Anda di halaman 1dari 2

Zaman Yunani Orang Yunani orang pertama yang terlibat dalam pengkajian linguistik.

. Pengkajian bermula pada 500 tahun sebelum masihi. Kajian bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, pada abad ke-6 Sebelum Masihi Tokoh pengkajian bahasa zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle. Plato ahli falsafah yang pertama menyelidik bahasa melalui karyanya berbentuk di Cratylus. Cratylus menerangkan bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato pula menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dan kata kerja. Plato meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada prediket dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Zaman aristotle 384-322 sebelum masihi. Tambah satu lagi pembahagian tatabahasa iaitu kata penghubung. Aristotle memperkembangan falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah menganggap bahawa fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Pada zaman yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Kaedah kajian bersifat logik dan tidak saintifik. Zaman Iskandariah Pada abad ke-3 tahun masihi. Merupakan sebuah tanah jajahan Yunani. Penumpuan bahasa lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mengkaji sistem fonetik dan membahagi kepada adverb, perticipal, ganti nama dan kata depan. Memperkenalkan bidang sintaksis iaitu ayat merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Zaman Rom Mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Mengambil ilmu bahasa kajian bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Perubahan sistem bahasa Yunani kepada bahasa Latin. Kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu bahasa. Zaman Pertengahan Dikenali sebagai zaman Renaissance. Mula mengkaji bahasa termasuk tatabahasa vernakular Menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan. Pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Zaman Arab Perkembangan di Baghdad setelah eropah mengalami zaman gelap. Ahli fikir yang terdiri daripada sarjana Islam yang mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian tertumpu kepada Al-Quran dan ilmu fonetik berkembangan menjadi pesat dan hampir menjadi sempurna. Zaman India Bahasa Sanskrit digunakan memberi kesan yang besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian tidak berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis Pembaharuan yang dibuat ialah mengkaji bahasa secara saintifik. Zaman Linguistik Bandingan Permulaan kepada linguistik moden pada abad ke-19. Berkembang kepada bidang baru iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian berdasarkan bukti nyata Mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Ahli bahasa pada zaman ini mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baru mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Zaman Moden Pada abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Lebih bersistematik yang menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Pengkaji mengeluarkan satu teori baru iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.
Posted by Tuan Muda Farhan at 04:23

Anda mungkin juga menyukai