Anda di halaman 1dari 5

Panel kita yang kedua Puan Puteri Afiqah binti Mahmad, seorang pensyarah yang telah lama berkhidmat

di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, selama 8 tahun dan merupakan seorang pakar dalam Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Sebagai seorang pensyarah, sudah tentu Puan akan masuk kelas untuk menyelia guru-guru yang terlatih semasa pratikum di sekolah. Bukan begitu? Oleh itu, menurut pendapat Puan, bagaimana guru-guru pada hari ini mengawal lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa, tambahan pula murid-murid generasi masa kini merupakan pelajar yang lebih maju bukan seperti dulu iaitu murid hanya menerima semua apa yang guru rancang dan laksanakan.

Pusingan pertama Terima kasih saudara moderator kita yang nampak bergaya, yang dihormati tetamu khas kita, Encik Chan Hou Fock, barisan rakan panel serta warga dewan sekalian. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum, salam sejahtera, salam pendidikan dan salam 1 Malaysia,. Berbalik kepada soalan sebentar tadi, bagaimana guru-guru pada hari ini mengawal lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa?. Menurut model pengurusan kelompok kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru itu sendiri terhadap aktiviti- aktiviti di dalam bilik darjah. Menurut Maskowitz dan Hayman (1976), mereka pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula. Secara umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun iaitu merancang kurikulum, atur persekitaran untuk

memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. (Lemlech, 1988).

Warga dewan sekalian, Pada pendapat saya, antara amalan pengurusan bilik darjah berkesan yang boleh seorang guru praktikkan ialah : Pertama, seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru perlulah menyediakan rancangan pengajaran harian yang teratur daripada set induksi sehinggalah penutup. Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru. Kedua, seorang guru juga boleh bertindak sebagai seorang pengurus yang cekap.Ini penting bagi mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk pembelajaran. Contohnya, sekiranya terdapat murid yang bergaduh, guru perlu bertindak untuk mengharmonikan semula keadaan. Selain itu, selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih

tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendiri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.

Ketiga, selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas di dalam bilik darjah seperti : Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan

penyertaan murid-murid. Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan

mencukupi. Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan. Keempat, dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada murid-murid yang diajarnya. Contohnya, seorang guru memberi arahan supaya tidak membuat bising di dalam kelas. Sekiranya murid melanggar arahan tersebut, guru perlu melakukan teguran atau tindakan terhadap murid tersebut. Secara tidak langsung teguran itu memberikan kesan kapada murid- murid yang lain. Kesan ini disebut kesan gelombang. Kesan gelombang ini akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Contohnya, Halim berhenti bercakap dengan Harris, buka buku muka surat 28 dan buat latihan A. Kelima, kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Contohnya, guru perlu mengawal keseluruhan kelas dari penjuru ke penjuru.

Dapatlah saya simpulkan di sini bahawa kelima-lima amalan ini iaitu merancang, mengurus, mengelola, mengarah dan mengawal sangat penting untuk memperolehi pengawalan bilik darjah yang bagus dan teratur. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai.

Pekerjaan sebagai seorang guru merupakan pekerjaan yang sangat mulia kerana gurulah lahirnya seorang peguam, doktor, wakil rakyat, perdana menteri, dan lain-lain lagi. Bagi pandangan puan sebagai seorang pensyarah yang pakar dalam pengurusan bilik darjah, apakah

strategi-strategi yang efektif bagi seorang guru untuk menarik perhatian murid dan mendidik mereka sehingga menjadi seorang yang berjaya seiring dengan teknologi yang semakin canggih.

Pusingan kedua Terima kasih saudara moderator, rakan- rakan panel yang hebat-hebat serta warga dewan sekalian. Pada pandangan saya, seorang guru yang baik akan sentiasa memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajarannya. Sesuatu pengajaran mestilah mengambil kira dari aspek minat, kebolehan dan perkembangan murid. Setiap aktiviti yang dijalankan perlulah menyeronokkan dan mencabar murid. Antara strategi-strategi efektif yang perlu seorang guru lakukan ialah mempunyai momentum pengajaran yang baik untuk membantu murid bersedia melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai strategi,pendekatan, kaedah dan teknik dalam menyediakan pelbagai aktiviti atau tugasan yang menyeronokkan kepada murid- murid. Guru perlu melibatkan murid secara menyeluruh dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pendekatan berpusatkan murid dengan menggunakan kaedah dan teknik yang pelbagai seperti lakonan, kuiz, soal jawab, nyanyian serta permainan. Tambahan pula, guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang pelbagai untuk menarik minat pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti bahan ilustrasi, visual, bahan maujud serta lebih- lebih lagi penggunaan ict selaras dengan kemajuan negara kita pada hari ini. Kepentingan bahan bantu mengajar ini adalah untuk memberi murid lebih memahami dan mendalami sesuatu pelajaran. Contohnya, membuat tayangan gambar atau video berdasarkan sesuatu tajuk. Konklusinya, seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Guru yang bertangungjawab mencorakkan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran dapat dicapai. Oelh itu, jelaslah di sini bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.

GURU BERINTEGRITI, GURU BERINTELEKTUAL, GURU BERINOVASI, GURU BERDEDIKASI PENGGERAK MODAL INSANG GEMILANG

Anda mungkin juga menyukai