Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan / Sejarah Permainan Ceper Permainan ceper ataupun juga dikenali sebagai Main Tutup Botol merupakan satu

permainan anjung yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Asal usul permainan ceper ini bermula sekitar tahun 60-an. Hal ini kerana masyarakat pada zaman itu kebanyakan terdiri daripada masyarakat kampung dan tidak mampu untuk membeli alat permainan yang lebih baik. Lantaran itu, tercetuslah idea masyarakat pada zaman dahulu dengan mengutip tudung botol untuk dijadikan permainan. Permainan ceper sangat ringkas dan hanya memerlukan lima biji tudung botol besi tetapi jangan dipandang mudah kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. Permainan ini pada kebiasaannya akan melibatkan dua pemain dan lebih. Cara permainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperoleh. Contohnya semasa menimbang ceper tersebut, satu ceper akan mewakili satu markah. Selain itu, teknik permainan ini mestilah menggunakan geseran pada ceper yang tersusun bertindih menegak. Permain hendaklah menjentik ceper yang ditentukan pihak lawan supaya mengenai ceper yang dikehendaki. Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah. Peraturan ini ditentukan apabila ceper yang bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga. Kesimpulannya, permainan ceper merupakan sesuatu yang mampu menarik minat dan perhatian murid untuk bermain. Hal ini secara tidak langsung dapat mengaplikasikan permainan ceper dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, murid dapat melatih koordinasi mata dan tangan, keseimbangan, pengiraan,

pemikiran kreatif dan strategi. Permainan ceper merupakan salah satu daripada permainan yang mampu menimbulkan minat serta berfungsi sebagai wahana mengembangkan kognitif, fizikal, sosial, dan emosi kanak-kanak.

Formasi permainan

Petunjuk : Kon / kawasan Orang / pemain

Tudung botol / permainan

SENARAI SEMAK GERAK KERJA PERMAINAN CEPER Sebelum BIL SENARAI SEMAK SEBELUM PERLAKSANAAN PERMAINAN 1 Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan. 2 3 Membuat rangka kertas kerja. Menghantar rangka kertas kerja kepada pensyarah pembimbing untuk semakan. YA TIDAK CATATAN

Semasa BIL SENARAI SEMAK SEMASA PERLAKSANAAN PERMAINAN 1 2 3 Memastikan keadaan kesihatan murid Memastikan pakaian murid adalah sesuai Memastikan murid berada di tempat yang selesa 4 5 6 7 Penyemakan alatan Mengambil kehadiran murid Memastikan keadaan disiplin murid terkawal Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan 8 Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan 9 Memastikan bahawa guru pelatih menjalankan demontrasi permainan 10 11 Memastikan keadaan gelanggang selamat Pengadil mestilah berada di kawasan permainan sepanjang permainan berlangsung YA TIDAK CATATAN

Selepas BIL SENARAI SEMAK SELEPAS PERLAKSANAANPERMAINAN 1 2 3 4 Post Mortem Mengemas kawasan gelanggang Menyimpan semula alatan yang digunakan Membuat refleksi terhadap perlaksanaan permainan YA TIDAK CATATAN

Anda mungkin juga menyukai