Anda di halaman 1dari 11

Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh

bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya. Nota Abdul Rahman Ramli BM02. Adakah anda juga seperti Vinod yang mahu bekerja sama dengan saya sekiranya saya beri markah rendah. He he he... intuisionis

Meor Hedzir Shah Tidak, saya tidak berfikiran intuistik. Sebaliknya saya bersikap realistik dan optimistik. Saya bersetuju dengan bidalan BI, quality as a price. Maka setakat mana kerja yang telah diusahakan, sekadar itulah ganjaran yang akan diterima sebagai balasan...Lihat Lagi Abdul Rahman Ramli Golongan yg berfikiran secara intuisionis adalah terdiri drpd mereka yg matang dan berfikiran luas kerana mereka telah melalui berbagai2 pengalamaan hidup. Dgn yg demikian, sekiranya dia berhadapan dgn isu yg ustaz berikan, sudah pastilah saya memandang isu ini biasa dialami oleh semua orang. Tidak akan cepat melatah, berfikiran terbuka, serta cuba utk mengetahui akan kelemahan2 diri sendiri. Agaknya.... Razimi Husin Jadi, realistik lebih baik, tetapi intuistik yang matang menggunakan sepenuhnya pengalaman bagi meninkatkan kualiti diri... Ramli - Rabaanasoft Setuju dengan Meor Hedzir Shah...Seorang guru yang cemerlang / matang ( berfikiran secara intuisionis ) tidak akan cepat menyalahkan keadaan dan tempat sebelum ia menyalahkan dirinya terlebih dahulu.. Dan di samping itu pula berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi

Md Zainal Mohamad Ali ..saya tentu akan bekerjasama sebab markah yang rendah bukan bermakna kita gagal dalam perkara tersebut..yang penting saya mendapat ilmu daripada pensyarah..markah yang rendah mesti ada penyebabnya..jika saya terus membuat keputusan tidak bekerjasama dengan pensyarah..saya tidak akan dapat mengetahui puncanya dan saya akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan dating. Jika saya terus bekerjasama dengan pensyarah..saya akan mendapat tahu punca kegagalan saya dan saya akan berusaha memperbaikinya agar kesilapan tidak berulang semula.

Nampaknya tidak ramai yang memberi respon tentang intuistik. Namun komen yang diberi menggambarkan perbezaannya dengan realistik dsb. .... Utilitarianisme tidak bertindak atau bekerja dengan peraturan-peraturan yang tidak dapat kita terima. kerana setiap keputusan Utilitarianisme memberikan alasan yang jelas. Utilitarianisme memberi dan menuntut agar diberikan alasan-alasan yang rasional, ia membuka pemilihan keputusan moral pada perbuatan. Namun banyak kekurangan dalam teori Utilitarianisme ini, kerana Utilitarianisme tidak mementingkan nilai benar melainkan nilai keseronokan. Sedangkan dalam Islam, kita tidak boleh menukar nilai kebenaran dengan nilai keseronokan. Sejauh mana nilai ini diguna pakai oleh masyarakat kita.. kadang-kala mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka telah mengguna pakai nilai ini..

Meor Hedzir Shah Di peringkat yang paling bawah, mewujudkan suasana yang kondusif dan persekitaran yang selesa adalah suatu yang positif dan prasyarat yang fundamental. Contohnya dalam hubungan kekeluargaan serta rakan dan taulan, mencernakan tingkah laku yang dapat memberikan kegembiraan dan keseronokan adalah 'ice-breaking' yang sangat perlu.

Meor Hedzir Shah Tatapi apa bila mencapai tahap hedonistik ia merupakan sesutu yang tidak wajar kerana hedonistik lebih mirip kepada suatu bentuk kegembiraan dan keseronokan yang melampaui batas dan nilai moral dan agama walaupun dengan tujuan dan maksud untuk menggembira dan menyeronokkan orang lain. Meor Hedzir Shah Dalam contoh yang hampir dengan kita, seorang guru akan menimbulkan keseronokan dan kegembiraan pelajar dengan tujuan untuk mendidik,

mengajar, memberikan ilmu, menerapkan pengetahuaaan serta menambah pengalaman kepada pelajarn Meor Hedzir Shah Dalam bahasa yang lain, saya tegaskan kita tidak perlu untuk menjadi 'beruk sarkas' hanya untuk menarik perhatian, keseronokan dan kegembiraan orang lain dalam perkara yang bercanggah dengan nilai dan kayu ukur moral dan agama.

Masyarakat sekarang jika dilihat amat mementingkan nilai keseronokan..setiap perkara yang dilakukan akan dicari di mana keseronokannya..sehinggakan mereka lupa kadangkala keseronokan yang diidamkan itu akan membawa bencana. Selepas ditimpa musibah, baharulah datang nilai kebenaran..menyesal dengan apa yang telah dilakukan tanpa berfikir dahulu. Semestinya masyarakat hari ini lebih mementingkan nilai kebenaran agar kehidupan mereka bermoral. masyarakat malaysia hari ini diakui terdedah dengan teori utilitarianisme yg menjurus kepada keseronokan. lihat saja siaran di televisyen...kebanyak program yg dihidangkan kepada khalayak adalah berbentuk utilitarianisme. justeru kita lihat anak-anak murid di sekolah pun lbh suka kpd aktiviti yg berunsurkan keseronokan daripada yang benar. Rosita Ita Memang tidak dapat dinafikan masyarakat kita dewasa ini mengamalkan teori utilitarianisme dengan meluas tanpa sedar.Contoh dalam sesebuah keluarga , unsur hiburan menjadi keutamaan berbanding pendidikan berunsur kerohanian seperti membaca al-quran dan buku-buku berunsur keagamaan.Begitu juga dengan masyarakat, segala program yang dijalankan mesti diselitkan dengan unsur hiburan seperti ada nyanyian, tarian.Tanpa unsur hiburan atau kedatangan artis terkenal, program yang asalnya bertujuan pendidikan atau menjana minda tidak akan

mendapat sambutan yang sewajarnya.Kesimpulannya, masyarakat kita sejak akhirakhir ini kurang mementingkan nilai kebenaran yang disarankan dalam Islam, sebaliknya lebih mementingkan unsur keseronokan yang melalaikan serta pergaulan bebas tanpa segan silu kerana menganggap batasan agama sudah kolot atau ketinggalan.

Razimi Husin Kesimpulannya teori tersebut menolak nilai kemanusian kerana membenarkan peperangan demi kepentingan kumpulan tertentu. Dalam melaksanakan PDP usaha menarik minat direncanakan melalui keseronokan walaupun matlamat utama adalah berkait denagn hasil pembelajaran. Betul tu, segala apa yang dilaksanakan, walaupun dimasukkan unsur keseronokan, namun nilai kebenaran perlu diambil kira kerana kebenaran lebih utama daripada keseronokan. Memang manusia perlu sentiasa disedarkan atau diingatkan, bukan sahaja Melayu mudah lupa tetapi manusia sejagat terlupa sehinggalah muisbah menimpa. Nabi SAW pun ada keinginan untuk berhibur, tapi Allah menjaganya. Janganlah kita mengatakan Nabi pun inginkan hiburan, tetapi sebaliknya kita katakan: kita perlu menjaga diri kita daripada perkara yang melalaikan. Itulah utilitarianisme yang merupakan teori ciptaan manusia yang boleh disesuaikan mengikut keadaan sama ada baik atau buruk.

Apa kata Aristotle tentang etika keperibadian mulia. Setujukah atau tidak, kenapa kalau tidak setuju. Di mana kelemahannya. Apa kata Aristotle tentang etika keperibadian mulia. Setujukah atau tidak, kenapa kalau tidak setuju. Di mana kelemahannya. Kamal Khalip Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual

dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman. Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri. kelemahan Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti yang baik. Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia. Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu keputusan. Kamal Khalip Beberapa ciri-ciri dalam keperibadian mulia telah dikenalpasti. Antara ciri-ciri keperibadian mulia ialah:1. Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian. Contohnya, seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan menghormati

orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam kehidupan seharian mereka sehingga dewasa. 2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang individu. 3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu . Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu masalah matematik,atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan. 4. Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia,kita dapat membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita. Abdul Rahman Ramli kebaikan # mewujudkan insan yang mempunyai sifat-sifat baik dan terpuji seperti kejujuran, baik hati, amanah dan sifat-sifat terpuji yang lain hasil daripada pemerhatian dan pergaulan antara mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia.# Abdul Rahman Ramli Setelah meneliti sepintas lalu apa kata Aristotle tentang etika keperibadian mulia, saya rasa nak bersetuju dengan pendapat beliau. Apabila membaca huraian drpd Kamal Khalip mcm rasa nak bersetuju makin kuat, Mmg ade kelemahan, namun kelemahan yg sedikit dptditutup oleh kebaikannya. Jadi, saya setuju. Razimi Husin Nota Kamal Khalip mmg lengkap, Abdul rahman ramli setuju dgn pandangan Aristotle, namun kamal ada menyentuh sedikit tentang kelemahan, elok dijelaskan lagi tentang kelemahan tersebut. Saya Nampak pandangan Aristotle menekankan pelaziman sebagaimana teori Pavlov. Cuma Aristotle mengaitkan dengan keperibadian mulia. Saya khuatir sekiranya pelaziman itu pada zahir sahaja atau

hanya untuk ditunjukkan apabila di khalk sahaja. Bagaimana sekiranya berada di tempat tiada khalayak atau bersama kumpulan tertentu atau jiwa sebenar...

Azmi Mat Adam Konsep keadilan dikatakan sebagai fair -minded oleh Aristotle. Prinsip keadilan umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan membawa makna tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Ini bermakna dalam setiap tindakan seseorang individu itu hendaklah berlaku adil , saksama dan seimbang .

Zakiah Hanafiah Penaakulan ialah pemikiran moral dan pertimbangan atau keputusan yg dibuat secara rasional dan bebas dgn mengambil kira faktor keadilan, tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Contohnya seorang guru telah memarahi anak muridnya yg tidak menyiapkan homework walaupun murid itu merupakan anak kepada kawan baiknya.

Teori Humanistik oleh Carl Rogers?

Azmi Mat Adam Menurutnya konsep kendiri sebagai persepsi diri sendiri tentang minat sikap dan nilai.Konsep kendiri yang positif adalah percaya dan yakin kpd diri sendiri. Pembentukan moral yang baik adalah melalui model yg boleh dicontohi. Sbg contoh sikap seorang guru amat mempengaruhi murid. Guru yang hebat menjadi idola kepada murid-murid. Begitu juga ibu bapa boleh menjadi model kepada anak untuk memupuk nilai-nilai baik. Zakiah Hanafiah - setuju dengan En. Azmi Mat Adam, selain itu faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan moral khasnya sebaran am, kebudayaan dan penilaian masyarakat terhadap tingkah laku. penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih sayang dan penghormatan diri turut mempengaruhi penaakulan moral.

Razimi Husin Faham dan contoh di sekolah yang boleh kita gunakan teori tersebut, ada lagi x perkara lain pd teori tersebut Zakiah Hanafiah Dlm bdg Pendidikan, Rogers terkenal dgn Teori Pembelajaran Pengalaman. Semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Jadi, strategi dan pendekatan dlm proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut keh...Lihat Lagi Fatizah Shapie kembangkan potensi murid dengan bykkan latih tubi, sbg guru pula mempelbagaiikan cara pengajaran utk mensrik minat murid kearah membentuk krndiri yg positif. Teori Kemoralan Sosial diguna pakai dalam kehidupan di Barat. Apakah contohcontoh tersebut Nor Hamizah Ramli Ustaz. Saya inginkan pandangan. Malam tadi saya menonton drama tv. Jiran islam sama -sama menyalakan lampu Deepavali jiran india kerana menunjukkan hubungan jiran yang sangat rapat. Apa pendangan uztaz jika drama ini ditonton oleh kanak-kanak yang belum boleh menaakul dengan baik. Nazrul Fitri Psikolog humanistik mencuba untuk melihat kehidupan manusia sebagaimana manusia melihat kehidupan mereka. Mereka berfokus pada kemampuan manusia untuk berfikir secara sedar dan rasional untuk dalam mengendalikan hasrat biologisnya, serta dalam meraih potensi maksimal mereka. Dalam pandangan humanistik, manusia bertanggung jawab terhadap hidup dan perbuatannya serta mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengubah sikap dan perilaku mereka Menurut aliran humanistik, para pendidik sebaiknya melihat keperluan yang lebih tinggi dan merencanakan pendidikan dan kurikukum untuk memenuhi keperluankeperluan ini. Beberapa psikolog humanistik melihat bahwa manusia mempunyai keinginan alami untuk berkembang, untuk lebih baik, dan juga belajar. Jadi sekoah harus berhati-hati supaya tidak membunuh insting ini dengan memaksakan anak belajar sesuatu sebelum mereka bersedia. Sebagai contoh sekarang ini banyak perubahan yang sedang dilakukan dalam system pembelajaran di sekolah. Guru-guru dihantar berkursus. Apa yang dirancangkan Cuma teori sahaja sedangkan amalinya belum dapat dilakukan.Terkadang sebagai pendidik kami lebih memahami keperluan anak didik kami sendiri yang peringkat umur pembelajaran tentang pengenalan sesuatu konsep terus di anjak ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu HOTS ( higher order thinking skill ) samalah diibaratkan bayi yang baru belajar mengguling terus disuruh berlari.Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Biarlah kita menggunakan acuan

yang sesuai untuk mendidik anak bangsa sendiri. Jadi bukan hal yang benar apabila anak dipaksa untuk belajar sesuatu sebelum mereka siap secara fisiologis dan juga punya keinginan. Dalam hal ini peranan guru adalah sebagai fasilitator yang membantu pelajar untuk memenuhi keperluan yang lebih tinggi, bukan sebagai kaunselor seperti dalam Freudian ataupun pengelola perilaku seperti pada behaviorisme. Secara singkatnya, penedekatan humanistik dalam pendidikan menekankan pada perkembangan positif. Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan kemampuan yang mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini mencakup kemampuan interpersonal sosial dan metode untuk pengembangan diri yang ditujukan untuk memperkaya diri, menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat. Ketrampilan atau kemampuan membangun diri secara positif ini menjadi sangat penting dalam pendidikan kerana perkaitannya dengan pencapaian akademik. Nazrul Fitri maaf pendapat ini untuk teori humanistic. Azmi Mat Adam Teori kemoralan sosial merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatasusila atau tatatertib sesuatu masyarakat . Teori kemoralan sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat. Bukan kepentingan individu. Sebagai contoh, penggunaan internet/ facebookdi barat mempunyai kod etika . Sekiranya dimanfaat boleh membawa banyak kebaikan. Tetapi jika di salah guna akan menyebabkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Banyak kes penipuan dan downloud perkara yang berbentuk negatif. Selain ini penipuan melibatkan perniagaan sesuatu produk. Sehubungan dengan itu, dunia barat berada dalam era dunia informasi dan globalisasi, masyarakat sepatutnya bertoleransi dan saling menghormati . sekarang ini, ramai anak muda menyalahgunakan laman sosial sebagai satu medium untuk menjatuhkan imej sesebuah negara dan negara mereka sendiri. Meor Hedzir Shah Bagi negara blok komunis di Eropah Timur yang mendoktrinkan agama adalah candu kepada masyarakat, disiplin kehidupan beragama semakin terhakis dan terlerai dalam kehidupan masyarakat mereka. Bagi negara blok Eropah Barat disiplin agama dipinggirkan melalui emansipasi kebebasan yang total dalam berfikir, bersuara dan bertindak termasuk dalam perkara femininsme iaitu kaum wanita sama taraf dengan kaum lelaki sehingga menuntut hak yang sama rata dalam semua perkara. Dengan ledakan revolusi industri yang pesat telah mencipta pola dan kasta dalam masyarakat serta telah membawa bersama penyakit keruntahan sistem sosial, institusi masyarakat dan institusi keluarga hatta keruntuhan akal budi manusiawi itu sendiri. Fenomena ini membuktikan bahawa doktrin Das Kapital yang

dibawa oleh Karl Marx di Eropah Timur adalah sama palsunya dengan ajaran Adam Smith yang mensifatkan manusia adalah haiwan ekonomi dalam pasaran bebas di Eropah Barat. Bangkit dari segala keruntuhan ini, termasuk dua siri peperangan yang menghancurkan masayarakat mereka mula mencari semula suatu aturan kehidupan bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga yang mampu membentuk tatasusila dan tertib yang luhur. Mereka merujuk semula ajaran agama tradisi, susur galur warisan budaya yang disepadankan dengan norma-norma sejagat sebagai set pola moral yang perlu diamalkan dalam masyarakat demi kelestarian kehidupan bersosial mereka. Dengan menerapkan kod-kod etika, persona penampilan dan gaya yang kotemporari mereka kini menjadi rujukan rakyat negara-negara dunia ketiga dan sedang membangun atas nama kemajuan dan ketamadunan.

Apa kaitan penaakulan, emosi dan tingkah laku moral..

Fatizah Shapie tingkah laku baik atau buruk sesorang individu adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul nilai-nilai murni dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Razimi Husin Betul, itu perkaitannya. Tapi kena faham dah beri contoh ketigatiganya Nor Hamizah Ramli Apabila kita berdepan dengan sesuatu situasi, kita perlu membuat keputusan secara rasional. Keputusan yang dibuat haruslah tidak dipengaruhi oleh emosi. Contohnya apabila ada murid yang mengadu didenda oleh guru lalu ibu murid tersebut membuat aduan kepada guru besar. GUru tersebur harus melayan murid tersebut dengan baik tanpa ada rasa benci kepada murid tersebut. Azmi Mat Adam Penaakulan merupakan pemikiran moral & pertimbangan yg dibuat secara rasional dan bebas. Apabila berhadapan sesuatu situasi utk mengambil tindakan, tidak dipengaruhi oleh emosi. Sbg contoh murid yang mencuri barang atau alat di makmal sains. Guru tersebut mengambil tindakan mengikut peraturan dan disiplin secara adil tanpa dipengaruhi latar belakang pelajar tersebut.

Zakiah Hanafiah Penaakulan ialah pemikiran moral dan pertimbangan atau keputusan yg dibuat secara rasional dan bebas dgn mengambil kira faktor keadilan, tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Contohnya seorang guru telah memarahi anak muridnya yg tidak menyiapkan homework walaupun murid itu merupakan anak kepada kawan baiknya.

Meor Hedzir Shah Saya mendenda dan menghukum pelajar saya berdasarkan kecil atau besar kesalahan yang telah terbukti dilakukan dengan rasa tanggung jawab untuk membetulkan yang salah berserta harapan dia tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama dimasa akan datang...Lihat Lagi Kamal Khalip Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama...Lihat Lagi Kamal Khalip Tingkah laku moral adalah dimensi moral yang menterjemahkan penaakulan dan emosi moral. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya. Sebagai contohnya, seseorang yang membantu orang lain dalam kesusahan seperti ditimpa kemalangan jalan raya adalah hasil daripada pemikiran baik hati iaitu kita mesti membantu orang dalam kesusahan. Di samping itu, emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral.

Anda mungkin juga menyukai