Anda di halaman 1dari 4

Sang Kancil Dengan Siput

Pada suatu hari, Sang Kancil pergi ke tepi sawah. Sang Kancil mahu minum air. Semasa Sang Kancil sedang minum air di dalam sawah, tiba-tiba Sang Kancil terpandang seekor siput. Siput itu sedang merayap perlahan-lahan di atas batas sawah.Timbullah hasrat dalam hati Sang Kancil

mahu berlumba dengan siput.


"Tentulah aku akan menang, jika berlumba dengan Sang Siput," fikir Sang Kancil. Sang Kancil pergi berjumpa siput. Sang Kancil mengajak siput berlumba. Siput meminta tangguh satu hari untuk memberikan jawapan. Sang Kancil bersetuju dengan permintaan siput. Keesokan harinya, Sang Kancil pergi berjumpa siput sekali lagi. Siput bersetuju berlumba dengan Sang Kancil. Sebenarnya, sebelum perlumbaan itu, siput pergi bertemu kawan-kawannya. Kawan- kawannya bersetuju untuk membantu. Mereka akan berada di sepanjang batas sawah semasa perlumbaan itu.

Perlumbaan pun bermula. Setelah jauh berlari, Sang Kancil pun memanggil siput, "Wahai Sang Siput, di manakah engkau berada?" "Aku ada di sini," jawab siput. "Wah, siput sudah ada di hadapan aku!" kata Sang Kancil. Sang Kancil segera berlari dengan kencang. Kemudian Sang Kancil memanggil lagi. Siput lain menyahut bahawa ia ada di hadapan. Sang Kancil berlari lagi. Kemudian, Sang Kancil memanggil lagi. Siput lain pula menjawab, "Aku berada di hadapan." Sang Kancil berasa sangat penat. Akhirnya, Sang Kancil terpaksa mengaku kalah. Sang Kancil berasa malu kerana kalah dalam perlumbaan itu.

NILAI MURNI Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah. Setiap orang mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai