Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Saya ialah guru pelatih di Institit Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan

dari kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Pemulihan Khas Ambilan Januari 2011. Pengkhususan major saya ialah Pemulihan Khas Bahasa Melayu dan Matematik manakala pengkhususan minor pula adalah Bahasa melayu Sekolah Rendah dan Matematik Sekolah Rendah. Sepanjang pengajian saya hampir lima tahun setengah di IPG Kampus Pendidikan Teknik, saya telah menjalani tiga (3) fasa praktikum iaitu Praktikum Fasa 1 (PRK1) selama sebulan pada tahun 2013, Praktikum Fasa 2 (PRK2) selama dua bulan pada tahun 2013, dan Praktikum Fasa 3 (PRK3) selama tiga bulan pada tahun 2014. Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran Pengalaman-pengalaman dalam menjalani praktikum ini amat membantu saya mempertingkatkan keyakinan diri untuk mengajar dan merancang Rancangan Pengajaran Harian. Pengalaman Praktikum Fasa 1 memberikan pendedahan awal kepada saya terhadap Pendidikan Pemulihan Khas. Pengalaman ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta memperbaiki komunikasi berkesan di antara saya dengan murid dan juga dengan guru-guru di sekolah.

1.0

PENDAHULUAN

Dengan berlandaskan Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) dan mengekalkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR), penambahbaikan telah dilakukan pada aspek reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa, dan pengurusan kurikulum untuk membentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jika pada peringkat KBSR, konsep 3M iaitu kemahiran membaca, menulis, dan mengira ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, satu lagi kemahiran ditambah iaitu kemahiran menaakul. Menaakul dikategorikan dalam kebolehan menganalisis sesuatu maklumat. Kemahiran ini penting dalam kehidupan seharian untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling mita dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat. Penaakulan berupaya mengembangkan apasiti pemikiran logical dan kapasiti pemikiran kritis. Selain daripada itu, mata pelajaran matematik juga turut mengalami perubahan. Matematik di peringkat sekolah rendah ialah satu mata pelajaran teras asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. Elemen kreativiti, keusahawanan dan TMK perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran. Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, kementerian Pelajaran Malaysia, dokumen ini menyatakan aras penguassan yang paling minima yang perlu murid kuasai. Oleh itu,guru perlu bijak merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan ini selaras dengan kebolehan murid untuk melaksanakan tugas tersebut secara bertanggungjawab. Mengikut Bahagian Pendidikan Khas Malaysia, murid pemulihan khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh factor persekitaran dan

bukan factor kognitif. Dengan kata lain, pendidikan wajib ke atas semua murid tanpa membezakan fizikal, emosi, social, dan intelektual kerana murid pemulihan khas juga memiliki potensi dan kemampuan yang masih boleh dikembangkan. Murid pemulihan khas ini, mempunyai kecerdasan atau IQ di bawah 84, memiliki batasan berfikir yang terhad, daya ingatan yang rendah, sukar berfikir abstrak, dan fantasi yang rendah sehinggakan mereka mengalami kesukaran dalam bidang akademik antaranya dalam mata pelajaran matematik. Hal ini disokong oleh Warner dalam Sujawanto (2005:73) bahawa anak yang dengan gangguan intelektual adalah anak yang mengalami kelambatan perkembangan mental, anak lambat daripada anak yang sebayanya, anak mungkin lambat bergerak, tersenyum, menunjukkan minat pada pelbagai hal atau benda, duduk berjalan, dan sebagainya. Kelemahan murid pemulihan khas dalam kemampuan berfikir abstrak, menjadikan mereka sukar membayangkan sesuatu. Walaupun begitu, murid pemulihan harus dibantu untuk menguasai kemahiran asas 3M, terutamanya dalam kemahiran matematik bagi pengenalan nilai tempat dan nilai digit yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Menurut Bloomfield (2003), nilai tempat adalah satu konsep yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran nombor lebih dari satu digit. Ia adalah penting kerana pengetahuan nilai tempat melengkapkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah dengan operasi nombor. Apabila murid gagal menguasai konsep nilai tempat, pengiraan melibatkan operasi nombor yang dilakukan oleh murid akan menyebabkan andaian guru terhadap mereka menjadi negative iaitu guru menganggap murid ini masih lemah dalam matematik.

Anda mungkin juga menyukai