Anda di halaman 1dari 19

MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 4 (KSSR) 1.

0 PENGENALAN KUALA LUMPUR: Sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya. Muhyiddin berkata, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras mengikut KSSR mulai 2014, berbanding elemennya diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini. Katanya, KSSR dilaksanakan dari Tahun Satu mulai tahun depan, diikuti Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada 2016. Kurikulum baru ini adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). KSSR akan memberi penekanan kepada pendekatan secara hands-on learning, di samping keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai jenis pembelajaran yang menyeronokkan, katanya. ( Petikan daripada Berita Harian ). Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajaib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai Tahun 4 Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan,kemahiran,elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah.Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional.Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotic dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarahawal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaranSejarah dibina berasaskan enam tunjang iaituKomunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi diMalaysia. Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah SekolahRendah adalah menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran PemikiranSejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah.Organisasi Kurikulum Organisasi kurikulum merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu:Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungan adalah berfokuskan tentang sejarah Negara yang disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Kandungan kurikulum Sejarah mencakupi beberapa tema. Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Elemen ini merujuk kepada bangsa yang mendiami suatu lingkungan geografi yang memiliki etos sebagai penjalin hubungan antara etnik yang mendiaminya. Di Malaysia, rakyat terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama. Elemen ini juga merujuk kepada Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita. Matlamat utama penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum Sejarah untuk membentuk warganegara yang berketerampilan dan bermaklumat.

1.1

Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Ia

membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud pemahaman secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, pembelajaran dan pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat denga kaedah chalk and talk malah boleh dikembangkan dengan kaedah penggunaaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN SEJARAH Seringkali wujud tanggapan bahawa sejarah tidak ada apa-apa kegunaan dalam kehidupan manusia. Ia dianggap tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sains, teknologi, perakaunan dan sebagainya.

Prof. Wang Gangwu (1964) menyatakan secara jelas kepentingan pendidikan sejarah dengan menyatakan pengajaran sejarah adalah bidang penting untuk generasi muda dan bangsa moden di dunia ini.

Menurut Rogers (1987), tiada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada masa lampau. Beliau menjelaskan bahawa sejarah memberi pemahaman dengan mendalam mengenai pengalaman dan peristiwa lalu yang berkesinambungan dengan masa kini.

Secara ringkas, sejarah mempunyai kepentingan-kepentingan berikut : * Sejarah memberi pengajaran * Pendidikan sejarah memberikan kefahaman mengenai masa kini * Sejarah meningkatkan intelektual * Sejarah dapat membentuk sikap manusia * Sejarah untuk pembinaan bangsa * Sejarah sebagai alat propaganda * Sejarah bagi pendidikan agama * Sejarah bagi memahami perkembangan ilmu pengetahuan yang lain * Sejarah bagi meningkatkan kesedaran hak asasi manusia. * Sejarah dapat dijadikan teladan dan mengenali jati diri * Sejarah dapat Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air * Sejarah menyemai semangat sayangkan negara dan bahan sejarah * Sejarah adalah satu peristiwa yang mungkin akan berulang * Sejarah bagi mengenal asal usul,hak masing-masing, dan peranan kita

2.0 PANATIA MATA PELAJARAN SEJARAH Panitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS) 8591/J1d.11(44) bertarikh 13 Mac 1986. Pengurusan panatia mata pelajaran amat penting dalam memfokus tugas guru-guru mata pelajaran dalam meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Kerjasama ahli panatia dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan serta merancangkan peningkatan pencapaian pelajar melalui aktiviti pembelajaran terancang yang lebih klinikal yang menjurus kepada potensi pelajar. Pengurusan panatia adalah teras kepada pengurusan kurikulum di sekolah. Panitia mata pelajaran Sejarah adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh guru kanan mengajar mata pelajaran Sejarah (beropsyen Sejarah) dilantik sebagai ketua panitia. Seorang setiausaha dilantik dalam kalangan guru Sejarah, sementara pengetua menjadi

penasihat. Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.0 TUJUAN PANATIA SEJARAH 3.1. Memperbaiki, meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. 3.2. Berikhtiar dan berusaha untuk menguasai strategi pengajaran berinovatif yang dapat mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran sejarah. 3.3. Mempertingkat pencapaian prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan Nilai Letak Kerja (Take Off Value-TOV) murid ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah. 3.4. Mewujudkan kerjasama antar panatia mata pelajaran dengan persatuan sejarah bagi menyokong dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran. 3.5. Mempertingkat tahap profesionalisme ahli panatia Sejarah dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. 3.6. Menyemai nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah supaya dapat melahirkan murid yang peka, menghayati sejarah tanah air dan dunia serta berfikiran kritis, analitis dan bersemangat patriotism.

4.0 PENGURUSAN PANATIA SEJARAH Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata pelajaran Sejarah berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran. Dokumen panitia hendaklah sistematik, lengkap dan kemas kini serta mudah diakses. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali sepenggal. Prosedur mesyuarat seperti memberitahu tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat, diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah. Mesyuarat perlulah ada kesinambungan dengan agenda mesyuarat yang lepas iaitu mengandungi agenda mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit sebelum agenda mesyuarat yang baru dibincangkan. Selepas sesuatu mesyuarat diadakan, minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada setiap ahli panitia tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat berkenaan dijalankan. (Sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan untuk memperoleh maklumat berkaitan pengendalian mesyuarat berkesan). 5.0 SEMAKAN PENGURUSAN PANATIA SEJARAH

5.1 Pentadbiran Am Panitia Senarai JK Kurikulum, senarai JK Panitia, senarai ahli Panitia, senarai tugas JK Panitia, guru yang dilantik sebagai ketua Panitia adalah juga AJK Kurikulum Sekolah, seorang setiausaha Panitia dilantik, ahli panitia adalah semua guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan, ada perancangan tahunan panitiai, ada carta ganti perancangan tahunan panitia dan ada semakan perlaksanaan. 5.2 Mesyuarat Panitia Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan ada surat panggilan mesyuarat secara rasmi. Surat panggilan mesyuarat ada menyatakan nombor rujukan dan tarikh mesyuarat, mesyuarat kali ke berapa, tarikh mesyuarat, masa mesyuarat, tempat mesyuarat dan agenda mesyuarat.

5.3 Minit mesyuarat Minit mesyuarat yang lalu ada diedarkan semasa mesyuarat panitia. Minit mesyuarat terkini diedarkan kepada semua ahli selepas 14 hari mesyuarat. Salinan minit mesyuarat diedarkan kepada Guru Besar dan P. Kanan. Salinan minit mesyuarat dihantar ke PPD. Guru Besar atau Penolong Kanan perlu hadir dalam mesyuarat Panitia.

5.4 Pengurusan Kewanganan Ada anggaran belanjawan peringkat panitia. Ada perancangan pembelian alat dan keperluan. Pembelian menggunakan borang Pesanan Tempatan (LO) dan diluluskan oleh Guru Besar.

5.5 Pengurusan Fail Panitia Semua fail Panitia mempunyai nombor rujukan. Semua fail Panitia mempunyai Kertas Minit Mesyuarat. Fail-fail Panitia disimpan di pejabat atau ketua Panitia dan setiausaha Panitiad. Fail-fail Panitia boleh didapati dengan mudah dan cepat pada bila- bila masa. Fail mesyuarat panitia ada surat panggilan mesyuarat, ada minit mesyuarat yang kemas kini, fail surat-menyurat mengandungi salinan surat yang diterima dan Mmengandungi salinan surat yang dihantar. 5.6 Program Peningkatan Prestasi Ada nilai semula, ada kajian tentang kelemahan dan kekuatan, ada kajian peluang yang ada, ada program peningkatan peratus kelulusan, ada program peningkatan peratus kecemerlangan, ada program dan strategi umum, ada program mikro dan strategi khusus, ada program setiap mata pelajaran, ada carta ganti, ada semakan pelaksanaan program, ada penilaian semula program dan ada semakan semula dan pemurniaan.

5.7 Peningkatan Profesionalisme Jadual lengkap setahun (Kekerapan), pengisian bagi tiap-tiap majlis Protesionalisme, penilaian keberkesanan majlis, kajian dan tindakana serta analisis pencapaikan lepas iaitu Folio A dan Rancangan Folio B.

6.0 SENARAI TUGAS JAWATAN KUASA PANATIA

6.1 Ketua Panitia

6.1.1 Pengurusan Menjadi ahli jawatankuasa kurikulum sekolah, Menguruskan fail panitia, Membantu pentadbir menjalankan pencerapan guru dan hasil kerja murid, Merujuk masalah panitia kepada pentadbir dan Mencadangkan agihan guru mata pelajaran kepada jawatankuasa jadual waktu.

6.1.2 Penilaian dan peperiksaan Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan dan skema markah, Menyediakan laporan analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam dan Meyelaraskan penyediaan Head Count (TOV, Sasaran dan pencapaian peperiksaan) mata pelajaran.

6.1.3 Pembelajaran dan pengajaran Merancang dan menyelaraskan strategi program peningkatan prestasi, Membimbing guru meningkatkan keberkesanan P & P, Alat bantu mengajar, Mengadakan projek menyediakan ABM dan Menyenaraikan alat bantu mengajar.

6.1.4 Kemajuan Staf Merancang dan mengendalikan kemajuan staf untuk menambah pengetahuan dan kemahiran ahli dan Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk merancang aktiviti persatuan yang berkaitan dengan kurikulum.

6.1.5 Kewangan Mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan, Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan, Menguruskan stok, Menyediakan jadual penggunaan bilik khas, Menyediakan peraturan keselamatan pelajar dan peralatan semasa menggunakan bilik khas dan Memastikan bilik khas dalam keadaan kondusif untuk P&P.

6.1.6 Lain-lain Menjadi ahli jawatankuasa peringkat kelompok, zon atau daerah, Membantu pentadbir menjalankan tugas berkaitan dengan kurikulum, Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa dan Membantu Ketua Panitia Panitia dalam melaksanakan tugas Ketua Panitia bagi sesi petang

6.2 Setiausaha

Setiausaha berperanan menyediakan notis mesyuarat dan mengedarkannya, tempat untuk mesyuarat, peralatan yang diperlukan, agenda mesyuarat (setelah dirujuk kepada Ketua Panitia), mencatat, menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat serta mendapat dan merumuskan maklumat status pelaksanaan keputusan mesyuarat.

Setiausaha juga berperanan mengendalikan surat- menyurat, menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Panitia, Membantu ketua panitia, penyelaras mata pelajaran, merancang dan menyusun program untuk murid dan menyediakan laporan analisis keputusan peperiksaan mata pelajaran.

6.3 Guru Mata pelajaran

Guru mata pelajaran pula berperanan menjadi ahli panitia mata Pelajaran pelajaran, menyediakan Rancangan Harian berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, memberi gerak kerja bertulis kepada murid, menyediakan soalan dan skema pemarkahan untuk ujian dan peperiksaan serta menyemak nota, latihan dan kertas jawapan ujian dan peperiksaan; Guru mata pelajaran juga mestilah peka dengan perkembangan sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran, sentiasa berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan akademik pelajar, mendidik pelajar ke arah sahsiah yang baik serta menghadiri kursus dan seminar anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah; Selain itu, guru mata pelajaran juga hendaklah bekerjasama dengan panitia dalam merancangan, menyusun dan melaksanakan program panitia, sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta tugas-tugas lain yang berkenaan.

7.0 PERANAN PANATIA SEJARAH 7.1 Panatia bertanggungjawab menguruskan sistem pengurusan fail iaitu : 7.1.1 Fail Pengurusan Am Panatia yang isinya terdiri daripada buku pengurusan panatia, visi, misi, matlamat, struktur dan carta organisasi, takwim dan carta gant tahunan, manual prosedur kerja dan fail meja. 7.1.2 Fail Mesyuarat Panatia yang terdiri daripada takwim mesyuarat panatia, surat panggilan mesyuarat, boring kehadiran ahli mesyuarat, buku catatan minit dan laporan minit mesyuarat. 7.1.3 Fail Maklumat Ahli Panatia yang terdiri daripada senarai ahli panatia, biodata ahli panatia, agihan guru mengikut kelas dan jadual waktu peribadi guru. 7.1.4 Fail Surat Menyurat Panatia yang terdiri daripada surat masuk dan surat keluar. 7.1.5 Fail Dokumentasi Panatia yang terdiri daripada pengurusan strategik, senarai buklu rujukan, surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan dan senarai program khas atau kajian tindakan, boring-borang pengurusan, laporan program, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan contoh rancangan mengajar tahunan dan harian. 7.1.6 Fail Penilaian dan Peperiksaan Panatia yang terdiri daripada pengurusan Headcount, post mortem, jadual ujian dan peperiksaan, laporan analisa ujian dan peperiksaan. 7.1.7 Fail Bank Soalan yang terddiri daripada koleksi soalan peperiksaan dalaman dan berpusat. 7.1.8 7.1.9 Fail Penyeliaan dan Pencerapan Guru Fail Penyemakan Buku Latihan atau Nota

7.2 Panatia haruslah menyediakan buku perancangan tahunan yang terancang. Buku perancangan mengandungi: 7.3 Pengurusan dan Pentadbiran Panitia iaitu Pengurusan pentadbiran Visi , misi, matlamat sekolah, Carta organisasi sekolah, Carta organisasi JK Kurikulum, Carta Organisasi Panitia, Senarai guru dan biodata, Senarai penyedia soalan ujian/peperiksaan, Data pelajar tahun semasa, Perancangan aktiviti panitia (Carta Gantt) Anggaran pendapatan dan perbelanjaan. 7.4 Perancangan Akademik Prestasi semasa mata pelajaran tahun lalu semua darjah dan peperiksaan awam, Data/rekod Peperiksaan mata pelajaran hingga tahun

terkini, Data/rekod penilaian kecergasan/UDTA, Perancangan strategik semua darjah, Keputusan peperiksaan terakhir, Sasaran tahun semasa dan Strategi atau aktivti peningkatan prestasi. 7.5 Dokumen sokongan iaitu penetapatan kuota latihan setiap darjah, Panduan penentuan gred peperiksaan atau ujian, Pemeriksaan buku nota/latihan/ kerja/projek pelajar, Laporan dan Pemantauan Kurikulum Berkualiti, Sistem Fail Panitia dan Senarai Buku Rujukan / CD / BBM untuk guru. 7.6 Panatia juga berperanan menjalankan mesyuarat panatia iaitu Minima sebanyak 3 kali setahun. Tarikh mesyuarat terancang mengikut Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Prosedur pengurusan mesyuarat antanya adalah penetapan tarikh mengikut takwim sekolah, penetapan tempat mesyuarat, surat panggilan mesyuarat dan penetapan agenda mesyuarat. Surat Panggilan Mesyuarat mestilah mempunyai nombor rujukan, tarikh surat, mesyuarat panitia kali ke berapa dan butiran mesyuarat melibatkan tarikh, hari, masa dan tempat. Agenda mesyuarat pula terdiri daripada Ucapan aluan pengerusi atau Ketua Panitia, Ucapan penasihat atau Guru Besar, Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Perkara berbangkit, Aktiviti semasa Panitia atau Keperluan semasa dan Hal-hal lain. Minit Mesyuarat Panitia pula haruslah menggunakan format penulisan minit yang betul, maklumat yang jelas, ayat yang ringkas dan mudah difahami, setiap aktiviti atau perkara mempunyai keputusan tertentu, diedarkan dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat kepada ahli, difailkan dalam Fail Mesyuarat Panitia dan memastikan tindakan diambil mengikut keputusan minit mesyuarat. 7.7 Panatia juga berperanan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan, menetapkan penulisan RPT mengikut format Kurikulum Berkualiti ( SPI Bil. 3/1999 ), membuat semakan berkala dan menganalisa status pencapaian RPT ( menggunakan format Pemantauan Kurikulum Berkualiti) dan salinan RPT difailkan dalam Fail Dokumen Panitia ( Disatukan untuk semua darjah ). 7.8 Panatia bertanggungjawab menyedia dan menyimpan data murid, jumlah pelajar mengikut kelas dan jumlah pelajar mengikut tahun dalam fail panatia. 7.9 Panatia juga perlulah menyimpan data peperiksaan dan penilaian iaitu keputusan peperiksaan awam, keputusan peperiksaan sekolah dan keputusan ujian bulanan. Panatia perlu membuat analisis prestasi peperiksaan atau ujian. Selanjutnya,

panatia berperanan menyelaraskan soalan ujian penilaian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid. 7.10 Panatia juga berperanan menetapkan buku rujukan guru, menyenarai buku teks

dan rujukan serta senarai buku kerja yang dibenarkan. Panatialah yang berperanan memilih dan mencadangkan buku teks kepada pihak Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Selain itu, panatia juga berperanan memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah. 7.11 Panatia berperanan menetapkan jumlah latihan sebulan atau seminggu,

kekerapan pemeriksaan buku nota atau latihan oleh guru dan Ketua Panitia, menentukan standard pemeriksaan buku nota atau latihan pelajar oleh guru dengan sistem yang selaras antara guru dan darjah dan penetapan tempoh menghabiskan sukatan serta strategi khas untuk pelajar cemerlang dan lemah. 7.12 Panatia juga berperanan membuat kajian tindakan dengan cara mengenalpasti

kelemahan murid, mengenalpasti masalah murid dalam mata pelajaran, menganalisis masalah dan membuat tindakan. Panati juga berperanan merancang dan melaksanakan program akademik untuk meningkatkan prestasi pelajar serta merancang program khas untuk murid bermasalah. Program teras ditentukan oleh Peningkatan Jawatan Kuasa Kurikulum Akademik Sekolah, iaitu terdiri daripada program utama, sampingan dan sokongan. Ketua Panitia merumuskan semua program tersebut. Panitia menyediakan kertas kerja semua program. 7.13 Selain daripada itu, panatia juga berperanan memperoleh sukatan dan huraian

sukatan pelajaran yang terbaharu dan telah dikemas kini untuk kegunaan guru mata pelajaran. Sukata dan huraian sukatan pelajaran yang diperoleh hendaklah disimpan di dalam fail panatia untuk rujukan. 7.14 Seterusnya, panatia berperanan menyediakan format rancangan pelajaran

harian yang selaras untuk semua tahun dan telahpun dibentangkan atau diberi penerangannya kepada semua guru yang mengajarkan mata pelajaran sejarah. 7.15 Panatia juga berperanan merancang dan mengatukan program perkembangan

Staf terutamanya program dalaman. Contohnya, mengadakan kursus dalaman bagi meta pelajaran Sejarah Tahun 4. Ianya adalah bertujuan untuk mendedahkan inputinput baharu yang diperoleh panatia kepada ahlinya.dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses P & P.

7.16

Panatia juga berperanan menguruskan bahan bantu mengajar, menyedia dan

memperoleh bahan bantu mengajar untuk keberkesanan proses P & P samada bahan bantu mengajar yang dibeli atau disediakan oleh ahli panatia. Bahan-bahan ini hendaklah disimpan di bilik khas dan distokkan. 7.17 Selain itu, Panatia berperanan menguruskan Bilik Khas seperti menyediakan dan

memastikan prosedur keselamatan dipatuhi serta bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk P & P. Bilik khas juga hendaklah sentiasa bersih, kemas dan ceria sebelum penggunaan dan selepas penggunaannya serta dicatat penggunaannya. 7.18 Dari segi kewangan pula, panatia berperanan menyediakan anggaran

perbelanjaan berdasarkan peruntukan kewangan, buku stok dan menguruskan serta menyemak buku stok agar alatan atau barang yang digunakan dicatat dan direkodkan penggunaannya. 7.19 Panatia juga berperanan mengadakan perjumpaan kecil yang bertujuan

merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kumpulan murid dan guru tertentu sahaja. Contohnya membuat analisis dan laporan keputusan peperiksaan awam. Hasil perjumpaan di laporkan dalam mesyuarat panitia. 7.20 Panatia juga bertanggungjawab menyediakan Head Count Mata Pelajaran. Pengurusan Head Count melibatkan Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, Penyelaras, Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran yang berasaskan kepada keputusan (TOV) peperiksaan akhir tahun bagi tahun sebelumnya. Sasaran pencapaian dibuat berdasarkan kepada nilai TOV dan analisis keputusan peperiksaan awam. Ketua Panitia membuat rumusan dan analisis keseluruhan bagi setiap tahun. Rumusan analisis keseluruhan mata pelajaran diselaraskan dengan Head Count keseluruhan. Ketua Panitia menyerahkan rumusan keseluruhan kepada Penyelaran Head Count iaitu Penolong Kanan. 7.21 Panatia juga berperanan mengaturkan perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-

ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah- masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalahmasalah atau isu-isu tersebut. Perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panatia juga bertujuan bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli yang lain. Selain itu, ianya juga dapat mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan disekolah

dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 7.22 Panatia juga mestilah berkerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan

kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran, berkerjasama dengan panatia-panatia lain dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu. 7.23 Panatia juga berperanan melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk

menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia, menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan. 8.0 PENUTUP

Berdasarkan tugas dan peranan yang perlu dimainkan oleh setiap guru dalam panitia pelajaran sejarah, dapatlah dirumuskan bahawa tugas dan peranan mereka bukan sahaja melibatkan penglibatan dan tanggungjawab dalam hal hal mengajar, tetapi sebaliknya ada juga tugas sampingan lain yang menuntut guru-guru panitia berusaha misalnya dalam pengendalian panitia, mengurus persatuan, hal mesyuarat dan kerja sampingan lain yang boleh diwujudkan.

9.0 RUMUSAN PENGURUSAN & MESYUARAT Sekurangnya 4 kali setahun Agihan tugas Dokumentasi Sistem fail Perancangan Strategik PROSES PdP Sukatan Pelajaran & HSP Rancangan Harian & Tahunan Pencerapan Semakan Nota Latihan Program Akademik

PENILAIAN KEMUDAHAN Ujian & Peperiksaan Bank Soalan JSU Headcount &Post Mortem PERANAN PANATIA Bahan Bantu Mengajar Bilik-bilik khas Peruntukan Buku Rujukan

KOKURIKULUM Ko-akademik Pertandingan Motivasi

PERKEMBANGAN STAF Kursus Luaran Kursus Dalaman Perbincangan profesional

REFLEKSI

Tugasan Kerja Kursus bagi subjek Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (SJH3103) ini merupakan satu cabaran baru kepada kami. Subjek ini banyak memberikan input dalam menganalisis komponen dalam sukatan mata pelajaran sejarah sekolah rendah, menghurai kandungan sukatan pelajaran sekolah rendah, ciri-ciri guru sejarah yang efektif sekolah rendah, peranan panatia sejarah sekolah rendah dan sejauh mana mata pelajaran sejarah berperanan dalam membina jati diri patriotisme diri seseorang warga negara.

Pensyarah pembimbing saya dalam subjek ini ialah Encik Yusri. Melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau membekalkan saya dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek teori dan praktikal di dalam sesi tutorial. Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat saya simpulkan yang kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pengenalan Kurikulum Sejarah dan pemahaman sebagai seorang guru terhadap sukatan pelajaran Sejarah Sekolah Rendah. Perkara ini sebagai pendedahan awal kepada guru-guru untuk mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah, merancang aktiviti dan membuat langkahlangkah pengajaran dan tanggungjawab sebagai guru Sejarah.

Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini, kami banyak didedahkan dengan pengenalan kepada Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Ini penting kerana Sejarah merupakan mata pelajaran baharu untuk sekolah rendah pada tahun hadapan. Kemudian, kami didedahkan pula dengan perspektif mata pelajaran Sejarah. Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara lebih mendalam. Seterusnya, kami diperkenalkan dengan ciri-ciri guru Sejarah yang efektif agar dapat memenuhi harapan kementerian dan juga Negara memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Selepas itu, kami didedahkan pula tentang penerapan nilai dan unsure patriotism dalam sejarah. Akhirnya, kami diberi

pendedahan tentang pengurusan panatia Sejarah sekolah rendah.

Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah,saya telah menerima tugasan SJH3103. Tugasan berdasarkan pengurusan panatia Sejarah sekolah rendah yang memerlukan kami menulis esei lengkap tentang peranan panatia sejarah. Selepas itu, kami dikehendaki menulis pula refleksi. Ini merupakan tugasan individu.Selain itu, kami juga diberi tugasan kumpulan iaitu

membina bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mata pelajaran Sejarah berdasarkan tajuktajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sejarah. Saya membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini. Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. Syukurlah, Encik Yusri telah membekalkan kami sukatan pelajaran Sejarah untuk rujukan kami. Ini untuk tugasan berkumpulan iaitu membina bahan bantu mengajar. Dapatlah saya dan rakan kumpulan saya iaitu Azlan memikirkan bahan bantu mengajar yang akan kami bina. Lama jugalah kami berbincang dan fikirkan apakah bahan bantu mengajar yang akan kami bina. Syukurlah, akhirnya siap juga bahan bantu mengajar yang perlu kami sediakan.

Setelah itu, bagi tugasan yang individu memerlukan saya membuat analisis mengenai peranan panatia sejarah. Tugasan ini begitu sukar kerana selama ini mata pelajaran Sejarah hanya diajarkan di sekolah menengah sahaja. Ini juga merupakan pertama kali didedahkan kepada guru pelatih. Sukar bagi saya untuk mencari sumber rujukan.Syukurlah, saya adalah guru yang sedang berkhidmat di sekolah. Dapatlah saya meminta bantuan,pandangan serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan saya. Sedikit sebanyak ianya dapatlah meringankan beban yang saya pikul. Mereka mencadangkan agar cari sahaja tugasan panatia mata pelajaran lain serta peranan panatia Sejarah sekolah menengah. Kemudian, ubah suaikannya agar bersesuaian dengan panatia Sejarah sekolah rendah.

Bermula dari situlah saya mula mencari bahan untuk rujukan samada daripada buku,kawan kawan dari sekolah menengah. Tanggungjawab dan bebanan tugas panatia sangat mencabar. Pelajaran sejarah ini mempunyai nilai tambah merentas kurikulum Contohnya, panatialah bertanggungjawab menganalisis pencapaian murid, memgenal pasti kelemahan murid dan menyediakan program untuknya sesuai dengan nilai tambah iaitu

kreativiti,inovasi,dan keusahawanan .

Sewaktu pelaksana tugasan projek ini, saya berasa sangat teruja kerana tugasan ini memerlukan penelitian yang mendalam dan semakan berkala. Saya telah berbincang bersama yusrie sewaktu merancang BBM mengikut sukatan pelajaran yang diberikan. Kami juga ada berbincang dengan pensyarah pembimbing berkenaan bentuk BBM yang perlu kami buat dengan betul dan tepat. Beliau banyak memberi penerangan, tunjuk ajar dan contoh BBM yang betul. Itulah kelebihan kami. Manakala untuk tugasan individu pula, saya ada beberapa buku rujukan dan bahan daripada internet yang dapat memudahkan penulisan esei saya.

Kelamahan bagi tugasan berkumpulan pula adalah saya dan yusrie tidak pernah mengajarkan mata pelajaran Sejarah. Ini menyukarkan bagi kami untuk memikirkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk tajuk yang kami pilih. Untuk mengatasinya, kami telah meminta pandangan dan nasihat daripada pensyarah dan juga rakan-rakan kami.

Kelemahan saya untuk tugasan individu pula adalah mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah merupakan mata pelajaran baharu dan hanya mula diajarkan pada tahun hadapan. Jadi, sumber rujukannya sukar untuk dicari. Bagi mengatasinya, saya juga meminta bantuan daripada rakan-rakan dan kami berkongsi maklumat yang diperoleh. Akhirnya dapatlah saya selesaikan semua tugasan projek saya.

Disediakan Oleh, .. ( JAUHARI BIN CHE AWANG) 760219-03-5083 PSV 1 SEMESTER 5

BIBLIOGRAFI Draf KSSR Sejarah Tahun 4, ( 2013 ) Abdul Rahim Abdul Rashid.(2000).Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM.Petaling Jaya:Fajar Bakti. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004).Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2004).Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Kajian Tempatan.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai