Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

Hadis secara harfiah bererti perkataan atau percakapan. Dalam terminologi Islam perkataan dimaksudkan adalah perkataan dari Nabi

Muhammad s.a.w. Namun sering kali kata ini mengalami perluasan makna sehingga disinonimkan dengan sunnah sehingga bererti segala perkataan (sabda), perbuatan, ketetapan mahupun persetujuan dari Nabi Muhammad s.a.w. yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama. Hadis sebagai sumber hukum dalam agama Islam memiliki kedudukan kedua pada tingkatan sumber hukum dibawah Al Qur'an. Ibn Hajar memberi pengertian hadis iaitu apaapa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Ayub bin Musa al-Husaini al-Qarimi al-Kufi yang lebih dikenali sebagai Abu al-Baqa, hadis ialah suatu istilah bercerita atau mengkhabarkan atau juga memberitahu yang disandarkan perkhabaran atau penceritaan tersebut kepada Rasulullah s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan dan juga ikrar.(Asmawi, 2003). Dari segi bahasa al-Sunnah bererti jalan atau cara hidup sama ada ianya terpuji mahupun tercela. Dari segi istilah ulama-ulama hadis mengatakan bahawa takrifannya adalah sama seperti al-hadis. Sunnah juga berlawanan dengan bidah. Imam Syatibi berkata seseorang itu dikatakan mengikuti sunnah sekiranya dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Rasul s.a.w. atau amalan yang tidak wujud pada zamannya, sahabat dan salafusolah. Sunnah juga diakui oleh jumhur ahlul hadis bahawa ianya termasuk amalan para sahabat, kerana adalah maklum bahawa sahabat sentiasa beramal bertepatan dengan sunnah Rasul s.a.w.

1.0

Kategori Utama Hadis

HADIS

Sifat Perawi

Bilangan Perawi

Perawi Pertama

Hadis Sahih
Hadis Muawatir

Hadis Marfu

Hadis Hasan Hadis Ahad

Hadis Mauquf

Hadis Dhaif Hadis Masyhur Hadis Maqtu

2.0

Pembahagian Hadis

3.1

Hadis Sahih

Hadis sahih ialah hadis yang mempunyai sanad yang bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit (tepat dalam

meriwayatkan hadis sama ada melalui kekuatan ingatan atau ketepatan catatannya), dan terselamat daripada syaz dan kecacatan.

Contoh Hadis Sahih

. ( "(

" Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin yusuf ia berkata: telah mengkhabarkan kepada kami malik dari ibnu syihab dari Muhammad bin jubair bin math'ami dari ayahnya ia berkata: aku pernah mendengar rasulullah saw membaca dalam shalat maghrib surat at-thur" (HR. Bukhari, Kitab Adzan).

3.1.1 Syarat hadis sahih

a) Sanad bersambung Sanad yang bersambung bermaksud semua rawi menerima hadis tersebut secara langsung daripada gurunya. Hal ini dapat dikenal pasti melalui penggunaan lafaz yang digunakan oleh rawi ketika menerima dan menyampaikan sesuatu hadis. Contohnya ialah:

( \ telah menceriakan kepada aku/ kami), \ (telah mengkhabarkan kepada aku/ kami), ( aku telah mendengar) dan lafaz-lafaz yang lain yang menunjukkan dengan jelas bahawa rawi tersebut mendengar dan menerima hadis tersebut secara langsung. Manakala lafaz yang-lafaz yang menunjukkan kemungkinan rawi tidak mendengar dan menerima sesuatu hadis itu secara langsung seperti: ( daripada si fulan), ( bahawa si fulan telah berkata) dan lafaz-lafaz lain yang tidak menunjukkan dengan jelas bahawa rawi itu mendengar dan mengambil sesuatu hadis itu secara langsung daripada gurunya.

b) Rawi yang Adil Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkaraperkara fasiq dan bidaah. Dia menepati ciriciri berikut:

1. Islam Syarat ini hanya untuk rawi yang ingin menyampaikan sesuatu hadis sahaja. Manakala rawi yang ingin menerima sesuatu hadis, tidak disyariatkan yang dia adalah seorang Islam

2. Baligh Syarat ini hanya terpakai untuk rawi yang ingin menyampaikan sesuatu hadis, tidak terpakai untuk rawi yang menerima hadis. Sekiranya kanak-kanak yang belum baligh, menerima sesuatu hadis, kemudian menyampaikannya selepas dia telah baligh, riwayatnya diterima.

3. Berakal. Bermaksud seorang yang waras. Ini penting kerana ia merupakan faktor untuk rawi itu bercakap benar dan

menyampaikan sesuatu hadis itu dengan tepat.

4. Selamat daripada sifat-sifat fasik Iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil dan menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan.

c) Rawi yang sempurna dhabit Perawinya bersifat dhabit iaitu orang yang tepat hafalannya, selamat dari kesalahan atau ragu-ragu dan berkemampuan untuk menghadirkan apa yang dihafalnya apabila diminta pada bila-bila masa. Dhabit terbahagi kepada dua iaitu Dhbit Sodri dan Dhbit kitabi 1. Dhbit Sodri Perawi yang menghafaz apa yang didengarnya dan mampu untuk memberitahu apa yang didengar dan dihafalnya sebagaimana dia mendengarnya pada bila-bila masa.

2. Dhbit Kitabi Perawi yang benar-benar menjaga catatannya daripada hilang, dicuri, diubah atau diseleweng bermula dari saat dia mencatatnya sehinggalah dia diminta untuk mengemukakan catatannya.

d) Tidak ada syaz Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. Hadis syaz ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan. e) Bebas daripada sebarang illah Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadis itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadis yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq.

3.1.2 Pembahagian Hadis sahih Hadis-hadis sahih boleh dibahagikan kepada dua: a) Sahih lizatihi Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yang kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan daripada org yang kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.

b) Sahih Lighairihi Hadis yang tidak memenuhi semua ciri-ciri hads sahih secara menyeluruh. Contohnya, rawi yang adil tetapi kurang tahap dhabitnya. Tahap hadis ini adalah lebih rendah. Tetapi jika ada riwayat lain yang menguatkannya, maka ia akan menjadi hadis sahih lighairihi. Maka, hadis sahih lighairihi ialah hadis yang menjadi sahih disebabkan oleh faktor lain. Hadis hasan yang

mempunyai banyak jalan, akan naik ke tahap sahih. Ia dikenali sebagai sahih lighairihi.

3.1.3 Hukum Beramal 1. Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dalam kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yang dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya. 2. Wajib beramal dengan setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dalam huraian kitab An-Nakhbah. 3. Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yang beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dalam kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4. Tidak terhalang untuk beramal selepas menerima Hadis yang sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yang membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan,

bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yang melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu. 5. Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yang meriwayatkannya. Ini adalah diambil daripada kata-kata Ibnu AlQayyim di dalam kitab (Ighathah Al-Lahfan).

Kitab-kitab hadits yang menghimpun hadits shahih secara berurutan sebagai berikut: 1) Shahih Al-Bukhari (w.250 H). 2) Shahih Muslim (w. 261 H). 3) Shahih Ibnu Khuzaimah (w. 311 H). 4) Shahih Ibnu Hiban (w. 354 H). 5) Mustadrok Al-hakim (w. 405). 6) Shahih Ibn As-Sakan. 7) Shahih Al-Abani.

3.2

Hadis Hasan Hadis hasan didefinisikan sebagai hadis yang sanadnya bersambung dari awal hingga akhir, disampaikan oleh rawi yang adil, tahap dhabitnya kurang sedikit daripada dhabit perawi sahih, tanpa sebarang syaz dan juga illah. Contoh hadis hasan
Contoh hadits hasan adalah sebagai berikut:

: : : " .....
Telah menceritakan kepada kamu qutaibah, telah menceritakan kepada kamu jafar bin sulaiman, dari abu imron al-jauni dari abu bakar bin abi musa al-Asyari ia berkata: aku mendengar ayahku berkata ketika musuh datang : Rasulullah Saw bersabda : sesungguhnya pintu-pintu syurga dibawah bayangan pedang( HR. At -Tirmidzi, Bab Abwabu Fadhailil jihadi).

3.2.1 Syarat hadis hasan

a) Sanad bersambung Sanad yang bersambung bermaksud semua rawi menerima hadis tersebut secara langsung daripada gurunya. Hal ini dapat dikenal pasti melalui penggunaan lafaz yang digunakan oleh rawi ketika menerima dan menyampaikan sesuatu hadis. Contohnya ialah:

( \ telah menceriakan kepada aku/ kami), \ (telah mengkhabarkan kepada aku/ kami), ( aku telah mendengar) dan lafaz-lafaz yang lain yang menunjukkan dengan jelas bahawa rawi tersebut mendengar dan menerima hadis tersebut secara langsung. Manakala lafaz yang-lafaz yang menunjukkan kemungkinan rawi tidak mendengar dan menerima sesuatu hadis itu secara langsung seperti: ( daripada si fulan), ( bahawa si fulan telah berkata) dan lafaz-lafaz lain yang tidak menunjukkan dengan jelas bahawa rawi itu mendengar dan mengambil sesuatu hadis itu secara langsung daripada gurunya.

b) Rawi yang Adil Perawinya bersifat adil iaitu orang yang dapat menguasai dirinya untuk membiasakan diri dengan taqwa dan menjauhi perkaraperkara fasiq dan bidaah. Dia menepati ciriciri berikut:

1. Islam Syarat ini hanya untuk rawi yang ingin menyampaikan sesuatu hadis sahaja. Manakala rawi yang ingin menerima sesuatu hadis, tidak disyariatkan yang dia adalah seorang Islam

2. Baligh Syarat ini hanya terpakai untuk rawi yang ingin menyampaikan sesuatu hadis, tidak terpakai untuk rawi yang menerima hadis.

Sekiranya kanak-kanak yang belum baligh, menerima sesuatu hadis, kemudian menyampaikannya selepas dia telah baligh, riwayatnya diterima.

3. Berakal. Bermaksud seorang yang waras. Ini penting kerana ia merupakan faktor untuk rawi itu bercakap benar dan

menyampaikan sesuatu hadis itu dengan tepat.

4. Selamat daripada sifat-sifat fasik Iaitu tidak melakukan dosa besar atau berterusan dalam melakukan dosa kecil dan menjaga maruah seperti tidak bergaul dengan orang-orang yang rendah maruahnya, tidak keterlaluan dalam bergurau senda dan tidak membuang air kecil di tepi jalan.

c) Tidak ada syaz Terselamat daripada syaz iaitu tidak bertentangan dengan riwayat lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah. Hadis syaz ialah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi bertentangan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqah atau lebih ramai, dan tidak dikumpulkan. d) Bebas daripada sebarang illah Terselamat daripada kecacatan iaitu sebarang kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadis itu daripada mencapai darjat sahih seperti hadis yang terkandung dalam sanadnya seorang yang fasiq.

3.2.2 Pembahagian Hadis hasan Hadis hasan terbahagi kepada dua: 1. Hasan lizatihi Hadis hasan lizatihi adalah hadis yang dengan sendirinya telah memenuhi kriteria hadis hasan sebagaimana tersebut di atas, dan tidak memerlukan riwayat lain untuk mengangkatnya ke darjat hasan.

2. Hasan lighairi Hadis daif yang daifnya disebabkan faktor-faktor ringan. Kemudian, ia dikuatkan dengan adanya jalan-jalan (riwayat) lain. Maka, pada asalnya hasan lighairi adalah daif yang sebab daifnya adalah ringan. Oleh sebab terdapat jalan lain yang menguatkannya, maka ia dinaikkan ke tahap hasan lighairihi.

3.3

Hadis Daif Hadis daif ialah hadis-hadis yang tidak menepati ciri-ciri hadis sahih dan hadis hasan. Inilah pengertian yang telah diberikan oleh para ulama hadis, antaranya ialah ibn al-salah, al-Nawawi, dan ibn kathir. (Al-Khair abadi, 2003) Al-hafidz ibn hajar al-asqalani pula menyatakan, hadis daif ialah hadis yang tidak memenuhi ciri-ciri hadis maqbul (hadis yang diterima). Hadis maqbul yang diterima ialah: hadis sahih lizatihi, hadis sahih lighairihi, hadis hasan lizatihi, dan hadis hasan lighairihi.

Contoh hadits dhoif adalah sebagai berikut ;

" : " " "


Apa yang diriwayatkan oleh tirmidzi dari jalur hakim al-atsrami dari abi tamimah alHujaimi dari abi hurairah dari nabi saw ia berkata : barang siapa yang menggauli wanita haid atau seorang perempuan pada duburnya atau seperti ini maka sungguh ia telah mengingkari dari apa yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad saw

3.3.1 sebab-sebab menjadi daif Berdasarkan definisi yang telah diberikan, dapatlah dikatakan bahawa terdapat enam sebab-sebab yang menjadikan sesuatu hadis itu daif. Mana-mana hadis yang mempunyai salah satu daripada sebab-sebab tersebut, maka ia dikira sebagai hadis daif. Al-sanani telah menggariskan sebab-sebab tersebut seperti berikut a) Sanadnya tidak bersambung b) Rangkaian perawinya atau sebahagiannya tidak adil c) Rangkaian perawinya atau sebahagiannya tidak dhabit d) Mempunyai syaz, sama ada pada matan atau sanad, atau pada kedua-keduanya sekali e) Mempunyai illah (sebab-sebab yang mencacatkan) sama ada pada sanad atau matan atau pada kedua-duanya sekali f) Tidak ada riwayat atau jalan lain yang boleh menguatkannya.

3.3.2 Hukum beramal Para ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga golongan: 1) GOLONGAN PERTAMA Hadis Dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib (menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain. 2) GOLONGAN KEDUA Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM. Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang."

3) GOLONGAN KETIGA Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan pandangan ini ialah IMAM NAWAWI dan AL-HAFIZ IBNU HAJAR.

Rumusan Para ulama hadis pada zaman lalu telah berusaha secara bersungguh-sungguh di dalam menjaga keautoritian khazanah hadis agar terpelihara daripada dicemari unsurunsur yang boleh merosakkan keautoritian hadis. Ini kerana hadis akan dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. Terjejasnya autoriti hadis akan menyebabkan timbulnya pertikaian terhadap diri Rasulullah S.A.W. apatah lagi musuh-musuh Islam sentiasa mencari ruang untuk memburuk-burukkan Rasulullah S.A.W. dan juga ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda S.A.W. Dengan terjaga nya maqam hadis maka akan turut menjaga reputasi Rasulullah S.A.W. dan dengannya akan menyebabkan tertutup nya pintu-pintu bagi musuh-musuh Islam untuk memburuk-burukkan Baginda S.A.W.

seterusnya menyelamatkan umat Islam menjadi ragu-ragu terhadap ajaran Islam. Pembahagian darjat hadis-hadis yang dilakukan oleh para ulama hadis adalah demi menjaga keautoritian hadis. Sesungguhnya hadis tinggalan nabi S.A.W. merupakan panduan utama kita dalam hidup selepas al-Quran. Jika panduan kita sendiri kita susah hendak mengenalinya maka sudah pasti kita akan mudah untuk terikut-ikut panduan yang salah secara tidak langsung membabitkan kita dalam ajaran-ajaran yang menyimpang daripada ajaran Rasulullah S.A.W. Sebagai tambahan, untuk lebih mudah mengenal pasti bahawa sesuatu hadis itu sahih atau tidak, rujuk sahajalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang menulis kitab Sahih al-Bukhari dan Imam Muslim yang telah menulis kitab Imam Muslim yang ditauliahkan sebagai kitab yang kedua dan ketiga yang paling sahih di atas muka bumi ini selepas al-Quran. Justeru, saya berharap agar para pembaca dapat beramal menyampaikan segala ilmu yang diperoleh.

Anda mungkin juga menyukai