kindersley. Teng, B. T. (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. Kuala Lumpur: Longman.

Anda mungkin juga menyukai