Anda di halaman 1dari 2

Yang saya muliakan pensyarah

Encik Haji Fauzi bin Salleh, dan

rakan-rakan yang saya hormati . Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan

Para hadirin yang saya muliakan , Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? Menurut Kamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalismeialah merosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan , tandas , lif , dan juga perhentian bas . Para hadirin sekalian , Tingkah laku remaja telah menyebabkan banyak punca vandalisme berlaku. Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak . Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah ,merokok , mencuri , melepak , dan ponteng sekolah . Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga sukar menggunakannya apabila menghadapi kecemasan. Semua pihak perlulah berkerjasama untuk mengatasi masalah ini . Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berkuasa . Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah vandalisme ini.

Cara yang pertama, Pihak kerajaan perlulah mengadakan kempenkempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak berkuasa juga boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Para hadirin sekalian, Selain itu, Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa perlulah menerapkan didikan agama dan nilai moral yang sempurna dalam jiwa anak-anak mereka sejak kecil lagi. Selain itu, Ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Di samping itu, para remaja haruslah belajar mendidik diri mereka supaya benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini. sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam . Hadirin yang dihormati , Pihak sekolah pula perlulah mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Pihak sekolah juga haruslah menggalakkan para remaja menyertai kegiatan kokurikulum demi mengisi masa lapang. Ingat, masa itu emas. Kita tidak harus membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Hadirin sekalian , Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani masalah vandalisme ini. Dengan kerjasama semua pihak , gejala vandalisme pasti akan dapat dibendung . Demikianlah syarahan saya untuk pada hari ini . Semoga perkara yang telah saya kata kena dapat dijadikan pedoman . Sekianlah , terima kasih . Mereka perlulah