Anda di halaman 1dari 8

Sang Kancil Dengan Siput

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

Pada suatu hari, Sang Kancil pergi ke tepi sawah.

Sang Kancil mahu minum air.

Semasa Sang Kancil sedang minum air di dalam

sawah, tiba-tiba Sang Kancil terpandang seekor siput.

Siput itu sedang merayap perlahan-lahan di

atas batas sawah.Timbullah hasrat dalam hati

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

Sang Kancil mahu berlumba dengan siput.

"Tentulah aku akan menang, jika berlumba dengan

Sang Siput," fikir Sang Kancil.

Sang Kancil pergi berjumpa siput. Sang Kancil

mengajak siput berlumba.

Siput meminta tangguh satu hari untuk memberikan

jawapan. Sang Kancil bersetuju dengan permintaan

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

siput.
Keesokan harinya, Sang Kancil pergi berjumpa siput

sekali lagi. Siput bersetuju berlumba dengan Sang

Kancil. Sebenarnya, sebelum perlumbaan itu, siput pergi

bertemu kawan-kawannya.

Kawan- kawannya bersetuju untuk membantu.

Mereka akan berada di sepanjang batas sawah

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

semasa perlumbaan itu.

Perlumbaan pun bermula. Setelah jauh berlari, Sang

Kancil pun memanggil siput, "Wahai Sang Siput,

di manakah engkau berada?"

"Aku ada di sini," jawab siput.

"Wah, siput sudah ada di hadapan aku!" kata Sang Kancil.

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

Sang Kancil segera berlari dengan kencang.

Kemudian Sang Kancil memanggil lagi. Siput lain

menyahut bahawa ia ada di hadapan.

Sang Kancil berlari lagi.

Kemudian, Sang Kancil memanggil lagi. Siput lain

pula menjawab, "Aku berada di hadapan."

Sang Kancil berasa sangat penat. Akhirnya,

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

Sang Kancil terpaksa mengaku kalah.

Sang Kancil berasa malu kerana kalah dalam perlumbaan itu.

NILAI MURNI Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah. Setiap orang mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

tahun 5/ 2014/ amyliakhan

Anda mungkin juga menyukai