Anda di halaman 1dari 2

Miskonsepsi mengenai kejadian siang dan malam dan putaran bumi Pertamanya cuba kita fahami dulu pengertian

fenomena ini dulu iaitu ianya disebabkan putaran bumi pada paksinya yang mengambil masa 24 jam untuk satu putaran lengkap.Bahagian bumi yang menghadap matahari mengalami siang dan manakala bahagian yang membelakang matahari mengalami malam.Memahami fenomena kejadian malam dan siang adalah asas utama dalam ilmu falak kerana ini disebabkan konsep putaran bumi pada pada paksinya dianggap mudah jika disbanding dengan konsep fenomena lain yang lebih abstrak.Namun kajian diseluruh dunia menunjukkan masih terdapat salah faham atau miskonsepsi yang meluas di kalangan murid mengenai konsep ini. Apabila disoal apakah yang terjadi kepada matahari pada waktu malam? Murid menjawab matahari pergi ke tempat lain atau matahari berada di sebelah hemisfera lain. Ada juga yang mengatakan matahari akan turun ke laut, oleh itu matahari tidak dapat memancarkan cahayanya. Murid dalam kajian Mohd Zamani (2000) pula menganggap malam terjadi disebabkan matahari berada di sebalik bukit atau awan. Malah apabila ditanya apakah yang terjadi kepada bulan dan bintang pada waktu siang? Sebahagian besar murid memberikan jawapan pada waktu siang bulan dan bintang tiada. Terdapat juga murid yang percaya pada waktu siang bulan ada tetapi bintang tiada.

Kekuatan semasa menjalan eksperimen miskonsepsi siang dan mala mini adalah murid dapat melihat dan merasai sendiri putaran bumi di atas paksinya yang dilihat daripada putaran model glob ( bumi ) diputarkan mengikut lawan jam dia tas paksinya dapat melihatnya denag jelas kejadian bayang-bayang pada objek yang diletakkan diatas glob.Murid juga dapat kaitkan pergerakkan cahaya matahari yang lurus dapat menghasilkan kawasan cerah sebagai siang dan kawasan gelap sebagai kawasan malam. Kelemahanya dalam eksperimen ini keliru kedudukan bumi di atas paksinya yang bersudut tertentu yang menyebabkan siang dan malam yang tak sama panjang dibahagian kutub bumi. Secara mudahnya apabila kita jalankan eksperimen malam dan siang sacara 3 demensi murid juga keliru dan juga kurang memahami kejadian siang dan malam dan putaran bumi pada paksinya. Banyak murid beranggapan arah putaran bumi adalah dari kutub utara ke kutub selatan, peredaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa 24 jam dan fenomena siang dan malam disebabkan oleh bulan.

Disediakan oleh : Wan Rohimi Bin Wan Jusoh

Anda mungkin juga menyukai