Anda di halaman 1dari 1

Penga1kuan orang bukan islam tentang Al Quran!

Kenyataan beberapa orang orientalis yang mengkaji al -Quran dan menyatakan pengakuan secara jujur: #menurut orientalis , Saille: sesungguhnya uslub (gaya bahasa) Al-Quran sangat indah dan penuh bermakna. Yang menakjubkan ialah uslub al-Quran itu dapat menawan hati orang kristian. Dengan itu berjaya menarik mereka untuk membacanya sama ada ketika itu mereka beriman dengannya atau mereka tidak beriman dan menentangnya. Harsyfield berkata: Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Al-Quran dari segi kekuatannya meyakinkan manusia, balaghahnya dan susunannya. Ia juga merupakan punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di dunia Islam. #Dr. Maurice, seorang warga perancis berkata: Al-Quran adalah kitab yang paling mulia diturunkan dari Yang Azali kepada umat manusia. Ia adalah sebuah kitab yang tidak mempunyai sebarang keraguan. #Menurut orientalis, Lyon: Al-Quran dianggap sebagai kitab yang mulia dan tinggi kerana 14 kurun ia diturunkan,kita tidak berupaya mencari kecacatan uslubnya yang sentiasa segar walaupun sedikit dan seolah-olah ia diturunkan semalam. .. Sesiapa yang mengkaji Al-Quran akan mengetahui dan melihat tanda-tanda kebesaran Allah melalui kitabNya. Telah ramai orientalis mengkaji dan mempelajari Al-Quran semata-mata untuk mencari dan menimbulkan keraguan terhadap kesahihan Al Quran. Bahkan mereka mendapat bantuan daripada Negara mereka yang suka menjajah! Pun demikian, golongan yang jujur dan dibukakan hati mereka oleh Allah tidak mengambil masa yang lama meninggalkan agama mereka dan kembali pada ajaran islam. AllahuAkbar! Jelas, islam adalah akidah dan agama yang benar. Mereka mempelajari dan menghayati Al-Quran dengan tertib dan bersungguh. Manakala umat Islam yang sedia Islam, segelintirnya tidak menghargai keislaman, kitab dan Rasulnya. Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad. wa ala ali Muhammad.

Anda mungkin juga menyukai